Day 26 – A photo of somewhere you want to go

11.10.2011

Kalau ikutkan banyak je tempat nak pergi...yang penting dalam tempoh terdekat ne target nak kumpul duit untuk daftar haji lepas kahwin then yang satu lagi keep safe the secret...hehe (kita merancang, Allah jua merancang) so didoakan kami sentiasa dimurahkan rezeki kelak, nak jejak kaki ke tanah suci diusia yang masih kuat untuk mengerjakan haji...insyaallah..amin.
pic source:atozallnews.blogspot.com
Selain tu tentulah bab melancong je keje kalau tanya tang mana nak pergikan...So far tak kisah pun kat mana-mana...yang penting ada deruan ombak (sekali en.azham record bunyi deruan ombak, pastu kitaorang bercuti kat beranda rumah je, macam pantai jugak kata en.azham) okei dah terlebih imagine, siap ngan dialog sekali, memang sadis kalau macam tu...tak nakkkkkkk!tak nakk..over plak...macam betul-betul plak situasi tu-_-"  Harap en.azham tak buat macam tu...mmm. Apapun antara banyak-banyak pilihan tempat nak pergi adalah tempat yang ada pantai, atau pulau-pulau yang cantik. Pernah sekali bagitahu en.azham "awak, nanti kita g honeymoon kat pulau kita try air trekking nak?cam best jek tengok kat tv tu, mana tahu boleh hilangkan saya punya gayat"...muka tak puas hati en.azham "apa jadahnya orang nak honeymoon, ajak air trekking plak" itu saya agaklah jawapan dalam pale en.azham, pasal dia diam je takmo jawab..entah sejak bila ada penyakit gayat ne, tak puas hati betul, sebabnya masa muda remaja dulu aktiviti lasak adalah satu kegemaran saya..apapun pulau adalah tempat terbaik untuk bercuti...see saya memang tak demand nak pergi jejauh kat oversea sana pasalnya dah boleh pergi dalam mimpi...haha=P NZ and Switzerland still in dreaming..ngeehh

Barang Hantaran Asal Ada Vs Branded

11.09.2011

Cerita pasal hal barang-barang hantaran disebabkan memang saya ngan en.azham cut banyak benda untuk persediaan masuk rumah lepas kawen yang memerlukan belanja tahap hantuk-hantuk kepala, makanya barang hantaran saya yang cikai-cikai asal ada je. Namun semakin dekat nak kahwin ne dikhabarkan berita gembira ada sponsor untuk barang yang sepatutnya masuk dalam 'wishlist'. Diulangi 'wishlist' okei, maknanya entah bilalah nak dapat kan kalau dah masuk wishlist?. yeayyyy!love u so much ayahanda...tak sangka....nangis kejap, kesat-kesat mata...terharu. Terasa kesian kat diri sendiri...bila tengok saving makin susut, pastu ada plak yang simpati...lagilah nak nangis...emosi sekejapT_T. Apapun duit boleh dicari kata en.azham..pujuk!>_<. okeilah fine, inilah orang kata pengorbanan nak duduk bersama...sabar jelah, mungkin ada rezeki nanti...hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik buat hambanya....Alhamdulillah syukur dengan dugaanMu Ya Allah, semoga lebih kuat dihari yang mendatang, amin...
pic source: armaweddingcouture.blogspot.com~ cantik sangat kombinasi colour, tengah cari idea-_-'
Apapun hantaran branded memang langsung tak masuk list, sebabnya target 'asal ada' je atas bekas hantaran tuh. Malas nak amik kisah kalau ada mulut-mulut yang bakal berbunyi yang penting hidup lepas kahwin tenang...takde dop menyesal fikir burn duit kat mende merapu, tu je dalam kepala ni. Semua yang ada cuma beli untuk keperluan je. Anyway tu semua depends masing-masinglah, ikut kemampuan. Kalau tak mampu tapi nak jugak letak barang branded semata nak suruh orang puji ke hape, kepuasan sendiri ke, sebab sekali dalam hidup ke, lantak dikaulah, bukan guna duit daku pun...haha=p. Apapun pendapat haku ne sesuai untuk orang yang berbajet rendah macam aii neh..peace yooeww!>_<". One more thing, hunting time 'sale' memang berbaloi.

Note: baca INI untuk hilang stress...terkekek gelak...-_-". 

Pembaca Senyap adalah Pembaca yang Setia

11.08.2011

Pembaca senyap atau 'silent readers' yang mana mereka membaca entri kita tanpa meninggalkan jejak sama ada via comment, shoutbox dan sebagainya. Honestly, saya rasa macam tu, pembaca senyap adalah pembaca yang setia...walaupun pembaca senyap boleh dikategorikan dengan pelbagai karakter samaada sebagai seorang pembaca yang sukakan entri kita atau sebaliknya, seseorang yang tak sukakan kita tapi nak amik tahu pasal kita ataupun seseorang suka pasal kita dan memang akan amik tahu pasal kita, mereka tetap pembaca senyap melainkan tinggal jejak dengan komen sinis, ngee...macam-macam kategori jugaklah pembaca senyap ne, boleh jadi mereka adalah pembaca setia blog seseorang sebabnya kebanyakan mereka membaca entri kita secara details dan kalau boleh setiap post lama dihayati dengan baik. 
Pembaca senyap ne, boleh dikategorikan pembaca yang sentiasa tunggu kita update ape cerrr kat belog. Seronok begitukan, even tak banyak komen diterima, namun jejak kat traffic membuktikan pembaca senyap salah seorang penyumbang traffic. Kebanyakkan pembaca senyap tediri daripada orang yang kita kenali, dan ada juga yang tidak kita kenali yang suka membaca tentang hidup kita. Mereka tak kisah tentang apa yang kita tulis, setuju atau tidak mereka hanya membaca dengan setia. Ada blogger yang suka akan silent readers dan sebaliknya..tapi saya tak kisah, asalkan jangan jadi duri dalam daging sudah-_-"..By the way tak kisah lah pembaca senyap atau tidak sekurang-kurang saya tahu saya ada pembaca setia. Terima kasih en.azham dan adik kakakku. Mak in progress baca belog kudus saya ne...hehe. Apapun sayang mak...ayah juga. eh lari topik>_<"..

Note: Thanks for reading=)

Adakah Nasi Arab Berkhasiat

11.07.2011

Yup salah satu menu feberet saya adalah Nasi Arab...entah kenapa dan bila suka menu ne...apapun nasi arab memang masuk je dengan tekak melayu ne...haha...Setiap kali melihatkan berjenis menu nasi arab, saya hanya order Mandy Lamb... memang suka..dah jadi feberet...kan dah mention dah atas tadi-_-". Sekali sekala boleh lah layan kan aje selera tu...namun saya rasa nasi arab ne ada khasiatnya yang tersendiri...Beras untuk buat nasi arab biasanya guna beras basmati, membekalkan vitamin dan mineral yang tinggi, tiada kolestrol langsung dan rendah kandungan sodium. Tidak mempunyai glutin, kandungan asid amino yang tinggi beserta glukos yang membekalkan tenaga kepada badan kita. Banyak kan khasiatnya. Tambah pulak khasiat daging kambing. Memang superb!Kita banyak salah faham dengan daging kambing, jantunglah, darah tinggilah, kolesterol tinggilah, semua nak kaitkan dengan daging kambing rupanya semua tu silap. Sedangkan daging kambing sangat banyak manfaat dan khasiat. Malah daging kambing berfungsi sebaliknya mencegah darah tinggi serta obesiti juga pengurai kolesterol tepu. See!! banyak sangat manfaat sebab tulah saya suka nasi arab tambah-tambah dengan daging kambing. The reason why cakap semua mende kat atas tu sebab nak tempek gambar makan-makan..kahkah=p , cover baikk gitu!
note: Laksa penang pun sedapppp!huhu
Namun bila bercakap part portion nasi arab boleh berkongsi makan untuk 2orang, saya sebaliknya...tak pernah berkongsi even dengan en.azham (pinggan masing-masing okei)
-_-" . Tak pasti berapa besar perut saya ne, tapi alhamdulillah even suka makan banyak perut tak pernah plak mengalami situasi ditakuti kaum hawa "buncit"...so sangat senang hati bila makan...bahaya betul! dan peristiwa di Al-rawsya bertahun lalu tetap menjadi ingatan dek penangan soalan kawan lama en.azham...kahkah=P...buat malu aje kan, badan macam tu, alahai bila bab makan macam membela (bela perutlah) -__-"