Anak Jarak Rapat

5.13.2013

PRU 13 menyaksikan banyak peristiwa berlaku, baik buruk, jadikan iktibar, semoga perbezaan fahaman tidak memutuskan ukhuwah dan tali persaudaraan..macam-macam ragam manusia neh...adeii, mampu tengok jelah!!Apapun, dikala mngundi ada sesuatu hikmah bila kita bertemu kembali dengan rakan-rakan lama yang dah berbelas tahun tak jumpa, giteww..ada yang berubah dan ada yang masih sama...lucunya, bila bertegur sapa, bercakap bukan main, tapi nama tuan empunya kita lupa, haha...sadis..tambah plak bila sesi beratur untuk memangkah..mulut terkumat kamit sebut nama rakan lama yang selesai mengundi, yang tu si dot dot kan?tu plak dot dot kan?konon-konon nak tunjuk skill ingatan masih kuat...padahal..-.-".Paling tak tahan, bila jumpa rakan lama, eh, ko dah nak masuk yang ke berapa ne?sambil mengunjuk anak jari keperut yang maha comel ne...wow, express!!laju!!cepatnye!!Tak sempat menyempat!!...what theee>-< ...alhamdulillah, anak mama yang super comel ne cool aje dalam rahim mama..haha-o-"..Express tak express semua keje Allah, so chill sudahla kan? Anak itu pembawa rezeki dan ujian buat hamba-NYA..Balik dari kampung, Ahmad Harraz demam, maybe rindu kampung, atau nak tumbuh gigi orang kata..risau bila anak demam, first time plak..huu. Memandangkan kat kampung Ahmad Harraz sangat dimanjakan, setiap masa boleh mintak berdukung pasal mak saudara dan pak saudaranya ramai (senang hati mama, boleh rest bebanyak, haha) maka bila dah balik rumah, tergolek-goleklah sorang-sorang...tak larat nak mendukungkan anak comel tu,kesian..-.-". 
love u much much^_^



Love&Faith,
greenapel

Pilihanraya 2013

5.06.2013


Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku). Surah Ibrahim, Ayat 42..Perjuangan masih panjang..
so, macam mana GE13 kali ni?bersyukurlah kita...kita nikmati apa jua kerajaan yang dah dibagi amanah oleh rakyat...Adil tak adil, kita yang memilih..jangan banyak komplen, terima apa jua kerajaan beri pada rakyat selepas ini..hehe=)), selamat menikmati segala janji-janji yang ditaburi..moga semuanya ditepati, buat wakil dan pemimpin yang dipilih bertanggungjawablah, amanah yang diberi bukan untuk dikenang-kenang, dah nama tanggungjawab, jalankanlah tanggungjawab anda..insyaallah..sekurang-kurangnya, walaupun harga barang naik, minyak naik, kena bayar tol, GST terlaksana, kita masih aman, walaupun bangla, nepal, indon, myammar berkeliaran dan menjadi warganegara, kita masih aman, stabil...bersyukurlah..>-<...daa, till then

Ulangtahun Kelahiran 27

5.03.2013

Alhamdulillah, syukur masih bernafas dibumi Allah, dah masuk bulan Mei pun..dan hampir seminggu sudah berada dikampung tercinta sempena musim raya 5tahun sekali, ai mean pilihan raya, mood raya dikelantan memang lain macam setiap kali raya 5tahun sekali ni...tapi memang meriah dan paling hangat raya kali ne...moga ini kali Allah memenangkan pejuang-pejuang kebenaran..insyaallah, so please as rakyat Malaysia yang sayangkan Malaysia baliklah mengundi demi masa depan anak-cucu kita, jangan disebabkan buta politik, masa depan negara tergadai dek pengundi asing yang tidak diiktiraf. Hak mengundi jangan diambil ringan!!Tanggungjawab kita, dan siapa pilihan pimpinan kita akan dipersoal di'sana' nanti, jangan kata kita tak suka, tak nak masuk campur, tak kisah dan sebagainya, politik dan agama tidak boleh dipisahkan, sekecil-kecil perkara kita lakukan kat dunia ne semuanya akan diambilkira di'sana' nanti..okei, dahlah tu bab politik, kang ada yang mencebik pulak..tempek sikit kata-kata Prof Muhaya, btw Selamat Mengundi semua..pilihan ditangan anda..  
Memandangkan sudah hampir seminggu berkampung dikampung halaman, sementara suami pula sibuk berulangalik ke hospital disebabkan my FIL warded hampir seminggu jugak..so, antara gembira dan tak gembira, alhamdulillah...kami tetap bersyukur diberi kesihatan yang baik oleh-Nya, semoga abah semakin pulih walaupun perjalanan untuk masa akan datang sedikit sukar, insyaallah semoga Allah memudahkan segala urusan keluarga kami..kebetulan kitaorang balik kampung untuk check-up susulan anakanda Ahmad Harraz, dan kebetulan juga my FIL baru admitted ward one day before balik, dan juga kebetulan tarikh mengundi pun dah hampir...so memang balik kali ne betul-betul 'kena' dengan masa dan situation, so my hubby just stay amik leave one week sampai hari mengundi, alhamdulillah..senang semua urusan, settle this week sebelum balik ke rutin biasa...insyaallah

Back to the topic, April lepas semestinya bulan istimewa buat kami husband n wife coz kitaorang celebrated birthday in the same month, tarikh je lain-lain..yang penting jimatlah beli kek, cukup sebijik sudahlah..tapi ini bukanlah cerita berkongsi kek birthday..huhu. Ini cerita tentang bertambahnya angka dalam perkiraan umur dan semakin pendeklah jangkahayat yang berbaki untuk mencari keredhaan Allah, astaghfirullah..means April lepas genaplah my age at 27years old...Allahurabbi, cepatnya masa berlalu...-.-". Alhamdulillah atas nikmat Allah yang Maha pemurah, dengan suami disisi, anugerah dari Allah cahayamata Ahmad Harraz, penghibur hati suami isteri serta bakal khalifah kecil yang akan lahir tak lama lagi...Allahuakbar..tidak tergambar dengan kata-kata rasa syukur dengan pinjaman Allah yang terlalu indah..mm, tiada apa lagi yang terbaik selain meniti kehidupan sekarang sebagai hadiah hari lahir yang sangat mahal harganya sebagai isteri dan mama kepada Ahmad Harraz dan bakal adik Harraz nanti...Alhamdulillah=))..so itu jelah ceritanya. Kejutan dari suami memang tak sahlah kalau takde...my hubby just take a short vacation to PD for me to rest from duty of housewife, bersenang-lenang, beristirehat bersama keluarga as precious time..itu sudah memadai untuk buat kita sebagai isteri tersenyum walaupun dengan hadiah bukan berupa material..rite??hihi..sangat enjoy even just one night spend at Eagle Ranch, most memorable moment sebabnya this is second time i celebrate my birthday as preggy mom, tahun lepas preggy Ahmad Harraz ngidam makan kek coklat, tahun ne ngidam Red velvet plak..funny>_<. 
owhh..my tummy semakin berkembang maju, ditambah pulak duduk kat kampung ne...everything main taram je makan sepuas hati...segala kuih muih, abis satu kota Bharu my parents cari apa yang diidam..ohhhh,bahagianya anak dalam rahim ne, lagi bahagia mamanya...haha..Ahmad Harraz pulak seminggu berkampung semakin laju pula skill yang dipraktik...such adorable son, makan pun bukan main berselera lagi..moga makin bertambah berat, yang penting sentiasa sihat, mama dah bersyukur sangat..his skill to sit still in learning process, yet not stable..go,go my son u can do it...he start to crawling but when he trying to move,  masih teragak-agak,...asyik nak tersembam..hehe..btw do your best sayang, mama tak paksa...love u son,=)). daaa..till then




Love&Faith,
greenapel

Mengandung Anak Ke-2

4.21.2013

patutlah entri sebelum ne asyik dok sebut adik harraz..
patutlah asyik cerita pasal makan aje..
patutlah tetiba rasa mengidam rasa nak makan magga jeruk..
patutlah mengidam nak makan siput sedut masak cili api..
patutlah mengidam nak makan macam-macam...
patutlah rasa perut macam buncit semacam...
patutlah rasa macam ada kupu-kupu dalam perut..
patutlah...memang tak patut!!!
yes memang tak patut tak terfikir langsung ada baby dalam rahim ne..
sampai hati betul kan..my mother and MIL memang terkejut besar when they know i'm pregnant again..tau-tau dah 5 bulan plak tu..means 3 bulan lebih aje kosong...huhu
hati mak mana tak risau, baru aje nak sembuh luka bersalin  ceaser Ahmad Harraz..tup-tup ada rezeki lain yang Allah bagi...Alhamdulillah, i know they really worried about my healthy..insyaallah, Allah know the best to me and husband, i really confident and positive my ceaseran dah betul-betul sembuh dengan izin Allah ...even bimbang, risau, kelam kabut and so on, terasa segalanya dipermudahkan Allah, alhamdulillah..
eh takkan tak perasan kot dah ngandung?pelik betul?..yup really, memang tak perasan langsung disebabkan datang bulan lambat, i just ignore maybe sebab bf anak, but now i stop bf and give fully FM for Ahmad Harraz , i've my own reason...don't question me, for sake of my baby inside, i've too, so i'won't regret, insyaallah if ada rezeki untuk Ahmad Harraz i promise to continue my breastfeeding to him again..semoga sentiasa dimurahkan rezeki anak mama nanti, amin^_^..when i keep bubbling to hubby,  kenapalah perut ne makin lama makin buncit, my hubby just keep saying...asyik makan tidur mana tak buncit..haha, kantoi!!so bila google pun, mother ceaser kebanyakannya payah nak kurus..i just ignore..huhu,paling haru, bleeding masa babymoon yang berlarutan selama 7hari and diingatkan first period after setelah lama tak period, adoii..punyalah sengal diri sendiri, bendul ke hape...nasib baik takde apa-apa-.-"...hmm...patutlah me and husband asyik dok sebut-sebut adik Harraz, punyalah tuan kat dalam rahim ne nak bagitahu kewujudan dia, tapi mama ngan ayah dia punyalah sloww sangat...bahaha, we're really sorry dear..even late to know that u've been there, alhamdulillah kamu sentiasa dalam lindungan Allah..yang paling tak tahan ingatkan asyik mengidam pasal lepas berpantang kan, banyak menda yang diidam-idamkan..so memang tak alert langsung...oowhh, sampai hati betul..anyway, i really enjoy my pregnancy for this time...even teramat takut untuk menghadapi sekali lagi saat-saat kelahiran selepas pengalaman yang pahit and too much risk..i know, i have to keep positive..Ya Allah permudahkanlah segala urusanku sepanjang mengandung, semasa bersalin dan sesudah bersalin..amin^.^

Kata-kata Menjadi Doa Termakbul

4.15.2013

Ketika entri ne ditaip perasaan percaya atau tidak masih membayangi kami suami isteri..Tepat 23/3/2013 kami berdua dikejutkan berita yang tidak terjangka dan tidak disangka-sangka, bergenang airmata dengan perasaan syukur dan sedikit kebimbangan..Walaupun masih terkejut antara percaya atau tidak, yang pasti ini bukan mimpi..tanpa tanda, tanpa apa-apa persediaan..sedikit sebanyak betul-betul mengejutkan kami suami isteri..Ahmad Harraz bakal bergelar Abang Harraz dah..hihi, merangkak pun belum pandai, dah kena belajar jadi abang...walaupun kecewa sebab belum puas memanjakan Ahmad Harraz, cepat-cepat buang perasaan sebegitu kerana yakin Allah lebih mengetahui segalanya..i'm just positive in my way=))..

Last month tergerak hati nak check upt disebabkan tak datang bulan, tambah pula dah stop makan pil perancang dan jamu-jamuan bulan awal januari baru-baru ne atas nasihat suami, isteri solehah kenalah patuh-.-....so i keep reminding my hubby to check up, kot-kot dah lekat...so on that day (21/3/2013)  after dah pergi klinik memang sahlah positive (just check upt without scan)  and we expect for that my pregnancy still early..since the doctor inform us that our baby in just 8 weeks mengikut kiraan hari pertama haid terakhir, kitaorang terima dengan perasaan gembira pasal ahli keluarga bakal bertambah tahun ne, what a miracle=))..after two day, we're panic sebab ada soft bleeding happen, terus ke klinik lagi..tapi klinik lain plak pasal tak yakin dengan klinik panel tempat suami kerja (first time pergi), terus doktor nak scan tengok apa masalah bila diberitahu ada soft bleeding memandangkan i inform her that we just know that my pregnancy still in early trimester..bila dah scan tu terus doktor tu tersenyum dan berkata "masyaallah, baby you dah besar ne, dah 5 bulan dah!" memang terkejut besarlah kami suami isteri bila dengar doktor cakap macam tu,terus jugak rasa hilang diri sekejap atas katil rawatan tu akibat terkejut!!...  "i dah expect bila you masuk bilik tadi, tengok fizikal pun dah tahu..klinik mana yang you pergi check sebelum ne?doktor nama apa?she keep bubbling.."jauh sangat 8 minggu dengan 20minggu..soft bleeding ne sebab low lying placenta, but you don't worry, biasa ia akan naik sendiri bila baby dah besar, ultrasound ne saya print, nanti you pergi klinik kesihatan buat buku"...okei, memang tak terkata-katalah diri sendiri, mata dah start berkaca, pasal terlalu terkejut, panik, gembira, bimbang, semua perasaan ada, kembali duduk depan doktor setelah bertenang. My husband pun bimbanglah jugak, disebabkan kelahiran pertama dah ceaser & prem, rapat pulak tu jaraknya, banyak jugak bertanya kat doktor...Alhamdulillah, the doktor say "Tahniah, memang productive!, just don't worry, baca yassin everyday, doa banyak-banyak, insyaallah boleh bersalin normal, yang penting sekarang i warning you jangan travel, buat kerja berat-berat, angkat anak pun tak boleh, just rest in the bed..ingat ne!kalau you tak nak duduk wad ikut nasihat saya" keras sungguh nasihat doktor Azmah,..i just accept that..hehe..

Tak sangka rupa-rupanya masa kita orang berbabymoon ke Cameron Highland bulan januari tu rupa-rupanya dah berempat, bukan bertiga ye, darah haid pertama yang diingatkan selepas berpantang rupanya soft bleeding, silap besar rupanya. Bila diperbetulkan balik berita gembira ne kat parents manalah tak terkejut diorang, hehe..me? masih mamai-mamai semacam bermimpi, jika disoroti balik dan bermuhasabah, lepas pantang 44hari terus makan pil perancang dan jamu, tapi tak tersangka, dalam merancang, perancangan Allah lagi hebat, risau jugak if ada effect kat baby sebab i still consume pil perancang dan jamu bagai masa tu ..namun Allah maha melindungi, syukur alhamdulillah our baby sihat dan aktif..memang rezeki dan anugerah ni Allah dah tetapkan milik kami, insyaallah, ubat ciptaan manusia tak mampu menganggu gugat benih cinta kami, haha ayat...Allahuakbar, besar sungguh kuasa-Mu..Alhamdulillah atas kurniaan-Mu Ya Allah, semoga benih cinta kami dilindungi sehingga selamat dilahirkan..insyaallah, amin, amin,amin=)). And teringat balik entri lepas..betullah orang kata, kata-kata ne boleh jadi doa..Allhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, tq Allah permudahkan segalanya, tau-tau dah 5bulan baby kat dalam rahim ne, hehe...daa, pray for me readers, will cont...




Love&Faith,
Greenapel