Second Honeymoon? Mood Berangan

2.14.2012 Kuantan, Pahang, Malaysia

Entahlah nak kata second honeymoon tak juga...hihi..sebabnya tak berseronok sangat...badan je penat lebih. Balik kampung haritu sempatlah menghabiskan masa dikampung 4 hari je, 3 hari lagi dihabiskan dekat kuantan je... memang tak puas balik kampung kali ne...Ingatkan boleh bercuti dipulau, memandangkan bulan 5 ne tak tahu lagi keadaan macam mana, kemungkinan besar percutian dibatalkan..huhuu-_-'. So bercuti di tepi pantai pun okei juga ditemani deruan ombak pantai..walaupun ombak sedikit ganas, it doesn't matter...still menyamankan.

Walaupun perjalanan yang memeritkan akibat jalan Kuala Berang yang teruk sangat sehingga melompat-lompat di tempat duduk bercuti dengan free amat menyeronokkan..hihi. So seharian jugak nak sampai ke kuantan...dalam 4.30 petang jugak kitaorang check-in dekat Swiss Garden Resort...terus penat tak ingat! Malam tu lepas keluar makan-makan dekat Tanjung Lumpur terus masuk bilik tidur..Makanan kat sana semuanya best especially sotong celup tepung..!Apapun kesemua aktiviti dimulakan esoknya..aktiviti bersantai aje tengok ombak pantai...hehe=)

p/s: teringat ikan bakar...uhuuu

Jeram Hulu Langat

2.13.2012 Semenyih, Selangor, Malaysia

Hari minggu sangat seronok bila berdua-duaan...hehe, tak sangka pulak en.azham ajak pergi dating di jeram sebelum balik bercuti kat kampung... dah lama tak main air jeram since tahun 2010, masa tu bersungguh bangun pagi semata-mata nak panjat Bukit Broga  punya bersemangat!lepas penat mendaki singgah rendam kaki di air jeram yang sejuk macam ais..dah tinggal kenangan... so hari ahad lepas siap je buat bekal sandwich dan beli nasi lemak terus kitaorang bertolak ke Semenyih..kali ke-dua pergi sana, dulu masa bujang, ne dah kahwin lagi seronok pasal dah tak kontrol malu nak main air dah tak main celup-celup kaki je, mandi terus...hihi=p

Sampai je kat jeram terus isi perut, tak sabar nak rendam kaki dalam air yang terlampau sejuk...bila dah start rendam kaki jangan kata tak teruja...mandi tak sampai tak nak balik, berkali-kali jugak en.azham ajak balik sebab tak tahan air sejuk, walaupun muka dah naik biru, punya bertahan berendam air...best sangat-sangat, tak puas rasanya mandi jeram, tapi disebabkan segelintir pengujung yang tidak menghargai keindahan dan kesucian alam sekitar boleh pulak mandi bershampoo dan bersabun bagai dekat jeram tu, hangin betul...jakun betul mereka ne!ggrrr, tak pernah mandi jeram ke, nak bershampoo, nak bersabun ko balik rumah sental habis-habis dalam bilik mandi bukan dekat jeram okei?ehhh ter'emo plak-__-' ...geram sungguh dengan orang yang sebegini, tak fikir orang lain kot, orang ramai, takkan takleh fikir, huh...apapun hujung minggu dipenuhi aktiviti yang sangat menyeronokkan..
p/s: sejuk itu menyamankan=)

Mengidam Kek Lagi Mungkin Sesi Terapi Diri

2.12.2012 Jalan Alamanda, 43000 Putrajaya, Federal Territory of Putrajaya, Malaysia

Entah apa kena terasa nak makan kek sehari dua ne, pantang tengok, rasa nak beli yang sekilo terus, tapi macam melampau pulak, sapa yang nak habis kan...huhu-__-'. Sampai sanggup ajak en.azham ajak pergi tengok kedai roti kot ada yang jual kek yang sedap-sedap. Lastnya en.azham terus ajak makan kat luar, lagi lah suka, siap tanya betul ke nak makan kek?tak nak makan pizza ke?terus saya bertegas nak makan kek sebab tak terasa nak makan pizza walaupun iklan pizza bagai nak rak dekat tv, hehe...makanya terpaksalah en.azham  temankan saya makan dekat Secret Recipe je hari tu, order makan lainlah maknanya bukan pizza, kesian en.azham...mesti teringin jugak tu..huhu, tapi mengalah dengan isteri...hehe.. mengada betul sejak jadi isteri neh, orang lain macam tu jugak ke, ke haku yang lebih-lebih?huhu-__-"...
Sekarang ne bila terfikir penimbang berat, terus rasa tak keruan...tahap bahaya betul, entah macam mana nak diet balik, bahagia pun bahagia jugak...makan tetap nak kena jaga kan?huhu...apapun berharap sesi terapi diri bukan dengan makan apa yang nak! cukup je lah dengan menaip kan?tak menggemuk kan, ilmu pun dapat...

p/s: i need super food for healthiest life..

Akhirnya Perkara yang ditakuti Terjadi Jua

2.10.2012

Tak menyangka dan tak terfikir apa yang berlaku pagi ni, entah bila berlaku, tapi baru disedari pagi ne...menangis tak berlagu bila berusaha mencari yang hilang tidak berhasil...huwaaaa, sedih sangat!baru terniat di hati nak hantar kedai...tup-tup dah hilang...T_T.. Entah macam mana, mungkin virus...semua folder gambar dalam hard disk dalam lappy hilang, dari zaman universiti punya kenangan hinggalah saat disatukan dengan en.azham hilang sekelip mata...sedihnya ya Allah... tak tahu nak cakap macam mana, gambar honeymoon, gambar masa muda mudi...semua hanya tercebis dalam ingatan sahaja...tak boleh nak buat apa dah...pengajarannya...ambil gambar harus segera cuci kat kedai gambar...jangan peram lelama...uhuuuuuuT_T

p/s: bluurr...gambar takde yang tersisa, ingatkan save dalam hard-disk terselamat dari virus..sobsob..sedihhhhhhhhT_T

Penat Bercuti Dalam Kereta

2.08.2012

Boleh dikatakan cuti balik kampung kali ne banyak menghabiskan masa dalam kereta aje, bontot ngan tulang pinggul dah naik senak duduk lama sangat kat seat kereta..-__-". Emosi pun banyak yang tak stabil akibat tak cukup rehat. Sensitif tak payah cakaplah. Apapun balik bercuti kat kampung kali ni tak menyeronokkan sangat disebabkan terlalu banyak perkara yang mengganggu gugat emosi..sabar jelah. Nak tak nak kena hadap jugak...Bercuti macam tak bercuti. Apa boleh buat cuti pun dah habis, yang tak seronok tu harap dibuang jauh..yang penting berharap hari mendatang dilalui dengan lebih tabah dengan dugaan yang tidak terjangka nanti, dan juga berharap hati dan perasaan lebih cekal..macam dah serik pun ada!huhu..semoga perasaan dan fikiran yang tidak elok terbuku di hati akan menghilang seiring masa.

p/s: i need a peace of mind for my lil bun grow up perfectly..amin.