Kencing Kotor dan Kencing Lawas

5.28.2012

Salah satu masalah ibu mengandung adalah kencing kotor...asal kurang sikit kandungan air dalam badan, tak pasal-pasal dapat kencing kotor..-_-". Alhamdulillah baru 2kali terkena kencing kotor, kira okeilah dua kali kena kan dari berkali-kali? Bahaya kencing kencing kotor neh sampai boleh menjejaskan baby dalam kandungan. So kalau siapa yang hamil, tapi rasa sakit dan seksa masa nak kencing tu atau kencing sikit-sikit, awal-awal lah pergi check-up. Jangan buat tangguh mende macam ne. Salah satu cara nak mengatasi kencing kotor ne, doktor akan suggest minum air masak banyak-banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari..kalau dah tahap teruk maybe doktor bagi antibiotik kot.. setakat ne dah beringat dah. 

Bayam/sireh/lobak putih termasuk salah satu sayuran yang membantu melawaskan pembuangan urin. Tu pengalaman sendirilah, selainkan membantu meningkat hb darah..Lagi satu ibu mengandung neh jangan menahan-nahan masa nak rasa nak kencing tu, maybe ada betulnya menahan kencing salah satu senaman menguatkan otot-otot pelvis dan mengetatkan vagina, tapi masa mengandung ne bukan masa yang baik untuk mengamalkan semua tu. Err, lagi satu kafein cuba elak ye..terasa sendiri!!ohh-_-". Air dari daun parsli jugak membantu melawaskan kencing. Pointnya banyakkan minum air okei. 

p/s: Sakit ulu hati