Kuantan mostly in my favorite list sebagai tempat bercuti...lagi2 area cherating, the beach memang sesuai untuk anak-anak mandi dan main pasir. Pasir pantai pun bersih,tapi lepas isu bauksit tak tahulah macam mana dah keadaan terkini kat kuantan. Harap-harap takdelah melarat sampai ke cherating pencemarannya.
Short vacay memang dah jadi kebiasaan, unplanned plak tu..so suami ajak stay a night kat cherating,bab penginapan just walk in cari yang mana available, huu...kira nasiblah..so kitaorang bertolak dari rumah dalam 10pagi camtu, nama lagi tiba-tiba, masa tu lah nak kemas beg, buat bekal, kemas rumah so takdelah lewat sangat kitaorang bergerak. Biasanya perjalanan ambil masa dalam 5jam je...
Apa yang kitaorang suka kat kuantan, cherating ne tentulah pantai, makanan laut dan yang penting pencarian satar tersedap kat sini..cherating ne pun dah dekat sangat dengan kemaman...so dalam petang tu kitaorang pusing masuk area resort-resort dan chalet cherating, first time masuk ke area ne baru kitaorang tahu banyak rupanya chalet-chalet kat sini. Dan bermulalah pencarian tempat penginapan..until next entry ok...daaa
Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabarakatuh..semoga pembaca dikurniakan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah selalu...
Bila anak2 semakin besar ne, kita as parents semakin banyak kerisauan kan? Lagi2 plak nak mendidik anak2 dizaman yang serba mencabar, belakang depan atas bawah hiburan, pengaruh tak baik dimana2 sahaja termasuk benda 4 segi iaitu TV, gadget betul2 ianya salah satu faktor mencabar buat parents masa kini. Mana taknya, tak nak anak2 mengadap gadget tapi mak pak 24jam mengadap teknologi melalaikan. Ya Allah ya rabbi, terasa I uollss-__-". Nak2 pula gadget macam ne dijadikan medium until pemasaran. To set a limit memang payah kan? Betul teknologi kadang2 ianya merosakkan, merosakkan hubungan manusia...24jam rasa nak mengadap benda alah tak bertamadun ne..nak makan, nak tidur, bangun tidur, every time, everywhere terasa macam tak boleh tak mengadap gadget kan..actually boleh sebenarnya, kita je yang tentukan? Kadang2 disebabkan gadget kita terlepas waktu2 berharga kan? Either dengan anak2 or suami, suatu yang tak boleh diulang2 kerana ianya melibatkan masa. Melalut pula kan?
So my experience dengan anak2 how to set their time n discipline, the most important, the most KEY to discipline 'bermula awal'. Yes bermula lah seawal mana yang kita rasa anak2 kita dah sedia, lagi awal lagi bagus, alhamdulillah they both memang lepas abis pantang terus set time tidur malam pukul berapa, dan bangun pagi automatik sebab diorang tidur awal. Rasanya macam pernah buat entri pasal ne dulu. Nak disiplinkan anak just saying 'no' n konsisten with that rules, jangan sekali2 bagi kelonggaran like me memang tak bagi anak2 menyibuk nak duduk kat depan beriba pegang stereng lagi2 masa ayahnya drive. Don't even bagi keizinan walau sekali dua, sebab dari sekali dua akan bertambah2 permintaannya. Sekali mengamuk terus bagi then lain kali memang akan repeat again macam tu. So alhamdulillah me n husband memang tegas bahagian yg ne. Sama jugak bab beli barang mainan or meminta2. Tak pernah lagi diorang meminta2 yg bukan2. Sebab tu ada some time kitaorang beli kan something sekali sekala. Mereka pun nak enjoy jgk main macam budak2 lain...behehe, kitaorang takdelah skema sangat just some part kalau dah no memang no sampai ke sudahlah. Yang penting they both know why, sebab tu penting persoalan why dalam minda anak2 kena diselesaikan supaya anak2 tak pandai sendiri tafsir yg bukan2.. Insyaallah kalau explain better they will understand. Nampak je kecik anak2 ne, sel2 otak saling berhubung, jangan main2.
Hope that rules tetap diorang praktik sampai bila2. The second rules, yang ne memang payah sebabnya kita as contoh. Anak2 copy siapa? Tentulah anak2 copy mak bapaknya, nak anak akhlak baik mak pak kena tunjuk contoh baik, nak anak2 soleh solehah kenalah mak pak soleh solehah dulu. If not anak memang 2x5 sebab cerminan seorang anak adalah hasil makpaknya..gerun yang ne tau, sebab we know how we're so memang banyak sangatlah lagi yang kena baiki as parents kan?-____-". Like harraz selalu cakap, harraz nak solat kat masjid, yang ne bapak dia pun terkedu..beheheh. Memang independent sangat yg sulung ne.
BTW satu lagi train the oldest one, then others will follow..yang ne penting jugak, train sebaiknya anak sulung sebab anak sulung memang menjadi contoh kepada adik2 yg seterusnya..like Haddad, Ahmad harraz memang idolanya..every single thing yang Ahmad harraz buat he'll copy and paste..so the simple thing train your oldest kids..hihi:-)
Tu jelah antara tips simple korang boleh apply yg penting bermula dari kita sendiri as parents. Kalau kita pun tengahari matahari naik mencanak baru nak bangun tidur, janganlah korang harap anak pulak kejutkan korang sebelum subuh, sama2 perbaiki diri. Yang table reward belum start lagi tu pun salah satu interesting methods utk disiplinkan anak2, so korang just be calm sudah, try and error, parenting is about flexible, suitable, comfortable and so on, takyah too strict and want anythings be perfect, jangan terlalu memaksa anak n diri sendiri, relaxlah anak2 baru nak kenal dunia berbanding kita yg dah berpuluh tahun Allah bagi nikmat nyawa kan?diorang baru nak teroka dunia, just guide them with proper n cool,behehe...tq sudi baca..daaa
Bertitik tolak dari cerita agrofarm resort durian tunggal, memandangkan tempatnya jauh dari bandar dan jauh kedalam ladang kelapa sawit so suami ajak pusing-pusing sekitar pantai pengkalan balak untuk cari makan. Actually kitaorang pernah sampai kat pantai pengkalan balak ne beberapa kali singgah makan kat restoren seafood tepi pantai tu, tapi tak pernah terfikir dan terlintas nak masuk lagi ke dalam area tepi pantai tu. Petang tu bila kitaorang lakibini pusing-pusing sekitar baru tahu rupanya memang terlalu banyak chalet penginapan dan resort serta homestay disepanjang pantai pengkalan balak tu...
Dan apa yang kitaorang rasa tentulah menyesal sebab tak survey betul-betul dulu sebelum book agrofarm tu...kat sini memang best sebab tepi pantai dan banyak tempat makan. Memandangkan kitaorang dah sememangnya last minit..memang terasa nak juga stay a night kat tepi pantai tu,memang berharapla ada resort,homestay, atau chalet yang kosong, gigih suami berhenti tanya satu2 tempat if ada tempat kosong tak tapi kebanyakannya memang mengecewakan sebab memang full. Tengok suasana pun dah tahu ramai yang buat family day,reunion, dan sebagainya..sadis betul, tapi alhamdulilah nak dijadikan cerita tempat last kitaorang singgah tanya iaitu Kemunting resort, ada bilik last yang kosong..apalagi punyalah suka terus confirm ambil, dan kitaorang decide stay kat kemunting resort dulu semalaman sebelum tidur semalaman kat Agrofarm resort malam esoknya.
Dan-dan tukar plan...huuu, kesnya nak bagi anak-anak main air pantai dan main pasir, juga main kolam..so puas hati semua pakej anak dapat merasa...lagipun yang paling penting senang nak cari makan, either belah malam dan pagi keesokannya.
After check-in kitaorang jalan-jalan tepi pantai dengan anak-anak sebelum naik bersiap-siap untuk solat dan pergi makan malam, kedai makan seafood pun banyak pilihan, so kitaorang singgah makan kat kedai seafood yang memang recommended sebab masakannya sedap dan murah iaitu Restoren Bayu Selera, kali ke3 kitaorang datang makan sini,sebelum ne just singgah makan dan kebetulannya je..kikiki. Lepas makan memang kitaorang rest in bed la apalagi sebab esoknya dah bagitahu anak2 supaya bangun awal nak mandi kolam dan pantai..memang berpagi-pagian lagila anak2 bangun kes tak sabar,turun cari breakfast siap breakfast terus turun lepak tepi pantai. Even last minit,kira berbaloilah dan-dan tukar plan kan..boleh juga anak-anak main air pantai yang penting kitaorang dapat rate still in budget kat kemunting resort ne RM130/night.. Kalau awal sikit survey mungkin dapat chalet-chalet murah disepanjang pantai pengkalan balak tu, tapi dah tu je rezeki alhamdulillah tu pun kira ok dah..daaa
Ditulis pada 26 disember 2015
12.21pm
12.21pm
Sempena cuti bersambung kitaorang lakibini plan nak bercuti,tapi masing2 blur...tak tahu nak pergi mana, resort dan tempat penginapan pula sah-sah full book bila cuti sekolah dan cuti bersambung so kitaorang memang last minit plan atau dengan kata lain main terjah, so disebabkan last minit decision suami decide jalan-jalan kat melaka je..hee pilihan tak berapa ok bila musim bersesak..tapi nak buat macam mana kan, nak bercuti punya pasal layankan lah...actually banyak lagi part kat melaka kitaorang tak sempat pusing...even kakak sendiri duduk kat melaka tapi memang tak menyempat nak jalan-jalan pusing melaka.
So suami book awal-awal tempat penginapan sebab risau takde yang kosong dimusim ne lagi-lagi kat tengah bandar. Book penginapan agrofarm melaka kat durian tunggal,kalau tengok kan gambar nampak menarik juga tempatnya sebab ada kolam, ada taman mini haiwan,kebun buah. Bila sampai ke tempat ne memang kitaorang sedikit kecewa lah sebab beyond expectation kan,hihi, tapi disebabkan last minit kitaorang redha jelah, just we and others two family yang menginap kat sini mungkin tak ramai sebab jauh sangat dari bandar dan scary sikit tempatnya disebabkan kurang penyelenggaraan. Biasanya agrofarm resort ne menjadi pilihan pelajar sekolah buat kursus dan kem tapi kebetulan masa tu banyak renovation tengah berjalan..so memang nampak tak terurus sikit tempatnya. Suami just daftar ambil kunci dan decide nak pusing-pusing sekitar pengkalan balak sambil cari makan. Memandangkan agrofarm tu jauh sikit dari tempat makan so kitaorang ingat nak makan malam siap2 sebelum balik check-in kebilik..tapi lain plak jadinya lepas tu...behehe,
Kitaorang stay just one night je kat agrofarm ne kalau ikut plan asal nak stay sini 2 malam,tapi just stay one night sebelum bertolak balik keesokannya. Bilik kat sini for me 4 bintang, tapi yang sangat distracted banyak lalat..huuu, memang terus jadi 2 bintang, kalau ikutkan keselesaan bilik sangat selesa sebab lengkap..dan yang paling best kitaorang anak beranak je main kolam kat situ dari pagi sampai tengahari sebelum checkout...sebab xramai yang menginap sini.. Anak-anak memang main kolam sepuas hatila macam kolam rumah sendiri..kikiki.. Oklah harga pun dalam RM 150/nite kira pejam mata sebab tak puas hati dengan lalat yang banyak. Ingatkan bolehlah bawa anak2 tengok taman mini haiwan tengok kambing, kuda, etc..tapi semua binatang takde tinggal biri-biri 2ekor je...huhuuu. So tu lah pengalaman kat agrofarm maybe next dah upgrade la kot sebab banyak nampak yang tengah renovate, kalau tak memang first and last jelah kitaorang stay situ..kikikii..k daaa
Ditulis 26 disember 2015
11.36am
11.36am
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Social