Kahwin, Cuti & Anak saudara

5.28.2014

eheemm...lama tidak bersiaran, maklumlah sibuk dengan urusan duniawi ni..huhu..Alhamdulillah bulan mei terlalu banyak peristiwa gembira bagi kami sekeluarga..having a big families is a good for us..mak ayah dapat cucu baru atau dengan kata tepatnya i'm officially being an untie for my adorable nephew...yehuu!!dan bertambahnya anak menantu mak ayah dalam keluarga kami..yeah, the two big thing nikmat Allah bagi pada kami sekeluarga di bulan rejab ne, alhamdulillah ya rabb..

so few days before, me and sons bertolak balik ke kampung dulu untuk urusan majlis perkahwinan adik without their father, first flight for Ahmad Haddad and second time for ahmad harraz, and first time for me to handle both of them...huu, pengalaman naik flight bersama anak-anak kecik ne like a nightmare i told you...haha, 45minit penerbangan bagaikan 10 jam, huwaa..ikutkan keduanya okey je sepanjang 30minit pertama, tapi disebabkan keduanya bangun awal pagi, so nak tidur punya pasal terus meragam, nasiblah my sis bersabar dengan karenah anak sedara sendiri, hihi..walaupun 15minit terakhir sebelum mendarat seakan pasar malam riuh disebabkan suara tangisan anak-anak atas kapal, we arrived safety...apapun pengalaman bawa anak-anak naik flight bagus untuk masa masa hadapan mana tahu nak jejak tanah haram boleh bawak anak sekali..tu baru dua anak handle, dah huru hara-.-". tak tahulah macam mana rupa bila dah bertambah sorang lagi..dari rupa bibik terus jadi bokbong aku ne-.-''...

Balik kampung kali ne jugak untuk menjenguk anak saudara sulung, sedikit excited disitu, maklumlah baru boleh bahasakan diri sebagai mak saudara...hahah=p. Disebabkan majlis kali ni dikira majlis last sebab majlis-majlis akan datang lambat lagi pasalnya my youngest brother and sister still bersekolah, so terlalu pack event yang ayahanda rancang...little bit exhausted tapi terasa sangat meriah even ramai jugak mak-mak sedara tak dapat balik disebabkan cuti sekolah belum bermula...so balik awal sikit sempatlah menolong sedikit parents nak siapkan doorgift dan certain things yang tak siap lagi..huu. itu jelah nak bercerita, lemau nak menaip, banyak part mendobi kena settle disebabkan next week program padat, majlis menyambut menantu ke melaka, direct ke kedah dan pusing balik ke kelantan, majlis kahwin punya pasal. ok daa

Senarai Restoren Nasi Arab Sedap

5.05.2014

Me and hubby memang penggemar nasi arab, rasa tak keruan pulak kalau tak pekena nasi arab dalam tempoh yang lama, actually bukan setakat penggemar nasi arab je kot, semua kalau bab makan memang gemar la, haha..tu yang laki bini macam di pam-pam..maklumlah sejoli bab makan, hahah...mula terjebak dengan nasi arab masa tahun 2009 first restoren kitaorang try al-rawsya yang asalnya di ampang dan masih kat kawasan perumahan elite tu...kesedapan al-rawsya yang dahulu memang tak dapat ditandingi dengan al-rawsya yang sekarang yang terletak kat bulatan kg.pandan...memang sedap dan original rasa kesedapannya..sekarang maybe dah bercawangan the taste dah tak sama...so after dah try beberapa nasi arab dari restoren yang berlainan, dalam banyak-banyak restoren arab ne memang tak boleh lawan kesedapan nasi arab di SABA, cyberjaya..yess exactly, the taste masyaallah, memang sedap!! 

Antara nasi arab yang kitaorang dah try ZAM ZAM restaurant kat shah alam, quite okay, sedap memang sedap tapi macam kurang feel sikit...sebabnya terlalu banyak rempah dan nasi lembik...as long as nasi arab i think okaylah kan...restoren ne memang choice kitaorang kalau pergi shah alam, sebabnya selesa satu dan boleh jimat sikit part makan...hihi. Kalau rasa nak fefeeling kat arab betul pergilah makan kat AL-DIAFAH dekat dengan stadium bukit jalil..restoren ne memang sangat mewah dengan hiasan ala-ala kat arab punye...rasa lip-lap sekejap kalau pergi makan kat restoren ne...nasi arab kat sini pun sedap..tapi agak pricey padanlah dengan jamuan mata & fefeeling yang korang dapat rasa macam tengah makan kat padang pasir gituuu..mihmih...memang puas hati, kat sini the best thing yang paling sedap air yogurt yang original..memang sedap...masa mengandung kan ahmad harraz dulu memang haku mengidam makan kat sini...nasib suami layan, hahah...dekat putrajaya pun ada jugak area presint diplomatik, kedai ala-ala mamak sekali tengok tapi menu masakan arab semua ada... MR.KABAB&BRIYANI kalau tak silap...hmm, taste nasi arab kat sini bolehlah..nak makan sekali sekala bolehlah...haha, tak berapa feel taste nasi arab sebabnya entahlah...try sendirilah, taste kita tak sama okey...kahkah...tapi harganya sangat affordable..really !!no doubt!!HADRAMAWT yang centre tak pernah lagi kitaorang try, yang cawangan kat putrajaya dah tapi the taste tak memenuhi selera, bersepah dengan rempah satu, nasi lembik..the latest kitaorang try pasal masuk dalam rancangan saffiya, nasi arab TAIF kat seksyen13 shah alam gitula nama kedai, so mestilah kena try, tapi...err, cukuplah sekali.. beria je dalam tv nengoknye...huu, so kesimpulannya dalam banyak-banyak nasi arab kitaorang makan the SABA one, really had a great taste...walaupun restoren tak class, tapi the taste memang sedap...tiap kali pergi memang beratur jugak even take away, even nak makan situ pun kena beratur jugak..kes penuh dah restaurant, nak makan pun kena bergilir...memang terbaikk, tak pernah kecewakan tekak ne..hehe and most our favorite tentulah mandy lamb..ok daaa

Pengantin Buat Loan

4.28.2014

errr, macam tak kena pulak tajuk...soal wanita ne boleh tak cari words yang lebih sopan dan santun..pengisiannya dah bagus dah, so macam mana yang sepatutnya?i think pengantin sederhana or jimat much better..tajuk perbincangan betul-betul buat i terasa ok..me pun tergolong dalam pengantin berjimat cermat, tapi takdelah tahap pokai...huhu, disebabkan kita dah ada matlamat selepas kahwin tu nak kehidupan macam mana...so prepare dan bajet apa yang patut untuk selepas kahwin, nak kahwin pun rezeki mencurah-curah datang, dah kahwin lagilah, alhamdulillah..insyaallah kalau kita niat betul kahwin untuk apa, Allah permudahkan segala urusan dan kehidupan kita, susah tu ada tapi mana mungkin seronok hidup tanpa ujian Allah, ujian Allah menguatkan kita, menyabarkan kita, membentuk dan mengubah diri kita, bersyukurlah sekurang-kurangnya Allah bagi ujian, sekurangnya kita tahu Allah tetap ada walau bagaimana diri kita, Allah bagi ujian sebab sayang kita...wahh, bermadah pujangga pulak dah...bersangka baiklah dengan Allah=))
so yang nak kahwin tu betulkan niat, nak kahwin bukan nak seronok-seronok sesaja, apapun kena beringatlah, belanja nak kahwin memang teruja, tapi jangan sampai kita pokai lepas kahwin, nak nak pulak tetiba Allah bagi rezeki anak awal..duit sekarang memang penting, takde duit apapun tak jalan..prepare lebih bajet untuk perkara lepas kahwin, susah senang lepas kahwin kita tak tahu, so preparelah awal-awal apa yang patut..apapun bersederhanalah dalam apa jua ketika..teringat pulak masa kahwin, ayahanda tanya berkali-kali betul ke tak nak amik upah hias bilik sekali?betul ke nak amik pelamin je, bukan hape my ayahanda takut tak berlaku adil, tapi me sendiri memang tak nak, just hias sendiri2, pelamin pun nasib baik ada..tu pun dah bersyukur sangat..hee, apapun kenangan waktu kahwin sangat manis walaupun sesimple mana kita buat..Allahurabbi, nikmat yang Allah bagi bukan sedikit jika kita berasa cukup dengan apa yang kita ada.. apapun pokai masa kahwin takpe, jangan pokai lepas kahwin, makan megi seminggu dua takpe lagi, tapi kalau sebulan dop ulang makan yang sama, makan pelempang jawabnya..nak kahwin bukan sehari dua, maka sediakan payung sebelum hujan, lagi bagus dapat sediakan khemah, hidup lepas kahwin pun tenang senang tak fikir hutang majlis kahwin..bertanggungjawablah kita wahai suami isteri atas hubungan halal yang dibina, insyaallah Allah permudah urusan rumahtangga kita..daa

Potong Rambut Sendiri

4.21.2014

wallla...dah lama sangat tak menulis dialam maya ne...tambah-tambah semenjak pandai berinstagram, sendi jari jemari chomell ne serba jadi pemalas...kahkah...asyik asyik scheduled entry je..itu jelah mampu!! memang perasan since dah ramai blogger beraliharah ke instagram..terus senyap sepi blog..macam i la oulss...hahah..malam memang wajibun tidur awal, maklumlah tidurkan anak, ngan maknye sekali lelap terus...tambah pulak dah ada fakta baru wanita kena lebih tidur...tak sia-sia waktu bujang dulu haku kuat tidur, waktu mak-mak ne dah potong sikit time tidur..alhamdulillah masih mencukupi walaupun kadang-kadang tahap rabak mata tu ada..kihkih..jangan haraplah nak dapat banyak tidur bila dah beranak pinak ni weii...apapun bersyukurlah...mihmih. Lagi satu bila dah jadi mak orang ne jagalah kesihatan ye..kalau tak haru satu rumah kalau dah maknye tak sihat..ibarat tengkuk(isteri) sakit, kepala(suami) pun sakit jugak...dah tu dapat bebelan sebakul darab sebakul khas dari mak dicinta dan suami dicinta kes demam urat sebab minum ais banyak sangat...kahkah, ini orang panggil sendiri cari penyakit...-.-"
apapun nikmat sihat tak dapat dinilai dengan wang ringgit...harus beringatlah , orang lain berpantang setahun dari minum ais kita plak pantang nengok ais, terus mendapat demam urat-.-'...

Apapun, disebabkan kesibukan urusan rumah tangga, mahkota yang satu ne tak sempat nak diuruskan..haku kadang-kadang berangan bestnye kalau suami sendiri boleh potongkan rambut isteri...tapi tak payahlah berangan macam cinderella ataupun bak rapunzel..less expectation is more about happiness, takdelah kita berharap yang bukan-bukan dengan suami..sekurang-kurangnya takdelah nanti suami dah tolong potongkan rambut kau plak sibuk komen kritik tak cantik, tak puas hati...last-last makan diri...habis cerita, so kita tak payah merumitkan situasi, kita cuba mudah-mudahkan...gitu, so after get a permission, terus potong, wahh tak tersangka pulak ada keberanian potong rambut sendiri...sebelum ne tak pernah pulak ada perasaan cuba nak potong sendiri, so after this takde masalah dah, cuma part kemaskan tu kena mitak tolong suami jugak...hihi..itu jelah nak cerita..kbye...daaa