Showing posts with label minyak. Show all posts
Showing posts with label minyak. Show all posts

::Penat~puashati lagi window shopping walau tak berduit::

12.16.2010

Tak sangka boleh completekan pusingan ronda-ronda cuci mata hari ni. Dari kota bharu ke rantau Panjang, pastu ke pengkalan kubor plak, pastu ke kota bharu balik. Memang terbaik..penat!!nak kata cari benda takdelah pulak, agak nya saje nak habiskan minyak dalam tangki, harga minyak kan dah naik, baru betul berfoya-foya gitu…ahaha=p…tak sangka plak mak amik cuti sebab hari tu cakap tak puas lagi nak jejalan ngan mak…hehe, nasib baik gaji belum masuk, kalau tak dah hangus terbakar dalam kedai-kedai yang tak sepatutnya tadi…cam tipu je…
pss: terkejut tengok harga~murah ke mahal tak tahulah
Takpe-takpe, takkan lah tak beli langsung kot g sana kan? Buat survey saje tadi, tapi secara tidak sengaja kejadian tawar-menawar terjadi, tak sempat dielakkan(--“)…mahu nanges juga tengok harga barang-barang sekarang(T_T). Macam mana lah nanti? Agak-agak dekat Nilai pun lebih kurang saje barang-barang macam tu harganya. Fulus wa fulus…kalau takde duit zaman sekarang jangan haraplah weii nak beli apa yang nak, barang keperluan pun nak dapat cukup-cukup makan saje…grrr…Abaikan, abaikan….penatttt!!

Note: mahu tidur

::Gejala Sosial di Pengkalan Chepa::

12.05.2010

orang pengkalan chepa jangan marah ea..sebab saya nak bebel dulu...malam tadi tidak mendapat tidur yang berkualiti akibat kafein dan bunyi orang merempit...terus teringat peristiwa kat pengkalan chepa hari tu, masa otw balik dari rumah uncle z, kira time senjalah, time matahari nak terbenam...so mulalah keluar setan budak-budak rempit memenuhi jalan raya serta menunggang macam orang gila..orang gila pun tak macam tu...memang hangen betul lah bila diorang dah naik minyak...siap doa lagi biar lah dalam ramai-ramai ada yang menonggeng jatuh...haku siap nak sound dengan loud-haler tu kalo bole "booo, padan muka, nak kain kapan tak?"ulang 10x dengan nada annoying sekali..hoho, kalau boleh!

*pesanan khas: buat adik-adik, abang-abang, pak cik-pak cik yang merempit tu jangan lupa daftar kat tabung derma organ ye, at least ada jugalah jasa korang...tu pun kalau organ masih tak tercemar..hihi=p*

hmm, nak kata lebih-lebih pun takut..bukan takut hape...ne hah, saya pun ada adik laki, sape lagi kalau bukan budak adam, masa remaja dia tak tahulah macam mana, harap minta jauh semua tu..zaman sekarang pun dah macam ne, zaman dia entah-entah dah pandai minta pesawat ringan, berlumba atas awan...ishhh!mintak jauh!!haritu kebetulan keluar berdua ngan budak adam, sajelah nak testing...saya cakap"adam besar-besar sikit nanti tak payahlah naik motor, bahaya!"..dia jawab"kenapa plak?ayah naik motor takpe pun"...saya jawab "ayah tu lain, ayah tu dah besar mana pandai nak bawak laju-laju, takat nak g masjid bawak adam takpelah"...terus dijawab "adam nak naik motor, adam dah mintak ngan ayah nak skuter, ayah dah janji"...demm!! terus dup dap jantung, geram...terus balas" budak mana boleh naik skuter, bahaya, adam kecik lagi mana boleh, lesen pun takde"...dia cakap"takpe, adam tolak-tolak dia gerak lah, kalo letak kaki, terus berhenti"..haku dah mula pening...lama-lama baru tangkap, terover fikir(--")
pss: ingatkan yang ne..

pss: rupanya yang ne(--")

note: beware on your bro & sis action..