Adoii scary plak entri ni, just mengingatkan diri sendiri mati itu bila-bila masa. Entah sempat ke tidak kita buat semua yang kita plan, hanya Allah yang mengetahui. Yang penting upgrade diri setiap hari lebih baik dari hari semalam, kerana tujuan kita hidup sememangnya untuk meninggal kan dunia. Cuma kena design jugaklah macam mana cara kita nak tinggal kan dunia ni, dengan ilmu bermanfaat? Dengan kebaikan? So back to the topik, rumah kami sewa ni memang tuan rumah sangat cerewet,sangat teliti dan cermat. Tapi kami bersyukur sangat memang ada hikmah Allah tiadakan pilihan waktu mencari rumah di waktu genting tu, kes tuan rumah yang kami sewa sebelum ni dah jual rumah yang kami sewa tu. Nak tak nak kena keluarlah.
Apa yang best, dalam tempoh 3 hari settle semua, hari pertama dan kedua kemas semua barang kat rumah baru. Sedang elok anak pun dah start cuti sekolah hujung tahun. So aktiviti kami memang fokus kemas rumah, hari ketiga lori datang ambil barang dan pindahkan ke rumah baru. Hari keempat kebetulan keluarga datang bercuti dan nak singgah tidur rumah. Masa ni kemas apa yang sempat sajalah. Alhamdulillah betullah pertolongan Allah tu datang pada masa yang tepat. Sedang elok yang datang semua muda bertenaga lagi, haa diorang lah yang kemas semua barang pindah. Fuhh nikmat apa lagi yang kami dustakan. Syukur sangat sebab dah bajet maybe ambil masa berbulan jugak nak kemas rumah. Tapi within less than a week semua settle. Pakej siap buat solat hajat untuk rumah baru, alhamdulillah. Family is family and family is everything. Thank you mak ayah, adik-adik bongsu sepupu dan mak saudara datang bercuti pakej kemas rumah sekali, hahaha. Love you damn much no matter what.
Dan paling bertuah sekali dan rasa touching sekali sebab nenek Ika ni everytime masuk rumah baru, mak minah wajib datang. Alhamdulillah Allah kurniakan kesihatan yang baik buat nenda. Masa muka-mula masuk rumah Banting, satu keluarga besar Ika datang berkumpul nak pergi bercuti kat China masa tu, Mak minah pun join sekali sihat bertenaga lagi masa tu. Lepas tu bila dapat pindah ke Perak, alhamdulillah Mak Minah datang jugak masa masuk rumah baru samalah kali ketiga. Masuk rumah sendiri nanti, rumah impian moga Allah panjangkan umur juga nenda Ika ni. InsyaAllah amin, dah 84 umur Mak Minah, besarnya nikmat diumur begini masih Ika punya nenek kesayangan.
Jangan tanya kenapa still sewa rumah? Kenapa tak beli je? Insyaallah one day Ika cerita jika Allah izinkan. Cuma apa yang Ika impikan Ika dapat buat seperti yang ayah buat, sebab ayahanda adalah inspirasi terhebat Ika untuk punya impian nan satu begitu. Oklah belanja rumah baru lengkap dengan dapur cun, dan paling penting syukur kami sekeluarga punya tempat tinggal. Syukur selalu.
Xoxo-Ika
There's is no place like home
Top Social