The Real Warrior~6 Month

12.29.2013

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...genap sudah 6 bulan ahmad haddad, semacam semalam je baru teran keluar baby bambam ne, kelip kelip mata dah boleh makan bubur nasi dah...allahurabbi, cepatnya masa berlalu..huu, please don't be so fast going older dear, tak puas lagi melayan karenah bayi haruman syurga ne..huu...walaupun sampaikan takde masa untuk diri sendiri, bahagia hati hanya Allah yang tahu, derita hati pun Allah juga yang tahu..apapun, bersyukur semuanya dipermudahkan Allah...Ahmad Haddad really real warrior, tu kata ayahnya lah..kewujudannya tak disedari,kelahirannya tak dijangkakan..both my sons lahir awal, tak sabar nak bermanja ngan mamanyalah tu kan?mihmih....
fresh from my womb..sayu tengok gambar anakanda...huuu

walaupun haddad lahir tak cukup bulan, alhamdulillah perkembangan sangat memberansangkan, punya abang yang baik seperti ahmad harraz siapa yang tak suka kan, celik2 mata dah ditegur abangnya..ahmad harraz pandai main peranan walaupun adakalanya mengusik, that's normal..pagi2 bangun pagi, terus panggil adik!!!panjat katil cium adiknya, so sweet abang harraz..maklumlah abang kena tidur bawah pasal golekan ketika tidurnya tidak terkawal..so, kenalah tidur bawah dengan ayahnya,hii. okk..tak sempat sambung..len kali ya..punya bertimbunnnnnn cerita neh...huaaa...daaa

Fasa Merangkak yang Terlalu Lama

12.13.2013

lama tak post pasal anak-anak...disebabkan sibuk dengan anak-anak sampai tak menyempat nak menjenguk alam maya khasnya blog sendiri..macam manala ibu emak lain handle masa..ahmad harraz sangat tak suka tengok mamanya mengadap laptop, terus tarik tangan ajak untuk melayannya main, ajar dirinya berjalan..yezzaa, ahmad harraz masih dalam proses belajar untuk berjalan..his enthusiasm to learn so high, ajakan sebegini dari anak manakan boleh ditolak sewenang-wenangnya, walaupun dah hampir sebulan lebih berlatih, namun tuan punya diri need more time nampak gayanya, dan hasil usahanya dah menampakkan hasil sehari dua ne bila more step without any pit stop...mihmih. Ahmad Harraz melalui fasa merangkak yang sangat lama, i guess..sebabnya waktu Ahmad Haddad dilahirkan, masa tu tak pandai pun budak comel ne merangkak, alih-alih bila adiknya boleh keluar wad dan bawak balik rumah, haritu jugaklah ahmad harraz boleh merangkak, cam magik pulak kan? mentang-mentang nampak adiknya terus nak tunjuk kebolehan...kohkoh-.-'. So sampaila dari hari tu sehinggalah sekarang ahmad harraz belum boleh jalan sepenuhnya lagi, almost nak masuk 6 bulan atau setengah tahun...but it's ok, setiap anak berbeza keupayaan dan kebolehannya, no worries, tambah pulak lepas baca tips dari pakar mental kanak-kanak,really good info ...adiknya pula bila dah lama memerhati usaha abangnya berjalan, sekarang dah tunjuk usaha untuk meniarap dan berpusing 720darjah...berlumba-lumba pulak dua beradik ne, huu..makin penatla mamanya nak melayan keaktifan dua beradik ne..

ahmad harraz pun baru pandai pegang botol susu dalam tempoh sebulan lebih ne, that's why sangat penat bile keduanya nak menyusu at the same time, tangan sebelah pegang botol susu, sebelah lagi pangku adiknya nak menyusu, baby bambam tu bukan tahu nak sabar ke, nak menunggu, yang dia tahu kalau lambat disumbat hasil susuannya, mahu bergegar taman perumahan diraungnya...yang abang pulak memang tak boleh nampak didahulukan adiknya, mulalah merajuk..manja hokeiii, sudahnya kakitangan haku jugak sibuk bekerja..mihmih, anak punya pasal, kenalah kreatif, tambah pulak bila dua-dua nak berdukung..dua-dualah kena angkat jawabnya...letih memang letih tapi bila fikir balik sekejap je masa nak layan karenah anak-anak masa diorang kecil, rasa berbaloi sangat, sekarang pun dah rasa rindu sangat masa ahmad harraz baby..tup-tup dah besar, sekejapnye masa ya allah...huuu. tu jelah sempat kongsi, daa

Anak Ketagihan Gadget

12.02.2013

2 hari yang lepas genap sudah ulangtahun pernikahan kami..alhamdulillah atas nikmat yang diberi sang pencipta, tiada yang lebih indah selain mensyukuri segala yang dianugerahi sepanjang meniti usia kehidupan yang sementara ne..tanpa dugaan tiadalah indah hidup ini, tanpa cabaran dan ujian tiadalah kekuatan dan kesabaran, tanpa kepahitan tiadalah kemanisan disebalik apa yang terjadi..terlalu banyak hikmah berumahtangga, dua tahun pernikahan masih dalam tempoh perkenalan buat kami untuk mencari persefahaman, keserasian, tiada yang sempurna melainkan saling melengkapi antara satu sama lain..insyaallah, semoga kami suami isteri lebih bertanggungjawab antara satu sama lain dan beramanah dalam menjaga perhubungan dalam mendapat keredhaan-NYA...insyaallah, amin

so dah meleret-leret macam ucapan menang anugerah..nothing to write and no ideas to start this, but i think the article from saiful nang & wardina recently good for us to think..for sake of our child, maybe it's not easy to practice..but does need effort from we as parent..it about gadget, gadget and gadget..ada pro and cons about this, melihatkan reliti kehidupan masa kini, really scary right?..i think belum terlambat for me and hubby to realize and practice this, little bit frustrated  with myself..memandangkan ahmad harraz dan ahmad haddad sedang mengalami perkembangan yang aktif diusia emas ni, sangat kecewa bila kebanyakan masa tv dibuka..dan yang menontonnya adalah anak-anak kecil yang masih suci ne, huuuT_T..walaupun ahmad harraz ada rancangan kesukaannya tersendiri like azan, rasul yang kata, upin ipin, fattabouni, al-khawater dan zikir or something like kuliah zohor dan asar (funny kan?sebab ayahnya pun tak tengok), almost tv alhijrah adalah pilihan ahmad harraz, tapi sampingan iklan yang tidak sesuai dilihat dan didengar almost he watch it..so ada juga kesannya..for me al-khawater sangat rancangan sangat bermanfaat untuk audit diri kita..kadang-kadang termalu sendiri kerana anak-anak adalah hasil cerminan kita, setiap perlakuan anak-anak adalah refleks dari perlakuan kita..macam mana nak bentuk anak sedangkan kita sendiri sedang meniti kesilapan, astagfirullahallazim, dari sekecil-kecil perkara hatta rutin tidur pun ada kesannya..semoga segala ilmu bermanfaat kita dapat ambil sebagai pelajaran untuk diamalkan...insyaallah, dan semoga entri akan datang juga lebih bermanfaat buat diri dan pembaca...untuk mengubah sikap dan sifat kita bukan perkara mudah..semoga diberi kekuatan oleh
NYA...amin

Gigitan Hama disangka Chickenpox

11.15.2013

Alhamdulillah, masih diberi nikmat oleh sang pencipta untuk sentiasa bersyukur atas kesihatan yang baik dan kehidupan yang tenang, keadaan ahamd haddad dan abangnya sudah pulih seperti sediakala setelah berbulan naik bintil-bintil merah seakan chickenpox, tapi rupanya bukan chickenpox..huu, masa balik kampung sempat ke klinik Balqis (pakar kulit), bukan main payah nak jumpa dr. balqis ne..pepagi buta dah tercongok depan klinik nak ambil no.giliran punya pasal..klinik belum buka pun dah berbondong orang menunggu..tapi memang berbaloilah, sebabnya ubat kat klinik balqis ne dibancuh sendiri dr.balqis..sangat awesome kan?dan tak sampai dua minggu bintil-bintil kat kepala ahmad haddad sembuh, patutla makan bulan chickenpox luarbiasa ni, rupanya kesilapan perubatan, biasalah tu kan..no human perfect, sekali tengok memang macam chickenpox..so me tak salahkan doktor yang merawat, cuma silap jumpa doktor yang tepat..apapun tak kisahlah, yang penting my sons dah sembuh, alhamdulillah..kesimpulannya keduanya kena gigit serangga atau lebih tepatnya kena gigit hama.. penat juga mengemas rumah, merebus pakaian anak-anak, dan buat apa yang patut untuk membunuh kuman hama ne, hama ne memang kejam sikit spesisnya, sebabnya sekali dah gigit ia akan merebak ke kawasan sekelilingnya, means satu gigitan dah cukup untuk tinggalkan really bad rashes..memang perangai huduh, so disebabkan rumah tepi jalan lagilah senang habuk dan debu berterbangan sekali dengan hama tu..doesn't mean kita pengotor lah jika ada hama ne, ehemm..tu ayat doktor bagilah kan, so memang betul, walaupun hari-hari mengemop, rumah pun takde karpet disebabkan my prem babies, so elakkan rumah ada karpet, debu tak elok for them...apa boleh buat, hama berkenan jugak nak datang menjenguk my sons, redha jelah..-.-"

sakit-sakit ne kifarah dosa..oleh itu sentiasalah bersyukur Allah nak ringankan bebankan kita dan anak-anak..dalam pada tu didik juga kita bersabar kan?..menjaga amanah Allah bukannya mudah tapi insyaallah Allah permudahkan urusan kita jika kita sentiasa mengingati-NYA...so much happens lately yang banyak memberi pengajaran berhikmah..samada nak ambil secara positif atau negatif je apa yang berlaku sebagai iktibar dan sempadan dalam meniti kehidupan yang sementara ne..sesungguhnya kematian itu pasti walaupun sejauh mana kita pergi, kerana ianya adalah perkara yang paling dekat...entah selama mana diri ini memiliki dan dimiliki, entah selama mana diri meminjam dan dipinjamkan..semoga jumaat yang penuh barakah ini kita sentiasa mengambil peluang yang ada untuk sentiasa mengingati dan menginsafi diri untuk apa kita wujud di dunia ini...perkara yang paling mudah adalah menasihati, semoga diriku sentiasa berada dijalanmu yang benar ya allah...amin...salam jumaat^_^