Cepat masa berlalu ye, tahu-tahu dah nak simpul segala cerita 2025, even akhir tahun cuti lama, tetaplah tak boleh dah stay lama-lama kat kampung sebab laki suruh balik dok rumah aje, tak larat nak ulang alik ambik kat kampung macam dulukala, bukti tenaga pun turut menua seiring waktu. Sebelum tarikh dan tahun bertukar, aku nak buat recap moments untuk diri aku sendiri, supaya aku sentiasa bersyukur, supaya aku sedar diri, supaya aku mengingatkan diri sendiri, supaya aku tak menekan-nekan diri sendiri, and remind myself I just do very good thing in my own way, and that enough. Masyaallah Tabarakallah nikmat apa lagi yang diragukan, thank you for this nikmat, masih punya nafas dan kehidupan hingga saat ini. Aku lebih dari cukup dengan apa yang dimiliki, even susah, even payah, tetap Allah mudahkan segala urusan, ujian bukti Allah cintakan HambaNYA. Alhamdulillah.
Tu aku tulis semalam, takdan habis taip, laki wasap suruh kemas beg, aku lahh.. jadinya masa ni baru sempat sambung taip sempena hari pertama tahun baru 2026, baru aje fikir nak bergolek-golek kat rumah menghabiskan masa seharian, alih-alih diajak bercuti ke percutian paling lama (lame joke, pergi bercuti hari ni,balik tahun depan), pun layan. Alang-alang sebut pasal bercuti, travel, aku dapat inspirasi sempena tahun baru asbab ramai yang share hujung tahun ni pergi main salji kat overseas. Ni best thing, sebab aku dah lama block dalam mindset aku, aku tak nak, takde keinginan nak pergi tempat sejuk sebab aku jenis tak tahan sejuk. Naik Cameron Highlands dengan suhu 15-16°C pun aku dah gigil teruk, baju dan berlapis dah. Aku rasa aku tak boleh, mungkin ni salah satu asbab tak terbukak jalan nak sampai ke seberang benua lain, kahhh konpiden aje ye. So aku buang blockage yang satu ni dengan harapan ada rezekilah sentuh salji nanti ye,Amin. View alam yang cantik bersalji punya pasal, I need to see in real. Comeii do'oh, jadi kena pi tengok dengan mata kepala sendiri dan rasa. Even tahun ni tak pecah rekod sampai 50tempat, alhamdulillah almost tempat aku dapat sampai. Apapun dah listed 16 tempat walaupun duitnya nan hado, licins sempena anak-anak sekolah, rezeki depa lah. Moga Allah gantikan yang lebih baik apa yang dah terkorban.
Of course dalam banyak senarai, tentunya bab diri, perbaiki diri ni antara priority sebab masuk umur reset ni, jalan menuju yang Satu dah, jadi kena banyak effort ke arah DIA lah. Perjalanan aku dari Kota Madinah ke Makkah sangat banyak kesan kat aku, sampai laa aku menangis tengok video perjalananan tu, sedih aku boleh nak ungkap. Betullah korang,kalau korang nak buat pi umrah banyak pesanan dan tips aku nak share,tahun ni mohon aku share cerita pasal umrah aje ye banyak-banyak, sebab perjalanan ni ubah betul-betul pandangan mata hati aku kat dunia fana ni dan juga cara aku fikir tentang hati seorang manusia. Tapi yang penting korang buatlah checklist routine, atau habit tracker ni, sangat bantu kita nak ubah cara kita jalani sehari-hari. Aku rasa dah banyak tulis pasal tu. Buatlah sempena tahun baru ni, jadikan menulis ni habit. Buat journaling ke apa. Tambah baik rutin lagi-lagi bab dekatkan diri dengan DIA.
Kalau fikir bab duit, sungguh aku takdak duit weh, suruh tulis pencapaian bab yang melibatkan kewangan ni memang sedih bonar lah, tapi kalau tulis bab lain, insyallah tak tersenarai nikmat Allah kurnia sehingga saat ni, panjang berjela nikmatnya, masyaallah Tabarakallah. Eh boleh berjalan pergi sana sini tu, banyak duit' lah tu!Amin moga Allah makbulkan fitnah yang satu ni,wakakka. Korang tahu dan mungkin dah baca bab berjalan-jalan makan angin ni, aku dah pernah share bagaimana nak rasa semua ni, rasa memang tak masuk akal, tak lojik, tapi korang praktis lah buat, nampak simple tapi impact berat sangat, indah sangat, sebab ni pun cara kita bersihkan hati, zaman la memang kita tak boleh elak tengok kehidupan orang lain kat media sosial ni, that's how you see in different way, korang mesti pernah baca pasal doa kan?Kalau kita doakan orang, malaikat doakan kita sama dengan apa yang kita doakan kat orang tu, simple tapi tak semua orang nak buat, mampu buat. Belajar buat yang ni dulu. Okey. Bila tengok orang dapat nikmat, doakan, didik hati jangan iri hati. Sekali lagi ku ingatkan cuba buat, nampak simple, tapi TAK SEMUA ORANG NAK BUAT. Ni macam contoh cikgu dok ingatkan masa kita sekolah dulu, kalau nak faham, kena tulis, kalau nak ingat kena tulis tapi berapa ramai aje tulis, salin apa cikgu cakap.
Antara progress kecil tapi besar buat aku, boleh turun berat 'sikit' dan belajar formula tak menekan-nekan dan stress bila dalam fasa dapatkan berat badan ideal. Dalam banyak journey aku rasa journey yang satu ni paling lonely dan struggle, itu akulah ekk. Nak turunkan berat badan pun stress, kartisol naik, memang tak best la jadinya. Ramai yang share turun berat badan, cakap benda sama, tak nak share formula sebab semua dah tau, yang semua tak nak buat adalah TINDAKAN, betul dak? So mohlerr kita yang belum bertindak, dok stagnant situ, buka langkah kecil 'buat' dulu. Alhamdulillah aku dah mulakan langkah tu, dan cuba konsisten untuk tahun baru ni juga.
Tengok video Khairul Amin share perjalanannya sepanjang 2025, aku termalu sendiri, sangat padat sendat jadual seorang Khairul Amin ye, and my focus 'keluar dari comfort zone' give me goosebumps, aku rasa kena buat big deals dengan diri sendiri untuk lalui part yang satu yang paling aku takut nak buat, nak start, lebih dari 10,000 alasan, sebab the FEAR soooo big dan aku takut aku fail teruk, tapi bila Khairul Amin cakap tu part of dia belajar, aku menangis. Orang kata umur 39A really big reset, restart of your life. Dan aku rasa kena buat,paksa belajar buat. Korang tolong doa even aku tak bagitahu apa dia yang aku nak buat, doa jelah aku boleh buat ye.
So kesimpulannya aku untuk tahun 2025 aku sangat berterima kasih kerana Allah tegur aku dengan pelbagai cara untuk kembali ke 'pangkuan'NYA, tiada yang lebih indah dari semua perkara, sebab hidup ni kita nak tenang-tenang even beribu ujian mendatang, Allah sedarkan juga disetiap ujian hidup, Allah sentiasa bersama dan tak pernah tinggalkan aku keseorangan. Moga baik-baik juga untuk semua untuk tahun ini, tak makin mudah sebab semakin mencabar, tapi yakin sentiasa Allah ada. Alhamdulillah. Owhh, pesanan aku untuk yang terlibat dengan media sosial, bukan influencer atau content creator, sebagai pengguna terutamanya seperti aku, jangan biarkan media sosial dictate dan validate your life. Hidup kita ni memang baik-baik saja, until kita mula banding situ sini. The grass is greener where you water it. So live your life to the fullest. Yang penting tahun ni aku nak lagi banyak menulis, daaa.
Top Social