hampir dua minggu lebih menanggung batuk yang terlampau, sakit, perit dada, tekak lagilah...pergi klinik dapat ubat batuk, tak hilang-hilang juga...entah apa yang menyebabkan batuk sebegini rupa...itulah, nak mengeluh, nak merungut...tu baru sikit Allah nak test...redha jelah, doakan semoga cepat Allah sembuhkan perit ne...
Note: eh, nak bagitahu tu je?hehe=p
err...nak ngadap TV3 rasa macam...entahlah...apapun dengan berlaku pelbagai jenis jenayah yang terlampau kreatif, ibu mengandung dikerat 15, doktor dicekik sampai mati, kes simbah asid tak habis-habis lagi, tak sanggup lagi nak senaraikan jenayah yang berlaku ne...benarkah tahap ketakutan kita telah berkurangan?mungkin juga 6 NKRA yang diwar-warkan sudah berjaya dicapai...-_-'
hehe, agaknya lah...nak optimis pun kena bertempat, dengan kebanjiran bangsa-bangsa yang sudah tidak dikenalpasti akan asingnya<---ayat apakah ini?sudah tentulah kejadian jenayah makin berisiko tinggi untuk berlaku..polis?nak salah kan polis? diorang cuba lakukan yang terbaik untuk melindungi rakyat tercinta...hehe
kita berharaplah kan... apapun, kat mana-mana kita berhati-hatilah, malang tidak berbau, berdoa semoga allah sentiasa melindungi langkah kita, dimana jua kita berada...semoga dengan apa yang berlaku disekeliling kita mengingatkan kita akan keselamatan diri dan juga orang-orang tersayang...
pic source:angelsfoster.org
Note: entahlah...
zaman sekarang ne, jika dikatakan mata duitan bukanlah perkara luarbiasa...malahan ianya amat biasa...mana taknya segala-galanya memerlukan duit even membuang air kumuhan sendiri-_-'...dulu-dulu time hujung bulan confirm menu sardin atau telur goreng aje yang menjadi santapan...time poket kering boleh jugak makan megi kari cap mamee, sekarang ne nak beli sardin dan megi pun berkira-kira!...memang terasa sangat kenaikan harga barang yang melampau-lampau, disebabkan kenaikan sesetengah barang semua nya turut serta tumpang sekaki naik harga...sampaikan boleh diibarat kan RM50 nilainya sama RM10..no wonder lah sekarang lebih-lebih lagi dibulan puasa ne, sekali membeli di bazar ramadhan boleh habis RM50 walhal hanya dua tiga lauk sahaja dibeli...kuih pun dah melambung-lambung harganya akibat kenaikan bahan asas gula dan gandum...hmm, apa boleh buat...inilah bagusnya rakyat didahulukan, kita dahulu yang merasa peritnya...hehe..
memandangkan kita ne...err saya neh hanya berkemampuan cukup-cukup makan aje...makanya memasak sendiri adalah perkara yang terbaik, selain menjimatkan serta dapat memastikan tahap kebersihan makanan, tahap kesedapan kita masak masih under control...betul tak?cukuplah tahun lepas ke bazar ramadhan, tu pun dah beringat, memang indah rupa dari rasa...mahal nya jangan kata, nak kata pun tak sanggup...-_-. Tahun ne lagi-lagilah terasa kenaikan harga makanan atau dengan kata lain harga barang-barang keperluan harian.. semakin terdesak kah kita atau semakin terdesaknya kerajaan?heh!...
pic source:cheap-flooring.net
Note: Tok jib: rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan
Tok guru: ibadah didahulukan, solat diutamakan
(mana satu kita nak?)^_^..peace
Since balik kampung hari tu, ai mean selama seminggu, hati memang berat nak datang shah alam balik, pasal tak puas...-_-'...kalau boleh nak dop lelama kat kampung...hehe, makanya terlampau hati melekat katkampung segala benda-benda penting tertinggal kat kampung,huhu...pasrah!kang nak balik kampung pulak habis beratus, duit dah cikai, sabar jelah tunggu balik raya nanti...
memandangkan banyak mende-mende tertinggal...mood nak buat keje pun pun tertangguh...eh asal macam ayat mencari alasan aje?!huhu...ape-ape jelah...till then tak leh buat apa-apa jugak disebabkan rujukan penting tertinggal disana...huhu, camno?nanges pun takde guna...melainkan ada pintu doremon, boleh main ciku-cak ngan budak adam...tapi dalam banyak-banyak mende...makanan dari kampung sah tidak teringgal...-_-' ..adess...aneh sekali?
note: hati pun turut tertinggal bole??
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Social