Sepanjang mengandung ne segala macam perangai yang tak wujud melenggang kangkung menghiasi rutin harian..Boleh senyum sensorang bila teringat kembali perangai yang memalukan diri sendiri setelah bergelar dewasa ne..really childish!!owhh, termalu sendiri-_-". Sebelum tahu diri dah berkongsi badan dengan my lil'bun memang tak perasan apa yang pelik tentang diri sendiri. Masa tu nak pergi honeymoon CH, bila pakai seluar jeans semua dah ketat, memang tak syak apa-apa, biasalah orang kata orang baru kawen naik berat badan bam-bam tu normallah (ke haku jek macam tu, kahkah), hati tengah berbunga bahagia kan. So memang tak perasan yang masa tu selera makan bertambah-tambah dari biasa (pasal yang biasa pun dah kuat makanT_T) .
Nak dijadikan cerita, kebetulan lepas honeymoon period tak datang-datang jugak. So kebetulan masa tu ada kerja yang masih belum settle terus singgah klinik tanpa bagitahu pun en.azham untuk sahkan kata hati. Memang tak sangka ++ve UPT, sampaikan panik, nak nangis, tapi tak nangis, macam-macam feeling. So balik je rumah sabar tunggu en.azham balik kerja biarpun macam nak pecah hati menahan sabar untuk kongsi kegembiraan. Malam tu bagitahu en.azham "emm, awak ada baby dalam perut baby ne" suami bluurrr. Tak paham!Nampak gaya kena tukar kata ganti diri untuk elakkan kekeliruan..punyalah gembira punya berita suami boleh tak pahamT_T. So cubaan kali ke-2 berjaya dengan ayat "awak, baby junior dah 4minggu dalam perut ne", walaupun masa bagitahu tu dah nak menangis sebak, respon suami lepas tu tak payah bagitahu la kan^_^
Keesokkannya terus mengidam (wahh, nampak sangat aku sengaja mengidam) nak makan jejari ubi (sampai sekarang tak tertunai lagi). Sakit belakang masa awal mengandung, sakit tulang pinggang, sakit tulang celah kangkang memang normal la kan sebab body nak support baby, tu pasal semua mengembang. Paling tak tahan, bila tetiba jadik pemalas sangat (okei, tu memang bukan diri sebenar). Malas basuh baju, jemur kain, lipat kain, kemas rumah, sapu sampah, even kemas katil pun malas!adeii hudohh bebeno, sampaikan ada sekali tu baju yg dah basuh terperap dalam mesin basuh selama 3hari tak berjemur dan rumah tak bersapu selama seminggu-_-". Tapi paling tak tahan, masak rajin pulak..yang tu tak jejas. Siap buat nasi minyaklah, tomatolah, berianilah (okei fine memang buang tabiat terlebih rajin bab masak).
Peliknya, masa awal-awal tu memang perasaan sensitif sangat. Sampaikan ada sekali tu, haku menangis beria-ria pasal jeles gileerr ngan anak saudara sendiri yang umur tak masuk sekolah lagi (suami memang rapat ngan anak sedara, jeles tengok suami layan anak sedara sampai rasa diri tersisih) adeii-_-" sanggup tak makan sampai malam, sambung ke subuh haku nangis...argghh, tensen ingat balik... Suami makan tak tambah haku nangis, suami tak bagi ikut pergi basuh kereta ngan isi minyak walaupun jarak sekilo meter je dari rumah haku nangis, suami kadang-kadang tak buat apa-apa pun aku nangis time rasa nak nangis. Apakah jenisan ibu mengandung ini??!T_T
So far, bila dah masuk pertengahan trimester kedua ni mostly perangai yang pelik tu dah back to normal..dan kalau cakap part mengidam makan, boleh bagi award dekat en.azham sebab layan aje mak buyung nak apa, sampaikan overweight mak buyung ni..huhu. Apapun alhamdulillah walaupun perut kecik, punggung besar, dah takmau kisah dah asal mak baby dengan baby sihat walafiat aje sepanjang masa, hehe.Terima kasih teman sebantal sebab sabar melayan pelbagai karenah pelik dan comel kita ne, harap bersabar lagi sampai bila-bila ye..^_^.
p/s: senyum lagi, bila pikir balik banyak jugak yg sengaja buat-buat mengada mintak bukan-bukan ngan suami masa pregnant ne, attention seekers!!oo yeeahh..haha=p
Top Social