Gopeng Glamping Park

3.19.2024

Kali kedua kami datang berbuka dekat sini, kali pertama masa sarat mengandungkan si Hana, April celebration special kebetulannya masa tu. Lakiku memang tiap tahun pasti ada berbuka kat sini, tak datang dengan kami, dengan group office pergi berbuka. So kali ni pergi lagi sebab nak support minggu permulaan buffet Ramadhan, antara port bercuti yang tampak best, kami tak pernah lagi bermalam kat sana, ada teringin tapi tunggu anak besar sikit lagi insyaallah, biar depa dah pandai naik ATV sendiri, kihkih, baru berbaloi nak pergi. Tapi tengokkan aktiviti kat Gopeng Glamping Park ni memang best sangatlah. Adventure dan nature surroundings tu best. So confirm best pasal tiap kali kami pergi, memang anak tak nak balik, hihuuu. 


So berbalik cerita Mini buffet Ramadhan kat Gopeng Glamping Park ni, even selection tak banyak macam kat hotel, tapi memang berbaloilah dengan harga tawaran berbuka, RM48/dewasa dan RM28/kanak-kanak 5-12 tahun. Berbuka puasa ni nak makan banyak mana je pun, kita menahan haus dahaga, berlapar berbelas jam pun, makan lima ke sepuluh minit pun dah rasa kenyang tak menahan dah, begitulah nikmat ni. Sepinggan makanan masuk pun dah menyandor dah, hahaha. 


Mini buffet Ramadhan kat sini memang complete juadah masakan kampung, western. Ku rasa setiap kali buffet kat sini, memang menu berubah-ubah tak sama. Rasanyalah. Yang penting BBQ ada, masakan kampung, kuih-muih semua ada. Ooh, masakan kat sini sedap ye, cukup rasa. Ku pernah makan kat hotel lima bintang, presentation memang wow menakjubkan, cantik, nampak melting, tapi bila suap masuk mulut, tak kena, tak sedap, tak cukup rasa. Jadi jangan tertipu sangat dengan jamuan mata selagi tak rasa. Best kalau makan kat hotel tu pun kalau orang belanja, hahaha. Yang tak sedap pun jadi sedap. Tapi betul kat Gopeng Glamping park ni memang buffet dia best, kalau tak takdelah tiap-tiap tahun pergi. Sangat okay, sedap dan berbaloi kat tekak kami. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi rasa sedap.




Sukalah berbuka kat sini sebab surrounding mesra dengan anak-anak, tak bosan depa menunggu waktu berbuka, boleh main dekat playground dulu sementara menunggu. Ruang pun lapang, tak complicated even penuh dengan tent, kemas bersih, best views gituu. Complete semua facilities, surau, tandas. Pengunjung yang berbuka puasa pun depa limited, so takde rasa crowded dan serabut. Pernah berbuka kat somewhere, ingatkan hotel gah kenmain, surau okaylah, nak menapak pergi surau pun kenmain jauh, hujung bangunan pulak tu, seram mak. Adoii, kita dahlah ibarat ular sawa kenyang dah, nak tunggu lif dengan crowded, nak menapak lagi, uii memang ku tak nak join dah, hahaha. So kat sini memang chill betul, anak-anak pun enjoy je, sambil tunggu selesai solat depa bored main dulu kat playground. Kalau tak berpuluh kali dah dok ajak balik lepas selesai makan, tak nak duduk lama-lama, sabor jelah. Tu yang daku dah malas dah nak pergi kat tempat bertingkat-tingkat ni. Kat sini depa tak nak balik kes tak puas melepak, ishhh ishh, nanti kita overnight kat sini one day soon, insyaallah. 



Syahdu betul berbuka kat area kampung ni, terus rasa nak balik kampung wehh, ni pun tradisi daku jugak dari bujang sampai kahwin, at least ada moment berbuka dan sahur dengan mak ayah, tahun ni tak tahulah ada kesempatan balik berbuka dak dengan orang tua, kekangan waktu nak balik, moga-moga ada rezekilah nak balik awal sikit sebelum masuk satu Syawal. Doa dan harapan, gitulah. Ramadhan Kareem.