Tersedar dari lena yang panjang membuat letih sakit bersalin dan segala perasaan yang membungkam hati hilang. Hanya kerinduan terbit di hati untuk menatap wajah anak sendiri membuak-buak. Dijaga dan dibelai sepenuh hati oleh bakal penghuni syurga sangat melegakan hati, terasa kasih sayang yang mendalam dan semangat kekuatan mencari tapak untuk sembuh sepenuhnya demi anak. Terima kasih bonda dan mak mertua yang dicintai yang bergilir bersengkang mata memenuhi keperluan diri dikala kesakitan masih berbaki..semoga ganjaran syurga balasan diakhirat kelak...amin. Suami memberi sokongan supaya diri kuat semangat melawan kesakitan, Ahmad Harraz yang dinamai oleh suami setia menunggu mamanya menjenguk. Alhamdulillah, hari kedua dah boleh bangun berjalan dibantu suami, dan tanpa berlengah suami bawa jumpa anak. Perasaan? yes, tentulah tak sabar dan teruja, masuk ke wad neonatalogi NICU sememangnya menggugah perasaan terlihatkan tabung-tabung yang membantu pembesaran anak-anak pre-mature. Allah, i know i'm not alone to having pre-mature baby..berjalan perlahan-lahan menahan sakit menuju ke tabung anak menimbulkan perasaan sayu dan sebak..sedihnya hati bila tidak berpeluang lagi untuk mencium dan memeluk anak seperti ibu-ibu lain. Lebih memilukan hati setiap kali merenung melihatkan ibu-ibu lain menyusukan anak di wad postnatal dan memujuk meredakan tangisan anak..Menatap anak sendiri dipenuhi wayar yang berselirat, mengundang air mata yang tidak diminta untuk mengalir laju. Terima kasih Ya Allah, kurniakanku anak yang sempurna sifat dan baik rupa...sesungguhnya ku bersyukur ada-Mu, dalam kepahitan ada kegembiraan yang Engkau titipkan buat hamba-Mu..Ahmad Harraz seem really active and strong, alhamdulillah..Hanya mampu berkata kepada suami "anak kita memang comelkan, banyak rupa awak ne" dalam getaran tangis..suami tersenyum mengangguk..Alhamdulillah^_^
Love&Faith,
Greenapel
Selesai Dr.Ridhuan jahit belahan, terdengar azan zohor..alhamdulillah semua selesai dengan selamat. Cuma yang paling tak tahan bila sejuk bilik dewan bedah buat diri terketar-ketar yang amat..lama jugak menunggu darah dilantai dimop, siap Dr. khairul sempat bergurau " you untung sebab Dr. Ridhuan yang bedah, jahitan dia kemas dan teliti, biasalah kerja orang Temerloh makan ikan patin ne lain dari yang lain" terus disambut senyuman dengan kata-kata tu, dan menyambung "Terima kasih, nanti saya blogkan tentang Dr. Ridhuan"...terus berderai ketawa di dewan bedah sambil Dr. Khairul menyambung ayat "oo, femeslah Dr.Ridhuan pasne!!"..what a pleasant group of doctor, dalam kesakitan dan kegundahan, hati dihiburkan kata-kata mereka..^_^..beberapa belas minit kemudian katil ditarik keluar selepas diri selesai dibersihkan, terketar-ketar menahan sejuk, lama jugak menunggu kat luar dewan bedah sebelum dimasukkan wad. Sambil menunggu, staff nurse kat situ masukkan tiub haba dalam selimut nak kurangkan sejuk sebab my body bergegar-gegar menahan sejuk yang amat. Dalam 2.30petang, barulah katil ditarik ke wad postnatal. Terus nurse suruh jangan bergerak dan tidur je, tapi nak tidur macam mana punyalah sejuk tak hilang lagi, nak lelap mata pun tak boleh..cuba mengagahkan diri panggil nurse cakap tak boleh tidur sebab sejuk sangat, bila diselimutkan dengan selimut tambahan baru okei sikit dan pesan kat nurse supaya inform my husband yang saya dah kat wad postnatal..lepas tu terus pandangan gelap. Sedar aje, suami dan ahli keluarga dah mengelilingi katil..huhu, punyalah tak sedar tidur..Laju memegang tangan suami sambil bertanya "anak kita macam mana?" sambil menahan tangis..terus suami cakap "awak jangan risau, awak rehat dulu ye..insyaallah anak kita selamat, kejap lagi saya pergi tengok anak kat NICU, nanti saya ambil gambar untuk awak tengok sekali"..hanya mampu mengangguk lemah, dan pandangan terus kelam(kesan ubat bius belum hilang)..
Love&Faith,
Greenapel
Tak semua pregnancy dilalui dengan keindahan dan kebahagiaan..so bersyukurlah mereka yang berpeluang merasai nikmat kehamilan dengan selamat hingga anak dilahirkan. Problem yang berlaku tika mengandung boleh menjadi sesuatu yang menakutkan, sukar dan pastinya menyedihkan hati bakal ibu just like meT_T. Siapapun tak mahu jadi mangsa yang harus lalui komplikasi hamil termasuk kelahiran pra-matang. Tapi sudah ketentuan Allah, ku redha dengan ujian-Mu ya Allah...ku-mohon kekuatan dari-Mu untuk hadapi semua neT_T. Sebelum masuk ke dewan bedah pada pukul 12lebih tengahari, nurse bagi air apa entah rasa cam air gas manis-manis, tapi lepas minum terus rasa khayal . Setelah ditolak masuk kedewan bedah, Dr.khairul kenalkan diri sebagai pakar bius, katanya "awak jangan takut, nanti tak rasa sakit pun masa awak kena bedah nanti"..disuruh duduk memegang bantal ke dagu, nak cucuk epidural kot separuh badan..3 kali cucuk kat tulang belakang terus rasa kebas dari pinggang ke bawah, sakit kena cucuk dengan jarum sebesar dan sepanjang tu, tak payah nak bagitahu sakitnya macam mana-_-" "awak bertenang okei, sekejap je ne..nanti lepas ne awak rasa macam kena toreh lepas tu rasa macam kena tarik-tarik sikit bila anak nak dikeluarkan"..ececeh, sedap jek ayat Dr.khairul, kita yang kat katil bedah ne dah tak tahu macam mana nak describe rasanya, Allah je tahu perasaan masa tu..Selepas tu Dr. Ridhuan plak kenalkan diri sebagai doktor bedah yang bertanggungjawab & tanpa melengahkan masa terus Bismillah, torehan pertama dilakukan, rasa kena toreh?memang tak best!!masih teringat-ingat ngilunya walaupun kebas tapi pasal dah dengar bunyi torehan, tersimpan plak dalam memori-_-"...Lepas tu, hanya melayan perasaan sendiri sambil mulut terkumat-kamit baca doa Nabi Yunus & doa mudahkan urusan..tak berani nak tengok lampu atas untuk tengok perut sendiri kena bedah..huhu, selang beberapa minit terdengar Dr.Zaiton (yang bantu Dr.Ridhuan) cakap "ee comelnya!!" diselangi tangisan anak, sekejap aje terus dia berlari bawa my baby keluar dari dewan bedah...Ya Allahuakbar, alhamdulillah menitis air mata syukur tika itu, rasa macam bermimpi..Walaupun tak berkesempatan melihat anak sendiri disebabkan anak terlalu kecil, tetap terasa lega mendengar tangisan anak..nurse berbisik, anak awak boy lahir pukul 12:47tengahari...hanya tersenyum lega mendengarnya...Alhamdulillah^_^
Love&Faith,
Greenapel
"Your baby heartbit really not reactive when i review your fetal heartbit test, your baby in high risk to get any complication disebabkan organ dalamannya masih belum matang"...Allahurabbi, hilang sekejap diri bila mendengar ayat Dr. Fauziah.."Ditambah pula dengan air ketuban yang hampir takde dan baby dah berak, tak tahu dari semalam atau lepas subuh, your baby dah hampir lemas, dan ditakuti dia mula bernafas dengan saki baki air ketuban yang sikit dan bercampur najis yang boleh menyebabkan berlaku risiko lain kepada your baby"..Hanya merenung kosong anak mata suami mencari saki baki kekuatan yang ada untuk terus mendengar ayat Dr. Fauziah...suami dengan suara bergetar, bertanya apa seterusnya step nak buat..terus Dr. Fauziah sambung "memandangkan this case refer from gynea HKL and she keep calling ask how your condition, your case is our priority, so we decide to ceazer your wife now, this is really emergency tak boleh beranak normal memandangkan itu akan mengambil masa yang lama, ditakuti your baby lemas, so sign here"..terus diunjukkan surat untuk izin ceazer,sekilas memandang suami dan mengangguk setuju, seakan tidak berfikir sekadar sesaat pun terus laju tangan menurunkan tandatangan akibat terlalu bimbangkan keadaan anak dalam kandungan..Sambil turun dari katil dan melangkah lemah dipimpin suami, nurse datang menyambut pimpinan bawak terus ke bilik Usains untuk siap sedia ke operation room sementara suami call my parents and FILs tentang my condition, tak sampai 10minit sudah siap dipembaringan katil untuk ke dewan bedah...Siap berbaring dikatil nurse tanya " mana suami, kena ambil baju dan jumpa awak sebelum masuk dewan bedah"...seminit dua muncul my husband datang menggenggam tangan erat sambil berkata "tak apa, tak apa, you will be okei" sambil suami merenung anak mata sedalamnya memberi sokongan..terus teresak-esak melepaskan perasaan yang bercampur aduk sejak tadi...adeii, macam nak pergi mati pun ada jugaT_T.."doakan saya ye", itu aje ayat boleh cakap dalam esakan, cuba mengumpul kekuatan bagi menghadapi acara seterusnya sambil katil ditarik keluar dari bilik menuju ke dewan bedah....perlahan-lahan hilang kelibat suami dari pandangan dengan esakan yang masih berbaki..
Love&Faith
Greenapel
Pukul 5.30petang bertolak dari KL tambah tolak darab bahagi dengan jam teruk di KL, dekat pukul 1.30pagi jugak sampai rumah dikampung halaman, tambah pulak suami terlalu penat sebab rehat yang tidak cukup sepanjang tempoh 6 hari isteri berada diwad..T_T. Akibat terlalu risau sampai my family in law pun menunggu kepulangan kami dirumah besannya..Awal pagi esoknya after meals secukupnya kami dah get ready ke HUSM untuk register masuk wad tapi lain plak jadi jalan cerita bila saki baki air ketuban dah berubah ke hijau lumut selepas subuh. Bimbangnya hati sukar ditafsir...just pray everything will be ok, cuba bertenang sepanjang perjalanan ke HUSM. Sampai aje, terus registration person suruh ke labor room selepas ditunjukkan refer letter from my gynecology expert from HKL..tak ambil masa yang lama, my baby heart bit diambil, dan acara yang paling tidak menyeronokkan berlangsung lagi..diseluk kat bawah buat kali ketiga (adeii, part ne lah yang paling tak best dalam banyak-banyak pengalaman mengandung, habis hilang keseronokan perasaan ketika mengandung dan mengidam bila diseluk-seluk..wuhuuu-_-") ..So kena ingat okei mommies, mengandung memang sangat best, tapi nak bersalin...errr, masing-masing rasa sendirilah...wahaha, jahat betul ayat haku!!=p.Yang penting bertenang..ingat keypoint sini..BERTENANG, tarik nafas dalam-dalam hembus perlahan..insyaallah semua smooth..Lama jugaklah nak settle, selepas fetal heartbit, diseluk, buat ultrasound dan duduk menunggu sekejap sebelum dikejutkan dengan segerombolan nurse, pakar dan doktor..terus hilang sekejap dengupan jantung bila dikelilingi golongan berbaju putih dan purple tu..The gynea experts Dr. Fauziah memulakan ayat.."puan i need to tell you the truth about your baby condition" sambil seorang doktor mula cucuk masukkan jarum kat tangan, sakit!!huhu..sambungnya lagi "After review your fetal heartbit..." tak sempat Dr.Fauziah nak habiskan ayat, spontan memegang tangannya, terus bagitahu "Doktor, please panggil my husband, saya tak mampu nak dengar sorang-sorang tentang ne" dengan suara bergetar menahan perasaan yang bercampur aduk...terus nurse sebelah melangkah laju memanggil suami yang menunggu diluar labor room..Pucat muka suami bila tengok diri dikelilingi nurse dan doktor macam tu..."okei, kita cari tempat yang tenang sikit untuk saya bagitahu your baby condition", sambung Dr.Fauziah..terus menuju ke bilik ultrasound sambil berbaring dikatil menunggu bait-bait kata yang mungkin menghiris perasaanT_T..
Love&Faith,
Greenapel
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Social