Dos kedua ubat matangkan paru-paru dicucuk pada hari pertama di HKL(Allah, sakit yang amat masa kena cucuk tu, masa dos pertama kat Hospital Putrajaya tak pulak rasa sakit sangat, panic maybe time tu, tak sempat fikir pasal sakit dah huhu)..Hari-hari berlalu di wad HKL dengan suram, walaupun suram alhamdulillah Allah tak tarik selera makan, lagipun mind dah set my baby need more nutritions like booster, so makan memang sentiasa habis ditambah pulak makanan tambahan yang dibawa suami..kalau dibandingkan dengan rakan-rakan seperjuangan dengan bermacam jenis komplikasi yang pelik-pelik untuk didengar sehinggakan ada tak berselera langsung nak makan, syukur my case tak macam tu, huhu...Sesukar dugaan kita, sukar lagi dugaan orang lain, just thiking positive dalam tempoh kurungan-_-". Tak nak baby pun risau..segala vitamin ambil double, minum minyak kelapa dara sebanyak mungkin, telan minyak ikan sekerap mungkin...i do everything to make sure my baby healthy dalam tempoh terdekat sebelum dilahirkan in anytime je, cuma tak tahu bila. Setiap kali terjaga dari tidur surah yasin dan doa yasin jadi peneman. Allah!terasa sukar dan sulitnya hati dan perasaan ketika itu. Sebak setiap kali doa yassin di baca. Ditambah pula pada hari ketiga my parents datang mengejut selepas tahu keadaan diri memandangkan tak boleh ada waiting person, tu yang lagi terasa sedih bila duduk sensorang gitu. Kesian my parents tak habis lagi letih pergi balik dari johor dan melaka dengan urusan kakak sulung yang baru kehilangan anak diduga pula dengan keadaan macam tu oleh anak kedua. Sesungguhnya dugaan Allah pastinya berhikmahT_T. Insyaallah. So, hari ke-4 terus my parents balik selepas lega melihat my condition sangat okei, selera makan okei, hilang segala kegundahan hati selagi tak tengok wajah anak. Hari ke-5 berada di wad, suami decide nak transfer dari HKL ke HUSM kelantan disebabkan memikirkan banyak faktor, tambah pula tiada ahli keluaraga terdekat if anything happen, suami payah nak cuti, so merayu jugaklah dekat pakar mintak transfer even dibebel-bebel..Hari ke-6 tu baru dapat refer letter dan pelepasan untuk transfer, itupun atas risiko sendiri balik Kelantan. Urusan selesai hampir lewat petang 23hb tu, terus kami bertolak balik dari KL ke kelantan. Hanya bertawakal kepada Allah supaya perjalanan balik kami dipermudahkan dan my baby ok & tidak berlaku sebarang komplikasi sepanjang 8jam perjalanan tu..amin
-_-.
Love&Faith
Greenapel
Lepas doktor cakap kena tahan ke wad, terpaksa jugak menahan emosi dan perasaan sendiri..pasrah, naik ambulans ke HKL (sangat tak best okei naik ambulans)...Memandangkan my condition tak menunjukkan tanda-tanda nak bersalin, maka doktor nak pastikan my pregnancy can be pro-long to 32w to 36w before doctor decide untuk paksa bersalin tu yang kena dok kat wad untuk monitor(maybe anytime je tuan kat dalam rahim ne nak keluar)-_-". Dalam pukul 10.30malam sampai kat HKL terus daftar dan tunggu pakar check. Almost dalam pukul 1.00 pagi jugak menunggu nak confirmkan my pregnancy conditions, lepas aje pakar scan dia confirmkan memang my condition high risk pre-mature born, depends condition baby and ibu jugak, if baby tak kena jangkitan kuman (disebabkan air ketuban dah tinggal sikit high risk jugak nak kena jangkitan) dan ibu sihat dalam tempoh monitoring 4-5 hari maybe my pregnancy can be pro-long to 32w-34w or maybe 36w tapi chances untuk bersalin awal memang tinggi disebabkan i'm still leaking non-stop (even air ketuban keluar sikit-sikit) yang memungkinkan pelbagai risiko tambah plak my baby lungs tak matang lagi dan doktor meyakinkan diri bahawa my baby still can survive in my womb buat masa terdekat juga berharap ada peningkatan air ketuban. Maka malam tu ditinggalkan suami pandangan sayu dok sensorang kat wad ditemani orang lain yang senasib. Sedihnya perasaan, memandangkan tiada mak ayah, ma dan abah terasa sukarnya menahan emosi sendiri, risau dan bimbang bila terfikirkan anak dalam kandungan. Hanya mampu berdoa kepada Allah agar semuanya selamat dan berdoa supaya diberi ketenangan dalam menghadapi ujian Allah tika ini, positif memikirkan apa yang berlaku sebagai ganjaran Allah untuk mengkifarah dosa-dosa yang lalu, tanda kasih Allah pada hamba-Nya ..tidur dalam tangisanT_T..
Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
Love&Faith,
Greenapel
Walaupun tiada langsung persediaan untuk bersalin awal, alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan kami semua..Sesungguhnya setiap hamba Allah ada dugaan masing-masing, kami suami isteri pula diduga dengan peristiwa tidak terjangka. Pada 17 julai baru-baru ne selepas selesai monthly check-up, masa untuk berehat dikatil memang dititik beratkan. Braxton Hicks yang kerap berlaku minggu-minggu sebelumnya sudah memberikan petanda kelahiran pra-matang cuma mamanya aje yang tak ambil pusing pasal doktor kata itu adalah biasa-_-". Seperti biasa Braxton Hicks datang menyapa, hilang je ketidakselesaan, terus bangun dan dikejutkan dengan air jernih mengalir laju. Ya Allah, terus telefon bonda untuk menghilangkan panik, yes memang air ketuban yang turun pada pukul 4.30petang tu, terus pulak call KD bertanyakan situasi untuk ditangani macam mana. KD arahkan pergi ke hospital dalam tempoh 24jam, pastu last sekali baru call suami bagitahu situasi diri..hehe, terbalik pulak, patutnya call suami dulu bagitahu-_-". Terus suami tinggalkan meeting balik serta merta (kesian suami,huhu). Sementara menunggu suami balik google apa yang patut dibawa ke hospital (maklumlah kata takde persediaan apa-apa lagi, terus bluurr bila jadik situasi macam tu, huhu) & cari maklumat sikit-sikit pasal my situation. .petang tu terus kami ke Hospital Putrajaya dengan hati gundah gulana, masing-masing menguatkan semangat masing-masing untuk menerima apa-apa je yang berlaku kelak. Masuk labor room untuk check-up keadaan baby, selesai aje, doktor panggil suami masuk dan menerangkan bahawa air ketuban diri mengalami kebocoran, for that time air ketuban dah almost takde hanya 4 liter aje yang tinggal dari 11liter. Allahu rabbi, terkesima sekejap bila doktor cakap my condition in high risk to born pre-mature baby however baby heart bit normal, weight normal at 29w2d. Terus doktor inject satu dos ubat matangkan paru-paru (sakit amat okei). Disebabkan i'm still leaking, kena tahan di wad...namun nasib tak baik bila hospital putraya dah full wadnya, terus refer ke HKL bila doctor bagi pilihan either nak di hantar ke HKL@Kajang@Klang..will continue later(lenguh)^_^
Love&Faith,
Greenapel
Allahuakbar..alhamdulillah, dikala ujian Allah yang datang bertimpa menguji kesabaran keluarga kami, Allah berikan kekuatan untuk menghadapinya dengan tenang. Awal bulan julai, kami sekeluarga diuji dengan kehilangan cucu sulung keluarga yang mana anak kakak tersayang dijemput ilahi sebelum sempat dilahirkan. Malam nifsu 15 syaaban cucu sulung keluarga kami selamat dikebumikan di Jasin Melaka. Seminggu juga wajah suci Siti Fatimah terbayang-bayang dimata membuat tidur tak lena, pilu hati bakal ibu bila teringat bakal sepupu anak sudah tiada sambil mengosok-gosok perut memujuk anak mengatakan Siti Fatimah sudah berada disyurga abadi Allah. Tidak tersangka, dikala kesedihan masih berbaki, keluarga dikejutkan pula dengan panggilan telefon mengatakan air ketuban diri sendiri sudah mengalir keluar. Allahurabbi, ibu bapa mana yang tidak risau dan bimbang bila anak-anak diuji sedemikian, hanya mampu berdoa serta redha dengan apa yang sudah tertulis. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik. Sesungguhnya Allah Maha penyayang, masih memberi peluang untuk mendengar tangisan anak.Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah Ya Allah..
Ya Allah, semoga Ahmad Harraz sentiasa berada didalam lindungan rahmat dan kasih sayang-Mu Ya Allah, Sihatkanlah Ahmad Harraz dengan kekuasaanMu Ya Allah, Hindarkan Ahmad Harraz dari sebarang penyakit, cergaskanlah tubuh badannya dan cerdaskan akal Ahmad Harraz. Lindungilah Ahmad Harraz dari sebarang gangguan syaitan, jin dan iblis ciptaan-Mu, berilah kekuatan semangat kepada Ahmad Harraz. Murahkanlah rezeki Ahmad Harraz untuk menyusu badan sepenuhnya seperti yang Engkau syariatkan. Ya Allah tetapkanlah iman Ahmad Harraz kepada-Mu Ya Allah. Jadikanlah Ahmad Harraz hamba yang sentiasa mematuhi perintah-Mu dan mengikut ajaran Rasul-Mu. Ya Allah hanya kepada-Mu kami memohon dan meminta,amin, amin amin Ya Rabbal alamin...
Love & Faith,
Greenapel
Week of pregnancy : 30 weeks 2 days (pre-mature)
Date of Born : 24/7/2012 at 12:47 afternoon (4 Ramadhan 1943H)
Gender : Baby Boy (Ahmad Harraz b. Mohd Azham)
Weight: 1 kg with 37cm height (incubator)
Current condition: he's doing really well, hope my little Harraz sentiasa dalam peliharaan Allah. Do the best dear, mama will give the best effort to supply breastmilk for you. Grow up & cepat tembam-tembam ye sayang mama. Anak mama kuat semangat. I know my little hero can do more than mama imagine. Mama & ayah love u so much and always pray for you dear.
Post terakhir sebelum ramadhan sememangnya meninggalkan kenangan buat diri dan suami...tak sangka tragedi ikan selayang merupakan petanda awal akan kelahiran si kecil^_^. Memang terlalu awal..owwhh, tak best mengarang dikala sisa sakit masih berbaki akibat ceazer..next time maybe..However, Pray for my little Harraz to doing the best in everything...insyaallah^_^
Love & Faith,
Greenapel
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Social