Bila dah berkeluarga ne, keperluan pun dah lain, kehendak pun dah berubah. Space really important walaupun dulu fikir semuanya takde masalah..ruang kecil?terhad?ala, main sebat je lah..tak jadi masalah. But we don't know how important until one day kita nak travel balik kampung atau pusing-pusing satu malaysia the space really a big problem bila melibatkan kenderaan untuk ke mana-mana. Tambah pulak dah bertambah ahli keluarga ne. So nak membeli something yang really big pun dah pikir banyak kali, muat ke tak sumbat dalam bonet kereta, makan ruang ke tak?rugi space ke?Bertambah-tambah payah bila nak travel jauh, barang nak bawak pun dah bertambah, yang anak lagi, yang mak bapaknya lagi, tak campur lagi bila dah balik kampung, nak mengangkut segala barang mak nenek dari kampung pulak kan..So mission mencari kenderaan baru semestinya harus diteliti dari segi kemampuan membayar i mean really affordable, flexible yang boleh menjimatkan ruang bonet kereta yang dah sedia sempit..gaya pun penting jugak, tapi kalau beli kenderaan yang bergaya je, tapi makan ruang memang sia-sialah kan..hehe-_-'
Kenderaan yang dimaksudkan bukanlah untuk orang dewasa, untuk budak comel tu, pasalnya dah tak larat nak mengusung bodynya yang padat...first round okei lagi, tapi kalau dah shopping mall bertingkat-tingkat mahu pengsan bawak anakanda Harraz yang mula membulat dengan jayanya..Harraz pergi testing dulu yang mana sesuai...memang rambang mata tambah plak sekarang YES!!ohh my, sabar jelah rasa nak borong satu rak baju jugak untuk Harraz geram je tengok..tapi nafsu tetap nafsu, nasib boleh kawal..heheh=p. Kesimpulannya pilihan tertakluk seperti yang dibebelkan, 3 wheeler memang cantik bergaya, tapi sayang, kalau sampai buat barang lain tak muat nak letak dalam bonet disebabkan dia, just kick out from the list, nak yang berzapp zapp, tak mampu and never to have it macam tak berbaloi pulak habiskan banyak duit sedangkan boleh save untuk banyak perkara lain..kihkih^_^. So next month mission merembat kenderaan untuk anakanda, pilihan masih takde pasalnya dah pening banyak sangat yang cantik dan affordable..owh, my son!
Tak sangka plak petang-petang hari ada masa untuk menaip, biasa budak comel tu sentiasa sibuk memerlukan kasih sayang, sangat manja...emm, betul ke budak prem ne manja ye?ke sebab dimanjakan? apapun dia tengah tidur, maka boleh lah mamanya menaip sikit berkongsi rasa...kihkih.. Memiliki anak sesungguhnya suatu anugerah yang tak ternilai, seronok, bahagia, semua ada..especially bila masa mengandung lagi dilayan bagai permaisuri gituuu..BUT don't expect situasi yang sama bila dah ada anak, kita plak yang kena melayan baby macam raja..rite?stress pun ye jugak bila anak meragam..so as a new mama i found my new rhythm and adapt with so many new things!..please state your mind after birth, all of sudden you have the role of mother, home situation pun dah berubah, the baby claims its own place in the couple's intimacy and in the family..hebatkan seorang bayi? comel-comel macam tu dah pandai nak tunjuk lagak suruh bagi perhatian kat dia je..but the baby still baby, he doesn't know nothing!!just feeding, sleep with the cutest face and poo-poo with funny style...
pic:favor of bedstyle
when my son come home, memang a big shock for my physical and emotions, walaupun dah state my mind bila dah ada baby ne kita tak cukup tidur, makan tak tentu masa dan bermacam-macam lagi.. of course the body has the right to be tired. Sometimes timbul perasaan give-up and frust sebab terasa macam gagal berperanan sebagai mama for my son...tapi baby masa first to second month memanglah, banyak meragam, some babies make no difference between day and night, so berjagalah jawabnya, like me,hehe untunglah kalau siapa yang ada baby yang tak pandai meragam...apapun itu semua secara tak langsung mendidik kesabaran kita kan?..Alhamdulillah, now Ahmad Harraz has his own bedtime and allow me and hubby to rest well sleep longer..Pheewww!!!Thank you Allah give me a chance to be a mama..how great the feeling, walaupun penat, letih, stress dan berbagai masalah mendatang, merenung wajah suci Ahmad Harraz hilang semua gelisah..semoga ku lebih dekat pada-Mu dengan kurniaan-Mu ini & semakin matang dalam melayari kehidupan...alhamdulillah=)) insyaallah..amin
Tup tap tup tap masa berjalan berjalan pantas..dah setahun berumahtangga, sungguh pantas, laju dan cepat masa berlalu sampaikan tak sedar dah berada disituasi sekarang, i mean tengah taip entry ne lah...hehe..dan sudah hampir 4 bulan lebih umur anakanda, dah nak masuk 5 bulan plak, pastu 6 bulan, 7 bulan, 8 bulan dan blablabla...okei merepek!actually disebabkan ber'anak' kecil ne, masa untuk ber'master chef' kat dapur pun dah limited...memandangkan Anniversary bukannya setiap hari maka berkira-kira untuk masak special for both of us untuk celebrate...biasalah hari istimewa kalau boleh nak yang air tangan sendiri buat, barulah betul-betul special..rite?hehe..so misi membeli bukan mainlah, tapi misi menyiapkan menu special hanya tinggal imaginasi sahaja...sudahnya ikan dory bergrill hanya menjadi tatapan di laman sesawang..celebrate makan yong tau fu aje ceritanya & paling tak tahan kek angry bird yang dibeli suami menjadi persoalan..kenapa angry bird???apapun celebrate first time ne ditemani budak comel..alolo..bahagia sungguh rasanya..okei, daa, yang tu aje nak cerita. Seandainya mama tahu Harraz nak keluar awal, tentulah kita dah celebrate annivesary kat china dah sekarang kan budak comel? takdela membazir tiket melancong..huhu, sayangnya mama kena mood verangan je sekarang...maybe next time ada rezeki kita celebrate lagi meriah..Istanbul aku datang..chewahh!berangan ko...kahkah=p....
pic: muka monyok tak dapat ikut umi sekali...hehe
Semacam tak percaya, masih terasa kehangatan majlis nikah kahwin sendiri hujung november tahun lalu. Kini hampir setahun berlalu, sudah bergelar mama dan ayah buat Ahmad Harraz. Terasa semacam mimpi, terima kasih ya Allah atas anugerah yang tidak ternilai, akan kami didik dan jaga amanah yang Engkau berikan sebaik mungkin menjadi hamba-Mu yang taat dan soleh.. cepatnye masa berlalu, tak sangka kini dah bertiga..rasanya baru sekejap berdua-duaan, tak sempat nak berhoneymoon sepuas hati..berbabymoon la nampak gaya pasne..hehe. 2 hari lagi genap 4 bulan umur Ahmad Harraz dan hujung bulan ne genap setahun usia rumahtangga kami..Betapa syukurnya ya Allah, walaupun terasa terlalu cepat Ahmad Harraz hadir dalam kehidupan kami, sesungguhnya bayi comel itu jugalah pengubat lara dan penghibur hati keluarga..Alhamdulillah.Masih terkenang-kenang peristiwa di wad Ahmad Harraz menjadi penghuni selama 47hari setiap kali menatap Ahmad Harraz. Masih terlalu rindu dengannya walaupun kini Ahmad Harraz sentiasa disisi..boleh tak camtu?i mean it!oo...hanya diri sendiri yang faham perasaannya..hehe.
pic: Ahmad Harraz last day in ward, weight 1.95kg and now it turn to 4.5kg..alhamdulillah
Peristiwa sedih di wad timur belakang semasa rooming in bersama Ahmad Harraz masih segar diingatan. Semoga menjadi iktibar buat diri. Insyaallah, ada masa i'll share it..daa^_^, time to rest.
Alhamdulillah, masih diberi peluang bernafas dan menikmati kehidupan sementara ne..since been so long not update, terasa kekok plak nak mengadap blog sendiri..hehe, it's ok, yang penting tuan blog tetap manis berseri di samping keluarga kecil dia..hehe=p. Apepun baru sempat menjenguk laman sesawang, bila ada anak ne untuk 'me time' pun takde masa...Hari ni genap 3 hari baru balik ke rumah sendiri setelah berpantang(wahh, lama kau berpantang!pantangla sangat kan..haha) hampir 4 bulan, kurusnye tidakla, tapi yang penting berat badan kembali lebih dari normal akibat terlelu penat menjaga budak comel sorang tu..Perkembangan anakanda terlalu pantas, semacam tak percaya bila budak comel sebesar dua tapak tangan dulu kini dah terlebih muatan diriba sendiri..Alhamdulillah!alhamdulillah!alhamdulillah. Sesungguhnya kuasa Allah sangat menakjubkan...sekejap je dah nak masuk 4 bulan Ahmad Harraz^_^..
maybe next time boleh mengarang, agaknya..walaupun anak tidur, seakan tak puas menatap kurniaan Allah ni..47 hari yang tidak dapat ditebus balik sepanjang anakanda berada dihospital, menjadi kenangan pahit dan manis. Semoga Ahmad Harraz diberi kesihatan yang baik dan yang penting, masa untuk memberi kasih sayang buat anakanda kesayangan..hihi, till then..next entry in process..
maybe next time boleh mengarang, agaknya..walaupun anak tidur, seakan tak puas menatap kurniaan Allah ni..47 hari yang tidak dapat ditebus balik sepanjang anakanda berada dihospital, menjadi kenangan pahit dan manis. Semoga Ahmad Harraz diberi kesihatan yang baik dan yang penting, masa untuk memberi kasih sayang buat anakanda kesayangan..hihi, till then..next entry in process..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Social