Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Memandangkan saya tak berapa sihat semalam, kononlah kan!hehe=p, makanya semalam ayah ngan mak tanyalah nape tiba-tiba sakit kepala apa semua, entahlah..jawab tak tahulah jelah, mungkin dah lama tak sihat, kot tiba-tiba saja badan nak jadi tak sihat kan?(--")
pic source: mummymatters.wordpress.com
Tadi lepas budak Adam balik tuisyen terus dia ikut Uncle z balik umah mak minah sekali, nak main kat sana, makanya sebagai kakaknya yang begitu prihatin...haha, tak tahan call lah ayah suruh g amik adam after balik keje nanti, so tak payahlah keluar rumahkan?haha..perihatin la sangat...pastu petang tu masa otw mak ayah g balik keje, mak call lah tanya kenapa adam tak balik rumah? Sakit makin teruk ke sampai takleh jaga adam?So saya pun bagitahulah adam dah balik rumah, tapi pegi umah mak minah sebab saja nak tukar environment nak main-main kat sana...sekali mak tanya soalan cepuemas...iye ke demam ne?ke awak tu demam rindu?...haha, malu saya mak ne, mane ada..ishhh!!pandai-pandai saja mak ne..hehe=)
note: Baru seminggu tak jumpa takkan dah rindu kot...cehh, bajet takmo ngaku...ahaks=p
Alhamdulillah dah setel. Hanya menunggu budak berdua itu saja, cewwah statement ala fulltime housewife je, iyo yo or jek!=p Entahlah..payah nak cakap...tadi masa singgah makan kat tempat feberet, boleh lah dikatakan tempat feberet sebab masa repunzel praktikum kat KB dulukala, sanggup bangun pagi-pagi g hantarkan dia sebab nak singgah makan pagi kat situ...hehe=)
Tadi masa makan sensorang adalah seorang dua pakcik dop bangku kat belakang. Sorang tu dop panggil-panggil... mulalah rasa tak suka, sambil buat muka menyampah dulu, pastu baru nak palingkan muka sambil buat muka manis gitu, senyum, pak cik tu tanya...dah kerja ke dik?mmm...kan dah agak! haku punya instinct kuat je, tapi manalah pak cik tu tak tanyakan, bawak keta pastu singgah-singgah makan plak, macam orang dah bekerja lagaknya, so lepas pak cik tu tanya, actually saya tak tahu nak jawab macam mane, hanya senyum aje, mengiya pun tidak, menidak pun tidak...terus makan laju-laju untuk mengelakkan persoalan lain timbul dibenak pak cik itu,mane tahukan, tergagap-gagap nak jawab nanti.. nasib baik tak tercekik..
pic source: writingconsultation.com
Siap makan, masa nak g bayar tu, dengar pak cik tu cakap.."gaya cikgu ne!untunglah orang sekarang dapat menantu cikgu, muda-muda dah pakai kereta!"...haku tetiba macam hangen sikit, well angin orang muda kan..haha=p kalau ikutkan lah kan mahu saja pergi berdiri depan pak cik itu untuk memulakan ceramah..cam siot aje!haha=p...mahu saja dijawab "pak cik saya masih belajar lagi okei, kerja pun cikai-cikai saja nak tanggung belanja hidup kat bandar sana, gaji cukup-cukup makan saja, kereta pun pinjam mak bapak punya, kalau pak cik nak sangat bermenantukan cikgu, pakcik pergi interview masa orang grad dekat Upsi atau maktab sana, confirm pak cik dapat calon menantu cikgu nanti!grr.." haha..gileww, mane berani nak buat macam tu, terkensot hati orang tua nanti..=O
note: Terus blurr nak beli apa sampai kat pasar tadi..grr(--")
neh banyak plan punya pasal, entah sempat ke esok nak laksana kan, snow white ngan repunzel pun da nak balik KL petang esok, macam tu lah kalau dah kerja, sibuk memanjang aje...tambah plak masih freshie... tak sabar nak kerja tapi macam fikir panjang...macam nak jadi fulltime housewife saja, namun memikirkan perangai diri sendiri baiklah bekerja untu mengelakkan menyusahkan orang yang dicintai...okei!sudah berangan lebey(--"), ko cuba sedar diri sikit, tesis tak sentuh lagi, berkepok ko dah berangan!huu*_*
pic source: funnyanimalsite.com
Kalau jadi fulltime housewife, inilah baru betul peribahasa dan kata orang tua dulukala, belajar tinggi-tinggi akhirnya ke dapur jua(--")...err, abaikan ...mari kita bercakap tentang sesuatu yang menyeronokkan lagi... tentang lemak-lemak yang bertambah bila balik kampung, plan diet hancur kelaut...seminggu diet turun 0.02 miligram, balik kampung seminggu naik setengah kilo!memang terbaikkk...(--"). Asal lah orang perempuan, naik berat badan pun dah kecoh satu dunia...what da?? nak buat macam mana, badan bukan nak guna sekejap, lama...so kena jagalah betul-betul kan?(T_T)
note: sekejap lagi nak keluar g majlis rakan, kahwin!hehe...update later ya^_^
ececeh...bajet je buat mende ne!cuba ko bagitahu result, buat malu aje, err maaf terpaksa dirahsiakan ...namun disebabkan sebagai rekod...haha, kononlah kan, manelah tahu saya lupa tentang pencapaian tika didunia pembelajaran bila dah masuk alam lain nanti...takpe, takpe...chill okei(--")
Dan kesimpulan secara simple nye dan secara matematiknya, ada kaitan ke? Maka boleh dikatakan bentuk graf keputusan selama pembelajaran berlangsung, adalah seperti dibawah...heeiyahh!asal macam ulat bulu bentuk graf tu, bebrbulu mata haku nak menengok mende alah tu...haha, sekian!
pss: guna paint saje, sampai kena letak sign nak tunjuk feeling sendiri(--")
Seronok sangat time belajar ne, time kerja seronok lain plak...bila dah kerja ko nak belajar, bila belajar ko tak sabar-sabar plak nak kerja, hape mende ko nak sebenarnya ne?err, nak en.azham...okei, sila pegi muntah sana...haha, i'm kidding okei, don't be menyampah-nyampah ea, kang jadi sampah plak...hehe... okeilah, setiap orang ada tahap pencapaian masing-masing, dan penilaian itu bergantung kepada perspektif yang tersendiri...^_^
Apa-apa pun pencapaian pembelajaran saya boleh dikatakan mm, bolehlah! takde lagi sampai tahap yang membanggakan...namun saya sentiasa bersyukur kerana tidak pernah jatuh dan kalah dengan teruk digelanggang akademik, demi diri sendiri dan mak ayah tentulah saya mahu yang tebaik...walaupun dipandangan mata orang lain ianya adalah biasa-biasa...kan dah kata depends on ourself perspectives, kita sendiri yang tahu tahap kemampuan diri dan hanya kita sendiri yang tahu values tu...hehe, cheers ur life!^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Social