::Tidak kujangka akan berlaku, Dugaan tika waktu berbuka::

8.19.2011

Terdahulu sebelum menceritakan kejadian yang menimpa saya semalam, didahulukan ucapan terima kasih bebanyak buat hamba Allah yang bernama Amar, syina dan sorang lagi pulak dah lupa nama(macamlah diorang baca blog haku neh, haha=p)...uhuh pepun-_-...pertolongan kalian sangat saya hargai, semoga Allah memberi ganjaran kepada hambanya yang berbuat kebaikan dibulan yang mulia ini...disebabkan panik sampai lupa nak hulur sikit buat beli makanan berbuka...T_T (rasa terkilan sangat, harap Allah pertemukan kalian dengan saya dilain waktu, insyaallah)

Semalam tika nak ke fakulti untuk amik punch card, berlaku perkara tidak diduga, tayar kereta bocor...terima kasih insan yang hon-hon saya nak bagitahu tayar kereta saya bocor, dan meninggalkan saya terkontang-kanting panik sensorang dalam kehujanan rintik-rintik lepas bagitahu keadaan tu,nasib baik saya tak pedulikan lori penarik kereta yang berhenti on the spot lepas kereta yang bagitahu tayar saya bocor tu blah, ya allah, kalau tak tak tahulah...bukannya tak tahu jenayah terancang yang menggunakan lori penarik tu. Semasa panik tu ada jugak terfikir tayar kereta bocor berlaku sebab dah di'planned' orang jahat...punya paranoid hakunya pemikiran-_-, caution tu perlu okei! kadang-kadang dalam situasi panik boleh blank dibuatnya...tak memasal buat emergency call en.azham yang jauh dimata-_-.. Panik sampai tak teringat kat pak sedara yang duduk dekat sangat...huhu, nasib baik tak sampai 10minit ada sebuah kereta berhenti bertanyakan keadaan dan memberi pertolongan yang tidak saya jangkakan (pelajar UiTM jugak^_^)...alhamdulillah ada juga hamba Allah yang sudi berhenti dan menolong ditika waktu hampir berbuka dan hujan rintik-rintik...syahdu betulT_T,  terima kasih ya Allah detikkan hati mereka untuk berhenti menolong saya...saya ingat rupa mereka bertiga, insyaallah harap lepas ne boleh jumpa balik mereka...semoga Allah memberi ganjaran kepada kalian kerana ikhlas menolong saya...syukur...memandangkan keselamatan diri pada hari ini begitu membimbangkan akibat jenayah maha lebat berlaku, sedikit sebanyak merisaukan bila berada dalam situasi sebegitu...tambah plak fenomena acid spalshing frenzy in malaysia masih hangat lagi berlaku, tentunya fikiran dan kebimbangan didalam hati wujud..  Alhamdulillah, Allah maha pelindung...semoga langkahku dimana jua sentiasa dibawah perlindungan-NYA...aminT_T. Alhamdulillah tak berlaku apa-apa yang tidak diigini, cumanya nasib baik tak sampai rim rosak, maybe tayar bocor masa nak keluar dari parking umah sewa ataupun sebelum tu, entahlah, paling tak tahan mende yang buat tayar kereta bocor adalah KUNCI TOMBOL RUMAH  sape entah yang tercicir terlekat kat tayar kereta, atau err mulalah fikir bukan-bukan...huhu...setiap driver mesti ada dugaannya yang dilalui kan?kebanyakannya berlaku tak terjangka oleh kita @ pun dah dijangka, tapi tak bersedia..-_-
Note: masih terkilan, harap dipertemukan lagi dengan mereka...dan sesungguhnya peratusan wanita hanya tahu bawa kereta mungkin ada benarnya, termasuk sayalah...hehe, tukar tayar tak pandai, nasib baik pandai guna pam minyak, dan akibat terdesak semalam, baru pandai buh angin kereta... adussT_T...kena beringatlah wahai diri, malang tidak berbau..

::Kesihatan yang Baik satu Anugerah yang tidak ternilai ::

8.17.2011

Alhamdulillah, hari ni jamah nasi kerabu buat kali kedua, kali ke-4 masuk bazar, namun nafsu masih boleh dikawal, beli apa yang nak makan aje pluss nasi kerabu murah...so puasla hati, syahdu plak malam ne...Ramadhan hampir ke penghujungnya tak lama lagi, sekejap je masa berlalu, tup-tup diri dah tua<---tak berkaitan langsung kan,-_-' harap bulan mulia telah kita manfaatkan sepenuhnya....
Bab-bab kesihatan mula diambil berat bila usia dah meningkat ne..takut dengan penyakit yang tidak terjangka tidak mengira usia...heh! ni bila batuk beterusan tak habis-habis lagi terus fikir bukan-bukan...tambah plak newspaper minggu lepas cerita pasal TB, mak aaiihh, lagi tak senang nak batuk...yang batuk biasa-biasa boleh jadi luarbiasa...hmm, oblong kambing tadi memang sedap!nyesal sungguh suruh order satu!-_-....harap dia faham maksud saya (saya mahu makan oblong lagi lain kali)...asal macam menyimpang haku punya citer...pastu bila dah baca pasal TB tu, terus panik!mulalah nak samakan keadaan dengan simptom tu...apa perangai tah!haku pun tak pahamT_T mulalah cari alternatif lain nak sembuhkan batuk ne, pasal dah 2 kali pegi klinik, ubat habis...hasil pun tarakkk!!apapun ubat tu hanya rawatan, sembuh tak sembuh semua tu dengan izin DIA sahaja, redha dan berdoa batuk ne akan cepat sembuh!aminn... so sekarang ne cuba amalkan minum teh campur dengan madu asli dan bunga lawang je...memandangkan madu asli payah nak cari kat sini(menyesal tak amik satu botol haritu, padahal ayah dah offer suruh bawak-_-, okei fine!salah sendiri),so minum air teh rendam bunga lawang jelah! Nak beli ubat batuk kat farmasi macam dah tak tahan dah, manis sangat, tak pasal-pasal dapat kencing manis kang dop togokk ubat batuk tu, jenuh!!!so nak tak nak kena tahan lah air kelat pahit tu...awak ada apa-apa tips tak nak kurangkan batuk ne selainkan elakkan minum ais?...errr tadi dah 'ter'minum nescafe O beng, pasal dah tak tahan dop pantang lelama-_-...kesian betul haku ne...hukhuk...tapi yang penting antara banyak-banyak simptom TB tu, berat badan saya tak pernah susut (so memang imaginasi terlebih...huhu)...Alhamdulillah, dah syukur dengan keadaan sekarang... so yang terlampau nak kurus tu, tak payahlah berdiet sakan, jaga makan, jaga gaya hidup, doa jangan lupa...insyaallah kesihatan kita mantap...tazkirah lepas solat zohor tadi pun pasal kesihatan...saya tak ingat ayat setepatnya tapi antara banyak-banyak doa, mintalah kepada Allah s.w.t dikurniakan kesihatan yang baik...insyaallah^_^..bila kesihatan kita baik segala urusan pun akan berjalan dengan baik... 

Note: Kadang2 rasa jengkel dengan orang yang dah kurus kata diri dia gemuk (i did it too).. that statement really sensitive kan in certainly situation..i promise takmo dah jadik macam tu...just accept yourself, beauty on eye beholder!Kurus tak semestinya sihat, itu adalah fakta. 

::Bekerja di hujung minggu, bukankah itu hebat=P::

8.14.2011

autopost
Yes!amat mengharapkan dapat keluar dari kepompong...tambah plak dihujung minggu...entahlah apa yang baik bila terperap kat rumah...tapi tak tahulah, aktiviti tersebut membahagiakan saya. Kadang-kadang nak keluar rumah macam tak nak tak nak melainkan ada perkara yang perlu diselesaikan..Namun hari ni mengujakna pasal nya kena masuk bekerja...weeehuuu! yang penting bukan masuk kerja kat ofis...tu yang suka...heh! kena lah tukar persekitaran jugak kan...asyik dalam ofis je, boring jugak...cehhh!

At least ada jugak mende nak buat, kalau tak Dora, Al-Tigre, Kappa Mikey, Cat dog, SpongeBob ngan Patrick aje dok ngadap hari-hari...nasib baik jugak depa neh lawak tak habess, adeiii patrick-patrick...memandangkan seminggu dua neh kena siapkan bahagian writing, maka takdelah bosan sangat dok rumah, sambil buat writing tesis sambil bergelak ketawa ngan geng TV9....hari ni ingatnya nak pi bazar tapi mungkin terbatal niat sebabnya keiginan nak beli makanan tu takde, tapi keinginan nak beli barang lain tu ada...tu yang bahaya sikit, masa berkeiginan macam ne, pastu poket tengah kopak, memang bahayalah, pasal niat nak beli tu melekat sampai boleh beli...ada paham??-__-". terbukti bahaya...sekarang pun dah berkira-kira kat dalam pale ne, ada list siap...tak menahan...eh, ne salah  pun salah satu reason  dop kat rumah tu bagus....hehe, padahal semua tu bergantung kat diri sendiri je kan?hihi=p

::Menu berbuka terlalu sempoi atau kehabisan idea nak masak apa?::

8.13.2011

Hari nih tak sangka plak sampai bluuurrr atau dengan kata lain habis idea nak makan apa, nak masak apa...huhuuu, nak habiskan separuh ramadhan lagi kopaklah idea nak memasak....yang penting masa buka confirm jamah kurma dulu dan buah tanjung....Bila call mak tanya menu berbuka kat kampung hari ni, memang betul2 buat leleh...ikan kering masak lemak kuning, boh plak nenas...adehhh sungguh dugaan, lauk lain malas nak sebut pasal buat nya nak balik kampung terus nanti-_-"...siap tanya lagi mak apasal special sangat hari ni mak masak..."nak meraikan budak adam puasa penuh" kata mak-__-...ada jugak yang kena piat, punyalah dah nak separuh ramadhan, adik haku baru sehari berjaya puasa penuh...takpelah, tu pun dah syukur, harap dapat penuhkan baki puasa yang ada ne ye budak adam...saboorrr jelah...eh???adik umur berapa??errrr....tak payahlah bagitahu...haha=p. okeilah time tengok muvie...wahhh ne dah terlebih masa terluang neh...huuu. 

Note: berbuka dengan pasta bolognise je hari ni-_-..alhamdulillah

::Wordless Wednesday#1::

8.10.2011

 Note: crying a river