Antara port berekreasi yang takde tiket masuk dan berunsurkan semulajadi yang menjadi pilihan adalah Paya Wetland dengkil...hihi, maybe tak sepopular tempat lain sebab masuk percuma, kalau kena bayar tentu-tentu ramai yang serbu, sebab bila kena bayar tentu value yang pengunjung dapat lebih dihargai betul tak...
Apa yang best dekat paya wetland ne kaya dengan khazanah alam, selain ada taman mini yang menempatkan hippo dan buaya,kat sini pun ada taman mini burung, ladang mini itik, serta trek berbasikal buat pengunjung. Korang kalau nak datang sini, better bawak bekal untuk berkelah atau camping, duduk seharian sepagi atau sepetang memang berbaloi lagipun kawasan ne sangat lapang, anak-anak memang sukalah aktiviti berbasikal kat sini. Di lobi utama selepas pintu masuk biasanya pengunjung kena daftar dulu then bolehlah pusing sekitar paya wetland, kalau yang nak berbasikal boleh sewa basikal kat sini tapi untuk yang dewasa jelah, kalau anak-anak bawak yang sendiri punya...hihi
Sayangnya mungkin disebabkan free, penyelenggaraan pun tak efektif..kedai-kedai dalam tu hanya sorang je menyewa,mungkin faktor promosi tempat kurang..apapun tempat ne memang menjadi kegemaran photographer sebab cantik. I'm not sure kalau ada yang menginap kat sini...sebab kat sini pun ada chalet disediakan cuma tak tahu lah berapa rate penginapan. Korang kalau nak datang ke paya wetland untuk berkelah dan berekreasi, tentunya pilihan yang tepat,memang nyaman, jauh dari kesibukan kota...daaa
Hujung minggu memang kitaorang tak lekat kat rumah. Terima kasih suami kerana memahami isteri surirumah dan anak-anak. Memandangkan hari-hari memang melepak kat rumah je, tentu-tentu boring nak ambil angin luar jugak..so husband memang everyweek ada je plan bawa anak-anak jalan-jalan ke taman permainan atau ke taman tengok alam semulajadi atau just pusing-pusing ke kawasan pantai dan sebagainya. Yang pasti kitaorang jarang bawa anak-anak ke pasaraya entahlah kenapa tak berminat sangat nak bawa anak-anak ketempat sesak macam tu...hihi. So kitaorang memang suka bawa anak-anak ke tempat yang diorang boleh bebas berlari-lari dan main, puas hati tengok anak-anak seronok.
Lagi satu perangai suami tak boleh nak cakap apa, cakap nak pergi tempat lain sampai tempat lain...apapun I follow je driver, kikiki, kehujung dunia sekalipun I ikut, ewahh..hahahha, so one fine day at weekend tiba2 dah on the way ke bukit tinggi..sabar jelah, memandangkan kitaorang dah pernah sampai kat tropical Colmar tu dan tempatnya sedikit membosankan kanak2 seperti harraz melainkan photographer so suami bawa anak2 ke taman haiwan bukit tinggi tu...
Tiket masuk taman haiwan ne dalam RM3/entry..taman pun saiz mini je,tapi puas hati lah sebab kat sini semua haiwan jinak termasuk rusa-rusa, arnab tu memang kau kejar sehabis daya memang xdapat pegang..dia punya culas tu..boleh tahan,tapi Ahmad harraz dan Haddad memang suka sebab tak pernah tengok binatang-binatang ne apatah lagi nak pegang..so dapatlah pengalaman baru untuk anak2. Lepas puas main dengan binatang, terus diorang serbu mini playground kat rumah animal park tu...behehe..memandangkan suami malas nak jalan2 kat japanesse village maka lepas lepak2 kat animal park terus kitaorang turun dari bukit tinggi. Kiranya semata-mata naik bukit tinggi tu nak pergi animal park..boleh tak macam tu, sabar jelah..beheehe, kalau ikutkan baik je pergi zoo negara, tapi xnak lah banyak mengomel,suami dah bawa tu syukur dah...behehe, ok daaa...
Ditulis pada 25 disember 2015
11.30am
Pernah terbaca artikel tentang banyaknya kebaikan dan manfaat bila kita galakkan anak-anak membantu kerjarumah..hihi, kalau ikutkan memang malas nak suruh anak-anak tolong ne,sebabnya dah tahu memang lagi bersepah dan berpotensi besar akan menimbulkan kemarahan. Tapi demi anak-anak kena belajar give and take,give them a chance kan,lagi pun memang banyak kesan baik bila ajar anak-anak buat kerja rumah atau disiplinkan diorang dengan simple rutin.
Antara rutin biasa, buang sampah, letak baju dalam tong sampah, bawa pinggan ke sink sendiri, basuh pinggan yang diguna, isi air nak minum sendiri, pakai baju/pakaian sendiri dan banyak lagi..secara tak langsung developed kemandirian anak-anak dan mereka lebih independent...kalau aktiviti mengemas yang menguji kesabaran tentulah menyapu sampah, sebab lagi banyak sampah yang diorang buat, lagi-lagi anakanda ahmad ne suka sangat sapu habuk kat kipas sudahnya berterabur segala habuk kat lantai...memang kena banyak sabar..hihi..Antara aktiviti lain dua ahmad ne buat cabut rumput kat laman,dalam pasu,dan tentulah paling suka siram pokok bunga sebab boleh main air...
Korang kalau anak-anak buat sepah tu kena banyaklah bersabar, selain suka sepahkan mainan diorang, pernah juga dua ahmad ne habiskan dua botol bedak sepahkan seluruh ruang tamu, paling sadis ada weekend tu kami lakibini terlelap sedar-sedar satu rumah banjir...anak-anak main angkut air basuh lantai, bukan setakat lantai basah, baju belum berlipat dalam bakul pun basah sekali, pakej sekali atas meja makan berterabur nasi,air tumpah...dia punya kerjasama tu memang terbaikk anakandaku.. Apapun memang menyingalah sekejap, hehe..camtulah ada anak-anak tengah membesar ne, tak boleh imagine kan macam mana orang dulu-dulu yang berbelas-belas anak, haku yang dua ne pun dah berdenyut-denyut kepala...kihkih..pepun korang just enjoy moment parenting ok..selagi nyawa dikandung badan moga amanah ini kita jaga sebaiknya...ok daaa
Ditulis 29 disember 2015
21.52pm
21.52pm
Cuti keputeraan Kelantan hari tu cuti deepavali, memang cuti panjang buat rakyat Kelantan maka my family & family in law datang berjalan kerumah anak-anak sambil jenguk cucu. Maka memang tak menang tangan melayan kaum keluarga yang datang berturut-turut..kikiki,meriahnya bukan main..me apalagi,masa ne lah nak tunjuk skill memasak..memandangkan dah lama tak balik kampung maka masa family datang macam ne lah seronok berkumpul makan sama-sama.
Err..tapi bukan nak cerita yang tu yang sebelum family datang. Memandangkan rumah kitaorang macam kapal pecah sebab banyak projek tergendala, maka salah satu projek nak mengemas susunatur dapur menjadi keutamaan sebabnya dah lama bertangguh-tangguh. So week before kaum kerabat keluarga datang kitaorang lakibini sibuk settlekan part storage kat dapur yang mana memang plan asal nak cari rak besi macam kat stor tu nak letak kat dapur, tapi last minute suami ajak ke IKEA mencari rak.. Dahla mencari pun tergesa-gesa,xplan apa-apa, rak yang macam mana,last2 sampai ke IKEA nak beli rak...terus blurr...
Yang paling tak menahan in a week tu jugak kena settlekan bahagian pasang dan mengemas dapur, memang lembikla Mak buyung..nasib baik ada ogawa manual,kalau tak memang surrender awal2 lagilah haku..sanggup biarkan dapur camtu je macam tongkang pecah,tapi fikirkan ramai nak datang dan kalau tak kemas memang xsedap mata memandang plak ruang pun sempit..so nak taknak kitaorang lakibini struggle siapkan apa yang patut supaya nampak mengalu-alukan tetamu...kikiki
At last tersiap juga simple makeover dari kitaorang puashatilah sebab rak kat atas kaunter tu suami DIY je guna kayu pallet..beli 3-4 batang harga RM6 terus dapat sebiji rak...ok daaa
Ditulis 25 disember 2015
11.15am
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Social