Tak tahu nak habaq camne kami jatuh cinta kat Kedah, mabuk cinta kat Perlis pun tak habis lagi, tambah lagi kecintaan kami dok ulang alik kebelah utara Kedah pulak. Banyaklah aku punya cinta kat Malaysia ni, adeiii, semua negeri aku suka kot nahhh, hahaha. Daku ni bukan pertama kali pun sampai Kedah, belajar dulu pun kat Kedah di Matrikulasi Changlun, even duduk setahun aje kat Changlun, dia punya cintun tu ingat sampai sudah, tapi yelah setahun campur tolak darab bahagi dengan belajar cuti, tak sempat pun daku explore Kedah, yang pernah sampai kat Bandar Alor Setar je, masa tu bas pun bas legend, tiket tebuk lubang aje lepas kena cek bayar tiket ke dak. Dari Changlun ke Alor Setar dalam sejam jugak, balik kampus semula naik teksi je kes malas menunggu, pergi bandar pun pusing mall dengan bangunan sekeliling aje. Gitulah menghabiskan masa dedulukala.
So entah macam mana planning sampai Kedah untuk kali pertama dengan anak-anak ni, asbabnya dari trip Perlis bawa mertua tengok negeri Perlis, kami on the way balik guna jalan bawah je dari Perlis ke Kedah naik highway Plus after Sungai Petani. Bila masuk ke negeri Kedah, woww cemni ke Kedah, kami gerak dari Kuala Perlis, turun ke Kuala Muda, Kota Sarang Semut, lalu ikut Yan sampai Tanjung Dawai, terus rasa, ehh takkan dah nak balik Perak, tapi memang kena balik dah sebab memang cuti dah habis. Sampai Tanjung Dawai tu kami lunch dinner terus sebab dah pukul 4petang, siap makan, kami terus gerak balik. Dari unplanned version lalu Kedah ikut jalan tepi laut tu lah, kami panas bontot, macam tak lepas, rasa macam tak boleh move on teringat view sawah, view sepanjang laluan kami kat Kedah tu menghantui, teringat-ingat, terus Kedah ni jadi aim kami next next month.
So secara rasminya kami sampai sebetul-betulnya kat Kedah masa awal tahun lepas, sesuai sekali dengan Tema Tahun Melawat Kedah 2025. Tapi ni bukan nak cerita trip kali pertama, ni nak cerita bab yang tersampai pertama kali kat Tanjung Dawai, dia macam shock sebab tak sangka ada tempat secantik ni kat Kedah, aku tak tahu sebab aku belajar kat Changlun, belah nak masuk Thailand dah. Jadi aku baru pertama kali tahu, rupanya Kedah ada pantai wehh belah sini, yang aku tahu hanya Langkawi ja sebab takdak orang share pasal pantai lain kat Kedah. Rasa macam, la ingatkan belah pantai barat dan timur je banyak pantai, Kedah pun sama, banyak pantainya, huahuaa.
So dari Tanjung dawai tu even tak sampai tiga empat jam kami sampai, dia macam terus sangkut umpan, masa memula sampai lakiku dah in between nak cutikan diri, atau balik je kes tak puas nak ronda sekitar, ku cakap kita balik ja, next time datang lagi in proper plan, kihkihhh. Ada ja akal bini, begitulah. Memang kali pertama sampai Tanjung Dawai ku takdan nak ambil gambar langsung, dia macam terkesima gituhhh. Dan snap pun masa perjalanan ke Yan Kedah.
Tapi first time sampai lepas makan ikan bakar, memang sedap ye, dan beza dari bakar-bakar kat Kuala Perlis, kami berjalan kat sekitar Pantai area tu, ada satu kawasan yang memang orang datang lepak petang-petang santai kat situ, banyak gerai-gerai kecil yang jual snacking dan makan petang macam laksa, keropok goreng, dan macam-macam lagilah, daku pi terjah yang jual churros, sempat borak, tanya memang kawasan ni takdak orang datang ke, sebab masa aku sampai tu memang tak crowded pun, gitu-gitu je. Makcik tu cakap, dakk aihh, ni sebab hari kerja(ahad), hujung minggu beratur, jem jalan kat sini orang pusu-pusu datang sini, cari ikan making, kadang beratur bas masuk. Laa ya ka, aku lupa plak depa cuti Jumaat Sabtu, tapi makcik tu pesanlah, kalau boleh elak datang cuti sekolah, sebab memang teruk nau kesesakan jalan kat area ni, orang nak naik bot ke Pulau, orang datang jalan-jalan beli ikan masin, homestay pun penuh. Okay dah dapat sikit maklumat, bolehla standby datang time orang takdak mana nanti, kihkihhh.
Sebelum balik, kami singgah beli kepah yang saiz giant, murah sangat, lakiku borong, penuh ice box size sederhana, kalau Kat Kelantan Kepah size cenggini kena cari belah Tok Bali, sedap bila makan bakar panas-panas, kami bertolak balik dah lewat petang sangat dah, lalu ikut Semeling, singgah solat jamak maghrib Kat Masjid sebelum Naik highway plus. Sembang pasal Perlis, patutlah depa panggil Kedah Darul aman nah, aman damai betul mata kami pandang tengok view sekeliling, dan aman damai betul feeling hati kami mai sini, memang sync sangat dengan namanya, itu pasal kami repeat datang lagi Kedah, memang view tu menggamit emosi, minda.
Yang pasti aku sampai Kedah ni lagi selepas hampir berbelas tahun kali terakhir lepas habis belajar kat Changlun. Punya lama betul nak sampai kat Kedah, sebelum sampai kat Tanjung Dawai ni, aku dah sampai kat Jitra semata datang kenduri sepupu, alhamdulillah nak jadi asbab terbuka hati explore Kedah lepas sampai Tanjung Dawai ni lah. Details Tanjung Dawai next entry. Ni baru asbab kenapa datang Kedah, hahaha.
Kedah in my heart.
Aku baru menanam azam tahun ni raya tak nak beli baju beria asbab tahun tahun lepas baju raya terlebih,dua tahun berturut takdan nak pakai sampai kena forward ke raya haji, dan semua baju-baju tu dah aku letak kat satu tempat lain supaya orang lain pula dapat guna. Pun sebabnya kalau simpan peram,memang aku tak pakai. Sudahnya berjujuk keluar edisi baju raya buat hati aku goyah tak keruan.
Cenggitu je tipudaya dunia ni ek, baju perhiasan pun aku kelabu mata, pening dah tengok rasa menyesal order shopee awal-awal konon grab baju jimat cermat, yelah pakai sekali aje pun, tapi mai datang menyesal pun ada. Order awal-awal pun,murah pun, tu kan raya, ahh mai dah setan nafsu aku nyucuk nak suruh pakai biar raya sakan. Jadi perempuan cemnilah, ada masa rasa macam okay ajelah pakai yang murah, simple, pakai time tu aje pun. Ada masa mai plak fikir dah alang-alang nak beli biar berbaloi puas hati.
Nasib baik aku teringat balik ayat keramat, kau kalu dah gemuk, baju raya renda kerawang satu kilometer pun, tetaplah huduh. Allah, nasib baik sedar diri, terus pi pusing depan cermin besar 360 darjah and back to reality, hahahaha. Cemtu je nak keluar dari mimpi-mimpi indah ye. Adoilah payah betul orang perempuan ni,dia punya nafsu nak perabis duit tu macam-macam cara. Tak beli teringat-ingat, dah beli puas hati sekejap pasti menyesal.
Tapi tang baju anak-anak aku tak menyesal ye beli time clearance, belas belas ringgit sepasang sebab terbukti memang depa sekejap je membesar, baju memang tak boleh pakai lama, paling lama pun 4bulan, lepas tu saiz dah berubah. Kita hari-hari mengadap anak memang tak nampak beza sangat, tapi kalau tengok dalam gambar, every month depa ada perubahan, percayalah, sebab tu kome mak-mak rajinkan ambil gambar anak, nak suruh kita tatap, tengok, depa sekejap aje membesar.
Apapun baju raya tahun ni benar-benar menggamit nostalgia, sebab zaman aku membesar memang cemtulah corak bunga baju-bajunya wehh, dengan kerawang, renda, fashion ni memang dok main cycle gitulah, kita ni perasan dengan tidak je. Ada sebijik baju raya tahun ni, aku buat pergi prep petang-petang masa sekolah menengah tahun awal 2000 dulukala, haishh album semua kat kampung, kalau tak dah boleh letak bukti fashion dulu-dulu pun kenmain juga ye.
Sekarang timbul balik, itu yang goyah menekan-nekan rasa jari ni nak klik cart situ sini, tapi checkoutnya tidak ye,wakakka. Ingat Atikah kau masih gemuk, overweight dan obese, jangan tertipu dengan kecantikan baju, menipu je semua tu!!perghh lega boleh smash diri sendiri, dari habis beli baju simpan duit pergi Langkawi lagi berbaloi. Benda boleh buat dua-dua kenapa nak pilih satu, ahhh macam tu depa dok bergaduh dalam diri sendiri, dah!!! Ligat betul otak aku tengah cari idea macam mana "tahu-tahu terbeli", baik aku masuk kebun dulu sentuh taik-taik cacing biar behave sikit peel ni ye. Bye.
Aku jatuh cinta kat Rompin ni, mungkin first jejak Rompin kami dah terus melekat kat hati view kat sini. Kalau ikut dah banyak tempat aku jatuh cinta, Perlis, Kedah, adoiilah payah betul cemni. Kedatangan kali kedua ni lagi lah, dulu boleh tengok cari maklumat aje kat google, tengok Instagram dan gambar orang share. Malaysia ni tak tahulah aku rasa seluruh pelusuknya ada kecantikan dan keunikan tersendiri. Semua tempat memang boleh bikin jatuh hati dengan caranya. Actually yang aku perasan view kat Rompin ni persis kat Terengganu.
Cuma kat Terengganu pantainya tak digalakkan mandi, tapi kat Rompin mandilah sepuas hati sebab pantai kat sini landai, bersih dan sangatlah cantik. Antara sebab laki aku tak nak pergi keluar negara, dia cakap tak puas lagi ronda keliling nikmati Malaysia, ni pun antara asbab tak sampai-sampai lagi ke Bosnia, aku cakap tak sama, dia cakap kurang-kurang tak renyah naik turun flight, tunggu anak besar sikit, huarghhh.. payah betullah, takpe yang penting aku ada niat nak fly suatu hari nanti tengok keliling dunia plak. Dan jangan tanya kenapa pergi tempat sama, macam aku kerap pi Cherating tak tahu kenapa, tempat ni yang paling masuk dengan jiwa aku. Yang faham feeling aku je faham kenapa ulang pergi tempat sama. Sama juga ulang naik Cameron Highlands, kalau sponsor aku naik Cameron Highlands tiap-tiap minggu pun sanggup, wakaka.
Back to story actually bukan kali kedua sebenarnya kami datang, ni kali ketiga dah, kali kedua masa dulukala, nak pergi Rompin tapi tak boleh masuk kami corner masuk Pekan Pahang. Tu yang jadi tahu wujudnya Pekan, tak pernah tahu, tak pernah terfikir, tapi sampai dan kenangan kat Pekan Pahang memang the best ever. Baca balik cerita pergi Pekan tu, bestnya cerita aku tu, tapi sebalik nak sampai ke Pekan tu, aku je lah tahu, sedih tak boleh nak cerita, telan sendiri sudahlah ekk. Tapi itulah first time dalam hidup aku dengar mak menangis sebab rindu nak tengok aku, sedihlah. Dalam keadaan aku mengandung, nak balik sangat, tapi terhalang.
Moga Allah angkat doa-doa aku masa tu, sedih tak boleh nak cakap. Sekarang baru nampak hikmahnya. Masyaallah, alhamdulillah, tanpa ujian takde kemanisan kan? Allah ni memang nak uji takat mana kebergantungan kita kat DIA. Allah. Tak terepeat lagi ke Pekan. Jadi cuti kali ni dikala semua area utara dan pantai timur penuh segala hotel dan homestay kami pilih pergi Rompin. Actually sehari sebelum decide nak pi Rompin hingga hari nak bertolak kami laki bini berbolak balik, masa tayar bergolek pun macam mana ni nak teruskan pi Kuantan Terengganu ka macam mana?nak pergi terjah walk in? Fikir punya fikir macam tak berbaloi, sahih dah tempat celup tepung pun beratur, nak makan pagi tengahari kedai gerai penuh. Memang tidak-tidaklah bercuti dalam keadaan stress dan memori tak best.
Lalu simpang nak ke Kubu Bharu lakiku drive straight ja? Aku tanya, kita ke KL ke macam mana ni? Main kolam kat KL ke? Entahlah, pergi je dulu, sekali masuk KL laki ku terus amik highway ke Semenyih, "kita trylah area belah sini dulu" sekali sampai area Sungai Tekala apa semua, straight ja bawa kereta, alih-alih dah decide kita pi Rompin ja lah, senang. Ahh macam tu aje, hahahah. Kami lalu ikut jalan orang tak lalu mana panjat bukit ikut laluan Kuala Klawang, sunyi dan seram ye jalannya, sebab jumpa kereta hala sebelah tu jarang sekali. Baru aku ingat kat sini dulu ada tanah runtuh, tak ingat tahun bila, tapi teruk sampai putus terus jalan perhubungan.
Dari Kuala Klawang turun ikut Simpang Pertang, alhamdulillah sepanjang jalan, smooth je. Imagine dah decide keluar tetiba begini, nak pula tempah last minit dalam apps, satu bilik pun non-hado, tapi jenis terjah juga dengan yakinnya pasti ada bilik untuk kami, ni dah banyak kali juga buat, tak recommend ye untuk yang jenis bawa family besar, atau group, ni style kira-kira, family kecil bolehlah buat version macam aku ni. Dahlah masa cuti, lantak situ. Yang penting niat keluar rumah tu penting, niat musafir kerana Allah Taala, solat musafir siap-siap. Banyakkan istighfar masa tayar bergolek tu, aku memang takut naik kereta, ghisau, kita hati-hati orang lain pula tak hati-hati, vice versa.
Alhamdulillah sampai kat Kuala Rompin dah lepas asar dah pun, dalam mencari tu kami pusing sekitar pergi tanya direct kaunter ada lagi tak bilik kosong, antara hotel kami tanya Villea Hotel Resort dan Kuala Rompin Resort takde yang kosong sebab kebanyakannya ambil 3hari dua malam untuk stay, dan nampak ramai juga group buat family day. Punya risau baru mai teringat hotel kami stay masa pertama kali datang Kuala Rompin, cari dalam Google kot-kotlah ada keluar gambar hotel, kami agak-agak je, alhamdulillah sampai juga kat Pantai Lanjut. Situlah Resort kami stay dulu.
Alhamdulillah, even matahari dah nak turun waktu tu, ku doa jelah harap-harap ada bilik untuk kami, doa lepas asar pula, kami perati je lakiku pergi bercakap dengan owner, bertanyakan bilik yang available, dan ketika tu ada satu family juga yang datang dalam 5orang cemtu, tak tahu la macam mana Allah atur, kami redha je lah, ada alhamdulillah, takde bilik, kami plan pergi tidur kat hotel tengah bandar. Dalam 10minit cemtu laki ku datang dengan muka serius.
Anak-anak dah kecoh "ada ke ayah bilik untuk kita?", lakiku senyum alhamdulillah rezeki kitalah sedang elok ada bilik untuk family bilangan kita semua ni, lapan orang, kira selesa jugalah. Alhamdulillah. Last bilik yang available pula tu, sedang elok yang satu family lagi ambil bilik lain yang sesuai dengan bilangan ahli keluarga mereka. Syukur alhamdulillah. Terus check in, masuk bilik, masa yang ada sebelum matahari terbenam kami ambil peluang berjalan tepi Pantai Lanjut. Bestnya Ya Allah sebab pantai pasirnya halus putih, paling best tak ramai orang sangat.
Siap Ronda petang kat pantai kami balik ke bilik bersiap untuk keluar makan malam, ingat nak cari area berdekatan aje. Kalau ikutkan niat hati nak makan kat Kedai, tapi punya ramai orang semua menu dah sold out, memandangkan masih awal malam kami straight je pergi ke area bandar Kuala Rompin dan decide makan kat Restoren Paip Biru, alhamdulillah tak salah pilihan kami, masakan sedap dan cukup rasa, makan masakan panas aje. Siap makan kami balik bilik untuk berehat sebab esok pagi kononnya nak mandi pantai awal-awal pagi.
Pagi tu anakanda bongsu mengamuk sebab dikejutkan awal, member tak puas tidur, udahnya niat nak tengok sunrise, sunrise dan atas kepala masa kami keluar bilik. Aaplagi terus pergi breakfast ajelah kat Restoren hotel. Masakan kat sini memang persis masakan orang Kelantan ye, sedap. Sambal ikan bilis nasi lemak pun sekali makan terus tahu ni sambal ikan bilis style Kelantan ni, kuah lontong pun sedap sangat. Berbaloi nahh dapat makan breakfast puashati dan sedap, takpayah keluar mencari pagi-pagi. Siap makan apalagi terus semua terjah pantai, dari pukul 9 sampai 11.30pagi dok berjemur tepi pantai,mandi air laut.
Cantik sangat pantai, tenang, tak ramai orang sampai padat, yang penting memang teringat kat Cherating, ada vibes yang lebih kurang sama. Yang lagi penting pantai ni boleh mandi, anak aku memang suka mandi pantai, kolam pun iyye juga. Pantang jumpa air, jeram jarang sekali kami pergi, asbabnya timing musim tak sync dengan free time yang ada, jadi jarang sekalilah terjah jeram, air terjun. So kali ni sampai pun dah petang, kira santai tepi pantai sambil anak layan main pasir sekejap, takdan nak mandi air pantai, jadinya kami janji esok pagi lepas breakfast terus boleh mandi air pantai.
Dah siap mandi pantai, kami checkout sebab esoknya bilik kat situ dah confirm penuh,yelah hujung minggu. Kami pergi settlekan dobi kain dan cari makan tengahari. Bab sambung tidur nanti dululah fikir macam mana. Kami sengaja pergi belah atas lagi ke arah Mersing, cari makan tengahari kat sana, tengok dalam Google kedai terdekat, siap kena masuk area Kebun kelapa sawit dulu sampailah kat hujung jalan kami nampak pantai. Lain macam, tapi worth betullah kami datang lunch kat sini, tak ramai orang sebab kedai pun baru buka, jadi kami tak perlu tunggu lama order makan. Tak sangka vibes kat sini semacam belah Pantai Timur Terengganu, feeling dok tepi pantai Penarik. Celup tepung kat sini pun fresh.
Siap makan, kami singgah dobi ambil kain terus ronda area Pantai Hiburan, kat sini vibesnya seakan di Tanjung Aru di Kota Kinabalu, cantik betul kawasan Pantai Hiburan ni. Masa masuk kat simpang ke Pantai Hiburan ni aku baru tahu Kuala Rompin ni popular di kalangan kaki pancing sebab kat sini ikonnya Ikan layar, tu sebab Perairan Rompin antara tempat terbaik untuk kaki pancing. Kalaulah cuti masih panjang I wish nak explore Mersing sekali, tapi itulah Kuala Rompin ni pun datang tiga hari dua malam rasa tak cukup.
So nak dijadikan cerita kami pergi ke Resort Kuala Rompin sebab nak kan hotel yang berdekatan pantai, berharap ada lagi bilik kosong walaupun macam tipis harapannya sebab kebanyakannya nampak pengunjung dalam group besar macam buat family day dan semalam pun kami dah tanya, tapi itulah kot-kotlah ada orang cancel mai. Tapi dah alang-alang nak bertanya, pergi jelah, alhamdulillah memang ada dua bilik kosong, satu belah bawah, satu lagi belah atas jadi kami ambil bilik belah bawah connecting room untuk bilik family. Memandangkan masa dapat bilik pun dah pukul 4 petang dah, jadi check in terus kami bersiap untuk direct ke Pantai. Datang pantai tak kasi anak-anak main pasir satu kerugian besar, sebab aku pun masih kategori kanak-kanak yang masih main pasir,wakakka. Pantang juga kalau jumpa pasir.
Sepetang kasi depa main pasir, berendam air laut satu kepuasan yang tak mampu di ceritakan. Memang betul-betul healing, siap layan pantai kami balik bilik untuk keluar makan malam awal waktu sebabnya anak-anak aku kalau dah main air pantai cenggitu rupa depa akan tidur awal. Neutral habis satu body, jadi kena keluar makan awal, balik bilik dah boleh rest. Cari makan pun area bandar, cari kedai yang takde orang sangat kes malas nak tunggu oder lama.
Alhamdulillah puashati betullah kat sini semua masakan sedap, kalau ikutkan niat asal kami nak makan udang galah, tapi memang kebanyakan kedai makan udang galah sold out, sama juga tempat celup-celup tepung. Udahnya takde scene makan seafood even datang tepi pantai. Esok pagi kami checkout Salam pukul 10pagi sebab tak nak sampai ke Perak lewat, risau highway jem teruk, sebab tak nak balik ikut Kuala Kelawang dah tapi tengok pagi-pagi pun dah merah highway kat Google maps, kami decide balik ikut jalan kami datang jugaklah. Kami sampai area Sungai Tekala pun dah petang dah, turun ikut Hulu langat terus masuk Ampang cari nasi Arab. Apapun moga dapat repeat lagi ke Kuala Rompin lajak ke Mersing lain kali pula. Banyaknya tempat kat Malaysia ni aku tak sampai lagi. Moga ada rezeki,Amin.
Gelak-gelak juga ye, aku kalau masuk threads memang buat stok mengekek,ketawa, kelakar boleh tahan, sabor jelah. Kenapa ramai cakap threads toxic ye, kalau banding dengan rumah biru tu sampai la aku tak menyesal tutup permanently,wakakka. Baru sedap dok mengekek lalu post pasal puasa ganti, terus haruu, huru hara rasa hati, adoii, perjuangan puasa ganti ni tak mudah ye. Aku ni beranak 6orang anak, 2 orang je selamat tak usik bulan puasa, yang bakinya, Allah, Allah je lah tahu apa hikmah aku kena lalui semua ni.
Alhamdulillah dua last bongsu ni 65hari kena ganti, punya banyak bertangguh, alhamdulillah tinggal 6hari aje nak selesaikan hutang dengan Allah, harap panjang umurlah nak menghabiskan 6 hari lagi baki tertinggal, seksa nohh puasa sorang-sorang, lani takde alasan dah anak menyusu ke apa, nak tak nak kena ganti. Lagi beberapa hari nak masuk Ramadhan,moh lerrr kita pulun, kata nak slim masa raya,adeii,macam jauhhh sangat nak kejar.
Terkesan betul dengan ayat, ko cariklah baju raya cantik mana pun, kalau ko gemuk, auto ko nampak huduh, nampak berisi pakai baju raya, ambiklah gambar sisi mana pun. Cuba kau kurus, pakai baju kurung Kedah edisi vintage zaman mak-mak kau, terus kau nampak anggun meletup. Ewahh, meletup juga hati aku baca, tersentap,untuk hari ni lah, harap-harap time aku lupa, datang mai ayat ni dalam kepala otak aku yang kadang kalah dengan nafsu makan lagi-lagi dengan nasi berlauk malam.
Umur menua ni aku dah hilang fokus nak nampak cun pakai baju(macam cliche plak)huuhh, tapi betullah lani fokus sihat aje, aku ghisau dengan rupa petite ni mendapat pulak penyakit lain, cukuplah hal kolestrol tinggi buat aku tak keruan. Even tak strict sangat jaga makanan, alhamdulillah dari bacaan 6.8 dah turun ke 5.1, ada juga progress. Korang yang kurus tu jangan selesa sangat tau, sekali check haa, boleh luruh jantung tengok bacaan kolestrol tinggi nau.
Lani fokus bergerak aje, dapat pusing meja makan dalam rumah pun jadi lah, payah betul aku nak jalan-jalan kat luar, group anjing liar satu hal, malas nak bersiap satu hal lain. Kangg ada juga alasan tu. Udah kita optimumkan apa yang depan mata ajelah. Alhamdulillah rajin betul aku menulis tahun ni, baru ingat tulisan kat buku aku dulukala antara tulisan doktor tapi cantik, hahahha. Kat belog doalah ada angin dari Harbin ke apa tiup kasi semangat aku menaip kat sini plak, buku rutin aku dah penuh dan sentiasa update, pun small achievement dah untuk aku sampai ke hari ni. Moh kita...
Cepat masa berlalu ye, tahu-tahu dah nak simpul segala cerita 2025, even akhir tahun cuti lama, tetaplah tak boleh dah stay lama-lama kat kampung sebab laki suruh balik dok rumah aje, tak larat nak ulang alik ambik kat kampung macam dulukala, bukti tenaga pun turut menua seiring waktu. Sebelum tarikh dan tahun bertukar, aku nak buat recap moments untuk diri aku sendiri, supaya aku sentiasa bersyukur, supaya aku sedar diri, supaya aku mengingatkan diri sendiri, supaya aku tak menekan-nekan diri sendiri, and remind myself I just do very good thing in my own way, and that enough. Masyaallah Tabarakallah nikmat apa lagi yang diragukan, thank you for this nikmat, masih punya nafas dan kehidupan hingga saat ini. Aku lebih dari cukup dengan apa yang dimiliki, even susah, even payah, tetap Allah mudahkan segala urusan, ujian bukti Allah cintakan HambaNYA. Alhamdulillah.
Tu aku tulis semalam, takdan habis taip, laki wasap suruh kemas beg, aku lahh.. jadinya masa ni baru sempat sambung taip sempena hari pertama tahun baru 2026, baru aje fikir nak bergolek-golek kat rumah menghabiskan masa seharian, alih-alih diajak bercuti ke percutian paling lama (lame joke, pergi bercuti hari ni,balik tahun depan), pun layan. Alang-alang sebut pasal bercuti, travel, aku dapat inspirasi sempena tahun baru asbab ramai yang share hujung tahun ni pergi main salji kat overseas. Ni best thing, sebab aku dah lama block dalam mindset aku, aku tak nak, takde keinginan nak pergi tempat sejuk sebab aku jenis tak tahan sejuk. Naik Cameron Highlands dengan suhu 15-16°C pun aku dah gigil teruk, baju dan berlapis dah. Aku rasa aku tak boleh, mungkin ni salah satu asbab tak terbukak jalan nak sampai ke seberang benua lain, kahhh konpiden aje ye. So aku buang blockage yang satu ni dengan harapan ada rezekilah sentuh salji nanti ye,Amin. View alam yang cantik bersalji punya pasal, I need to see in real. Comeii do'oh, jadi kena pi tengok dengan mata kepala sendiri dan rasa. Even tahun ni tak pecah rekod sampai 50tempat, alhamdulillah almost tempat aku dapat sampai. Apapun dah listed 16 tempat walaupun duitnya nan hado, licins sempena anak-anak sekolah, rezeki depa lah. Moga Allah gantikan yang lebih baik apa yang dah terkorban.
Of course dalam banyak senarai, tentunya bab diri, perbaiki diri ni antara priority sebab masuk umur reset ni, jalan menuju yang Satu dah, jadi kena banyak effort ke arah DIA lah. Perjalanan aku dari Kota Madinah ke Makkah sangat banyak kesan kat aku, sampai laa aku menangis tengok video perjalananan tu, sedih aku tak boleh nak ungkap. Betullah korang,kalau korang nak buat pi umrah banyak pesanan dan tips aku nak share,tahun ni mohon aku share cerita pasal umrah aje ye banyak-banyak, sebab perjalanan ni ubah betul-betul pandangan mata hati aku kat dunia fana ni dan juga cara aku fikir tentang hati seorang manusia. Tapi yang penting korang buatlah checklist routine, atau habit tracker ni, sangat bantu kita nak ubah cara kita jalani sehari-hari. Aku rasa dah banyak tulis pasal tu. Buatlah sempena tahun baru ni, jadikan menulis ni habit. Buat journaling ke apa. Tambah baik rutin lagi-lagi bab dekatkan diri dengan DIA.
Kalau fikir bab duit, sungguh aku takdak duit weh, suruh tulis pencapaian bab yang melibatkan kewangan ni memang sedih bonar lah, tapi kalau tulis bab lain, insyallah tak tersenarai nikmat Allah kurnia sehingga saat ni, panjang berjela nikmatnya, masyaallah Tabarakallah. Eh boleh berjalan pergi sana sini tu, banyak duit' lah tu!Amin moga Allah makbulkan fitnah yang satu ni,wakakka. Korang tahu dan mungkin dah baca bab berjalan-jalan makan angin ni, aku dah pernah share bagaimana nak rasa semua ni, rasa memang tak masuk akal, tak lojik, tapi korang praktis lah buat, nampak simple tapi impact berat sangat, indah sangat, sebab ni pun cara kita bersihkan hati, zaman la memang kita tak boleh elak tengok kehidupan orang lain kat media sosial ni, that's how you see in different way, korang mesti pernah baca pasal doa kan?Kalau kita doakan orang, malaikat doakan kita sama dengan apa yang kita doakan kat orang tu, simple tapi tak semua orang nak buat, mampu buat. Belajar buat yang ni dulu. Okey. Bila tengok orang dapat nikmat, doakan, didik hati jangan iri hati. Sekali lagi ku ingatkan cuba buat, nampak simple, tapi TAK SEMUA ORANG NAK BUAT. Ni macam contoh cikgu dok ingatkan masa kita sekolah dulu, kalau nak faham, kena tulis, kalau nak ingat kena tulis tapi berapa ramai aje tulis, salin apa cikgu cakap.
Antara progress kecil tapi besar buat aku, boleh turun berat 'sikit' dan belajar formula tak menekan-nekan dan stress bila dalam fasa dapatkan berat badan ideal. Dalam banyak journey aku rasa journey yang satu ni paling lonely dan struggle, itu akulah ekk. Nak turunkan berat badan pun stress, kartisol naik, memang tak best la jadinya. Ramai yang share turun berat badan, cakap benda sama, tak nak share formula sebab semua dah tau, yang semua tak nak buat adalah TINDAKAN, betul dak? So mohlerr kita yang belum bertindak, dok stagnant situ, buka langkah kecil 'buat' dulu. Alhamdulillah aku dah mulakan langkah tu, dan cuba konsisten untuk tahun baru ni juga.
Tengok video Khairul Amin share perjalanannya sepanjang 2025, aku termalu sendiri, sangat padat sendat jadual seorang Khairul Amin ye, and my focus 'keluar dari comfort zone' give me goosebumps, aku rasa kena buat big deals dengan diri sendiri untuk lalui part yang satu yang paling aku takut nak buat, nak start, lebih dari 10,000 alasan, sebab the FEAR soooo big dan aku takut aku fail teruk, tapi bila Khairul Amin cakap tu part of dia belajar, aku menangis. Orang kata umur 39A really big reset, restart of your life. Dan aku rasa kena buat,paksa belajar buat. Korang tolong doa even aku tak bagitahu apa dia yang aku nak buat, doa jelah aku boleh buat ye.
So kesimpulannya aku untuk tahun 2025 aku sangat berterima kasih kerana Allah tegur aku dengan pelbagai cara untuk kembali ke 'pangkuan'NYA, tiada yang lebih indah dari semua perkara, sebab hidup ni kita nak tenang-tenang even beribu ujian mendatang, Allah sedarkan juga disetiap ujian hidup, Allah sentiasa bersama dan tak pernah tinggalkan aku keseorangan. Moga baik-baik juga untuk semua untuk tahun ini, tak makin mudah sebab semua perkara pasti ada cabarannya, tapi yakin sentiasa Allah ada. Alhamdulillah. Owhh, pesanan aku untuk yang terlibat dengan media sosial, bukan influencer atau content creator, sebagai pengguna terutamanya seperti aku, jangan biarkan media sosial dictate dan validate your life. Hidup kita ni memang baik-baik saja, until kita mula banding situ sini. The grass is greener where you water it. So live your life to the fullest. Yang penting tahun ni aku nak lagi banyak menulis, daaa.



































Top Social