Actually sengaja pilih hotel ne untuk menginap, saje nak mengimbau masa sweet honeymoon lepas nikah hampir 3 tahun lepas..hehe-.-"...masa tu tengah mengandungkan ahmad harraz dan masih diawal kandungan, kira mood honeymoon pun tak berapa best sebab asyik moody aje..tak rasa macam honeymoon pun..hehe.. sekarang dah bawak dua baby untuk babymoon...tak tersangka sungguh, rasa macam mimpi aje..rasanya kali ne memang seronok sangat...kalau ikutkan kitaorang dah book online bilik deluxe dengan harga diskaun, sekali masa sampai hotel tengok tempat parking dah full sangat...masa nak check-in, bilik yang kitaorang book tu dah habis rupanya...so disebabkan kesilapan mungkin receptionist tu bagi family room kat kitaorang without any extra charges...hahah, rezeki betul tempah yang $200 dapat yang $600...so kitaorang sangat puashati, dapat bilik yang luas, double single bed dan king size bed...tapi haku takut jugak bilik luas-luas ne...huu...
dua-dua dah tergolek tidur...
So keesokkan paginya kitaorang plan nak ke pantai dan bawa kedua baby mandi kolam after breakfast..breakfast kat sini memang tak sedap, asal boleh makan je syaratnya...syukur jelah...hahah..just dapat 5/10 je dari segi taste...tak variety dan yang paling penting memang tak best..huu
Selesai makan, kitaorang terus ke pantai..Ahmad harraz sangat excited bila tengok pantai dan ombak...sampai terkejar-kejar mengikut ombak...bahaya betul..maklumlah lepas dapat kaki, inilah first time dapat berlari-lari kat pasir pantai...terlalu banyak mende yang dia nak explore..bila bawak nak mandi kolam bukan main paksa mandi, ahmad harraz tak nak..lastly duduk kat tangga kolam, ahmad harraz basahkan kepala dia sendiri dengan kaup air kolam dengan tangannya then basuhkan muka dan kepala..kahkah, punyalah usaha nak basahkan diri, suruh mandi berendam dalam kolam tak nak sampai sudah...rela tu bersusah payah...sudahnya adik dia yang basah lencun mandi air kolam...alahai...anak sulungku, sabar jelah...kalau bawak mandi air pantai confirm ahmad harraz suka kot...
Selepas mandi kolam, naik je bilik, terus je ahmad haddad tidur, manakala yang sulung macam biasa, naik kereta baru nak tidur. Then kitaorang terus check-out untuk selesaikan misi makan ikan bakar &sata kononnya, kalau ikutkan banner ana ikan bakar petai tu pukul 11 pagi dah buka...sekali sampai sana belum buka lagi...frust okei..kempunan nak makan pulut panggang, heh!sabar jelah, kitaorang pusing-pusing kawasan sekitar cari sata, nasib baik kedai mokna buka, so makan ringan-ringan je buat alas perut sebab alang dah nak balik lalu ikut Temerloh, tak sahlah tak pekena ikan patin masak tempoyak, yedakk..kira okeilah tak dapat makan ikan bakar pun...cehh, kengkononnya...-.-".
sampai KL pun dah petang sangat, so kitaorang decide makan nasi arab kat cyberjaya SABA tu and again, pandangan pelik dan sangat obvious dari airmuka tu kan dari orang yang makan situ bila kitaorang dok sibuk melayan anak-anak dan dan tu jugak sibuk nak makan.. pandangan macam "eh, apehal ko ne?nak datang makan bawak anak kecik cenggini? makan kat rumah boleh?"...apapun apedehal dengan pandangan manusia ne, suka hati hakulah kan..asal bahagia sudah..haha...daaaa
Top Social