Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts
Indah hari ni kan? Actually mood happy sangat hari ni sebab mak ayah datang sini...ada kenduri sedara kat Damansara esok...namun saya berkemungkinan besar takleh join sebab ada kelas tengahari tu...(T_T)...rindu nak berkumpul ngan family...banyak cerita nak kongsi...hehe=p...apapun harap perjalanan mereka semua selamat...amin^_^. Tak sabar nak balik kampung jugak ...owh, yang pasti akan teruk dibebel mak sebab badan dah naik sedikit...(-__-), bukan sedikit, dari yang naik tu, naik lagi!grrr...nafsu makan tu!grrr...
Note: give up to diet!
Baru sudah menyental muka akibat geram...geram sebab jelessssssss.....erkk!terlebih tekan plak, <--takde kaitan apa-apa sebenarnya (-_-). En.azham saje mesej saya bagitau saya dia tengah berBBQ, bukan ber'babi queue' okei!grrr...dah lah tak ajak orang, pastu sengaja mesej berbau ayam bakar...saya tahu motif utama dia tak bawa saya sekali...mungkin saya makan banyak!En.azham takut saya habiskan ayam-ayam yang ada, maka stok ayam kat dunia akan berkurangan dan akhirnya ayam pupus(T_T)...wuwuww. Saya pasrah.
pic source: wallpaperbase.com
Hampir saja meletakkan garam dalam hot nescafe saya tadi....tertukar balang gula dengan garam(-_-)...saya tak suka nescafe instant 3 in 1 tu, so kena buat lah sendiri..comel je kan?!haha...jangan cuba nak loya...haha=p.... Sekarang berasa sunyi sebab hanya ada lappy ngan TV sahaja, orang lain???jangan cuba nak buat cerita seram ! ini adalah amaran!...owh siapa tengok cite zombi semalam?!okei tade sapa layan....ending dia rasa cam kita plak nak makan otak zombi tu...grr, ai mean ending dia tak bestlah atau dengan kata lain tidak difahami...bukan main aje suspen habes!
Note: jom layan nescafe(--'')...hanya ajak-ajak ayam.=p
Sekarang entah cite korea yang mane plak fofular agaknya?…dulu bole jek layan cite camtu, tangkap leleh betul, kalah Hindustan…hehe, sekarang kalau layan pun confirm nak tahu je ending camne, dah jadi kurang suka dah dengan jalan cerita yang meleret-leret, kalau yang leret-leret mesti boleh agak jalan ceritanya. Itulah kelemahannya. Kalau kebiasaan plak hero nak ade lebih dari seorang, pastu berebutkan heroin yang sorang…apa da!kekadang boleh buat naik menyampah, tapi disebabkan paras rupa yang dipertaruhkan, makanya melekat jugak tengok, padahal dah tekad dan berjanji jangan tangkap leleh, alih-alih meleleh jugak airmata tengok… grrr(--“) Tak faham betul haku??? …Namun dalam banyak-banyak ranking drama korea, Fullhouse memang tak jemu nak tengok, sebab tu drama first yang tengok, so kalau cerita lain yang keluar mesti nak tuduh tiru cite fullhouse…haha=p…
pic source: hubpages.com~ entah gambar sape la ne
Tu cerita korea, kalau cerita indon lagilah boleh naik darah tengok…aksi cam &^%#$*, buat sakit hati saje tengok…grrr, memang animasi jugaklah yang terbaik…agaga=p. Mahu tengok cerita The Owl, sape ade copy??
tarraa..."30 day project" dah bermula, tapi maaf..sebab buat by random, pick yang mana berkenan dihati dulu, wakaka=p, nak ikut step satu-satu cam boring plak...so jawab ikut suka je lah...hehe...
who are you??siapa saya?err...jadi blurr plak bila tanya soalan camtu..jadi cam tiba-tiba plak tak tahu siapa diri ini yang sebenar...cewahh, tak tipu...who are you?mm...cam general sangatlah soalan kan...mau nya kena interview nak mintak kerja camne, tak terjawablah hai...hehe=p, tak tahu nak jawab camne?apa yang nak tahu ea?kalau nak describe pasal diri sendiri macam dah banyak entri yang secara tidak langsung describe dah diri ini...hehe, takmaulah cerita benda sama okei...kita tukar-tukar topic sikit kasi hangat...
pic source: topnews.in
ooo...satu yang tak pernah mention, suka makan betik...orang lain makan strawbery bagai, saya makan betik je...(--"), untuk pengetahuan ye, sekiranya betik dimakan setiap hari, diulangi sekiranya dimakan setiap hari lemak-lemak degil akan surrender, insyaallah..tak pernah lagilah diamalkan, makan time bila beli je la...nak kena tanam belakang rumah dululah jawabnya kalau nak makan tiap-tiap hari, sebijik pun dah 5ringgit lebih...alahai
(--")
note: sejak bila jadi beruang...
nak jugak...mata pun nak berdelima dilema jugak ke?ya..ya, nak buat macam mana..takmo tutup lagi, kang paksa tutup kang memang tak tertido lah jawapnya...terkelip-kelip, tergolek-golek...tak jadi hape, so dari buat mende alah tak senonoh camtu baiklah mengadap blog...haha=p, bole tak?ala..bolela..mengadelah!
hari ni mende yang paling tak patut dibuat adalah, tertido selepas asar bangun-bangun tu tengok scooby-doo... what da??...nak berblogging cam malas, lepas buat segmen en.Ben terus off lappy layan hindustan..bila plak haku minat depa..takpelah, memandangkan punggung panggung tidak boleh dilawati minggu ini dan seterusnya akibat pokai secara mendadak, masuk gaji terus pokai..ishh, nak marah betul pe'el perangai yang satu ne, entah bila nak menabung, dah tua bangka nanti baru nak terkejang-kejang simpan duit agaknya..demm!!(--")
pss: gambaran secara visual situasi dibawah
oo..kat kelantan hujan sepanjang masa laporan dari en.azham tadi...teringat masa dop makan semeja untuk bersidang membincangkan isu-isu semasa bersama family masa raya haji ritu...ayah saya tetiba senyap masa dop rancak bercerita, macam orang kata eh, malaikat lalu ke...tiba-tiba ayah cakap "eh, apa benda kat batang pokok kelapa tu, besar semacam!" drastik kami semua terhendap-hendap tengok apa benda...macam busut gitu kat pokok-pokok kelapa, sekali cik repunzel mencelah "entah-entah tahun ne banjir besar kot?!, tu yang diorang (merujuk kepada tuan rumah busut itu) dah bersiap-sedia buat rumah kat tempat tinggi'...ayah saya spontan " ahh, sudah, mungkinlah kot, dah lama tak naik air ne" ..mm...entahlah, susah nak jangka, yang penting get ready jelah.
note: Hujan itu rahmat, tidur itu nikmat(^_^)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Social