Alhamdulillah, bertarikh 8-9 Disember 2018, Allah izinkan Ika hadir ke program super amazing dari Dr. Rizal Abu Bakar, bukan program biasa-biasa, program luarbiasa dan amazing.
Berkenaan otak kita sendiri, bagaimana nak rewired balik, bagaimana nak programkan balik, atau reprogram balik apa yang dalam otak kita. Kita ni dalam tak sedar ibarat sebuah komputer, dan kitalah yang menentukan program apa yang kita masukkan bagi membolehkan komputer berfungsi dengan baik. Begitulah otak kita. Jika programkan segala macam perkara negatif, buruk, tak elok, itulah diri kita sebaliknya jika masukkan perkara hebat, luarbiasa, positif, bahagia, tenang kedalam otak kita, itulah kita.
Macam mudah bunyinya kan? Memang mudah sangat pun sebenarnya, tapi kebanyakan kita disebabkan habit kita, kebiasaan kita maka perkara baru yang kita programkan dalam otak kita memerlukan pengulangan perkara yang sama supaya otak kita boleh keluar dari program lama.
Dalam program Dr. Rizal tunjukkan bagaimana sel-sel baru otak terbentuk bila kita mula memprogramkan perkara baru dalam otak kita dan mula berkembang, berkembang dan membentuk sel-sel baru, malah yang paling menakjubkan bila sel-sel otak program lama mula putus. Masyaallah, hebatnya kuasa otak kita. Lagi hebat bila sel-sel otak tersebut mula bercahaya seperti kerlipan bintang dilangit bila program mula diaktifkan melalui segala apa yang kita lakukan setiap hari.
Rupa sel-sel otak kita ni, masa korang baca entri Ika ni pun, sel-sel otak korang mula membentuk sel-sel baru.
Namun disebabkan kita selama ini telah diprogramkan oleh pengalaman dari bayi hinggalah kita ke ke umur sekarang, sebagai orang dewasa, kita punya suatu kepercayaan yang membentuk kita sekarang ni.
So bagaimana kita nak keluar, nak kekalkan perubahan program baru supaya program lama terus terkubur dan kita terus menjadi program baru yang lebih baik, yang lebih hebat dan hasilnya kita menjadi orang yang baru, seperti yang kita mahukan?
Nak Ika share details tak? Next entri Ika kupas details ok. Mesti tak sabar kan? Ilmu mahal ni nak share, nak rangsang lagi sel-sel otak berhubung, kena telan lecithin dan omega ok. Makanan terbaik untuk otak. Tak nak otak kita berlubang-lubang lompang, memang wajib kena bagi makanan terbaik kat otak, hehe.
Top Social