Penat Hilang, Hati Puas

2.13.2013

Setelah seharian kitaorang tiga beranak mentidokan diri semalam, segala penat dah hilang akibat percutian 3 hari berturut-turut ditambah pulak dengan jem yang teruk atas Cameron Highlands sempena cuti CNY, nasib baik percutian keluarga, takdelah terasa sangat letih, pasal seronok boleh berkumpul ramai-ramai..Balik dari Cameron plak, terus ke Morib untuk berwater theme park kat Gold Coast Morib keesokan paginya..Budak comel tu pulak macam tau-tau je nak berjalan sakan, pepagi dah bangun bersedia nak keluar. Seharian penat berwater theme plak terus men'shopping plak barang-barang budak comel tu. 3 hari tak jumpa comforter sendiri, Ahmad harraz gian nak meniarap, asal celik mata dah tergolek senyum-senyum..sooo...ee geram!!!So much effort that he done in short week, what a good cute boy...So for this week kerja nak mendobi kain baju yang bertimbun...huuu-.-. Erm apa yang buat stress, lappy dah meroyan, virus attack, a short period maybe dah tak dapat nak online, pasalnya nak buang dalam tong sampah dah...haha..tambah plak camera pon dah kong..daa^-^

Bersalin Caesar Payah Nak Kurus

2.08.2013

i don't know mana silapnya..ececeh..ulang lagi!!okeh, memang silap sendiri, memang padanla kan even bersalin caesar, sapa suruh tak pantang betul-betul kan?!orang lain elok je back to normal size lepas bersalin..kita terkedip-kedip tenung perut sendiri dan tak mahu mengaku tu perut kita bila tengok perut macam preggy mommy 3 4 bulan..kahkah=p..Actually, memangla kan orang kata bersalin czer (keluar baby ikut tingkap) ne kena pantang lama sikit banding beranak normal (keluar baby ikut pintu)..tapi kalau ikutkan memang my confinement period within 100day++...lama okei berpantang, tapi perut macam tu jugak-.-"..sedih!!pantang makan memangla kan, tapi part berbengkung, bertungku, berurut memang liat boleh kira lah berapa kali balut perut sendiri, boleh kira berapa kali panaskan tungku, dasar pemalas!huhu..sekarang my son dah masuk 6bulan perut tak kempis-kempis lagi, how come?..tapi ikutkan pengalaman mommies yang czer memang payah nak hilangkan perut bun..tu!grr..ke i'm just imagine that other's mommies macam tu? pasal nak sedapkan hati sendiri biar ada geng...kahkah..pepun tak kisah la, yang penting perut ne tetap juga begitu...-.-

Tapi tak boleh nak salahkan diri sendiri jugak(gaya nak back up diri)..hehe, memang tak pantang macam orang lainla bila anak tinggal kat hotel (read:hospital), ulang alik setiap hari, memang menyeksakan dengan luka ceaser yang belum pulih. Dalam tempoh seminggu boleh lagi kita menahan perasaan simpati kat ayah sendiri terpaksa tolak wheelchair kita, tapi masuk minggu ke-dua gagahkan jugak diri berjalan jauh ke wad anak, pasal dah tak sanggup susahkan ayah sendiri..huhu-.-". Membebel my mom bila ayah terlajak cakap me dah jalan sendiri pergi tengok Ahmad Harraz, so back-up pulak my father cakap kat mak, doktor suruh banyak jalan baru cepat sembuh luka tu, darah smooth nak jalan..tipu sunat takpe-.-. Tu pun nasib baik diri sendiri tak terlepas cakap naik tangga everytime  nak ke wad NICU pasal tak sanggup tunggu lif yang terlalu lama..hihih..kalau tak sebakul lagi kena bebel tak sayang body plak nanti..hehe^_^. Apapun bersalin ceaser ne memang renyah sikit, sampai sekarang terasa lagi kesan ngilunya kalau ter'buat' kerja berat sikit..

Tips nak cepat sembuh luka ceaser makan je oren sunkist banyak-banyak, dan rajin-rajin telan vitamin c yang 1000mg tu..memang cepat baik, tu ikut pengalaman sendirila, tablet haruan pulak jangan makan dalam tempoh terdekat lepas operate kalau tak kulit jadi kematu, pasalnya yang kat luar cepat sangat sembuh banding yang dalam. So better sembuh secara perlahan-lahan luar dan dalam, takdela rasa menyengat sangat kan?After 2 weeks++ baru berani telan tablet haruan tu, sayang kulit katakan..haha, biar pun perut sendiri bun*** semacam. Tips nak cepat kurus lepas ceasar memang takde..any tips here?!!apepun tak boleh imagine macam mane perut yang 7 lapis ne betul-betul sembuh..doa2 yang kat dalam  tu betul-betul dah sembuh..makan pun dah main taram..ape pun tak boleh!!boo kat diri sendiri..ooowwwhhhT-T

Penyakit Lupa & Mimpi

2.07.2013

Tak sangka lepas beranak i keep bothering with nightmare almost everynight..cuma sekarang aje nampak dah macam melebih-lebih..sangat terganggu bila my hubby keep asking me, awak mimpi apa semalam, bunyi macam takut sangat?owhh..noooo!!terasa macam *&%^&()..mimpi apa ye?am i screaming again?yang pentingnya, i forgot about that nightmare after wake-up, biasalah tu kan, tak semua mimpi mampu diingati sebab dalam keadaan separa sedar..kotlah kan?huuu-.-". Ada jugak mimpi yang melekat dalam fikiran, tapi sangat nonsense, tak logik, dan mengarut, memang mainan tidur...bila cerita kat hubby pun, mestilah exactly dikatakan mengarutkan...huuu..itu cerita mimpi, cerita pasal penyakit lupa plak?hurm, umur lom cecah 30-an pun dah kelaut punya ingatan..nasib baik masih ingat punya bayi secomel Ahmad Harraz, kihkih..

ohh, baru perasan lately rasa liat nak update  after comeback from 'kampung aman damai', dan terkejut jugak pasal naik sampai 2kg pasalnya banyak makan kat kampung...biasalah selera lebih bila balik kampung kan?huhuu-.-'...Tambah plak menyelesaikan segala kempunan yang ditangguh-tangguh, breakfast dengan nasi berlauk pun dah dua bungkus apalagi makan tengahari kan?!!ohh, perut apakah??!!yang penting siput sedut masal lemak abis dua pinggan, memang terbaiklah, terus hilang kempunan lepas melantak sebegitu rupa.-.-. Sempena cuti CNY kitaorang berkampung kat sini jelah, orang lain plak sibuk balik kampung...gituuuu!!A week after balik kampung my FIL dah datang berkampung kat rumah plak disebabkan ada kenduri....dan this week about the planning on CNY kalau takde ape-ape, insyaallah on planning panjat bukit. Anakanda plak selsema selepas kena hujan masa kat melaka minggu lepas, sempat naik river cruise je, yang lain tak sempat pusing, tak kena ti ming, main redah je pergi Melaka, hujannn...it's  ok, nanti kita pergi lagi ye sayang dengan planning. 

The Behave Son & Magical Touch

1.16.2013

Tiada apa yang mengujakan dan menyeronokkan kita bila anak sangat senang untuk diuruskan setiap hari.Alhamdulillah. Membesarkan baby bukanlah perkara rumit tapi banyak melibatkan emosi dan perasaan, adakalanya anak meragam berterusan memang membuatkan diri stress, dan yang penting penat fizikal mental. Once kita dah bergelar mama untuk anak-anak, memang tak dapat dielakkan kita akan rasa apa yang mak ayah kita rasa masa besarkan kita dulu-dulu. Anyway, my litlle khalifah Ahmad Harraz is almost 6 months on 24th this january. How time flies! Experience membesarkan anakanda dengan pelbagai ragam, insha Allah jadi panduan untuk adik Harraz pulak..kihkih=p. Bila mengingatkan kembali dari anakanda Ahmad Harraz dari umur 1 hari hingga ke hari ni, memang boleh menitis air mata..sangat menguji diri, Alhamdulillah, syukur yaAllah atas kekuatan yang Engkau titipkan buat hambaMu yang lemah ni..



**First Day New Born-1 months

Memandangkan Ahmad Harraz tinggal kat NICU selama 47hari, sangat memilukan hati bila tak dapat tatap wajah anak setiap masa, kalaulah disediakan katil khas untuk mama kat NICU tu, sanggup je nak tidur sana, tapi mimpi jelah!!. So gagahkan diri setiap hari berulang-alik untuk jenguk anakanda bagi magical touch untuk Ahmad Harraz. Sepanjang Ahmad Harraz  kat dalam tabung tu, memang macam bayi lain jugak, menangis masa lapar, masa poo poo & menangis tika rindukan mama..ooucchh!pity my little khalifah..so meragam tak meragam hanya mak angkat Harraz je yang tahu, setiap kali sampai kat NICU, nurse yang bertanggungjawab jaga Harraz akan bagitahu details bila ditanya "Ahmad Harraz macam mana semalam?bole tidur tak?susu dah minum banyak mana?bla2bla2 nurse tu bercerita panjang..tak cukup pergi setiap hari, malam-malam buta teringat sangat kat anak call pulak NICU tanya condition Ahmad Harraz..pathetic!kahkah..yang penting i know my son always healthy and active itu dah cukup melegakan..Sesuatu yang sangat magic, nurse yang jaga Ahmad Harraz sentiasa bagitahu my son ne macam tahu-tahu if i come to see him, tengah elok-elok tidur lena, if i dah datang, belum masuk lagi kat pintu depan NICU, mulalah my son's body dah bergerak-gerak, tak dok diam..so cute!so nurse tahu ohh mama Harraz dah datang!!Satu perangai Ahmad Harraz yang sangat tak boleh tahan tengoknya sampai sekarang, setiap kali bagi salam masa dia tengah tidur, terus dia buka mata sebelah dan senyum pastu buat-buat tidur balik..geram, grrr!!

**2 months-3 months
After come back home, inilah cabaran sebenar sebagai Mama Ahmad Harraz, orang kata bayi bila nak berubah bulan memang meragam..uhuu, so memang sangat-sangat memenatkan dalam tempoh ne. Sangat!! Kena berjaga malam dan siang, tidur tak payah cakaplah memang tak cukup, berat badan memang turun merudum-rudum, muka cekung bagai mak ponti...tapi bab makan, tak payah cakap macam bulldozer, makan je selagi boleh..Dalam tempoh ne, Ahmad Harraz suka sangat menangis, kembung perut, tak nak tidur..dan macam-macam lagi, stress, memang stress, penat memang penat, tapi macam tulah bila beranak kecil..walaupun perit tapi memang menyeronokkan bila boleh tengok wajah anak setiap masa. Lepas seminggu keluar wad barulah buat perkara sunat untuk anakanda, mentahnik dan cukur jambul, Alhamdulillah niat termakbul jugak supaya Tok Guru Nik Aziz yang tahnik dan cukur rambut anakanda..sebabnya masa mengandung lagi dah niat siap-siap nak bagi Ahmad Harraz menatap wajah suci bersih seorang ulama..Ahmad Harraz (Yang Amat Warak), sangat cantik nama diberi suami untuk anakanda, semoga panggilan Mama untuk Ahmad Harraz setiap masa menjadi doa yang dimakbul, Insya Allah, berkat didikan jugak ye nanti..hihi.

**4 months-5 months
Alhamdulillah, setiap kesukaran ada juga hikmahnya, now Ahmad Harraz seorang bayi yang sangat happy bila waktu bangun tidurnya dan hari-hari yang dilalui sangat menenangkan. Awal-awal dulu setiap kali bangun tidur memang menangis je kejenya, so i keep remind him, Ahmad Harraz setiap kali bangun tidur kena senyum, barulah comel..sekarang memang Ahmad Harraz bangun tidur dengan senyuman, dah tak nangis-nangis dah, dan yang paling menyeronokkan bila Ahmad Harraz sangat suka berkasih sayang & peramah (instead use manja, karang jadi manja terlebih-lebih sampai besar,  naya!so kena kurangkan perkataan manja) sangat suka orang memeluknya..gaya tidur Ahmad Harraz sangat fleksibel, asalkan letak atas dada, dah tertidur, asal peluk lama-lama dah tertidur, kadang-kadang main sensorang pun boleh tertidur..ee geram! Pantang tengok cermin, memang mengekek ketawa, ferasan comel!Alhamdulillah, syukur Ya Allah atas anugerah-Mu yang tak ternilai..Walaupun perkembangan anakanda lambat 2bulan ikut umur sebenar, umur knologi dah nak masuk 6bulan,(my son ada dua umur) it's ok as long as my son healthy, risau jugak ye tak meniarap2 lagi ni..go go my son!u can do it better..

**6 month and another coming season
Just praying that my son grow healthy and become a happiest baby..tak sabar nak introduce Ahmad Harraz dengan solid food..terasa rajin membuak-buak bab masak-memasak ni, tapi lemau bab kemas-mengemas..hihi..update soon..daa=))






Love&Faith

Greenapel,

Perbaiki Diri Surirumah

1.09.2013

Entah kenapa, semalam sampai ke kemuncaknya perasaan serba tak kena dan bersalah terhadap anak dan suami sampai terbawa-bawa ke mimpi dan mengigau..boleh tak camtu?!Sedar-sedar suami kejut pasal dok terjerit-jerit dalam tidur, tengok jam pukul 4 pagi..ohh!teruk sekali perasaan tu, sampaikan macam tu sekali penangannya, anakanda comel pun turut terkejut, tambahan lapar...pity my son!beristighfar panjang...i know what happen to me lately..terasa gagal untuk berperanan sebaiknya untuk menjadi isteri dan mama untuk suami dan anak..Merenung timbunan kain yang memenuhi ruang tamu tanpa dikemas, merenung lantai yang dipenuhi dengan lautan rambut dan habuk-habuk..teringat pula kain dalam mesin basuh yang hampir kering tanpa dijemur..teruknya!!Entah kenapa akhir-akhir ne rasa lesu, takde tenaga, lemau, dan semacam lagi perasaan, tambah lagi masalah yang ditakuti ibu menyusu mula menunjukkan belangnya..T_T'',i know Allah nak uji..Merenung kembali sedalam-dalamnya!Ya Allah terasa jauhnya diriku dari-Mu, Allahu Rabbi..Terus bangun dari mimpi yang mengejutkan tidur suami, bangun menunaikan tanggungjawab untuk anakanda kesayangan. Aku sujud memohon keampunan akibat terlalu banyak lalai dengan ujian dunia..sedih sangat perasaan, bila teringat soalan dari suami yang balik dari kerja petang semalam, sayang dah basuh seluar kerja abang?owhh, ya Allah, entah apa yang difikirkan akhir-akhir ne, yup, aku lupa!!Terus ke belakang mencapai baju hapak yang tak berjemur untuk dibasuh sekali lagi dan buat apa yang patut dengan seluar kerja suami..hmm, mengeluh panjang bila teringat jawapan suami bila ditanya semalam.."Awak lunch dengan apa kat tempat kerja?".."Tak sempat, banyak kerja, tak sempat nak keluar makan!" terpempan dengan jawapan suami...ohh, isteri apakah ini?  terus ke dapur, menyediakan apa yang patut untuk bekalan suami hari ni. Bila difikirkan kembali, memang sedih, selama ne after kahwin suami selalu bawa bekal ke tempat kerja, tak pernah miss, until sampai beranak masa berpantang, my hubby keep messaging tell me that he miss my bento, miss my breakfast dan tak lalu makan sorang-sorang..4 bulan keseorangan!mengharungi hidup sebagai bujang tapi dah kahwin..u know what i mean..memang menyeksakan seorang suami!so i thought after confinement, the routine back to the normal, tapi jangkaan meleset, penat sehingga membantutkan rutin biasa..baru seorang anak, dah macam tu!-.-".I promise to myself kena rajin-rajinkan diri bangun awal buat bento untuk suami, promise to myself untuk lebih berusaha jadi isteri yang lebih baik..hmm, sayu merenung kitab suci, Al-Quran..rindu!sudah lama tak menatap dan meliti isi kandungannya, lalu mengambil dan mencium kitab suci "Ya Allah, apa dosaku tak dapat nak baca ayat suci-Mu hari ni!"..Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan harianku..amin..Bangun dari renungan yang panjang untuk menatap wajah suci si comel.."ya Allah aku mohon pada-mu semoga dengan kehadiran cahayamata dalam keluarga kami lebih mendekatkan kami pada-MU..Anak itu, anugerah, anak itu amanah dan anak juga ujian Allah..Allahuakbar, aku memohon keredhaan-Mu dalam kehidupan kami, amin...Insha Allah




Love&faith, 
Greenapel