Showing posts with label GaJi. Show all posts
Showing posts with label GaJi. Show all posts

::Berbuka puasa bersama Ketua Polis Negara::

8.08.2011

Semalam memang meletihkan bila mengharungi cabaran di bazar ramadhan seksyen 13, yang terbesar katanya..kat shah alam la kot...memandangkan bekal kurma pun tak dibawa untuk berbuka maka terpaksalah jugak menapak kat bazar yang penuh dengan semut eh orang..dan secara seriusnya en.azham mencabar saya untuk menghadapi cabaran melalui segenap gerai yang bertapak tanpa belian akibat tergoda. Adess...apa punya cabaranla, padahal yang tersiratnya malas nak keluarkan duit poket le teww...hehhe-_-'..okei fine!


dan akhirnya memang berjayalah tak beli apa-apa pun bila dah pusing semua bazar. Tapi apakan daya terpaksa jugak membeli sedikit makanan untuk berbuka sebelum makan makanan berat...habis jugak nak dekat 10 ringgit, air ngan kebab aje...gilerr mencekik betul!..pastu paling sadis berbuka puasa dalam kereta pasalnya nak solat terus before makan kat ZamZam nasi arab...bulan puasa ne kalau diikutkan nafsu nak makan memang takde limitlah, semua nak sumbat masuk dalam usus perut, nasib baik jugaklah tak amik yang buffet...kalau tak memang rugi...pasal ruang perut tak muat...kebetulan masa amik order ada seorang pak cik yang familiar sangat duduk berselang satu meja..dengan confidentnya tanya en.azham" eh macam pernah tengok je pak cik tu, tapi kat mana eh?" ...nasib tak dapat peluku free, rupanya tu ketua polis negara...patutlah!-_-"...apapun dikira berbuka bersamalah kan? even bukan satu meja...haha=P. Akhirnya berbuka jugak nasi arab pada mulanya tak tahu nak makan apa.

Note: tak sabar...gaji oh gaji..

::Istimewa Bulan Februari::

2.21.2011

Memandangkan bulan februari sudah menunjukkan pengakhirannya, saya nak bagitahu bulan februari sangat special...yup sangat istimewa sebab bulan ne adalah ulangtahun kelahiran kakak dan adik saya, hehe...2 orang bulan februari beza tarikh awal bulan dan akhir bulan sahaja...mmm, kesimpulannya takde hadiah nak bagi...ehehe=p. Gaji kak ngah bulan lepas takde sebab tak masuk kerja, padan muka!muahhahaha...
Tapi kira dah okei la kan still ingat Bday uolls berdua okei...haha, sayang kamu bebanyak, nanti belanja saya ...dan untuk kakak kak ngah tahu kakak baca belog kak ngah yang hudoss ini, belajar rajin-rajin okei, kalau tak kak ngah tak sayang kakak, sayang adam saje..hehe, gurau je..=p..

Note: Bulan april lagi special...ehehe=p

::Nafsu yang satu itu sukar dilawan::

2.08.2011

Sangat penat hari ni, banyak urusan...bahagia sebab first person drive kereta bau kedai even bukan kereta sendiri...ahaks=p...mm, bila lah boleh berangan ne!grrr...apepun penat tak habes lagi...esok dah balik s.alam panggilan memaksa...errr, bukan memaksa!panggilan rezeki menyahut dikejauhan suruh masuk bekerja...hehe^_^
waa...tak sabar! ai mean tak sabar nak balik kampung balik...hehe, pergi pun tak lagi dah fikir pasal nak balik... err, perasan tak word google yang cantik...mmm, ai mean comel...umm, kreatif...hmm, whatever!(-____-)....
Sekarang saya merasakan saya anti dengan diri sendiri, ai mean perangai sendiri...burokss!dan hudoss!!apelah.. baru perasan ke wei?! da lama pun tapi baru nak buat-buat perasan...kadang-kadang nafsu yang satu tu susah untuk dikawal...mudah sangat lemah dengan pujian yang menggoda! tangan pun satu gatal g seluk cari harta yang ada tak tentu hala, tambah plak ayat nak manis-manis aje mak cik kat atas pasar siti tu, tapi itulah tak boleh nak salah kan mak cik-mak cik atas pasar tu, nama lagi meniaga kan...diri sendiri nelah...grrrr!menciii...menci menci pun tetap nak okei...hati dah jatuh cinta bikin  tak cukup tidur aje...mahunye dop teringat selagi tak beli...mekasih mak cik sebab sudi tunggu gaji saya bulan depan...ahaks=p...eh???ne benci ke suka?adoiiii...peningggg....

Note: okeilah..mahu buka buku lejar

::lantai kayu~kaitan dengan amuk?::

1.24.2011

ohohooo...aktiviti blogwalking buat masa ne tak boleh dijalankan...sebabnya dapur mak saya sekarang macam....sukar nak cakap macam mane, saya boleh kata tak selesa sahaja boleh?hehe...makanya dapur yang selesa amat perlu untuk meningkatkan rasa mahu memasak...haha=p...hari ni takde aktiviti apa pun buat kat umah, just duduk sana, duduk sini, hilangkan rasa rindu, pergi sana, pegi sini dalam rumah sendiri, camtulah aktiviti saya ...dan itu adalah terapi terbaik duduk kat kampung...heheh...tak agak2...menci betul, actually nak buat aktiviti kilatkan papan lantai tapi cleaning kayu dah habis, susah kan nak jaga lantai kayu ne, dah bercalar satu hal plak(-__-)...so tetiba jadik ngadap belog sendiri...
pic source: mustknowhow.com
Baru selesai susun dokumen yang berkaitan untuk diselesaikan esok hari...harap semua boleh setel esok...huhu.. pastu esok ingatnya...eh, eh...tak moleh bagitahu kang tak jadi buat plak...nanti buat esok baru hupdate...wakaka=p...adehh, bosan okei...gaji bila mahu masuk?nak suh mengamuk dulu ke? ke nak suh g cium pale lutut ngan kayu hoki...eheh, ko ne!cuba sopan sikit, wanita melayu terakhir kena santun...okei, okei...berharap gaji akan masuk cepat-cepat...kamu kan baik!g masuk dalam akaun bank cepat-cepat ye (-__-)

Note: angin nak hujan

::mata dalam dilema~off & on::

12.05.2010

nak jugak...mata pun nak berdelima dilema jugak ke?ya..ya, nak buat macam mana..takmo tutup lagi, kang paksa tutup kang memang tak tertido lah jawapnya...terkelip-kelip, tergolek-golek...tak jadi hape, so dari buat mende alah tak senonoh camtu baiklah mengadap blog...haha=p, bole tak?ala..bolela..mengadelah!

hari ni mende yang paling tak patut dibuat adalah, tertido selepas asar bangun-bangun tu tengok scooby-doo... what da??...nak berblogging cam malas, lepas buat segmen en.Ben terus off lappy layan hindustan..bila plak haku minat depa..takpelah, memandangkan punggung panggung tidak boleh dilawati minggu ini dan seterusnya akibat pokai secara mendadak, masuk gaji terus pokai..ishh, nak marah betul pe'el perangai yang satu ne, entah bila nak menabung, dah tua bangka nanti baru nak terkejang-kejang simpan duit agaknya..demm!!(--")
pss: gambaran secara visual situasi dibawah
oo..kat kelantan hujan sepanjang masa laporan dari en.azham tadi...teringat masa dop makan semeja untuk bersidang membincangkan isu-isu semasa bersama family masa raya haji ritu...ayah saya tetiba senyap masa dop rancak bercerita, macam orang kata eh, malaikat lalu ke...tiba-tiba ayah cakap "eh, apa benda kat batang pokok kelapa tu, besar semacam!" drastik kami semua terhendap-hendap tengok apa benda...macam busut gitu kat pokok-pokok kelapa, sekali cik repunzel mencelah "entah-entah tahun ne banjir besar kot?!, tu yang diorang (merujuk kepada tuan rumah busut itu) dah bersiap-sedia buat rumah kat tempat tinggi'...ayah saya spontan " ahh, sudah, mungkinlah kot, dah lama tak naik air ne" ..mm...entahlah, susah nak jangka, yang penting get ready jelah. 

note: Hujan itu rahmat, tidur itu nikmat(^_^)