Showing posts with label cUti. Show all posts
Showing posts with label cUti. Show all posts

::Jangan war-warkan sehingga benar-benar terjadi::

12.24.2010

cehh, kenmain je tajuk...saje, actually nak bagitahu something, namun memandangkan ia belum berlaku yang mana ia belum dilakukan oleh pelakunya, maka baiklah berdiam diri sahaja...yee ahh, dah banyak kali jadi kat diri sendiri, nak buat tu, nak buat ne, sekali haram tak jadi, tapi time tak bagitahu dulu, buat dulu, jadi la plak...ehh, macam merapu lak pulak ayat...haha=p
pic source: marieclaire.com
okei, memandangkan cuti skola dah nak habis, bukan nak cakap dah start mengajar...bukannya cikgu pun, kecoh betul...hehe, yelah memandangkan cuti skola dah nak habis takdelah serba salah nak balik shah Alam, kalau tak fikir banyak kali jugak nak p sana, sapa nak jaga makan minum adik-adik, cehh bajet kakak mithali la plak...pergi muntah sana...tapi tu la kan, berbanding dengan apa yang boleh buat untuk ringankan beban mak ayah tak berbaloi dengan kesusahan mereka tuk besarkan kita..hmm, maka selagi boleh tolong apa yang patut, should be lah kan?Dah berapa kali planning nak g S/alam terbatal...sayang nak tinggal rumah, budak-budak tu, tak puas lagi rasa..mm, tambah plak nak tinggal kan bilik bersepah macam ne, jangan haraplah... (--")
pic source: funny-city.com
Itu memang perangai sejak dulu..actually sebab duduk asrama, jadi terdisiplin secara auto, terima kasihlah kat mak ayah sebab paksa saya duduk asrama, even meraung tiap-tiap minggu nak balik, even sampai buat hal sampai nak kena buang sekolah, diorang tetap sabar jugak ngan perangai haku yang macam hantu dulu...apa pun semuanya terasa berbaloi dengan segala pengajaran dan sempadan...hehe, Sekarang perangai dipaksa paksa dan terpaksa dah jadi kebiasaan. Okeilah meleret plak(--")

Note: tersumbat...betik oh betik

::Penat~puashati lagi window shopping walau tak berduit::

12.16.2010

Tak sangka boleh completekan pusingan ronda-ronda cuci mata hari ni. Dari kota bharu ke rantau Panjang, pastu ke pengkalan kubor plak, pastu ke kota bharu balik. Memang terbaik..penat!!nak kata cari benda takdelah pulak, agak nya saje nak habiskan minyak dalam tangki, harga minyak kan dah naik, baru betul berfoya-foya gitu…ahaha=p…tak sangka plak mak amik cuti sebab hari tu cakap tak puas lagi nak jejalan ngan mak…hehe, nasib baik gaji belum masuk, kalau tak dah hangus terbakar dalam kedai-kedai yang tak sepatutnya tadi…cam tipu je…
pss: terkejut tengok harga~murah ke mahal tak tahulah
Takpe-takpe, takkan lah tak beli langsung kot g sana kan? Buat survey saje tadi, tapi secara tidak sengaja kejadian tawar-menawar terjadi, tak sempat dielakkan(--“)…mahu nanges juga tengok harga barang-barang sekarang(T_T). Macam mana lah nanti? Agak-agak dekat Nilai pun lebih kurang saje barang-barang macam tu harganya. Fulus wa fulus…kalau takde duit zaman sekarang jangan haraplah weii nak beli apa yang nak, barang keperluan pun nak dapat cukup-cukup makan saje…grrr…Abaikan, abaikan….penatttt!!

Note: mahu tidur

::Pagi nan suram, tapi matahari terbit juga::

12.11.2010

Macam puisi je kan tajuk...huu(*_-), cakap jelah ye, amik hati...mm, ingatkan macam hujan dah tadi, gelap semacam aje, biasa matahari dah terbit....eh?suara budak adam?dia bangun awal?hehe, harap cuaca baik saje hari ni, hari ni ada kenduri rakan, doakan sepanjang urusan dia dipermudahkan...Insyallah kalau takde apa-apa sampai juga ke majlis nya karang...amik berkat orang kata...hehe, kan?

Ingatkan hari ni mau berjalan-jalan kat RP, tapi entah sempat ke tak?banyak jugak agenda hari ni, esok pun(--"). Snow white dan repunzel baru sampai tadi...mestilah jeles jugak biarkan saya dop sorang manja-manja nga mak ayah kan, wakaka=p...aii bila dah kerja payah pulak nak balik kampung, kalau asek nak cuti memanjang karang bos tanya company sape plak kan?main suka hati je nak cuti?hehe...takpelah, balik sekejap pun dah dapat ubati rindu kat mak ayah..^_^

note: Get a nice day today