Syrup & Baby Heartbeat Sound

5.31.2012

This week terpaksa pergi check-up lagi..T_T, tak tahu macam mana nak control berat badan sendiri, walaupun rasa macam dah control makan (err, ye ke?) still jugak berat naik mendadak..Alhamdulillah, walaupun masalah sama setiap kali check-up, air gula tak pernah pulak kena suruh minum, risau jugak yelah masa ne semuanya berisiko..huhu, harap-harap kenaikan berat ne tak menjejaskan apa-apa hormon badan..mybe kena tambah rutin harian nak bagi berpeluh sakan..2 minggu lagi dah kena sesi cucuk-mencucuk untuk kancing gigi..okeis berdebar tetiba-_-".

Minggu lepas check-up dekat Klinik Desa, nurse cakap berat naik 5kilo, okei macam tak logik?terkejut sangat sebab memang dah tabiat before check-up weeks, dah timbang awal-awal sebab reminder for myself tak nak dengar nurse bebel..So, memang tak puas hati bila naik penimbang kat Klinik tu tetiba pulak naik berkilo-kilo lebih dari berat yang kita timbang awal-awal dalam tempoh dua hari lepas, rasa macam tak munasabah. Terus bagitahu nurse kat situ takkanlah dalam masa sehari dua naik berkilo lebih sebab kita sendiri dah timbang, then nurse tu tanya balik "awak timbang kat mana?kat sini penimbang dia lain, kat klinik kesihatan nanti penimbangnya lain, so kiraannya memang berbeza"...terus aku blurr, "abes nak refer yang mana satu ne?karang saya pergi klinik sana berat berkurang/bertambah, mana satu nak tahu yang mana betul tak betul?"...boleh plak nurse tu bebel "saya pun tak tahu, kenapa penimbang klinik desa ngan klinik kesihatan berbeza"..tak menjawab persoalan, terus dia suruh baring dan sapu gel kat perut..-_-"

Ingatkan nurse nak amik ukuran ke apa, rupanya hari tu buat nurse check baby heartbeat guna sound detector for the first time ok.. Mula-mula ingatkan bunyi kipas punyalah kuat, bila nurse cakap "Ni bunyi dengupan jantung anak awak, normal 140"  terus rasa nak jerit kat nurse "really??" sebak ok, owhh, baby mama tak sabar nak tengok awak. Lepas setel terus bagitahu en.azham pasal baby junior sampai suami pun rasa rugi tak masuk teman, maklumlah teruja kalau bab-bab detect tengok/dengar aktiviti baby junior ne..hehe..

p/s: senyum..

Kencing Kotor dan Kencing Lawas

5.28.2012

Salah satu masalah ibu mengandung adalah kencing kotor...asal kurang sikit kandungan air dalam badan, tak pasal-pasal dapat kencing kotor..-_-". Alhamdulillah baru 2kali terkena kencing kotor, kira okeilah dua kali kena kan dari berkali-kali? Bahaya kencing kencing kotor neh sampai boleh menjejaskan baby dalam kandungan. So kalau siapa yang hamil, tapi rasa sakit dan seksa masa nak kencing tu atau kencing sikit-sikit, awal-awal lah pergi check-up. Jangan buat tangguh mende macam ne. Salah satu cara nak mengatasi kencing kotor ne, doktor akan suggest minum air masak banyak-banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari..kalau dah tahap teruk maybe doktor bagi antibiotik kot.. setakat ne dah beringat dah. 

Bayam/sireh/lobak putih termasuk salah satu sayuran yang membantu melawaskan pembuangan urin. Tu pengalaman sendirilah, selainkan membantu meningkat hb darah..Lagi satu ibu mengandung neh jangan menahan-nahan masa nak rasa nak kencing tu, maybe ada betulnya menahan kencing salah satu senaman menguatkan otot-otot pelvis dan mengetatkan vagina, tapi masa mengandung ne bukan masa yang baik untuk mengamalkan semua tu. Err, lagi satu kafein cuba elak ye..terasa sendiri!!ohh-_-". Air dari daun parsli jugak membantu melawaskan kencing. Pointnya banyakkan minum air okei. 

p/s: Sakit ulu hati

Shopping di EXPO baby

5.22.2012

huu...bersenyap-senyapan sambil mengigit-gigit jari menahan sabar..boleh tak, for a week ne asyik menggoogle pasal info untuk tips shopping barang-barang baby especially kat Expo. Memandangkan 1-3 Jun neh ada KidsExpo di PWTC, for sure tak nak lepaskan peluang. Wahh, memang teruja lebih tengok orang post shopping barang-barang baby ne, cuma tuan menaip je tak merasa lagi keterujaan memborong barang kiut miut..tak sabar hokei.. First time kan, biasalah, muahahaa...memandangkan kitaorang ne spesis tak suka bersesak-sesak, terfikir jugak berbaloi ke tidak nak shopping kat tempat yang penuh padat macam tu nanti??ke baik shopping kat jusco je time Sale?huhuu, memandangkan tak sempat lagi buat survey harga barang-barang baby for normal price takut jatuh ke rugi plak shopping kat expo, wajibla ada jugak yang price tak berbaloikan..yang penting list kena dah get ready siap-siapla..err, duit pun satu, kat tempat macam tu confirm hawa nafsu tergedik-gedik nak membeli. 
Ini pun still dalam dilema nak menerjah Expo ke tak ne. Ingatkan sempatla menerjah Manjaku Baby untuk survey harga..tapi masa tak mengizinkan, terlalu banyak urusan unexpected terpaksa diselesaikan. Ramai jugak yang kata Manjaku Baby ne murah dan berbaloi..adess pening mak, last-last kena cancel part shopping barang baby pasal dah pening lalat nak fikir pasal nak berjimat bila shopping...hehe, tak pernah plak rasa sesadis ne bila nak bershopping, biasa main taram jek rembat yang berkenan. Tapi sekarang memang kena berkira lebihla pasal banyak lagi mende penting nak dimiliki kan. Kalau ikutkan bulan 7 baru nak shopping, tapi memandangkan masa tu bulan Ramadhan, takut mak buyung neh banyak songeh kalau letih berjalan, tambah-tambah puasa lagi, maka kitaorang decide bulan 6 dah boleh start shopping. Bulan 7 setting bilik untuk baby stuff. Plan je baru, entah jadi ke tidak..hehe. So sekarang kena banyak google tips dari bloggers mommy yg dah berpengalaman bershopping sakan. owhh, i need more tips supaya tak terbabas tika shopping dan tak membazir if terbeli barang-barang yang tak diguna. 

p/s: mode:can't wait-__-"

Minggu Sendu, Sensitif Sampai ke Bintang

5.17.2012

Superlong rest after berkampung selama seminggu di tempat lahir. Ingatkan just spend for weekends je kat kampung, tapi alhamdulillah tanpa disangka ia berlanjutan sampai cukup seminggu sungguh berhikmah. Memang puas hatilah pasal dapat khatam semua makan apa yang dingidamkan sepanjang berada dikampung..hehe, buruk perangai makan je tau!! Kalau nak disenaraikan makanan yang mengidamkan memang panjanglah senarai..wuhuu-_-", tu pasal risau gelabah memanjang takut berat overweight lagi, tak mampu nak hadap nurse 2 kali sebulan untuk check-up.... Memandangkan awal2 lagi buat autopublish for previous entries...makanya terasa lama pulak tak mengadap blog sendiri, huhu.. 

Sedih pulak sehari dua, dah dua hari berturut-turut membazir air mata. Menangis takde motif satu, menangis tengok citer hindustan semalam. Entah hape kena perasaan neh sensitif sangatT_T. Kalau menangis bersungguh-sungguh jugak kat sejadah yelah jugak kan -_-"  Kadang-kadang suami tak buat apa-apa salah pun, boleh jugak terasa. Lastnya suami jugak jadik mangsa air mata. Sampai kan setiap kali nak tidur kena renung wajah suami, takut itu renungan kasih terakhir buat suami. Actually waktu terbaik untuk melihat ketulusan seorang suami bersusah payah demi isteri dan keluarga terlihat ketika tidur. Penatnya, lelahnya dalam mencari rezeki terserlah ketika tidur (okei, mulalah nak meleleh-leleh air mata ne terkenangkan susah payah ayah kita jugak)T_T. Renung suami pun dapat pahala, alang-alang renung tu, biar doa pun turut mengiringi buat suami isteri kan. Feeling masa tenung wajah orang yang kita sayang ne lain macam sikit..tak tahu nak describe macam mana..Kena buat baru tahu kot..memang takleh renung lama-lama, pasti nak bergenang-genang air mata (ke aku je yang macam tu?over sensitif, hihi). Apapun kasih buat suami makin bertambah-tambah.hehe..


Pastu kan bertambah sendu, bila baru terbaca tentang kemalangan yang melibatkan suami isteri kat LPT tu, sampai tak lena tidur. Sedih mengenangkan baby kecik yang kehilangan ibu bapa sedangkan diri masih suci tak tahu apa-apaT_T.  Sesungguhnya ajal maut ditangan Allah tidak sedikit pun cepat atau lambat bila tiba masanya untuk mengadap Ilahi. Sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepadaNYA jua kita kembali. Al-fatihah buat arwah. 
pic source: armstrongismlibrary
Eh, lagu biar sampai ke bintang tu memang mendayu-dayu betul, best pulak dengar lelama...memang minggu sendu betul, kesian anak dalam perut ne. huhu...chill my dear, jangan ikut pe'el mama ye. Ohh, dah tak lama nak masuk Rejab dah, sekejapnya masa.

p/s: =))