Showing posts with label telefon. Show all posts
Showing posts with label telefon. Show all posts

::Tangan kreem bila kembali menaip::

2.01.2011

rindu nak menulis...rasa nak pergi lempang mat pit mana entah yang curik kabel telefon kampung saya yang permai aman damai neh...adakah kabel telefon tu kacau kamu?!ada dia sakitkan kamu...grrrr, takpe2 perkara dah lepas, kabel baru dah diganti...even ne kali kedua perkara tersebut berlaku ketika saya berada dikampung, saya maafkan...eheh...harap kamu insaflah ye, apapun bahagia bila dah lama tak menulis ne, hanya terperap dalam rumah seminggu dua, patah kaki...ai mean takde transport nak berjoli...haha...pastu nak mengemas rumah cam kapal pecah ne plak satu hal...tak habis-habis, 
tak faham betul (-____-)...

pastu masa nak start menaip tadi rasa cam ketar jari-jemari...what the? konon berdebar ahh cam first time menaip entri...haha=p...okeilah, takmaulah merepek...mahu blogwalking...rinduuu...hehe

::Sindrom M mula tunjuk belang::

12.20.2010

Tahu apa sindrom M? ala…takkan tak tahu kot, membaca, menulis…grrr, okei, tipu!haha=p, sindrom Malas, Makan, & Menidurkan diri..oo, banyak jugak rupanya words stand for M…ekeke…, dah pandai dah rasa malas nak buat entri, tahu buat sindrom M yang lain saja…hape ko takde keje ke?Kata nak saiz M, kalau macam tulah gaya, bukan takat saiz XXM ko amik, extra XXB pun ko bantai…okei, mula dah merepek kat diri sendiri...(--“)
pic source:susancohangardens.com
Grr, bila tiang telefon nak ganti ne wehh, nak check pasal Uitm pun masalah…cam poyo je bunyi, ye ke? Okeih, neh da tahap menggeletar tangan nak buat blogwalking, En.Ben dah publish berapa juta segmen dah agaknya?? Ruginya, waa(T_T) ,entah isu hape dah cik epal dop update?Dini dan blogger lain hape cite lah…dasar pencuri tiang telefon, ko takde keje lain ke? Agaknya tiang telefon pada masa akan datang perlu dipacakkan atas awan, baru ko tahu susah nak mencuri, kena amik tiket flight dulu kalo nak mencuri pun…(--“) Agaknya dah berapa banyak haku dop bebel kat pencuri yang bebal tu…grr, abaikan---abaikan

note: ^_^

::Bila line takde~macam arnab kepanasan::

12.17.2010

Grrr, tak boleh nak blogwalking, tak boleh nak update blog…wireless macam tu lah plak kelemahannya bile tiang kabel telefon kena curi..hampagas punye pencuri…Bila dah jadi macam tu tahu lah plak tak senang duduk bila takleh nak menulis…ececeh, bajet je ko!haha=p…padahal membuta saja, tak senang duduk konon…(--“), takpe, takpe..baru masuk dua hari…sabar jelah…  tapi memandangkan rasa nak menulis tu tetap ada, makanya entri perlu dibuat juga walaupun tak dapat nak publish…wakaka=p, kang basi kang idea, bukan basi, hilang..cehh..rugi plak jika idea tu dibiarkan tanpa belaian kasih sayang jari jemari nak taipkan word tu kan?…agaknya lah?(--“)
pic source: canstockphoto.com
Note: tangan makin teruk..ada gaya jatuh saham(T_T)

::Selamat hari assyura~ macam orang puasa juga::

12.16.2010

Kantoi disitu, haha…memandang kan dari pagi sampai petang tak makan apa-apa, dikira puasalah juga kan…grrr, nape lupa nak niat, rugiiii!!!Hari ni memang sengaja memenatkan diri, hehe, namun satu tempat tak sempat nak singgah…mungkin dilain hari agaknya..nasib baik mak minah dah sedia makan untuk berbuka puasa siap-siap…hehe, untung jadi cucu mak minah…alhamdulillah^_^… 
pic source: lifecraftinessandeverythingelse.blogspot.com
Siapa lah tak senonoh g curi kabel telefon ne wehhh!! Nak hupdate blog pun payah…grrr, hari ni baca berita pasal pencuri maut lagi, maut dibelasah, nak dikatakan zalim, siapa yang zalim? Si pencuri atau yang si pembelasah? Kalau si pencuri membunuh dan merogol namun terlepas sebegitu sahaja, zalimkah? Sekiranya si pembelasah membiarkan sahaja si pencuri meneruskan saja aktiviti durjana itu tanpa apa-apa pengajaran, zalim jugakah? Entahlah, tak faham dunia sekarang, kadang-kadang si pencuri pun nak dibela, dan si pembelasah juga dipersalahkan, atas nama kezaliman. Sekiranya dikatakan bahawa itu adalah balasan kepada pencuri akibat perbuatan mencuri namun dipertikaikan atas nama undang-undang, dan akhirnya si pembelasah didakwa dan si pencuri terlepas(mungkin didakwa juga) habis edah penjara buat lagi kerja mencuri…maka siapa yang zalim sebenarnya? (?_?)…

Undang-undang dunia macam tulah, satu pun tak pernah selesai..kita hanya bertawakal supaya hidup kita sentiasa dilindungi Allah sahaja. Perbuatan manusia kadang-kadang tidak logic dek akal apabila terdesak..geleng-geleng kepala, dah tak tahu nak cakap macam mana…(--“)

Note: pantun yang memang sesuai untuk zaman sekarang
Buat baik tak semestinya dibalas baik, Jadi buat baik kenalah berpada-pada, Buat jahat dibalas jahat, Buat jahat jangan sekali-kali..