Yang jadi racun tu bila bermadu tak tentu hala, da tahu tak mampu, da tahu tak cukup ilmu buat apa cari madu!kena tahu cara okei, tak pasal2 kena gigit lebah baru padan muka..haha, amik ko! Yang senang ada carik yang payah, beli jela madu botol tu abes cite!
note kaki : hargai apa yang da dimiliki
Muda-muda pun da lupa! Kalo mak yang pelupa ne yelah jugak
Tu kata mak saya bile lupe siang ikan macam mane, lupa arahan , suruh lain, buat lain
Dijawabnya saya, entah apa jenis makanan la da masuk perut jadi tuan punya badan, banyak sangat mende2 mengarut da masuk lam badan, tu yang jadik lupe tu
Amboi!suka jek ko salah kan makanan ye, makanan rohani tu yang tak cukup, tu yang berkarat!
Eheh..terus tergamam..^_^
Tiba-tiba jadi musafir...hoho
pic source; chicken-scratch.ca
Penting!!sekiranya ada hati tiada rasa, letaklah jawatan sebagai manusia okei!wahh!kekasaran la plak, okei ne nak cerita sket pasal orang selfish ne, dalam hidup ne bermacam ragam, yang baik jadikan panduan, yang tak baik jangan sesekali diamalkan, ewwah!. SELFISH, mm ramai orang mengatakan ianya bermaksud sesuatu yang dibuat mempunyai kepentingan tersendiri. Kepentingan tersendiri tu untuk siapa?of course diri sendirilah kan?untuk apa?puaskan hati??enjoy?saja nak testing? Okei, sikap macam ne mintak dijauhi, tau tak selfish tu apa?penting diri sendiri?tau ke maksud sebetulnya penting diri sendiri? okei, aku punya hal lah, yang ko susah hati tu nape?ade aku susahkan ko? Perangai macam ne, sesiapa pun akan ada tanpa disedari, kita tak pernah memikirkan perasaan orang lain, yang kita tahu buat je apa yang kita nak kan? Yelah nama lagi manusia, kita alpa, kadang-kadang sekecil-kecil perkara akan ada kesannya tak kira kepada sesiapa, contoh paling senang, parking area, tempat parking kat shopping mall untuk 3 kereta dijadikan 2 kereta je leh park, dia tak fikir ke orang lain nak parking jugak?ko hengat ko sorang ke bayar tempat parking tu?eh, terkasar la pulak.. Tu yang tangible punya situation, kalo yang intangible punya situation macam mane plak ye??banyak!!perasan nga tak perasan je..pikirlah sendiri^_^
Penting!!sekiranya ada hati tiada rasa, letaklah jawatan sebagai manusia okei!wahh!kekasaran la plak, okei ne nak cerita sket pasal orang selfish ne, dalam hidup ne bermacam ragam, yang baik jadikan panduan, yang tak baik jangan sesekali diamalkan, ewwah!. SELFISH, mm ramai orang mengatakan ianya bermaksud sesuatu yang dibuat mempunyai kepentingan tersendiri. Kepentingan tersendiri tu untuk siapa?of course diri sendirilah kan?untuk apa?puaskan hati??enjoy?saja nak testing? Okei, sikap macam ne mintak dijauhi, tau tak selfish tu apa?penting diri sendiri?tau ke maksud sebetulnya penting diri sendiri? okei, aku punya hal lah, yang ko susah hati tu nape?ade aku susahkan ko? Perangai macam ne, sesiapa pun akan ada tanpa disedari, kita tak pernah memikirkan perasaan orang lain, yang kita tahu buat je apa yang kita nak kan? Yelah nama lagi manusia, kita alpa, kadang-kadang sekecil-kecil perkara akan ada kesannya tak kira kepada sesiapa, contoh paling senang, parking area, tempat parking kat shopping mall untuk 3 kereta dijadikan 2 kereta je leh park, dia tak fikir ke orang lain nak parking jugak?
Note : tuan empunya blog pun ade jugak perasaan macam tu!haha(gelak jahat)ko hengat ko tu baik sangat??!!huh..
Orang kata untuk merasa lebih baik kita perlu berhijrah, dari lama ke baru. Berlama-lamaan sangat akan menimbulkan masalah, berkarat, korupsi, bermacam ragam. Namun sekiranya amalan-amalan buruk itu yang menjadi pegangan berdekad-dekad, adakah ianya akan berubah sekelip mata sekiranya ditukarkan dengan sesuatu yang baru. Atau lebih tepat adakah amalan itu akan dapat diubah setelah sebati dengan diri. Tidak! Tidak semudah tu yew! Untuk berubah memerlukan masa. Cakap senang! Cuba diri sendiri buat!!?? Sekiranya semua perbuatan telah menjadi sifat & sikap, teramat payah untuk dibetulkan.
Note : Madah berhelah!
Hati tawaR? Takde hati? Tawar hati? Sejak bile hati ade rase ne, melainkan hati lembu goreng, kalo tak cukup rasa memang tak sedap..mari kita belajar simpulan bahasa hari ini. Tawar hati bermaksud sudah tiada minat atau keinginan terhadap sesuatu mulai berkurangan. Banyak faktornya, makan hati, kecewa/kegagalan, tertekan/depresi, melakukan hal yang tidak kita sukai/tidak kena dengan tuan empunya badan dan bermacam lagi faktor..
Okei, jom kita gali sesama faktor tawar hati lebih detail, mane tahu dapat kita tahu cara untuk mengatasinya..
Makan hati bukanlah bermaksud kamu makan hati die, dan die makan hati kamu, makan hati bila hati kamu terguris atau disiat-siat, eheh..terlebih pulak, yaa ini biasanya berlaku disebabkan kelakuan yang tidak diingini atau tak suka dengan cara penyampaian/kata-kata, dan sekiranya perkara tersebut berlaku berulang-ulangkali maka tidak mustahil akan wujud perasaan tawar hati okei..perkara makan hati hati ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yew!!
Kecewa/kegagalan yang berulangkali dalam melakukan sesuatu juga boleh memacu perasaan tawar hati untuk mencuba lagi..contoh macam saya cuba mengubah bunga tapi jadi sampah daun, setelah berusaha banyak kali, perasaan tawar hati akan timbul dengan meninggalkan ia begitu saja..ataupun paling tepat sekiranya subjek yang kita buat terbaik tapi tak dapat tebaik, maka untuk subjek lain pun akan bagi efek jugak..ehehe#
Perasaan tawar hati ini juga berlaku bila tika kita bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu tetapi tiada respon yang sepatutnya. Ia juga berlaku bilamana diri merasa tertekan atau lebih kepada pemikiran tuan empunya sendiri yang lupa tujuan utama..Memandangkan blog ini wujud, ia menjadi medium untuk melegakan perasaan selain meluahkan kepada DIA.Adakah itu normal?
Ini lagi satu, melakukan sesuatu yang tidak kita sukai.Ya! kadang2 apa yang kita lakukan bukanlah dengan sepenuh hati, so bile dengan tidak sepenuh hati hasilnya bukanlah memberangsangkan sangat..atau takde hasil langsung, bile dah jadik macam tu tawar hati la nak teruskan..betul tak?
Untuk mengatasi segala faktor yang menyebabkan tawar hati ini..kita kembali kepada yang asal..bukanlah bertukar menjadi tanah asal kejadian kita, tapi muhasabahlah diri..mungkin kita jauh dariNYA namun tidak disedari, muhasabah matlamat asal dalam apa jua yang kita lakukan. Dalam kehidupan ada pasang surutnya, macam roda kehidupan sekali diatas dan dibawah, begitu juga perasaan dan motivasi diri. Hanya diri sendiri yang mampu mengubahnya.
Note: kewujudan entri ini refleks dari apa yang dilalui penulis^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Social