Scan Baby & Gender

5.30.2013

Soooo excited untuk tahu gender my second baby ne...walaupun tak berharap untuk baby boy or baby girl, mana-mana pun syukur alhamdulillah..asalkan baby sihat walafiat,sempurna sifat dan diberi rupa yang baik oleh Maha pencipta, itu sudah memadai dengan keseronokan membawa perut pergi sana sini, dan segala macam perasaan dan emosi yang dirasai sepanjang mengandung..betul tak mommies?hehe..kalau ditengok rentak, gaya, cara ibu mengandung kali ne, memang sama je gayanya masa mengandungkan Ahmad Harraz, kuat makan, takde alahan (kalau ada, dah lama tahu dah diri mengandung masa awal-awal), pemalas (malas basuh kain, jemur kain, lipat kain, kemas rumah) tapi tak boleh ikut sangat tahap malasnya, pasal Ahmad Harraz dah pandai mengutip sampah, habuk, debu kat lantai...huuu anakandaku...-.-"nak tak nak, kena merajinkan diri jugak sapu lantai 3hari sekali...haha..yang tak boleh tahan kali nih masak pun malas, balik-balik, breakfast makan roti, balik-balik buat roti bakar...kesian suami-.-"...Check-up hari tu, doktor pun cakap tak nampak boy or girl pasal baby duduk mengadap ke belakang, sorok baikkkk punya, macam Harraz jugak...orang kata kalau sorok-sorok ne perempuan, malu!!!hehe...whateverlah...yang penting  u've to grow healthy dear, semoga sentiasa didalam lindungan Allah anakku..


“Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan.” [Surah Ali Imran: Ayat38]

Shoga Sushi KOmpleks Sukan Nilai

5.27.2013

Hari ibu kan hari-hari, no belated and advance.. no matters bila ia disambut, sesungguhnya kita sebagai seorang yang dah bergelar mama, tentulah seronok bila dirai..rite?terasa membunga-bunga..btw i don't celebrate that day..not my routine actually..huu, but as lovely dovey husband, en.azham cuba sedaya nak menggembirakan hati si isteri, appreciate that..so without any hint kitaorang keluar ke Bangi, Bandar Baru....sebelum cari-cari makan, port yang wajib disinggah kat BBB , iaitu MANJAKU cari barang untuk budak comel tu dulu sebelum en.azham tercari-cari parking berdekatan Miyagi Sushi...i'm asking "eh, kita nak makan apa malam ne?" tak sangka plak, suami masih ingat i'm really craving to eat Sushi at Miyagi...dah lama dah, almost 3 kali kitaorang datang nak makan, kedai plak asyik tutup..kempunannnn sampailah dah terlupa!!! so  malam tu kebetulan pula buka tapiiiiiii memang dah bukan rezeki nak try makan sushi kat situ..dah full, kena booking dulu baru jalan, tak menjadi suprise hubby-_-"...so, just pujuk suami makan kat ayam penyet saja, me dah cukup puas hati..Oh lagi satu, preggy kali ne memang kerap sangat makan nasi ayam penyet..taste jawa betul my second baby ne...haha=p..Finally, memang tak bersushi lah jawabnya, sehinggalah rezeki tak disangka-sangka my hubby ajak dinner kat luar a week after, katanya ada orang office belanja makan Sushi kat Restoren Jepun yang baru dibuka di Nilai 
Owhh, pucuk dicita, Ulam mendatang, bergendang-gendang orang dalam rahim ne...hahah, padahal mama dia yang over eksaited..so, nama lagi orang belanja, kita main order jelah..bahagia perut..memang puas hati ber Shoga Sushi, and highly recommended buat penggemar sushi, at least ada choice selain makan di Sushi King, dijamin halal dan sememangnya mewah makanan Sushi kat sini..harga sangat affordable, dan banyak sangat pilihan menu, kalau dibandingkan dengan Miyagi kebanyakkan menu dalam set yang dah ditetapkan, tapi kat Shuga Shushi ne, terlalu banyak pilihan dari appetizer sampai dessert..semua rasa nak diorder..memang puas hati, dan boleh datang lagi..kan?kan suami?Gambar tak sempat snap banyak, maklumlah ada anak kecik ne..yang penting deco restoren pun dah macam kat jepun betul..lebih kurang Miyagi, tapi more look modern sikit..Alhamdulillah tertunai jugak nak bersushi macam orang jepun..hihih. Oklah nanti update pasal holidays this weeks..tak sempat nak update...pphhewww




Love&Faith,
greenapel

Trimester Ke-3

5.21.2013

Alhamdulillah, my baby almost 30weeks already..huu, as a preggy mom yang dah mengalami pengalaman bersalin, and of course dah tahu sakit sangat, sudah tentulah pengalaman akan datang tetap menakutkan diri...rasa tak bersedia, rasa takut, cemas dan bermacam perasaan... pengalaman lepas sedikit sebanyak mempengaruhi perasaan dan emosi..menyakitkan!and honestly i'm still trauma (patutla masa awal-awal tahun baru ne asyik mimpi ngeri, rupanya??punyalah sign anak dalam rahim bagi hint, tak reti-reti-.-") ...trauma tak trauma, kena beranak jugakkan?-.-". masih terasa-rasa lagi sakit after ceaser, bila kesan ubat bius hilang...sampai demam menahan sakit, dan masih terasa-rasa ngilu dan sakit yang tak dibayangkan tempat ditoreh bila nak tak nak kena bangun jugak ke toilet after tiub kencing dibuang, sakit pasal tiub kencing satu hal,  takkan nak mengencing atas katil kot..haha!!ya Allah, tak nak bayang balik rasa tu, bila suami paksa suruh turun dari katil, berdiri kuatkan diri, rasa perut yang terlondeh..nak jalan dua tiga langkah pun..alahai, wuuuwuu(takmo, takmo ingat!!!) Allah je yang tahu sakitnya..ke haku yang manja terlebih-o-. kita cuba lupakan..tarik nafas dalam-dalam. So, siapa yang dah alami pengalaman ceaser tu memang tahulah macam mana rasanya, nak sembuh pun betul-betul amik masa yang lama ..Apapun, sakit bersalin satu rahmat besar buat kita yang bergelar ibu..terhapus semua dosa untuk jihad melahirkan anak..so don't comparelah ceaser or normal Allah akan bagi ganjaran atas setiap kesakitan ketika bersalin,insyaallah>.< .. sampai ada plak certain manusia ne boleh menkategorikan orang yang bersalin ceaser ne seorang isteri yang derhaka, itu pasal payah nak bersalin katanya...whatt thee? so mommies out there, tak payah nak amik kisah sangat dengan mulut orang, kita just positive in anytime and anyhow..setiap yang berlaku ada hikmah dan sudah ditentukan oleh-NYA..kita redha & sabar, insyaallah segala dipermudahkan Allah...amin

Memandangkan, i'm high risk preggy mom yang pernah melahirkan prem baby, ceaser, ditambah pula dengan kehamilan yang rapat, so untuk kali ni i don't know rezeki untuk bersalin normal ada ke tak..i keep praying and doa supaya dapat melahirkan anak secara normal, i dream and pray untuk merasai betapa indah dan hebatnya seorang ibu masa melahirkan anak secara normal ...perancangan Allah tiada siapa yang tahu,yang penting semuanya selamat..sakit no.2 dah...owhh, still terbayang-bayang jarum yang menyuntik tulang belakang, bunyi torehan, ya AllahT_T...how come to face it again, ditambah pula terfikirkan macam mana Ahmad Harraz nanti semasa dalam tempoh berpantang kalau kena ceaser, pity sonT_T...ohhh, banyaknya fikir!!!Alhamdulillah, check-up latest semuanya back to normal, uri dah naik, baby growing healthy, hb darah dah normal, weight gain naik cantik, tak terlebih dan tak terkurang, just need some rest tak boleh nak window shopping like other mommies because pengalaman lepas segalanya berlaku dalam Ahmad Harraz berumur 30minggu, so i won't it happen again, T_T..Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku..





Love&Faith,
Greenapel

Anak Jarak Rapat

5.13.2013

PRU 13 menyaksikan banyak peristiwa berlaku, baik buruk, jadikan iktibar, semoga perbezaan fahaman tidak memutuskan ukhuwah dan tali persaudaraan..macam-macam ragam manusia neh...adeii, mampu tengok jelah!!Apapun, dikala mngundi ada sesuatu hikmah bila kita bertemu kembali dengan rakan-rakan lama yang dah berbelas tahun tak jumpa, giteww..ada yang berubah dan ada yang masih sama...lucunya, bila bertegur sapa, bercakap bukan main, tapi nama tuan empunya kita lupa, haha...sadis..tambah plak bila sesi beratur untuk memangkah..mulut terkumat kamit sebut nama rakan lama yang selesai mengundi, yang tu si dot dot kan?tu plak dot dot kan?konon-konon nak tunjuk skill ingatan masih kuat...padahal..-.-".Paling tak tahan, bila jumpa rakan lama, eh, ko dah nak masuk yang ke berapa ne?sambil mengunjuk anak jari keperut yang maha comel ne...wow, express!!laju!!cepatnye!!Tak sempat menyempat!!...what theee>-< ...alhamdulillah, anak mama yang super comel ne cool aje dalam rahim mama..haha-o-"..Express tak express semua keje Allah, so chill sudahla kan? Anak itu pembawa rezeki dan ujian buat hamba-NYA..Balik dari kampung, Ahmad Harraz demam, maybe rindu kampung, atau nak tumbuh gigi orang kata..risau bila anak demam, first time plak..huu. Memandangkan kat kampung Ahmad Harraz sangat dimanjakan, setiap masa boleh mintak berdukung pasal mak saudara dan pak saudaranya ramai (senang hati mama, boleh rest bebanyak, haha) maka bila dah balik rumah, tergolek-goleklah sorang-sorang...tak larat nak mendukungkan anak comel tu,kesian..-.-". 
love u much much^_^



Love&Faith,
greenapel