Sunset Cove Danga Bay

9.05.2024

Danga Bay dulukala tempat paling popular kat Johor, tu kata lakikulah yang stay Johor hampir 3tahun lebih, tempat port lepak, makan angin, nak bersantai hujung minggu kat sanalah. So mestilah kena bawa dan tunjuk tempat dulukala yang pernah dia jejak, boleh tahan jugalah tempatnya, agak menarik. Yang ku tengok banyak jugalah tempat menarik area Danga Bay tu. Sayangnya daku hanya sempat bermalam aje kat situ, tak sempat ronda sekitar Danga Bay tu. 


Memang tak semeriah dulu dah katanya, banyak juga projek terbengkalai mungkin over sangat kot. Jadi walaupun area ni ada yang terbengkalai tetap juga nampak best. Sebab Danga Bay dekat sangat dah dengan pintu masuk ke Singapore. Dapat tengok dari kejauhan pun dah kira okaylah, kami ambil homestay sekitar sini, pun last minit Google mencari masa bertolak dari Tanjung Balau. Alhamdulillah memang puas hati stay sini sebab dapat tengok view malam yang sangat cantik. Dan yang penting harga sangat affordable kami dapat under RM300 masa book tu. 


Busy betul nahh bandaraya Johor ni, tak sempat nak explore. Even bandaraya sibuk, bising, padat tapi ku tetap suka, sekali sekala dapat pemandangan dan feeling stay kat bandaraya metropolitan cemni, lain sungguh rasanya. Untuk sekali sekala okay. Orang kata tukar angin, tukar udara. 



View kat sunset cove homestay kami ni betul-betul mengadap Singapore, jadi malam-malam lampu nampak meriah dari kejauhan, cantik neon malam, bangunan kat sini iras-iras macam Kuala Lumpur juga tapi berbeza dari apa ye, memang ada beza yang ketara tapi tak tahu nak describe macam mana. 


Sunset cove yang kami stay ni private homestay, lengkap semua facilities termasuk kitchen utilities untuk masak, jadi dah makan banyak kat kedai tekak nak juga yang masak sendiri, so breakfast pagi sebelum kami bertolak balik, ku masak aje simple breakfast buat makaroni Bolognese, dan anak-anak layan makan cereal aje dengan fresh milk. 


Pagi tu takdelah kami rush sangat sebab tempat nak menyinggah kat Laman Mahkota Istana Bukit Serene dan Legoland aje, so santai sebelum checkout. Tak sempat depa nak mandi kolam apa semua, next timelah pula, dah mandi kat Tiara Residence tu kira iye dah tu.

Buat apa datang Danga Bay? Tempat berekreasi orang ramai, ada pantai, ada taman, tempat makan. Jadi even tak menyempat ku nak go through semua tempat kat Danga Bay, sampai kat Danga Bay dan lihat bagaimana rupa kat sana pun satu rahmat besar dah, alhamdulillah, memang boleh repeat, ku suka view dan feeling kat sana. 


Tanjung Balau Desaru Johor

9.02.2024

Tanjung Balau merupakan sebuah bandar berpantai di daerah Kota Tinggi Johor, Malaysia. Pantai bandar terletak berdekatan Desaru dan Bandar Penawar. Muzium nelayan tanjung balau di bina di sini menghadap Laut China Selatan. Kedatangan kami ke Tanjung Balau ni pun berkebetulan dekat dengan tempat Penginapan Tiara residence Desaru, jadi memikirkan nak buat aktiviti apapun takdan ingatnya sempatlah singgah ke muzium nelayan kat sini. Dah alang-alang sampai gitu, nak pergi Taman Buaya jauh pula, dan bukan route kami lalu nanti. 



Memandangkan checkout pun dah lewat tengahari, serang elok kami sampai kat area ni, kaunter muzium dah tutup sebab staf berehat tengahari, nak masuk kena tunggu sampai pukul 2.30 petang. Jadi kami cari makan tengahari dulu, order makan, tunggu orang masak makan jam juga, nak lagi anak berceretek ni, sejam waktu makan kat kedai tu kira dah paling sekejaplah tu untuk bahagian makan saja. Roadtrip macam ni, memang tak boleh bazir masa, kalau tak sesia je tak dapat apa pergi berjalan, kihkih, so disebabkan kami malas nak tunggu sampai pukul 2.30 petang kami lepak kejap ambil angin laut kat jambatan Tanjung Balau tu. 




Sungguhlah pantai dan air laut kat sini cantik sangat, tapi sayanglah tak sesuai untuk mandi manda terutamanya kanak-kanak, macam kat pantai Desaru pun anak-anak main kat gigi pantai aje. Ombak dan angin kat sini agak kuat, yelah pantai mengadap directly Laut China Selatan. Memang tak berapa sesuai untuk mandi, berenang macam kat pantai Terengganu, cantik untuk dipandang dan dinikmati mata sahaja. Angin sepoi sepoi bahasa memang mengasyikkan dikala panas lit lit, namun pemandangan gred Premium kat Tanjung Balau ni memang buat rasa diri iols tak nak balik. 




Tanjung Balau ni antara tempat tumpuan juga, untuk yang berkhemah, dan berkelah. Memang sesuai sangat, kalau duduk lepak seharian kat sini berbaloi uiii, pantai, air laut biru jernih kat sini, tak tahu nak describe macam mana, capture cantik original tu melalui pandangan mata kasar lagi best berbanding dengan kamera. Puas hati cuci mata mengadap air laut petang tu. 



Yang dah sampai Desaru tu singgahlah Tanjung Balau, wajib tak menyesal, memang kagum tu tak habis dengan kecantikan pantai dan air laut kat sini. Actually banyak sangat aktivit boleh buat kat Tanjung Balau termasuk riding horse, lawat muzium, playground untuk budak-budak pun banyak, daku jelah tak menyempat luangkan masa yang limited berlama-lama kat Tanjung Balau. Next mungkin boleh lajak ke Pangeran sekali kalau datang lagi dan mungkin boleh consider menginap area Tanjung Balau ni sebab banyak juga homestay dan resort chalet, cuma kena tempah awallah sebelum datang kalau tak macam kami, stay kat mana yang boleh aje. 



Tiara Residence Desaru Johor

8.31.2024

Punya lama simpan impian nak jalan-jalan makan angin Kat Johor, alhamdulillah merasa juga jejak kaki ke negeri Johor. Dan pilihan destinasi untuk menginap adalah Desaru. Sebut pun dah sedap, sesedap namanya, seindah tempat ya. Memang tak menyesal ye sampai Desaru ni, konon nak stay kat hotel okay sikit, mahal sikit takpe sebab tak tahu lagi bila akan sampai, jenis nak sampai ke tempat baru kalut nak cari tempat menginap, memang tak dapatlah. Haaa menggelabah cacing Google dalam kereta cari tempat tidur. Pergi pula time orang Johor cuti bersambung, memang tak banyak pilihan yang tinggal, dari nak booking Hardrock atau Lotus Desaru, yang tinggalnya  Tiara Residence aje yang available. Grab sajelah apa yang ada.



Alhamdulillah even tempat tak semenggah dari luaran, tapi sangat selesalah buat kami, saiz bilik studio kat Tiara masih quite okay for us, itu aje yang tinggal, pun okay yang penting ada tempat tidur dah dikira beres. Facilities kat sini pun complete dan yang paling penting kolam kat sini super best, luas dan banyak kolam. Puas hati anak-anak mandi. 


Masa depa dok mandi kat kolam ku baru teringat cerita arwah mak saudaraku, asyik repeat ke Johor dan tempat yang dia pergi kat sinilah, setiap Kali balik bercuti kat sini, dok berialah cakap "Ikah gi lah jalan kat Johor tempat cikyah bawak anak-anak, cantik sangat tempatnya,cikyah kalau pergi bercuti jauh sikit dari Shah Alam, memang pergi kat Tiara". Seingatku begitulah perbualan santai kami kat kedai stationery, bahagian depan tempat lepak tu. What a memory, tak sangka sampai tempat yang cikyah ku recommend tanpa sengaja. Memang tak rugi. 



Pantai Desaru memang cantik, kat Tiara Residence ni memang betul-betul tepi pantai, menapak aje dari bilik nak ke pantai. Alhamdulillah cuaca cantik even awan nampak tebal macam nak hujan. Anak-anak ku memang pantang jumpa pasir,berejam pun tak ngape mengadap main pasir, memang sedar-sedar matahari naik meninggi dah. Sempatlah depa main pasir dan air pantai dalam sejam dua, lepas tu sambung pula main kolam sejam dua. Okaylah tu, buat lepas depa dah lega nak berjalan ke tempat seterusnya. 





Kat Tiara Residence ni kalau  dapat homestay privately booking direct kat owner, boleh lah masak kat bilik, macam daku ambil bilik ni yang basic bawah satu pengurusan jadi ada basic thing kat hotel je, peti sejuk, water heater dan lengkap semua standard facility hotel. Apapun percutian ke Desaru menjadi salah satu tempat yang menarik untuk datang bercuti. Masa kami mula-mula nak booking tu rasa seram jugalah tengok rupa, takut macam bangunan resort kat Port Dickson, tapi alhamdulillah semua okay dan kami berpuashati dengan penginapan kat Tiara Residence ni. Next time cuba stay tempat lainlah pula ye. Too much place to explore kat Johor, nangis tengok list tempat yang belum sampai, moga berpeluang lagi, Amin. 

Selera Senibong Seafood

8.26.2024

Tiada yang lebih gembira bila partner nak bawa jalan-jalan tengok tempat dia belajar dulu-dulu. Diam tak diam hampir dua puluh tahun sudah berlalu episod kami belajar universiti tapi kenangan itulah yang paling mendominasi ingatan kerana ianya satu proses dan fasa hidup yang mengenal kehidupan sebenar untuk bermandiri. Rugi tak sambung belajar sebab banyak proses yang kita lalui sepanjang belajar tu, skill bersosial, skill manage masa, skill urus diri dan kewangan, banyak lagilah proses yang dilalui bila jauh dari keluarga, dan skill jaga maruah dirilah yang paling mahal dan bernilai bila jauh dari keluarga. Yelah masa ni rasa bebas sebebasnya, jauh dari pandangan dan pantauan mata mak ayah dan rasa boleh buat apa saja. 


Masa nilah diri sendiri yang tentukan bagaimana nak bawa diri, nak jaga diri, nak rosakkan diri, semua atas pilihan sendiri. Sebab waktu muda macam-macam keinginan nak kita rasa dan lalui, jadi bergantung kat dirilah semuanya, batasan dan nilai agama yang kita belajar, perhati, nak praktik kat diri sendiri. Antara nafsu dan keinginan, rasa ingin tahu, semua bersatu. Jadi proses ni semualah yang mendewasakan kita menjadi orang bernilai dan bermanfaat. Masa nilah kena pandai pilih kawan, kawan yang support, sefahaman dan sebagainya. Panjang pula mukaddimah tak berkaitan. 


Jadi memori universiti kita bungkus, cerita pasal makan. Dah sampai Johor Bahru, kami terus pusing sekitar dan decide cari makan malam terus, dan suami bawa ku makan kat tepi muara, berdekatan dengan Singapore. Dari tempat makan nampak negara Singapore, bestnya, even dekat tak pernah sampai lagi, tak tahu bila ada rezeki boleh sampai sana. Nama tempat makan ni Senibong, tempat agak tersorok juga, tapi ramai jugalah orang yang datang makan sini, mungkin salah satu sebab viewnya. Disebabkan kami sampai awal sikit dari timing makan, makanya tempat makan masih lapang dan parking kereta pun takde masalah. 


Menikmati makanan laut segar sambil menyaksikan pemandangan laut dan ketenangan pesisir pantai pasti memberi kelainan rasa, macam orang nak minum teh Kat cameron, sebab nak suasana, kihkih. Tempat makan Senibong ni  terletak di pesisir pantai Selat Tebrau yang menghadap Sembawang dan Senoko, Singapura menjadikan restoran di sekitar Kampung Senibong ini antara best views sambil makan. Malam lagi cantik view dengan lampu neon yang menerangi pesisir lautan. Serius cantik dan angin tepi laut best sangat. 




Kat sini banyak amat kedai makan ye, nak pilih kedai mana-mana pun boleh, dalam 10kedai juga rasanya berderet. Memang rambang mata ye untuk memilih lauk nak makan, semua nampak sedap kalau jadi lauk. Hasil laut seperti udang kara, ketam pelbagai saiz, udang kara, udang kecil, sotong, ikan jenahak, ikan siakap, siput dan seafood ku tak pernah tengok pun ada, jenis jenis siput pun masyaallah banyak jenis, tak pernah terfikir boleh makan, ada iras-iras kat tempat makan sabah pula dan macam-macam lagi boleh dibakar, digoreng atau dijadikan variasi lauk yang pelbagai atas pilihan kita. 


Terus tuju ke tempat makan, iaitu reestoren depan sekali Selera Senibong dan kami pilih dulu lauk yang nak dimasak, rate kat sini tak berapa murah juga ye, tapi no doubtly masakan kat restoren yang kami makan ni sedap sangat, ku masih teringat-ingat siput gonggong masak cili kering, dan kingcrab masak telur masin ni, cukup rasa dan sangat sangat sedap dikombinasikan dengan segala seafood yang segar bugar ya, memang perghh, ummphh terus bila masuk mulut, adoii kecurr liur kalau teringat. Sama juga masakan ketam, tak habis kami bungkus buat balik buat masak cili, sedap rupanya masakan cili kering ni, sambung ratah kat homestay pula. Tengok lauk yang kami pilih, tak sangka kami sanggup habiskan duit sebanyak tu semata makan aje, iyelah semuanya pencinta seafood, ku pilih siput, suami nak kingcrab, anak lelaki pula nak ketam biasa, anak perempuan nak makan udang pilih masak butter, favorite kami berdua sotong, buat sotong celup tepung pun tak tertinggal, nasib tak ambil ikan, kalau dak tak tahu nak telan camno, terlebih kenyang ratah lauk aje. Ada ye yang jenis kumpul duit untuk makan sedap, dakulah tu, kihkih. Tak beli emas takpe, hahaha. Masa tengok resit makan tu, kami laki bini cakap "lainkali kita tunggu orang belanjalah pula kalau nak makan cemni" hahaha, haraplah sangatkan, dalam mimpi ajelah. Tak pun kena menabung dulu semata bab makan macam ni. Yang pasti wajib kena repeat, huahuaa. 



Itu yang sebal bila naik penimbang sekarang. Karang lapor jadi harimau, terlebih makan jadi harimau gebu. Apalah dosa. Astaghfirullah, nak turunkan satu kilo pun seksa. Apapun singgah makan kat Selera Senibong antara best seafood yang kami pernah makan, puas hati tak tara, ada rezeki lagi singgah tempat makan seafood nak repeat kat sinilah. Yang penting semua lauk licin malam tu, berbaloi. Itu yang best bawak anak-anak makan, time depa taram sampai licin tu, masyaallah puas hati kita tengok dan rasa, tu sebab suka bawak depa jalan-jalan, they really appreciate it, alhamdulillah. Moga contoh kami tunjuk dapat anak lelaki praktik terutamanya perturunkan buat anak keturunan mereka, Amin. Belanja anak-anak makan is the best moment. 


Letak sini kenangan boleh makan makanan best, supaya kami tak pernah lupa nikmat yang pernah kami rasa, even sekarang banyak cubit ikan masin dengan budu, pun bertambah dan berselera juga, alhamdulillah senang dan susah ni, semuanya nikmat, nikmat diuji pun nikmat, begitulah hidup, yang penting dalam apa jua keadaan, bersyukur, yakin dan pasti dengan janji Allah untuk orang yang sentiasa bersyukur. 

Hutang

8.23.2024

Terkejut baca ramai anak-anak muda zaman sekarang buat loan semata-mata untuk bercuti, melancong. Fuhh, bukan kaleng-kaleng ujian ye. Yang belum terjebak lagi, big no. Jangan sesekali. Please. Bagitahu sebab dah lalui. Big disaster, even bukan loan sekalipun, kad kredit pun samalah juga kekdahnya. 


Nak berjalan-jalan kalau tak mampu, explore je dulu tempat sekeliling yang kita tinggal, tak keluar dari negeri pun takde pelik hape aihh, jangan dok ikut trending sangat. Cost takde tinggi sangat bila kita tak keluar jauh. Yelah zaman sekarang, asal buka pintu rumah, tayar bergolek, duit pun meluncur sama keluar macam air paip. Orang yang dok share tu banyak duit, kita kalau kayap, duduk diam-diam dan appreciate apa yang ada. Percayalah ramai je yang duduk dalam negeri kelahiran malah bekerja kat negeri sama, pun belum pernah explore negeri sendiri. Ku tak cakap orang lain. 



Negeri kelahiran Kelantanku tak sempat nak explore, malah tak pernah tahu pun kewujudan tempat tu, tahu sebab viral aje. Oo rupanya ada kat negeri sendiri. Mak ayah tak pernah bawak jalan-jalan jangan salahkan diorang, sebab mereka pun ada batasan dan kekangan, yelah nak besar kita sorang pun dah jenuh luruh segala bulu, apa lagi yang berbilang -bilang adik beradik. Ada kemampuan, keluar jalan-jalan ikut daya mampu kewangan yang ada bila dah ada kewangan sendiri. 


Teringat masa kena kurung tak boleh keluar daerah lain, jadi nak pusing keliling dalam daerah tempat tinggal aje, so itu yang kami buat, eh eh bila cemtu banyak pula jumpa tempat yang kami tak pernah sampai dalam daerah sendiri. Baru tahu. Bila kena kepung baru tahu nak appreciate, begitulah manusia ni ye, kihkih. 


So bertitik tolak dari kejadian tu banyak jugalah pengajaran, ambil peluang kenal tempat sendiri, ini tak orang luar dulu yang tahu, sebab kita sendiri yang tak nak ambil peluang, dok nampak yang jauh aje cantik, comel, best. Ku dah buat list tempat setiap daerah kat Perak, juling mata nak habiskan bucket list untuk sampai semua tempat, kekangan masa lah yang paling mendominasi, memandangkan kerap balik kampung sekarang, jadi fulus banyak habis atas jalan aje. Untuk orang tua, apalah sangat, yang penting setiap kali on the road balik kampung pun kami enjoy the views. 


Bila orang suruh menyimpan, menabung, mampu senyum saja. Takdak fulus nak ditabungkan, guna seoptimum boleh, ada lebih alhamdulillah, takde lebih korek syiling pun alhamdulillah. Yang penting kami dah tak terlibat dengan hutang takde keperluan, cukuplah yang dulukala nak dilunaskan secepat mungkin. 


Sungguh menyesal bila terlibat hutang ni, mula-mula masa buat memang rasa lebih dari mampu nak bayar, tapi bila lalui, gelabah nak cukupkan bayar bulan-bulan, kalau tertangguh dah mula buat sakit kepala, serabut, gelisah, tak senang duduk, tak senang hati. Ku tak tahu orang lain, tapi itulah yang daku rasa bila ada hutang ni, rasa macam dikejar something yang tak ketahuan. 


So kalau semata buat loan untuk berjalan makan angin toksah lah, seronok sekejap aje. Lepas serabut serabai, kalau cantik payment setiap bulan takde masalah, tapi kalau dah sampai kena cut sana sini, buat tidur tak lena, elakkan ye. What a memory, tapi itulah kalau tak lalui takde plak pengalaman nak handle situasi terburuk macam mana. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah.