Showing posts with label malaS. Show all posts
Showing posts with label malaS. Show all posts

::Sindrom M mula tunjuk belang::

12.20.2010

Tahu apa sindrom M? ala…takkan tak tahu kot, membaca, menulis…grrr, okei, tipu!haha=p, sindrom Malas, Makan, & Menidurkan diri..oo, banyak jugak rupanya words stand for M…ekeke…, dah pandai dah rasa malas nak buat entri, tahu buat sindrom M yang lain saja…hape ko takde keje ke?Kata nak saiz M, kalau macam tulah gaya, bukan takat saiz XXM ko amik, extra XXB pun ko bantai…okei, mula dah merepek kat diri sendiri...(--“)
pic source:susancohangardens.com
Grr, bila tiang telefon nak ganti ne wehh, nak check pasal Uitm pun masalah…cam poyo je bunyi, ye ke? Okeih, neh da tahap menggeletar tangan nak buat blogwalking, En.Ben dah publish berapa juta segmen dah agaknya?? Ruginya, waa(T_T) ,entah isu hape dah cik epal dop update?Dini dan blogger lain hape cite lah…dasar pencuri tiang telefon, ko takde keje lain ke? Agaknya tiang telefon pada masa akan datang perlu dipacakkan atas awan, baru ko tahu susah nak mencuri, kena amik tiket flight dulu kalo nak mencuri pun…(--“) Agaknya dah berapa banyak haku dop bebel kat pencuri yang bebal tu…grr, abaikan---abaikan

note: ^_^

::Kampung~rindu belum terubat::

12.17.2010

Haha…konon aje tajuk, dop kat kampung memang tak puas kan? Actually kena balik malam ne, tapi disebabkan rasa hati yang tidak berkeinginan lagi untuk berada disana makanya niat dibatalkan, tiket pun belum beli lagi…hehe, malas betul nak fakir nak balik s/alam kalau sudah jejak kaki kat kampung ne…grrr!Semester depan macam mana agaknya, ada sesuatu yang mengusutkan fikiran…(--“)…Harap dipermudahkan urusan semua nya …
pic source:designer-daily.com
Note: tak sabar nak konvo plak..

::Lelaki kelantan~my perspective::

12.14.2010

Tadi terbaca tentang satu artikel berkisahkan lelaki kelantan, kalau lelaki kelantan baca tak tahulah macam mana pula reaksinya, teringat akan kelas lecturer yang asalnya dari Johor tika degree dulu, mengatakan bahawa lelaki kelantan kebanyakannya pemalas, kena boldkan...bukan mengiyakan dan juga bukan menidakkan kenyataan lecturer tersebut, ada juga betulnya!

Melalui pengalaman sendiri, ai mean pengalaman bahawa lelaki pemalas bekerja tak kisahlah dalam keluarga sendiri ke orang lain ke, macam ne je boleh cakap, ko kahwin nak, buat anak pandai,  tapi nak suap anak bini makan, haprakk...goyang kaki, tidur, makan, hisap rokok ko tahu pulak!!pastu berlagak macam raja pulak, nak itu nak ini, demand lebih nak itu ini, tapi??eh, tetiba haku bengang nak cite pasal ne..haaha=p

Namun pendapat sendiri hanya segolongan sahaja yang begitu, mungkin disebabkan salasilah keluarga ada yang begitu, maka gen malas pun menurun kat anak..agaknyalah kan? Mak ayah selalu juga ingat kan supaya jangan tersalah pilih pasangan hidup, dapat yang pemalas macam tu, memang menanggung biawak hiduplah...bukan mengatakan bahawa terlalu memilih, namun bila seorang lelaki tak ada sifat kepimpinan dan tanggungjawab dalam diri, apa lagi yang mahu diharapkan? takat pandai buat anak semua orang pandai buat, tu part tanggungjawab  tu, nak bagi nafkah makan minum, tempat tinggal kat anak bini, siapa nak tanggung? tu tak tambah lagi ngan perangai cam haram, kaki pukul, kaki perempuan, kaki penyangak ke hape.Kalau yang jenis kuat bekerja dan bertanggungjawab lain ceritalah pula. Gila emo cakap pasal neh...grrr
pic source:mayhemnetworks.net
Kebanyakkan orang kelantan suka berhijrah, alhamdulillah, sebab itu cakap lah ceruk mana, mesti ramai je komuniti yang berasal dari kelantan, bukan nak berbangga tapi itulah hakikatnya, disebabkan bertaburan nya orang kelantan kat mana-mana ceruk maka tidak hairan akan jumpa pelbagai ragam. Bagi saya sendiri, tak kisahlah asal dari mana pun, jantina apa, semua nya sama je, yang berbeza bagaimana kita di didik dan cara kita menjalani kehidupan, sekiranya sifat malas dan terlalu bergantung kepada orang lain, maka mungkin sifat begitu menjadi amalan sepanjang kehidupan.vice versa. Wallahu'alam..Itu hanya pendapat saya je lah kan, orang lain tak tahulah=0

note: Perut tidak selesa(T_T)

::mata dalam dilema~off & on::

12.05.2010

nak jugak...mata pun nak berdelima dilema jugak ke?ya..ya, nak buat macam mana..takmo tutup lagi, kang paksa tutup kang memang tak tertido lah jawapnya...terkelip-kelip, tergolek-golek...tak jadi hape, so dari buat mende alah tak senonoh camtu baiklah mengadap blog...haha=p, bole tak?ala..bolela..mengadelah!

hari ni mende yang paling tak patut dibuat adalah, tertido selepas asar bangun-bangun tu tengok scooby-doo... what da??...nak berblogging cam malas, lepas buat segmen en.Ben terus off lappy layan hindustan..bila plak haku minat depa..takpelah, memandangkan punggung panggung tidak boleh dilawati minggu ini dan seterusnya akibat pokai secara mendadak, masuk gaji terus pokai..ishh, nak marah betul pe'el perangai yang satu ne, entah bila nak menabung, dah tua bangka nanti baru nak terkejang-kejang simpan duit agaknya..demm!!(--")
pss: gambaran secara visual situasi dibawah
oo..kat kelantan hujan sepanjang masa laporan dari en.azham tadi...teringat masa dop makan semeja untuk bersidang membincangkan isu-isu semasa bersama family masa raya haji ritu...ayah saya tetiba senyap masa dop rancak bercerita, macam orang kata eh, malaikat lalu ke...tiba-tiba ayah cakap "eh, apa benda kat batang pokok kelapa tu, besar semacam!" drastik kami semua terhendap-hendap tengok apa benda...macam busut gitu kat pokok-pokok kelapa, sekali cik repunzel mencelah "entah-entah tahun ne banjir besar kot?!, tu yang diorang (merujuk kepada tuan rumah busut itu) dah bersiap-sedia buat rumah kat tempat tinggi'...ayah saya spontan " ahh, sudah, mungkinlah kot, dah lama tak naik air ne" ..mm...entahlah, susah nak jangka, yang penting get ready jelah. 

note: Hujan itu rahmat, tidur itu nikmat(^_^)