Discaj & Standby

6.26.2013

mm..my second baby ne nak jugak mamanya merasa dok dalam wad..even 3 hari bermalam di wad sungguh menyeksakan...nasib baik jugak dah berkampung kat kampung halaman, kalau tak benda tak expect jadi camni...tak tahulah nak pegi letak kat mana anakanda sulung yang comel tu-.-"..Kebetulan jugak my hubby balik this week..Allahuakbar, perancangan Allah tiada siapa yang tahu..alhamdulillah segalanya dipermudahkan, semoga anak mama bersabar untuk menjenguk dunia, at least 2 weeks++ mama dah syukur sangat...tapi kita boleh doa jelah, ketentuannya hanya Allah yang tahu...semoga sentiasa didalam lindungan Allah anakku..amin..disebabkan kontraksi bersalin yang terlalu awal tanpa bukaan serta tiada tanda-tanda lain dan disebabkan sejarah prem abangnya. terpaksalah kena tahan kat wad..test pun dah menunjukkan tanda positive bahawa adik Harraz maybe akan keluar awal dan bila-bila masa..memandangkan i'm still in 34w++, little bit awal dari umur cukup bulan, so terpaksalah merasa pulak sakit kena cucuk dos matang paru-paru yang menyakitkan sangat-sangat dan dos petidin untuk hilangkan contraction tu...huuu...hanya mampu berharap dan berdoa my baby dapat bertahan sampai cukup bulan untuk dilahirkan dan cuba untuk merasa kelahiran normal after ceaser..ya Allah, sakit contraction tanpa bukaan pun dah sakit yang amat apatah lagi nak buka sampai 10cmT_T...Allahurrabbi semoga dipermudahkan segalanya..pray for me readers...daa..

Untuk makluman, bagi yang kenal Dr.Saidatul Hafeeza (blogger kak Pija, merahjamboo.blogspot.com) pray for her, semoga ada keajaiban dari Allah. moga Allah sembuhkan kak Pija walaupun harapan untuk pulih sepenuhnya tipis, insyaallah doa dari kita saudara seagama semoga Kak pija diberi kekuatan, sesungguhnya segala penyembuh bagi segala penyakit datangnya dari Allah, amin...walaupun hanya kenal dekat blog and i'm the one of her blog reader..plus she is the one doctor yang sambut Ahmad Harraz in labor room tahun lepas..what happen to kak Pija benar-benar mencuit perasaan seorang mommies..sedih dan berharap Kak Pija sedar dari koma after deliver her second baby...tetiba rasa takut sangat nak beranak...huuuT_T

Doa Nabi Yunus Dalam Perut Ikan

Mudahkan Bersalin

6.13.2013

Almost a weeks kat kampung, actually planning balik kampung untuk gathering with family members kat Tok Bali aje, memandangkan keadaan dah sarat sangat nak berualang alik balik kampung menimbulkan perasaan tak sedap hati...better for safe terpaksa stay kat kampung aje menunggu masa untuk bersalinkan adik Harraz yang comel ne, tak nak pisang berbuah berkali-kali... terpaksalah membujangkan suami awal sikit..huhu-.-"..kononnya kenalah berehat bila dah masuk 30weeks++, tapi lain jadiknya, sebelum bertolak balik ke terengganu terus, sempat lagi pergi tawaf bangunan GM Klang, dua kali pulak tu..siap pasang niat nak tawaf sekali lagi sebelum balik beranak...nasib baik dah duduk kat kampung, kalau tak kempis poket suami hasil mentawafkan diri kat situ...so, conclusionnya GM Klang dah boleh masuk list tempat shopping barang baby yang best dengan syarat BORONG...heheh..memang kelabu matalah dok kat sana..memang best, tambah best ada Ayam Penyet jugak kat sana...bahaha, takde kaitan...disebabkan niat dah tak tertunai untuk pusing GM Klang untuk kali ketiga, maka niat suci murni tu kita tunaikan lepas deliver adik Harraz lah ye..haha. tersedak suamiku baca nehh..-.-". 

Memang banyak betullah aktiviti sebelum balik baru-baru ni, bukan takat tawaf satu GM Klang tu aje, satu zoo Melaka pun dah tawaf sehari sebelum tu..huu, tak pernah-pernah, tambah pulak dok travel jauh-jauh, memang cari pasal betul, apa-apa orang cakap banyak jalan-jalan mudah nanti waktu bersalin ..hope everything fine..Ahmad Harraz pulak semakin hari semakin atap (berat, bahasa ore kelate) dan semakin manja, asal nampak mamanya nak bangun sikit dah meraung suruh angkat sekali, memang tak boleh buat kerja apelah selain budak comel tu dok berbelit dikaki aje...maybe dah tau nak ada adik, tu yang manja terlebih..huuu, walaupun tak pandai merangkak, sekarang dah tunjuk pandai nak meniti di sofa dan panjat bendul dan tangga..adeii...tak sampai seminggu dah dapat skill baru...daa, just short entry for updates...tengah struggle settle hutang puasa beranakkan Ahmad Harraz tahun lepas...takut this year bertambah pulak hutang untuk adik Harraz..so, kena bertabah hati habiskan jugak..semoga sentiasa didalam lindungan Allah...amin=))

Bajet & Tempat untuk Beli Barangan Baby

5.30.2013

The best place untuk mencari barangan baby  tentulah Manjaku, tak tahulah dalam banyak-banyak tempat memang Manjaku menjadi pilihan especially kat Bandar Baru Bangi..hehe, dan dalam banyak-banyak Jusco, Jusco Taman Maluri  memang best baju baju baby banding Jusco tempat lain..haha, macam mengarut pun ada, actually kalau ada duit kat mana-mana pun best untuk shopping barang baby ne kan?kalau nan-ado, memang menyengih jelah pergi window shopping.. Nak shopping barang-barang baby ne bergantung pada budget masing-masing..Antara barang yang boleh hold dulu, tak payah rushing sangat nak beli, carseat, stroller, rocker n etc, kebanyakannya accessories untuk babyla. Those thing boleh dicari after baby lahir or habis pantang....sebabnya keperluan yang paling utama untuk newborn adalah pakaian, lampin and basic things macam tub, wet cotton n etc..so for mommy to be tak payah nak pening-pening kepala fikirkan terlalu banyak keperluan yang takde priority untuk newborn melainkan overbudget sampai taktahu nak buat apa dengan duit bolehlah membeli ikut nafsu dan kehendak...hihi

Pengalaman bershopping barang-barang untuk anakanda Ahmad Harraz, budget yang habis sekitar RM600++, baju-baju baby pun dah RM300++, tak masuk barang-barang cinonet yang lain,budget tu pun dah termasuk breast pump Manual Avent untuk get ready if nak guna, dan sememangnya berbaloi beli pasal tak sangka Ahmad Harraz lahir awal, every two hours everyday kena perah dan kumpul stok untuk dibawa ke NICU setiap kali melawat Ahmad Harraz selama 47hari..sangat berbaloi Avent Manual Breast pump ne, (beli online plus diskaun) disebabkan Ahmad Harraz lepas keluar hospital pun tak nak direct feeding terpaksalah berhempas pulas mengepam setiap hari..oh anak mama ne-.-"..yang penting fleksibel boleh perah dimana-mana je tak perlu bantuan tenaga elektrik, tu pasallah cepat sangat turun berat badan disebabkan terlalu banyak guna tenaga nak mengepam, hoohoo...keep praying moga adik Harraz nanti boleh directfeeding je sampai umur 2 tahun...insyaallah, moga anak-anak mama sentiasa dimurahkan rezeki... amin^_^

Kebanyakan barang yang dibeli semuanya berbaloi, sebab memang digunakan sepenuhnya, takde pembaziran kecuali stok bedak, shampoo n etc yang dihadiahi, belum sempat habis..tips nak beli baju baby jangan beli saiz newborn banyak sangat cukup 2,3 helai je..selebihnya cari saiz untuk 6bulan-9 bulan, sudahnya Ahmad Harraz sampai sekarang masih boleh guna baju-baju yang elok-elok je muat walaupun umur dah nak masuk setahun, genap setahun boleh pass ke adiknya pulak..kahkah, jimat punya pasal kannnnnn...itu pasallah sampai sekarang tak over excited lagi nak men-shopping sedikit barang untuk adiknya pasal lebihan barang masih lagi mencukupi untuk kegunaan masa akan datang...baju-baju Ahmad Harraz yang dah tak muat boleh pakai untuk adiknya nanti..gituuuu!!Melainkan adik Harraz gegirl, kenalah shopping jugak nanti ye...yahuuuu!!! Nak tips lebih baca sini...daa, selamat bershopping mommies=))

Scan Baby & Gender

Soooo excited untuk tahu gender my second baby ne...walaupun tak berharap untuk baby boy or baby girl, mana-mana pun syukur alhamdulillah..asalkan baby sihat walafiat,sempurna sifat dan diberi rupa yang baik oleh Maha pencipta, itu sudah memadai dengan keseronokan membawa perut pergi sana sini, dan segala macam perasaan dan emosi yang dirasai sepanjang mengandung..betul tak mommies?hehe..kalau ditengok rentak, gaya, cara ibu mengandung kali ne, memang sama je gayanya masa mengandungkan Ahmad Harraz, kuat makan, takde alahan (kalau ada, dah lama tahu dah diri mengandung masa awal-awal), pemalas (malas basuh kain, jemur kain, lipat kain, kemas rumah) tapi tak boleh ikut sangat tahap malasnya, pasal Ahmad Harraz dah pandai mengutip sampah, habuk, debu kat lantai...huuu anakandaku...-.-"nak tak nak, kena merajinkan diri jugak sapu lantai 3hari sekali...haha..yang tak boleh tahan kali nih masak pun malas, balik-balik, breakfast makan roti, balik-balik buat roti bakar...kesian suami-.-"...Check-up hari tu, doktor pun cakap tak nampak boy or girl pasal baby duduk mengadap ke belakang, sorok baikkkk punya, macam Harraz jugak...orang kata kalau sorok-sorok ne perempuan, malu!!!hehe...whateverlah...yang penting  u've to grow healthy dear, semoga sentiasa didalam lindungan Allah anakku..


“Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan.” [Surah Ali Imran: Ayat38]