Sri Senangin Village Teluk Senangin

7.02.2024

Lama betul kami tak pergi Teluk Senangin, entah apa angin rasa nak pergi pantai, ingatkan nak cari area Pulau Pangkor, tapi suami ajak cari yat-yat, ikut hati malas betul, tapi betullah malas tu mesti ada sebab, sebab terpaling, lepas mendapat makan yat-yat kali ni, lakiku dah jalan berheret kaki, hua hua, nampak gaya last merasa yat-yat kali ni. So cerita tak best kita skip, kita cerita yang best sajalah. Macam biasa, walk in style, bungkus kain baju dulu bawak sekali, ada bilik onz over night, takde kita baliklah, hihii. 



Sampai Teluk Senangin terkejut jugalah kami, bukan disebabkan banyak perubahan, tapi disebabkan bukit tepi pantai dah habis kena tarah, katanya nak buat hotel baru, sempat lagi interview penjual sekitar sambil mendengar keluhan masing-masing bila hujan, air tanah selut turun, becak, dan pastinya akan turun ke pantai jugalah air selut bila hujan lebat, huhuu. Begitulah pembangunan, cantik bila dah tersergam, tapi banyak benda terkorban sama. What to do, money is everything today. 


Selepas singgah sekitar gerai beli makanan petang, kami straight forward cari tempat tidur. Wehh, macam takde orang pun, tetap bilik agak terhad, yang pasti ramai juga yang datang by group macam family day gitu tengah onz event depa, best sangat agaknya buat family day sini ye. Try tanya satu dua chalet penuh, sekali kami singgah kat Sri Senangin sebab ada notice bilik masih ada kekosongan. Kali kedua kami stay sini, masa mengandungkan si Haniy kalau tak silap, Haniy dah 5 tahun dah, kihkih, punya lama. Ku tak repeat sebab kebetulan masa stay tu tinggal bilik yang kena turun tangga bila nak ke bilik airnya. Seram, nasib baiklah mak buyung okay je masa tu. Bilik yang tu je available. 


Kali ni try luck, kotlah dapat bilik yang takde tangga ke apa, alhamdulillah memang yang bilik kosong tu untuk family, dua katil queen dan satu katil single dalam satu bilik kecil, 2 tandas. Quite okay sangatlah dengan harga RM300++. Sri Senangin ni antara chalet yang betul-betul mengadap pantai macam Pak Ya Chalet dan Yang Chalet. Best kat sini sebab ada kedai makan betul-betul tepi chalet untuk makan pagi, tengahari, petang dan malam, nak jauh sikit pergilah menapak kat gerai Pak Tam tepi Sri Senangin ni. Tak nak makan kat kedai pun takde masalah, sebab semua unit chalet Sri Senangin ni ada tempat BBQ masing-masing lengkap dengan dapur gas(bayar tambahan kalau nak guna) sekali pakej dengan sink siap dah depan bilik, meja makan berserta bangku. 




Since dah check in terus, kami relax sambil mikir nak makan kat mana malam nanti, itulah bab datang bersantai ni, kalau tak makan, tidur. Sepetang tu sempatlah anak-anak main pasir dan air pantai, sedang elok air surut. Cuaca pun alhamdulillah, cantik, angin sepoi-sepoi. Yang pasti kat sini memang ramai yang datang memancing ye. Seronok bila  tengok masa depa dapat ikan tu, yang tak seronok part menunggu tu, camnelah depa ni boleh sesabar itu. Ooh ye, tak sangka juga air pantai kat Teluk Senangin dah jadi macam kat Teluk Batik, huhu. Anak-anak ku, memilih untuk tak repeat mandi dah esoknya, depa trauma tengok bebulus kat badan depa jadi hitam berminyak, kikii. Pastu nak cari pantai mana dah lepas ni, huahuaa. 


Malam tu kami pilih untuk keluar jauh sikit makan malam, cari tempat makan dekat area jalan ke Teluk Batik. Keluar awal selepas mandi petang, jadi malam tu dapatlah makan awal, balik tidur awal, untuk projek esoknya. Nak kata sampai awal kat pantai Segari, matahari dah naik mencanak pun, dan ramai juga yang sedang mencari yat-yat. Cari port terus cari. Punya lama dah lupa teknik kaup pasir nak cari yat-yat, haisshh apesallah takde orang jual timbang kilo yat-yat ni, sejenis pemalas macam daku ni, kalau ada cara senang, memang beli jelah, tapi masalahnya menatang ni takdak siapa nak jual, sebagaimana payah nak carinya. Saborjelah. 


Ada dalam tiga jam juga kami cari yat-yat, tak sampai suku botol mineral dapat dalam 2 genggam untuk sekali makan pun kira okaylah, pakej sekali anak-anak main pasir, mandi air pantai. Ingatkan masih boleh tumpang mandi kat Sanctuary penyu tu, rupanya dah ada larangan, so kenalah menapak masuk mandi kat Taman Hutan Simpan Segari. Tu pun nampak gaya lama tak lama aje cantiknya disebabkan rakus manusia ni bila dah start usik. Tempat perkhemahan pun dibuka untuk orang awam kat sini. Yang suka camping tu bolehlah onz kat sini, bersih dan cantik tempatnya setakat hari nilah. So masih ada chance nikmati ketika masih cantik, datanglah. Tak selamanya apa yang ada hari ni berkekalan. Begitulah.