Fasa

11.30.2023

"Ikah, kahwin nanti dapat anak, kasi anak bergantungan kat kaki ayah dia" dekahh ku gelak ngomelan cik yah. Tersenyum teringat kenangan yang satu ni dengan arwah mak saudaraku yang paling comel, boleh kata kembarku, pasal seiras mukaku dengan arwah. Ku ingat masa anak-anak mak saudara ku ni kecil berderet macam daku, rilex, chill, tak stress pun nampak, ku tanyalah macam mana? Sibukkan ayahnya. Mak saudaraku tak pandai bawa kereta, orang yang paling sibuk tentulah suaminya, hantar ambil mak saudaraku balik kerja, urusan anak-anak semua pak saudaraku selesaikan. Tengok pak saudaraku dalam bebel lucu dan kelakar juga. Sebab selalu makan sedap mak saudaraku masak. 


Ku masih ingat setiap kali pergi rumah mak saudaraku, yang paling sibuk tentulah mak saudaraku, pasal dia tukang masak, cakap je nak makan apa, kalau tak rajin dia tapaukan siap-siap makanan kat kedai untuk jamu anak-anak saudara yang datang ruamh, memang kerjanya jamu orang makan je, sebab suka masak dan raikan tetamu. Yang paling kedua sibuk tentulah lakinya mak saudaraku, jaga anak-anak. Mana tak senyum mak saudaraku, dari anak-anak lahir, kecil, tukang basuh berak, buat susu anak-anak semua suaminya yang settlekan, sebab tu anak-anak memang pantang nampak muka bapak, memang kena serbu macam fans kpop tengok BTS. Peminat, fanatik boleh kata anak-anak memang bergentayangan kat kaki bapaknya, hahaha. 


Mak saudaraku? Lawakan diri, happykan diri, belanja diri, urusan kekemasan rumah dan almost hidangan untuk laki dan anak-anak dari air tangannya. Suami banyak bantu uruskan anak-anak, jadi banyak lah leganya. Tu pasal bila arwah mak saudaraku meninggal, alhamdulillah pak saudaraku bab jaga anak-anak tiptop, semua dah jadi anak dara besar remaja dah, tapi stay single sampai la, tak jumpa lagi pengganti mak saudaraku yang comel. Ada betul juga nasihat arwah mak saudaraku, sibukkan lelaki dengan anak-anak. Bagi cramp jadual lelaki qawwam. Kasi padat masa dan urusan, duit pun sama habis kat bini, duit laki bini punya, duit bini, bini punya, hahahaha. 


Seawal lima ke sepuluh tahun fasa kenal dan adaptasi, rasa macam dah kenal dan faham benorr, tapi tidak, macam dah tahu benar, tapi rupanya khayal seorang. Kita kata macam tu. Dia kata lain terus. Nak memahamkan seseorang lain, lain jantina, lain didikan, lain cara kehidupan, lain tingkahlaku, bukan senang. Melainkan Allah satukan hati masing-masing, titiktemu yang sebenarnya, situlah. Lima ke sepuluh tahun ni ku kira fasa bergaduh berbaik bergaduh berbaik, sebab dalam fasa ni banyak cabaran tambah kalau ada anak kecil tambah berderet macam dakulah. Ni memang fasa letih jelirr orang kelate royat, dua-dua letih penat kalau dua-dua involved, kalau tak sorang je yang tanggung letih, either laki tak pun bini. So cooperatelah, kasi dua-dua letih, baru tak mengungkit. 


Dalam tempoh sepuluh tahun ni Allah kasi lima ke enam anak, how can I manage them all tanpa bantuan suami, even suami bantu pun kadang rasa crack emosi dan otak. Gaduh lagi. Dalam pada crack emosi datanglah teringat susuk cinta hati pertama dalam hidup, ayahku. Dalam pada lelaki yang ku cintai sekarang, takde contoh terbaik dalam menyantuni seorang isteri. Tentulah ayahandaku. Ku bersyukur aku antara anak perempuan bertuah sebab punya ayah terbaik dalam hidupku bagi panduan, bagi pelajaran, bagi pengajaran. Cinta dan kasih sayang seorang ayah, sememangnya impak besar untuk seorang anak perempuan. Tak semua bertuah untuk punya seorang ayah yang terbaik, kerana dalam terbaiknya seorang ayah, ada juga yang tega membuat tahiii. 


Boleh kata fasa lima ke sepuluh tahun berumahtangga fasa pening lalat nak serasikan peel masing-masing, nak rendahkan ego masing-masing, fasa nak one two som lagi siapa nak basuh berak anak-anak, layan anak-anak bila nak rest, fasa nak terima habit buruk masing-masing, fasa nak hadap busuk kentut masing-masing, fasa nak memahamkan selera tekak masin kelat, fasa nak bergaduh berbaik dengan solusi, fasa nak adjustlah lebih kurang. Mantap dan padu betullah bila fasa macam gini dia punya cabaran, boleh pula ditambah lagi satu pening lalat, saru ku memikir, apa yang di nak sebenarnya dalam hidup ni, mungkin fasa cari pasal agaknya.



Apapun, ku ingat pesan arwah mak saudaraku yang satu ni, yang ni ku simpan sendirilah, next time kalau ada hati nak share, ku taip, banyak sangat contoh kebaikan yang dia buat, tapi tak mampu lagi ku ikut buat, moga ada kekuatan untuk berbuat kebaikan sepertimana yang ditunjukkan. Betullah jadi suami isteri dan ibu bapa untuk anak-anak bukan untuk mendidik mereka sebenarnya, tapi lebih mendidik kita untuk diteladani untuk anak-anak sepertimana ayah, mak buat. How can't I adore them? Miss them. Bab urusan rumahtangga ni, serah jelah kat DIA, tempoh besarkan anak-anak ni memang takde daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah. Penattttt. Apatah lagi nak jaga tok laki. Biar jelah kalau dah nak cari pasal. Hati manusia takde siapa boleh pegang kalau dah beralih kat lain. Kita ubati diri sendiri dan move on. Moga hati yang terluka membaik dengan perkara yang lebih baik dan indah. 







Wordless Wednesday

11.29.2023

 

#innerthoughts

Rotan

11.22.2023

Bila timbul cerita cikgu rotan anak murid, mula memori daun pisang zaman sekolah datang menerjah. Jujurnya kena rotan kat cikgu zaman dulu jadi sweet memori zaman sekarang.

Ingat lagi kami satu geng yang suka 'break the rules' kena beratur depan bilik Abu Ya tunggu giliran nak kena rotan. Masa tu bukan rasa berdebar, tapi more to trigger, 'what's next?! What's next?!', sambil bergelak ketawa tunggu turn. 

Beratur berjemaah kat depan kelas tunggu turn kena baling pemadam penuh kapur, pastu sensorang dapat cop kapur kat pipi dekat cikgu Rosli kes bising dalam kelas, kelas sebelah dok sibuk belajar add math, kami buat bising. (i guess masa tu kelas husband aku kot, tak pun crush). 

Kena bersila kat tengah-tengah court, bila balik prep kena sorak 'booo' kat bertingkat-tingkat pelajar semua kelas masa dah tamat kelas prep.

Berlari pusing padang 10x dalam hujan rintik-rintik kena denda sambil semua pelajar baru balik menuju ke dewan makan.

Dipanggil dan duduk kat depan perhimpunan pagi akibat keluar outing bukan pada waktunya, guna plak 'lubang tikus' untuk keluar beli kek coklat itik, goreng pisang. Ada jugak yang keluar kes nak berdating. Pendek kata tingkatan satu hingga tiga tu memang asyik cari pasal je untuk dapat denda. 

Malu jangan cakap bila kena denda, tapi insaf tu sekejap je, wakaka. Part kena cubit cubitan berbisa Cikgu Yati most of all time mendapat. Al-fatihah buat arwah cikgu Yati, moga diberi ganjaran syurga kerana memanusiakan kami.

Punya nakal tu boleh tahan tambah pulak geng rakan sebaya pun sama naik ting tong. Nakal kami zaman dulu still ada adab dengan cikgu. Nakal kami zaman dulu tak pernah merendahkan guru yang memberi ilmu.

Senakal-nakal kami dulu tak pernah menghinakan guru yang menjadi perantara ilmu. Nakal kami hanya untuk menggembirakan hati kami sendiri tanpa mengganggu orang lain.

Apapun budak-budak zaman sekarang ramai yang genius, tapi akhlak dan adab tiada. Lagi sadis kalau part akademik pun ke laut. Kalau either one terjaga pun dah ok, takdelah rasa ralat at least still ada adab dan budi pekerti even akademik kelaut. Still ada potensi lain yang boleh digilap. 

Ingatlah hidup ni memang sekejap saja. Masa remaja pun sekali je seumur hidup. Make it sweet and simple to be your memory. Apapun kenangan zaman sekolah dulu tak pernah disesali, sebab kenangan tu lah yang buat kita tersenyum hari ni.

Still rotan masih the best punishment untuk mengajar anak-anak. Gantung rotan kat rumah still relevan, Ika pun praktik benda ni, yang lain tak jalan, 'rotan' is last warning. 

Notakaki: Nak cerita kena rotan kat mak ayah? Tidak sesekalilah, nak mendapat double rotanlah jawabnya. Seram kalau ayahku tahu kenakalan anakanda perempuan disekolah, hingga sekarang pun ku tak tahu tara mana ayah ku tahu anak-anak kat sekolah dulu. Tak pernah cerita, hanya naluri mak ayah saja rasa anaknya suka buat hal kat sekolah. Still ayah give the best advise. 


Bekas penerima rotan tegar kat sekolah. 

Tak Boikot

11.21.2023

Rasa macam tak percaya apa kami lalui, the hardest part yang sampai kami tak boleh hadam, rupanya hikmah terlalu besar untuk kami hari ini. La haula wala quwataillahbillah. Bila ramai share part-part yang perlu boikot dah terbuka pekung hampir 80% segala yang kita lalui, rasa, guna, semuanya terkait dengan depa. Kita dah terkepung kiri kanan, depan belakang, rasa macam mustahil kan nak lepas diri dari mereka. Tapi tak,yakinlah! Alhamdulillah kami tak perlu boikot pun sebab hampir kebanyakannya memang kami dah berlepas diri, tak mampu, memang tak terguna dan sebagainya. 


Contoh Netflix ke apa, memang tivi kat rumah kami tahap nak tengok cerita best-best masukkan dalam USB je baru semua boleh tengok. Sejak awal kahwin lagi tak ajar diri untuk pasang astro ke apa sebab tak mampu satu hal, takde masa wehh nak tengok tivi. Memang takde kesempatan mana nak tengok tivi, tengok pun rancangan kartun je banyak nya, ku pun dah tua-tua macam ni, tom and Jerry, masih ku layan, cerita blues clues pun layan, cerita melayu, drama pukul 7 memang tak menyempat nak melayan even kat tivi biasa je pun. Tak sempat. Biasa berpeluang tengok Netflix bila pergi bercuti-cutilah kalau tempat menginap ada fasiliti tu, layan je lah. Tak boikot pun, memang takde dan memang takde keinginan nak tambah untuk tivi kat rumah. Episod anak-anak berebut remote dah satu hal buat pening, nak pulak tambah pening anak berebut tengok channel, memang taklerr ku tambah stress sendiri, hahhaha. 


Kad Kredit, since follow banker arwah Norbaini Hassan dan juga puan Liza Ariffin ex lawyer hartanah, ku memang eye openinglah bab yang satu ni, tak nak sebut direct tapi yang tahu dan faham, faham lah ekk. Ni pun tak boikot sebab yang ni Allah kasi hardest part to learn terus. Bila telusuri kehidupan kami yang asyik berserabut dalam kepala memikirkan hutang tak habis-habis dulu, Allah kasi jalan keluar yang cut terus hawa nafsu kami, masyaallah kami memang bersyukur dengan apa yang di lalui, hikmahnya sekaranglah enam tahun dah hidup chill saja, tak chill pun banyak tapi senang hati. Dari suami takde kerja, buka bonet kereta, jual nasi lemak, nasi kerabu, itulah tempoh paling bahagia buat kami. Keluar kerja 2-3jam, balik tunaikan tanggungjawab kat Allah ikut waktu. Waktu solat terjaga, takde stress even masa tu duit takde, duit simpanan apatah lagi, even now, hahaha tapi kami chill, jiwa tenang, kepala tak serabut. 



Biarlah orang kata bodohnya, sempitnya cara fikir, sembang karilah, teruknya takde ikhtiar, tak betul buat macam tu, memang cari pasallah kedepan-depan tu nanti. Do we care apa yang orang kata? Nope. Satu pun ku tak masukkan dalam peti hati, dan simpanan akal fikiran. Mereka yang belum lalui apa yang kami lalui memang mudah buat judgement masing-masing sebab kefahaman, persepsi, akan apa yang dah kita lalui berbeza dengan mereka. Tak payah rajin lah nak explain, begini begitu buat habis tenaga aje, kita doakan saja, one day Allah beri kefahaman apa yang kami lalui, amin. Yang penting kami bersyukur kami takde dah fikiran berserabut macam dulu yang ni paling obvious lah, kihkih, sebab tu sekarang fokus bangunkan diri, plan to travel every where je yang terlintas. Serabut kami dulu indescribable tak boleh nak cerita macam mana, sebab benda tak nampak tapi suami isteri boleh rasa keserabutan tu. Masyaallah nikmat yang satu ni tak tahulah nak habaq macam mana selepas kami decide putuskan terus hubungan dengan yang dinamakan "berperang dengan Allah dan Nabi", tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua. Fokus habiskan yang dah terperangkap je, then jalan terus. Insyaallah. 


Brand jenama mewah, memang dah memang hakikat tak mampu nak beli, jadi memang terboikot effortlessly gitu, biasa kalau dapat berjenama barang yang ku guna, bukan ku beli sendiri, even suami, biasa dapat orang bagi hadiah, gitulah. Nak pakai handbag mahal, duit dalam dompet sendiri pun dua ringgit je, ahahaha. Part rezeki kena pegang kemaslah masing-masing, yang masih ada terselit rasa dengki, iri hati bila tengok orang beli makanan mewah, pergi bercuti cuti, pakaian best-best, didiklah hati bab rezeki. Sungguh ni! Tak worth pun, didiklah hati, banyak hikmah, banyak ganjaran, cuba lah buat. Didiklah hati bahagia bila tengok orang bahagia, didiklah hati berlapang dan gembira bila tengok orang bercuti-cuti dan makan sedap. Tak tunggu sebulan aihh, nampak kesannya. Worth to try. 



Nak bersihkan titik-titik hitam kat hati ni, zikir je sesimple Allahuakbar, atau istighfar, Astagfirullah, simple sangat tapi power dan padu. Amalkan bila scroll medsos, moga Allah jaga hati kita, nampak orang happy, share itu ini, amalkan doa moga Allah tambahkan kebahagiaan dan kegembiraan mereka. Malaikat doakan kita dengan doa yang sama, masyaallah betapa Ar rahman, Ar rahim nya pencipta kita. Ilmu tanpa amal pun rugi banyak, apatah lagi kalau asyik dok sebut mati tapi Al-Mulk dan As-Sajadah belum lekat lagi sebagai persediaan sebelum tidur malam. Haahh, gituu sebagai penutupnya. Meh hug sikit tepuk belakang yang ada hati masih tercalar-calar dengan pandangan mata yang menipu bila melayari medsos. Ingat apa yang terpapar hanya satu persen saja dari kehidupan mereka, yang pedih, pahit, kelat, semua simpan rapi sebab kita semua nak senyuman ikhlas dari hati bila melihat kegembiraan dan kebahagiaan setiap orang. Kita memerlukan semangat, motivasi juga dari orang lain walaupun sedikit. 



Ku suka tengok Marion Counter dan Chrystan_x, dalam pada perkongsian mereka pergi ke serata dunia, ku selalu sebut masyaallah mereka dapat  merasai sehebat-hebat nikmat dunia, moga Allah pun kurniakan daku sehebat-hebat nikmat dunia akhirat, ku doakan mereka dikurnia hidayah. Sebab pengakhiran kita dan mereka tak tahu kan, mungkin lebih baik dari kita nanti, who knows? Hidayah itu milik Allah, once Allah kasi hijrah tak siapa boleh halang. Dan ku syukur mereka share apa yang mereka nikmati, baca pun dah seronok, apatah lagi lalui sendiri, moga nikmat yang sama kita dapat di alam sana nanti, amin. Nak tunggu sendiri sampai tempat tempat amazing seluruh dunia, macamkan mustahil, cukup baca perkongsian mereka pun dah rasa semangat sebab boleh tengok tempat orang. 



So begitulah, banyak jugak part sekarang yang orang dok share dulunya ku dah share sebelum datangnya waves kurung orang, Allah Maha Mengetahui, yang dulunya dok kecam maki, mula share benda yang sama ku share dulu. Begitulah, serah kat Allah belaka, nak memahamkan  manusia lain bukan tugas kita, nak bukakan mata hati, minda manusia pun bukan tugas kita. Yang dah terjebak, rasa pergantungan too much dah kat benda yang orang dok share suruh boikot ni, tak payah pressure diri, slowly and surely cari alternatif dan berdoalah Allah kasi kita jalan keluar yang terbaik. Moga kita semua dapat semangat yang sama hebat seperti anak-anak Gaza, amin.