Kendali Amarah/Tantrum Anak

6.19.2014

entri sebelum ne dah buat dah pasal macam mana nak handle anak bila dia buat perangai a.k.a tantrum..so just nak share nasihat dari prof dr. rozieta...


Soalan:
As salam prof... maaaf menganggu... sy ibu dua org ank lelaki usia 4thn dn 2thn... prof sy ingin penjelasan dr prof utk menangani kerenah ank lelaki saya.. kenapa budak baya ini ssh mendegar kata kalau kite menegur..juga akan memukul sy balik jika kemahuan ya tidak dituruti.. kdg2 prof sy jadi hilang sabar dn memukul mereka kerangeram.. tp sy ada baca jika kita lg pukul mereka lg mereka jadi degil..Betul ke prof? Apa cara yg patut sy lakukan?

Jawapan:
Kita ni manusia, jika anak berperagai buruk, memang mudah kita hilang sabar. Oleh itu bilanglah berapa banyak anda boleh bersabar dan hargailah diri anda yang sedang berusaha belajar bersabar. Ini sangat penting dalam meraih sabar yang besar. Ada beza anak yang mengamuk pada usia 2 tahun dan yang mengamuk pada usia 4 tahun. Budak pada usia 2 tahun sememangnya akan lebih kuat mengamuk jika kehendaknya tidak diikuti. Ini adalah pada usia ini dia mula cuba untuk ekspres dirinya dan uji sejauh mana dia boleh mempunyai kuasa kepada ibu atau bapanya.Tantrum ini juga berlaku kerana ketidakbolehan anak mengawal kekecewaan yang mereka rasa di dalam diri mereka. Juga kerana kurangnya mereka diberi outlet untuk mengeluarkan tenaga negatif yang tersimpan dengan bermain. Ibu sudah banyak menulis mengenai bagaimana untuk mengawal anak yang tantrum.

Jika anak anda yang sudah 4 tahun mengamuk dan memukul anda, kemungkinan besar semasa anak itu dua tahun dan dia tantrum, cara anda mengendalikan keadaan itu membuatkan radang anak itu tidak selesai. Bila anda sama menjerit marah, maka anda sebenarnya sudah kalah di dalam power struggle itu. Apa yang disarankan anda buat, bukanlah memujuk, tetapi dengan tegas tanpa berleter atau menjerit kepada anak itu, bangun dan lihat dia ke bawah. Ketinggian anda membuatkan anda memberi mesej anda memegang kepimpinan di situ. Beritahu, anda tidak suka dia berperangai begitu. Pegang tangan atau kakinya dan beri dia amaran dengan kasih-sayang tapi bernada tegas.Jika dia terus memukul. Ambik dia dan bawa ke satu sudut dan nyatakan dia duduk di situ sehingga dia boleh belajar mengawal tangan atau kakinya dari memukul atau menendang anda. Tinggalkan buat seketika. Jangan pujuk, tapi bercakap baik.

Anda perlu cekal hati dan mengawal emosi anda jangan membenci dia. Dia dapat merasakannya.Setelah reda, anda boleh bawa dia dan membasuh mukanya dan beritahu, bukan pujuk, bahawa perangainya memukul anda itu perlu berhenti. Dia perlu ikut cakap anda jika anda melarang sesuatu. Dan anda juga perlulah berpatutan dalam melarang. Janganlah semua benda pula hendak melarang. Perlu bijak menggunakan kuasa. Kerana anak belajar menggunakan kuasa dari anda.Bila dia sudah nampak bekerjasama, ucapkan kata penghargaan kepadanya dan puji sikapnya.Sebagai ibu bapa kita perlu memimpin dengan kasih-sayang dan tegas bukan lemas dalam pergelutan kuasa dengan anak.

perasan tak highlight tu..yes..point tu sama dengan some paragraph dalam entries terdahulu..dah lupa dah kat mana tengok yang ingatkan usia emas anak-anak kita antara umurnya 2tahun, that's mean memang waktu tu waktu terbaik kita nak didik and train anak kita control their emotions..huu, so memandangkan ahmad harraz berada linkungan umur tu dan pengalaman yang kitaorang dah alami sepanjang otw balik dari kedah ke KL haritu sangat memberi kesan ..bayangkan perjalanan balik dari kedah hampir memakan masa yang lama sebab ahmad harraz mengamuk nak duduk beriba atas ayahnya while driving..honestly memang aku tak ajar anak duduk depan/beriba masa ayahnya drive..orang lain sukahati dialah, but me won't allow that happen..silapnya, pagi sebelum balik KL, ayahnya nak beli breakfast bawa dia sekali, tapi tak nak duduk dengan his uncle, end up, pergi kedai sambil beriba dengan ayah, so bila dah jadi camtu, he know, "oo, rupa-rupanya boleh duduk depan" maklumlah sebelum ne tak terdedah...huhu, i just wonder my son thinking like that...so tu yang mengamuk sakan, disebabkan dah terlalu lama perjalanan, bosan maybe...so ahmad harraz menjerit/menangis bagai nak rak nak pergi duduk depan...my mistakes, disebabkan dah terlalu penat duduk dalam kereta lama, i'm not handle my emotion first, big mistake there..semakin dilarang semakin kuat keinginan dia nak pergi duduk depan...sampaikan kitaorang banyak kali stop kat R&R..suami pun dah letih, mengantuk nak hadap karenah anak lagi, so lastly kitaorang take a deep breath and slowtalk, my hubby dukung sekejap..amik angin luar, then duduk kat drive sit sambil riba anakanda harraz..and tell slowly kenapa tak boleh duduk depan blablabla, memang take a minutes, but the end ahmad harraz slowly come to sit with me and sleep...memang meletihkan amat that situation, penat ok..tapi disebabkan peristiwa tu me and hubby dah lebih clear how to handle the toddler emotion,..hii, boleh bayangkan kitaorang bertolak balik pukul 3petang dari gurun kedah, pukul 4pagi kitaorang sampai rumah, guna highway tu...pfffttt..tu pun my hubby dah penat sangat terpaksa berhenti tidur kat R&R mane ntah sekejap..penat hooihh mengurus anak-anak membesar ne, but really worth it..so hargailah emosi anak-anak ketika waktu emas ne kalau tak nak lagi penat bila diorang dah semakin membesar...tu pasal ada pepatah melentur buluh biar dari rebungnya...takut bila dah besar lansung tak boleh disentuh/tegur/patahkan..whatever.. jom like page prof dr rozieta...banyak ilmu keibubapaan...k daa

Kenduri Kahwin di Stadium Hang Jebat Melaka

6.03.2014

tajuk kemain lagi hoh..sekembali dari kenduri kendara harap maklumlah badan akan makin naik mendadak dari saiz yang dah sekian mendadak...pfftt, betul merepek..terus nak hashtag cikepal punya program diet, sesungguhnya cik epal sungguh sabar menahan nafsu makan, terkejut tak hengat tengok gambar mek comel tu sekarang, al-maklum memang dah lama sakan tak menerjah blogger femes disebabkan kekurangan masa 'me time', tau tau dah kahwin pun...-.-", ada masa pun kejenya mengunyah je...so bila dah tengok akan keanggunan cik epal selepas diet sihat yang mencantikkan diri, terus rasa nak mengemop lantai, dinding, syiling dan sebagainya...workoutla kononnya...bahaha, tapi tak daya deknon..semangat macam cik epal memang lain macam...salutee, ralit tengok gambar like a fairy-tale wedding cikepal..supercantik!!..


minggu ne sangat penat macamkan haku yang drive kereta, dari melaka selepas kenduri adinda tersayang di stadium hang jebat, terus ke kedah, sehari dua berehat terus balik kelantan pulak, i wish kitaorang ada heli i mean helicopter-seriously, so bolehla nak fly anywhere upon on request..ngeehhh!!part mendobi dan part yang paling suka dahulukala, sekarang dah tak berapa suka-lipat kain, sangatlah membosankan, dan part yang paling merimaskan, kemas beg..ahh, semua plak jadi tak suka...well manusia ne, i mean me..oohh, please bersyukurlah-.-''..at least ada jugak kain nak jemur, nak lipat...ppfft...eh, tetiba blank terus nak taip hape...tadi dah berduyun dah idea datang..anak-anak bangun terus hilang focus..menyambung lainkali nampak gaya...daaa

Kahwin, Cuti & Anak saudara

5.28.2014

eheemm...lama tidak bersiaran, maklumlah sibuk dengan urusan duniawi ni..huhu..Alhamdulillah bulan mei terlalu banyak peristiwa gembira bagi kami sekeluarga..having a big families is a good for us..mak ayah dapat cucu baru atau dengan kata tepatnya i'm officially being an untie for my adorable nephew...yehuu!!dan bertambahnya anak menantu mak ayah dalam keluarga kami..yeah, the two big thing nikmat Allah bagi pada kami sekeluarga di bulan rejab ne, alhamdulillah ya rabb..

so few days before, me and sons bertolak balik ke kampung dulu untuk urusan majlis perkahwinan adik without their father, first flight for Ahmad Haddad and second time for ahmad harraz, and first time for me to handle both of them...huu, pengalaman naik flight bersama anak-anak kecik ne like a nightmare i told you...haha, 45minit penerbangan bagaikan 10 jam, huwaa..ikutkan keduanya okey je sepanjang 30minit pertama, tapi disebabkan keduanya bangun awal pagi, so nak tidur punya pasal terus meragam, nasiblah my sis bersabar dengan karenah anak sedara sendiri, hihi..walaupun 15minit terakhir sebelum mendarat seakan pasar malam riuh disebabkan suara tangisan anak-anak atas kapal, we arrived safety...apapun pengalaman bawa anak-anak naik flight bagus untuk masa masa hadapan mana tahu nak jejak tanah haram boleh bawak anak sekali..tu baru dua anak handle, dah huru hara-.-". tak tahulah macam mana rupa bila dah bertambah sorang lagi..dari rupa bibik terus jadi bokbong aku ne-.-''...

Balik kampung kali ne jugak untuk menjenguk anak saudara sulung, sedikit excited disitu, maklumlah baru boleh bahasakan diri sebagai mak saudara...hahah=p. Disebabkan majlis kali ni dikira majlis last sebab majlis-majlis akan datang lambat lagi pasalnya my youngest brother and sister still bersekolah, so terlalu pack event yang ayahanda rancang...little bit exhausted tapi terasa sangat meriah even ramai jugak mak-mak sedara tak dapat balik disebabkan cuti sekolah belum bermula...so balik awal sikit sempatlah menolong sedikit parents nak siapkan doorgift dan certain things yang tak siap lagi..huu. itu jelah nak bercerita, lemau nak menaip, banyak part mendobi kena settle disebabkan next week program padat, majlis menyambut menantu ke melaka, direct ke kedah dan pusing balik ke kelantan, majlis kahwin punya pasal. ok daa

Senarai Restoren Nasi Arab Sedap

5.05.2014

Me and hubby memang penggemar nasi arab, rasa tak keruan pulak kalau tak pekena nasi arab dalam tempoh yang lama, actually bukan setakat penggemar nasi arab je kot, semua kalau bab makan memang gemar la, haha..tu yang laki bini macam di pam-pam..maklumlah sejoli bab makan, hahah...mula terjebak dengan nasi arab masa tahun 2009 first restoren kitaorang try al-rawsya yang asalnya di ampang dan masih kat kawasan perumahan elite tu...kesedapan al-rawsya yang dahulu memang tak dapat ditandingi dengan al-rawsya yang sekarang yang terletak kat bulatan kg.pandan...memang sedap dan original rasa kesedapannya..sekarang maybe dah bercawangan the taste dah tak sama...so after dah try beberapa nasi arab dari restoren yang berlainan, dalam banyak-banyak restoren arab ne memang tak boleh lawan kesedapan nasi arab di SABA, cyberjaya..yess exactly, the taste masyaallah, memang sedap!! 

Antara nasi arab yang kitaorang dah try ZAM ZAM restaurant kat shah alam, quite okay, sedap memang sedap tapi macam kurang feel sikit...sebabnya terlalu banyak rempah dan nasi lembik...as long as nasi arab i think okaylah kan...restoren ne memang choice kitaorang kalau pergi shah alam, sebabnya selesa satu dan boleh jimat sikit part makan...hihi. Kalau rasa nak fefeeling kat arab betul pergilah makan kat AL-DIAFAH dekat dengan stadium bukit jalil..restoren ne memang sangat mewah dengan hiasan ala-ala kat arab punye...rasa lip-lap sekejap kalau pergi makan kat restoren ne...nasi arab kat sini pun sedap..tapi agak pricey padanlah dengan jamuan mata & fefeeling yang korang dapat rasa macam tengah makan kat padang pasir gituuu..mihmih...memang puas hati, kat sini the best thing yang paling sedap air yogurt yang original..memang sedap...masa mengandung kan ahmad harraz dulu memang haku mengidam makan kat sini...nasib suami layan, hahah...dekat putrajaya pun ada jugak area presint diplomatik, kedai ala-ala mamak sekali tengok tapi menu masakan arab semua ada... MR.KABAB&BRIYANI kalau tak silap...hmm, taste nasi arab kat sini bolehlah..nak makan sekali sekala bolehlah...haha, tak berapa feel taste nasi arab sebabnya entahlah...try sendirilah, taste kita tak sama okey...kahkah...tapi harganya sangat affordable..really !!no doubt!!HADRAMAWT yang centre tak pernah lagi kitaorang try, yang cawangan kat putrajaya dah tapi the taste tak memenuhi selera, bersepah dengan rempah satu, nasi lembik..the latest kitaorang try pasal masuk dalam rancangan saffiya, nasi arab TAIF kat seksyen13 shah alam gitula nama kedai, so mestilah kena try, tapi...err, cukuplah sekali.. beria je dalam tv nengoknye...huu, so kesimpulannya dalam banyak-banyak nasi arab kitaorang makan the SABA one, really had a great taste...walaupun restoren tak class, tapi the taste memang sedap...tiap kali pergi memang beratur jugak even take away, even nak makan situ pun kena beratur jugak..kes penuh dah restaurant, nak makan pun kena bergilir...memang terbaikk, tak pernah kecewakan tekak ne..hehe and most our favorite tentulah mandy lamb..ok daaa