Anak siapa yang tak suka main pasir kan? I though every kids love the sand. Yang tak sukanya mungkin mak ayahlah sebab renyah nak cuci kemaskan pasir bersepah nanti kan.
I love surprised from husband. He's very unexpected person sometime, most of the time unplanned shortvacay from his ideas. Tapi anak-anak suka, and me as housewife 24jam duduk dalam rumah memang mencari masa untuk keluar dari rumah.
Teringat plak cerita spongebob bila patrick ketakutan disebabkan sales person from somewhere bagitahu "keluarlah dari bandar". Ingatkan kena halau dari bandar, rupanya orang suruh keluar ambil angin luar dari bandar. Punyalah serius patrick sampai sanggup bertukar ke patricia.
Wallah,i'm the one mother who remembering this cartoon episode..hahaha, kantoi lah layan kartun setiap hari.
So back to the story, bila anak dengar "apa?pantai mama?kita nak pergi pantai mama" wehuuuu, teriakan gembira buat anak, but not for me for a while..hehhe.
Well, biasalah dah jadi mak-mak pastu terkenan plak perangai mak mertua, iols kena siapkan bekal. Pergi mana-mana wajib sediakan bekal.Tak siapkan atau tak buat bekal untuk anak-anak ibarat cari pasal dengan depa.
So sebelum zikir lapar sepanjang perjalanan nak sampai ke pantai tu dizikirkan, better sediakan payung giteww. Memandangkan iols nih kategori mommy godzilla jugak, sangat tak suka perkara disebut berulangkali, so to cut that scene, bento must be done.
Perjalanan ke pantai tu atau kemana sahaja tak sah takde persinggahan. Kalau bukan anak-anak, mamanya, kalau bukan mamanya dan anak-anak, wajiblah ayahnya. Hmm, family matters when travel, biasalah tu,haha. Biasa kalau perjalanan jauh dan boleh jamak,memang kami jamak bila bermusafir.
Sepanjang perjalanan kemana-mana dengan suara anak-anak bergaduh, bergurau senda just a like lullaby song. Alhamdulillah biasa kalau dah sampai destinasi anak-anak tidur adalah sekali dua yang tantrum sebab bangun dari tidur. Dah lali sebab memang dah ajar anak travel sekerap mungkin. Anak-anak Ika, pengubat masa diorang tantrum adalah basuh muka.
Ya, mudah seperti ABC, berebut ke, gaduh gaduh ke, end up the scene of crying here and there, just stop the car and wash their face. Settled.
So bila dengar air pantai,nampak pasir memang macam kena pukaulah. Lagi plak kalau dah sentuh pasir,semua senyap, khusyuk. Bagus sebenarnya ajar anak-anak main pasir. Sekarang pun dah banyak educational play ada yang guna magic sand tu.
Antara kebaikan terapi pasir untuk anak.
1. Meransang motor halus
Menggengam, menghancurkan, menggumpal dan menyelerakkan pasir membantu membina otot kasar dan otot halus. Anak- anak boleh berlari, melompat, berguling, menggali. Dan jika di pantai pula anak-anak boleh belajar berjalan di pasir yang kering ataupun basah.
2. Menjadikan deria lebih peka
Pasir adalah bahan deria yang sempurna untuk kanak-kanak yang suka kepada sentuhan. Kanak-kanak mahu menyentuh segala-galanya dan sentiasa mencari input sentuhan. Dengan pasir anak- anak akan menyentuh, memerah, dan bermain dengan gembiranya.
3. Menulis dan melukis
Sebelum kanak-kanak cukup bersedia menggunakan pensil untuk belajar menulis, mereka perlu diberi peluang untuk mengamalkan kemahiran melukis dan pra-penulisan mereka dalam bahan pelbagai deria. Bermain pasir adalah jawapannya.
Kanak-kanak boleh menggunakan jari atau alat-alat kecil untuk menulis dan melukis. Ini boleh memberikan mereka beberapa input deria tambahan dan membantu mereka mengamalkan genggaman pensil mereka tanpa menggunakan pensil.
4. Pemikiran kreatif
Pasir boleh dimain dengan pelbagai cara dan gaya. Caranya tidak terhad seperti bermain bola yang hanya menyepak dan baling. Apabila bermain pasir, anak terdedah dengan cara bermain yang tidak terhad dan disini penjanaan idea kreatif itu berlaku. Setelah adanya idea, ada pula perlaksanaan bagaimana nak jadikan idea itu berlaku.
Di sini lah kenapa terapi pasir sangat bagus untuk kanak- kanak autisme. Dengan memberikan kanak-kanak itu sebesen pasir bersama-sama dengan beberapa alat, bahan-bahan untuk acuan atau bangunan, anda memberikan anak bahawa peluang untuk menjana idea kreatif.
5. Aktiviti ceria
Bermain pasir adalah aktiviti yang amat menceriakan anak. Boleh main macam-macam permainan dengan pasir ni. Acuan yang ada boleh bina kreativiti anak seperti bina highway/trek untuk kereta mainan, buat bangunan, buat tempat tinggal binatang – binatang.
Kesan : anak2 dapat mengenali/merasai ciri-ciri pasir, bina konsep fahami isipadu dan dapat belajar untuk handle alatan yg digunkan (fine motor).
6. Dari segi perkembangan bahasa dan juga sosial
Tanam mainan dalam pasir dapat bina kefahaman walaupun kita tak nampak objek tersebut, namun sebenarnya objek itu ada di situ. Ia juga membantu dalam memisahkan anak- anak dengan ibu bapa dalam tempoh tertentu dengan rasa selamat masih ada dalam diri anak2. Contoh tanam dinasour: anak- anak boleh berangan menjadi arkeologist.
(kredit:ibudoakan.com
Masyaallah super sibuk atau buat buat sibuk it doesnt matter at all. Tapi ya Allah banyaknya benda nak dicoretkan.
Since anak empat ni rasa dah banyak sangat me time. Tapi me time yang satu ni entah bila nak layan. I love to write up, a lotssss, but entah nak kata masa yang cemburu tak jugak.
Maybe the time i've with kids and family much more important than everything. Since rutin sekarang lebih tersusun bila anak dah start sekolah, struggle for everyday to keep my daily routine have been done as good as possible.
Daa..
Bila bab anak, mak-mak mana kat dunia ni pun hati tisu. Semalam tinggalkan Haddad dalam keadaan dia refuse nak pergi sekolah. Well bila macam tu terus tak keruan lepas hantar anak pergi sekolah.
Sebelum ni tugas hantar anak-anak pergi sekolah ayahnya punya rutin tapi disebabkan banyak program kat kampung, still kena stay until semua selesai.
So, semalam sempatlah luah kesedihan dan kerunsingan kat ayah takut si Haddad menangis tak sudah sebab biasalah 'anak kedua', i know him better sebab iols pun anak kedua. Mintak tolong ayah gi intai anakanda takut dok meraung tak sudah hingga ganggu sesi pembelajaran kawan-kawannya.
Alhamdulillah, semua ok je, mama is terover act risau lebih..hehe. Ayah pun cakap "biasalah tu, mana mana mak ayah, anak-anak akan sedihlah berpisah sementara nak pergi sekolah, biasa dok keliling pinggang, nak berpisah macam-macam rasalah.
Hmm, sedih betul ayat ayahanda. Baru berpisah sekejap kat dunia ye dah teruk camni rasanya.
Sindrom mak-mak bila anak pergi sekolah belum habis lagi rupanya iols ni. Memang hati tisu. That's why mama suka pergi ambil anak sekolah banding dengan hantar anak pergi sekolah, alahaii macam mano nak jadi hafiz anakanda ni, tengok abby abadi hantar anak ke turki pun iols dah basah lencunsss. Tu anak orang, anak iols sendiri tak tahu macam mana gaya.
Long way to go, be strong mommy.
Alang-alang keluar, suami ajak pergi hantar makanan jugak, bolehlah cari port berkelah makan tengahari kat mana-mana taman permainan ke apa nanti. Kebetulan hari tu pun cuaca elok je.
Sedang azan zohor bunyi kami sampai kat rumah anak yatim. Alhamdulillah, settle tukar bekas makanan, kami gerak entah mana hala jalannya sebab jalan kampung, main redah aje.
Tetiba nampak ramai orang tengah main air jeram. Berkelah kat tepi tepi jeram. Apalagi suami cakap"jom kita berkelah makan sini jelah", iols iyyekan aje..hihi.
Nama je berhenti berkelah nak makan-makan, tapi dah nama budak-budak kalau nampak air, tapi tak boleh main air bukan budak-budak lah namanya, alangkan kita yang tua ni pun suka berendam mandi air lagi lagi air jeram kan?hehhe.
Nasib baik dalam kereta memang selalu standby baju lebih even keluar sekejap ke lama, jauh ke dekat. So, takde masalah kalau anak nak main air. Siap pasang khemah semua, semua dah lapar,anak anak laju je makan sebab nak main air.
So, acara diorang mandi manda kat jeram. Iols mampu tengok je lerr..kalau ada baju standby mahu makpak sama naik dengan anak mandi manda.
Siap mandi sampai biru bibir, makan sekali lagi. Suasana pun banyak mempengaruhi selera anak, so sekali sekala tukar suasana memang berbaloi, banyak bukan main diorang makan. Selesai makan terus berkemas sebab nak singgah cari durian niatnya.
Sekali semua dah fengsan main air,letih kitaorang terus balik rumah ajelah. Tahun 2018 sememangnya nak penuhkan hujung minggu dengan "keluar dari rumah". Mencari port menarik, free lagi bagus untuk pengalaman dan kenangan untuk anak-anak. Sekejap je rasa tempoh anak-anak membesar. Semestinya kenangan indah untuk diceritakan buat cucu cicit plak..hihi. Jauh berangan sampai cucu cicit dah, kertu dah rasa bila masuk umur 30an ni.
Apapun keluar dari rumah dihujung minggu memang tukar mood anak. Nak mulakan hari persekolahan pun semangat aje.
Top Social