always...everytime i wake up to bf Ahmad Haddad, i used to pray for her, tertanya-tanya sendirian how is she now?...even she's no one for me..but i keep a doa for her healthy, semoga diberi keajaiban oleh Allah untuk diberi peluang menjadi ibu pada anak-anak. Semoga diberi ganjaran syurga oleh Allah buat kebaikan Kak Pija yang memudahkan dan membantu ibu-ibu bersalin tika di wad bersalin ..tak tahulah mengapa begitu tersentuh hati bila mengenangkan takdir Allah buatnya..buat Keluarga Kak Pija semoga bertabah hati dengan dugaan Allah, semoga untie Hani sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan..Pilu membaca coretan hati si ibu mengenangkan nasib yang menimpa si anak..membaca setiap barisan ayat dari hati untie hani, membuatkan air mata mengalir tanpa dipinta..moga dibulan penuh rahmat Allah berikan seribu hikmah buat Kak Pija sekeluarga..we as a blogger lets spread our love and doa to Kak Pija, go to Untie Hani to give her support, we always care...insyaallah (with love)^_^
Being a mum really tired, but worth for it...menatap dan mencium bau syurga dari bayi yang masih suci dari kekhilafan setiap kali membuka mata...cehh, bermadah pulak..so sekarang apalagi selain menikmati tempoh berpantang after bersalin, takkan nak melepak kat starbuck pulak kan?ada yang makan kaki nanti..Exactly untuk kali ne memang tempoh berpantang betul-betul dimanfaatkan, tak sama masa bersalinkan ahmad Harraz tahun lepas....disebabkan terlalu takut apa-apa jadi kat jahitan ceazer, langsung tak berbengkung, ada!!...tapi boleh kira berapa kali ikat perut..bertungku berurut pun amik syarat je..compare dengan bersalin normal (yang turut sama ada pengalaman buat diri fobia)..fobia fobia pun ko beranak tetiap tahun...huuu-.-" (next time kena beringat dah) cukuplah dua kali fobia pengalaman bersalin..tempoh berpantang kali ni memang betul-betul berdisiplin dan rajin untuk kembali cun ramping macam erra fazira...kahkah=P
Walaupun jahitan episiotomi entah berapa jahitan (ngeri ok nak ingat balik), tu pasal tak nak tanya doktor berapa jahitan yang kena kat bahagian sensitif tu...asalkan boleh kentut, mean doktor tak terjahit sekali saluran tu...okeh melalut pulak-.-"...so, setiap pagi bangun mandi air teresap (air rebus campur daun pandan, daun lengkuas, serai wangi dll) memang menyegarkan orang bersalin macam kita ne, nak hilangkan hanyir bau darah nifas, lepas mandi berbengkung pula dengan kapur diperah limau nipis disapu kat perut untuk kecutkan peranakan...siap berbengkung, makan nasi berkuahkan lada hitam dan ikan bakar...genap tiga hari, panggil pula tukang urut mengurut dan bertungku selain bertungku sendiri setiap malam sebelum berganggang untuk kecutkan urat-urat depan dapur kayu moden..owhh, begitulah rutin orang berpantang, walaupun macam terlalu banyak perkara nak dilakukan, i really enjoy it, untuk diri sendiri jugak..beranak dan berpantang bukan selalu...so kena hargai masa berpantang, insyaallah..cukupla terlepas peluang masa bersalin anak sulung hari tu...so bila melalui tempoh berpantang macam ni, orang-orang tua (nenek kita) turut berbunyi...katanya orang sekarang dah tak berpantang tradisional..sakit, ubat ada!! tak perlu susah-susah nak pantang. betul tu! tak habis pantang dah berkeliaran di shopping mall, makan sesuka hati...baiklah nenekku sayang, harap cucu nenek bukan begitu dimasa sekarang dan masa akan datang..insyallah-.-"
Menikmati spa memanggang body dikala berpantang,ore tuo pggil gangge..
Selamat berpuasa dan menghayati bulan ramadhan penuh rahmat ni..owhh, rindunya nak berpuasa dibulan Ramadhan...buat kali keduanya berpantang di bulan puasa...
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah..syukur selepas penantian yang menyeksakan, my second baby boy selamat dilahirkan. Exactly dua kelahiran sulung, sulung ceaser Ahmad Harraz, sulung normal adiknya pula...alhamdulillah atas nikmat yang Allah bagi..dapat rasa dua-dua perasaan hebat lahirkan anak..=))thank you Allah atas nikmat yang tak ternilai.updates later.really need a rest...daa
week of pregnancy: 34w++(prem)
Date of Birth: 26/9/2013 at 10.22pm (20 Syaaban 1434H)
Weight : 2.16kg (NICU)
mm..my second baby ne nak jugak mamanya merasa dok dalam wad..even 3 hari bermalam di wad sungguh menyeksakan...nasib baik jugak dah berkampung kat kampung halaman, kalau tak benda tak expect jadi camni...tak tahulah nak pegi letak kat mana anakanda sulung yang comel tu-.-"..Kebetulan jugak my hubby balik this week..Allahuakbar, perancangan Allah tiada siapa yang tahu..alhamdulillah segalanya dipermudahkan, semoga anak mama bersabar untuk menjenguk dunia, at least 2 weeks++ mama dah syukur sangat...tapi kita boleh doa jelah, ketentuannya hanya Allah yang tahu...semoga sentiasa didalam lindungan Allah anakku..amin..disebabkan kontraksi bersalin yang terlalu awal tanpa bukaan serta tiada tanda-tanda lain dan disebabkan sejarah prem abangnya. terpaksalah kena tahan kat wad..test pun dah menunjukkan tanda positive bahawa adik Harraz maybe akan keluar awal dan bila-bila masa..memandangkan i'm still in 34w++, little bit awal dari umur cukup bulan, so terpaksalah merasa pulak sakit kena cucuk dos matang paru-paru yang menyakitkan sangat-sangat dan dos petidin untuk hilangkan contraction tu...huuu...hanya mampu berharap dan berdoa my baby dapat bertahan sampai cukup bulan untuk dilahirkan dan cuba untuk merasa kelahiran normal after ceaser..ya Allah, sakit contraction tanpa bukaan pun dah sakit yang amat apatah lagi nak buka sampai 10cmT_T...Allahurrabbi semoga dipermudahkan segalanya..pray for me readers...daa..
Untuk makluman, bagi yang kenal Dr.Saidatul Hafeeza (blogger kak Pija, merahjamboo.blogspot.com) pray for her, semoga ada keajaiban dari Allah. moga Allah sembuhkan kak Pija walaupun harapan untuk pulih sepenuhnya tipis, insyaallah doa dari kita saudara seagama semoga Kak pija diberi kekuatan, sesungguhnya segala penyembuh bagi segala penyakit datangnya dari Allah, amin...walaupun hanya kenal dekat blog and i'm the one of her blog reader..plus she is the one doctor yang sambut Ahmad Harraz in labor room tahun lepas..what happen to kak Pija benar-benar mencuit perasaan seorang mommies..sedih dan berharap Kak Pija sedar dari koma after deliver her second baby...tetiba rasa takut sangat nak beranak...huuuT_T
credit:www.doaharian.mytoha.net
Almost a weeks kat kampung, actually planning balik kampung untuk gathering with family members kat Tok Bali aje, memandangkan keadaan dah sarat sangat nak berualang alik balik kampung menimbulkan perasaan tak sedap hati...better for safe terpaksa stay kat kampung aje menunggu masa untuk bersalinkan adik Harraz yang comel ne, tak nak pisang berbuah berkali-kali... terpaksalah membujangkan suami awal sikit..huhu-.-"..kononnya kenalah berehat bila dah masuk 30weeks++, tapi lain jadiknya, sebelum bertolak balik ke terengganu terus, sempat lagi pergi tawaf bangunan GM Klang, dua kali pulak tu..siap pasang niat nak tawaf sekali lagi sebelum balik beranak...nasib baik dah duduk kat kampung, kalau tak kempis poket suami hasil mentawafkan diri kat situ...so, conclusionnya GM Klang dah boleh masuk list tempat shopping barang baby yang best dengan syarat BORONG...heheh..memang kelabu matalah dok kat sana..memang best, tambah best ada Ayam Penyet jugak kat sana...bahaha, takde kaitan...disebabkan niat dah tak tertunai untuk pusing GM Klang untuk kali ketiga, maka niat suci murni tu kita tunaikan lepas deliver adik Harraz lah ye..haha. tersedak suamiku baca nehh..-.-".
Memang banyak betullah aktiviti sebelum balik baru-baru ni, bukan takat tawaf satu GM Klang tu aje, satu zoo Melaka pun dah tawaf sehari sebelum tu..huu, tak pernah-pernah, tambah pulak dok travel jauh-jauh, memang cari pasal betul, apa-apa orang cakap banyak jalan-jalan mudah nanti waktu bersalin ..hope everything fine..Ahmad Harraz pulak semakin hari semakin atap (berat, bahasa ore kelate) dan semakin manja, asal nampak mamanya nak bangun sikit dah meraung suruh angkat sekali, memang tak boleh buat kerja apelah selain budak comel tu dok berbelit dikaki aje...maybe dah tau nak ada adik, tu yang manja terlebih..huuu, walaupun tak pandai merangkak, sekarang dah tunjuk pandai nak meniti di sofa dan panjat bendul dan tangga..adeii...tak sampai seminggu dah dapat skill baru...daa, just short entry for updates...tengah struggle settle hutang puasa beranakkan Ahmad Harraz tahun lepas...takut this year bertambah pulak hutang untuk adik Harraz..so, kena bertabah hati habiskan jugak..semoga sentiasa didalam lindungan Allah...amin=))
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Social