Akal Budi

12.17.2025

Kesian baca anak menantu mengadu jenis mak mertua ulang alik datang rumah every week, rimas, habis kacau plan. Kesian semua anak menantu yang tersepit ni ye. Sebenarnya luahan, makian, kutukan, umpatan untuk mak mak mertua kat medsos antara batu tara, sempadan, panduan juga untuk kita kita yang jadi bakal mak mertua orang nanti. Jangan hari ni ko kutuk mak mertua cemtu, suatu hari ko jugalah mak mertua sebegitu macam yang dikutuk dimakikan tu ekk. What goes around comes around  comes around, aku dah banyak tengok contoh depan mata. So bila dah kita experience gitu, do better soon, amin. 


Teringat kata-kata Madnor, "yang suka komen kalau tengok orang share resepi, eh ni salah masukkan bahan tu dulu, patutnya gitu, patutnya gini", "haaa! kau lah tu mak mertua orang yang asyik nak komplen menantu masak tak ikut piawaian tekak sendiri nanti-nanti". Tak boleh ke biar je dia masak macam mana asalkan akhir nanti penuh meja, siap juga makanan tu, sedap juga masakan jadinya. Hallah, hallah, semua benda nak komplen, orang hias rumah, masak, kemas, berjalan merata, semua tak betul, ada je nak dikata, semua benda nak atur ikut tekak cara sendiri. 


Ko tengoklah kat post mana-mana, komen-komen depa, kita dah boleh agak macam mana depa ni kalau jadi mak mertua, dia punya komen tak beragak, kaulah mak mertua hawau suatu hari nanti tu. Wkaka, padu terus madnor bagi, kita kalau hari ni asyik banyak komplen, asyik komen orang tak kena itu ini, memang sampai ke tua peel asyik komplen tu melekat. So train diri tahan komen kutuk orang, mengata orang, cukup tenung dan perbaiki diri sendiri, jwanjiihh. Tu sebab aku tak banyak komen, bukanlah semua setuju, semua tak setuju, tapi itulah hanya belajar menahan diri aje, takut-takut bodoh aku keluar, cukuplah bodoh kat blog aku sendiri aje nahh, wakakka.


Mak ayah, mak mertua aku sendiri dah contohkan sesuatu' yang baik untuk aku teladani. Tak payah tengok orang lain, cukup orang tua aku tunjukkan depan mata aje. Yang baik of course  aku amik apply, insyallah. Aku dah siap-siap pesan kat anak lelaki dan perempuan, dah kahwin jangan ada niat nak duduk sekali dengan kami, pandai-pandai urus keluarga sendiri, cari rumah sendiri, balik sekali sekala okay. 


Mak ayah aku jenis straightforward tegur anak-anak kalau tak kena, sama juga kami anak-anak bila ada mak ayah rasa tak kena kami kasi je pendapat kami sebagai anak-anak kat depa. Alhamdulillah kami memang boleh terima pendapat, kritikan membina tanpa ambil hati, tegur sebab sayang antara satu sama lain. Yang penting komunikasi kena padu, jangan dok main berlapik, kias-kias, teka-teka,  communication breakdown ni memang worst effect ye. Macam aku laki bini, kalau aku dengar ayat "abang nak tegur sikit ni" ahhh, sudah..terus berderau putih muka, ghisau, ghisau aku merentan kes sentap kena tegur benda betul, wakakka. Sama juga "maaf ye abg, baby nak cakap ni"...ahh sudah, elok berderau sesama dari orang lain yang menegurnya. 


Nak buat rumah sendiri pun jangan dekat dengan rumah kami, aku cukuplah pengalaman membesar dengan anak beranak sekeliling rumah, cukuplah pengalaman tu untuk aku tak apply dalam kehidupan aku dan keturunan aku nanti, pergilah korang nak duduk merantau mana-mana even if satu negeri pun jangan dok depan mata aje, dok jauh sikit kasi luas pemandangan tu, as long as kehidupan baik-baik saja, ups and down dalam rumahtangga tu biasalah, if dah susah sangat jangan malu minta tolong, dan rumah kami akan sentiasa terbuka terima anak menantu balik mengadu. Rumah anak beranak sekeliling ni, ada pro's and cons. Di masa muda ni merantaulah, bawa anak bini keluar pergi tempat berbeza, buang jumud dalam fikiran tu, biar terbuka sikit minda, world doesn't revolve around you. 


Kami ni ada fasa balik rumah mak ayah, ma kena tanya dulu depa ada program apa-apa tak?kalau tak ,balik gigit kuku jari aje, sibuk program rutin mengaji, ziarah kawan-kawan, bercuti situ sini, aku happy sekurang-kurangnya mak ayah, mertua aku padatkan jadual dan Allah atur kehidupan mak ayah terselit juga menguruskan kehidupan orang lain yang perlukan bantuan, dan urusan sebegitu bantu depa lebih sihat, lebih aktif dan tak duduk diam. 


Orang tua, even orang muda sekalipun kalau tak disibukkan rutin memang akan menyibuk dengan urusan kehidupan orang lain, tu yang banyak kisah masuk campur tu, cerr tengok aktiviti depa sehari-hari buat apa? Orang tua ni kalau kehidupan mereka baik-baik saja, takde masalah kewangan, takde masalah anak-anak cucu menantu, even benda kecik pun depa nak besar-besarkan, sebab apa? Sebab takde kerja rutin nak buat, terlebih masa nak memikir hal orang. Tak caya perhatilah. Depa kalau sibuk benar memang depa tak sempat nak masuk campur kehidupan orang lain. 


Aktiviti mereka macam tu buat depa bergerak sentiasa dan itulah kunci sebenar sihat dimasa tua iaitu kena bergerak aktif. Orang tak setuju kalau kata macam tu, tapi sebenarnya memang itulah jawapan nak sihat bila masuk warga emas, otot-otot yang melemah kena bergerak untuk terus sihat. Bila ada rutin, jadual penuh, depa tak sempat overthinking, comparing to others life. Kalau follow orang Jepun punya konsep depa apply kat orang tua sana, itu yang terbongkok-bongkok masih bekerja, sebab nak depa bergerak, valid jugalah kat sini, memang orang tua kena bergerak lebih, untuk make sure their brain function optima sesuai pertambahan umur. Lani aku terinspirasi tengok orang tua buat weight lifting workout, mak aku siap beli dumbbell dan kettlebell, bab bergerak aku tak risau sebab tiap-tiap hari mak ayah aku naik turun tangga 15-20anak tangga, rumah kat kampung tinggi benau, tapi ada kebaikan juga rupanya. Depa memang bergerak buat senaman lutut tiap-tiap hari.


Tapi janganlah konsep bergerak 'pergi mari' tu kau pi ulang alik jenguk anak menantu cucu. Orang tua pun kena ada common sense. Ye, depa pun ada kehidupan sendiri, ada rutin sendiri, depa nak balik depa akan balik, jangan dok mengatur sangat kehidupan anak-anak ni, ibu bapa once dah menjalankan amanah dengan baik, tak payah suruh paksa anak-anak bagi duit tetiap bulan, tak payah paksa depa balik kampung, they willingly doing it dengan hati terbuka. Jangan ada niat dalam hati tu sekelumit untuk anak balas jasa, sebab tu amanah, jangan salahguna title mak ayah tu ye. 


Jangan nak mengungkit-ngungkit jasa, pengorbanan masa besarkan anak tu, rugi, habis kosong macam tu aje pahala, takde ikhlas dah kalau mengungkit. Sia-sia habis berpuluh tahun besarkan anak, last-last mengungkit aje kerjanya. Benci aku baca kes-kes macam ni,yang mengadap real situation tak tahulah macam mana.


Aku, cukuplah anak membesar elok, bagi bimbingan, apa keputusan ikut kaulah, ilmu, jalan, semua dah bagi, then pandai-pandai pandu, urus hidup sendiri nanti. We support dan doa. Anak-anak, ada mak bapak baik, tak banyak cekadak jangan pula kau ambil kesempatan, nampak orang tua suka layan cucu, setiap masa kau tinggal anak-anak kat mak, benda cemni jangan buat ringan, jangan buat andaian sendiri, tanya directly, orang tua ni dengan anak-anak banyak yang tak tergamak nak tolak, anak-anak ni lah kena tinggi common sense as do parents. Sebagaimana mak ayah membesarkan anak-anak tanpa susahkan orang lain, kita pun applylah cemtu, sekali sekali ada urusan tak dapat elak tu lain cerita. 


Ada ye jenis anak menantu zero common sense and empathy ni, tak membantu malah menyusahkan. Biasa orang tua ni kalau boleh nak fasa bertenang-tenang dah. Takde dah nak kena sampai mengasuh cucu, depa sekali sekala anak cucu balik, layan masa tu okaylah. Tapi anak yang takde common sense dan zero empathy tak reti nak baca dan tafsir, perhati juga ye. Kalau rasa malas nak jaga besarkan anak ni, then konsep 'childfree' suit for you.


Orang tua ni memang tak gamak nak bagitahu anak-anak directly biasa takut anak terasa hati, ni yang jenis lembut,tak sampai hati nak tolak kalau anak-anak minta tolong tambah bab melibatkan cucu. Kalau dah mengasuh sampai title atuk nenek tu bertukar jadi macam mak ayah cucu, kesian ye. Jadi mak ayah ni kan sebenarnya takde rehat dah sampai mati, tapi janganlah anak-anak nak menambah beban orang tua, kasilah depa nikmati golden age tu, dan mak ayah pun janganlah ambil kesempatan sama guna ticket syurga bawah tapak kaki, betul tu ye, tapi suka ke kau eh anak-anak dok rasa bersalah kat mak ayah asbab nak penuhi nafsu kau yang tak habis-habis,rumah kata pergi, kubur kata mai. 


Sudah-sudahlah ek, sebagaimana kau nak anak-anak respect, respect juga kehidupan diorang. Kita ni tinggal sisa-sisa hidup aje, depa panjang lagi kehidupan nak lalui, cycle of life. Kita menua, anak-anak mendewasa, cucu nak membesar, kita mati, anak-anak menua, cucu cicit bina kehidupan and the cycle goes on. Manusia bila dia common sense tinggi setiap situasi dia akan pandai seimbangkan. Macam kehidupan rumahtangga ni kena waras, rational. Letak kita and partner sama tara, share pendapat dan feeling tu, adil tu bukan semua kena sama tapi adil untuk semua situasi yang berbeza.


Dah kata banyak merasa garamkan? do like you said. Ini tak, lagi buruk perangai ditunjuk. Tak pelik kena buang kat anak-anak. Biar semenggah sikit perangai tu, sebab tu ada doa khas untuk orang tua amalkan takut-takut perangai buruk tu lah menyusahkan anak-anak nanti. Sebenarnya kalau hidup berpandukan apa yang Allah suruh buat,patuh, insyallah jalan cerita kehidupan insyallah baik-baik saja, patuh apa yang Allah dah bagi panduan, ikut apa yang Nabi kita buat, insyallah kehidupan smooth walaupun banyak halangan ujian. Tapi itulah ramai pilih ikut hawa nafsu. Just reminding myself yang makin menua ni. Tak kiralah kita di title apa. 


Boleh kata common sense a.k.a akal budi ni, (adab+akhlak+ihsan+empathy+iq+esq+emotional intelligence+experience+logik akal/rational), ka banyak lagi gabungan, haishh. So jangan ingat orang ada sijil ada commen sense, ada PhD sekalipun yang zero commonsense, out terus and vice versa. Tapi jangan dok ingat pulak yang takde pelajaran tinggi akal budi, orang yang berakal budi tentunya orang berilmu. Hari ni memang ramai manusia takdak common sense termasuk yang dah tua-tua, tak sedaq diri, asyik nampak yang muda salah, dok berasa diri betul sampai sudah. Sama jugalah yang muda, biadap, tak boleh orang tegur,  akhlak entah ke mana. Yang masih tinggi common sense ni, alhamdulillah moga menjadi ikutan dan contoh buat yang lain. 


Apapun common sense today memang teruk benau dah, tak tahu mana yang lompang dalam didik anak-anak, this is big reminder jugak untuk aku yang sedang didik anak-anak sendiri. Apapun semua bermula dari rumah, dari sekecil-kecil rutin, bangkit dari tidur, katil takdenya dia terkemas sendiri, tandas guna setiap hari, tahu nak tinggal tahi dan flush,takde jadi bersih dengan sendiri kalau tiap-tiap hari guna semata aje, sebab tu cuti sekolah ni, kasilah anak-anak 'power' untuk depa involved dalam semua aktiviti dalam rumah, mak-mak anak-anak cuti sekolah ni, jadilah 'pemalas', kadang kita ni mak-mak always ada trust issues dengan kebolehdayaan depa untuk serah rutin kerja rumah, sapu tak macam kita sapu, basuh tak sama macam kita basuh, lipat kain tak macam kita lipat, give them a chance, kasi depa sedia makanan dan buat. Simple thing tapi dari benda cemnilah improve their common sense.


Contoh kita rasa simple tapi tak! untuk yang tak pernah involved beli barang basah, ikan selayang vs ikan selar tak boleh beza, halia vs lengkuas tak tahu mana satu, so dari situ kita give them a chance lah pergi pasar cari bahan masak, give them total power, lani settle dah masalah nak masak apa, nak beli apa, tahap professional dah, sebab apa?sebab bagi total power untuk depa belajar dan buat. Tak kasi buat, sampai sudah, tahu-tahu nak makanan masakan penuh meja, tapi satu benda pun tak tahu apa yang perlu ada untuk siapkan makanan atas meja tu. Dan lagi teruk, depa tak tahu pun perlukan duit untuk beli semua tu. Sebab tu ada certain manusia, dia komplen bila atas meja asyik lauk telur aje, tapi duit nak beli lauk tak pernah hulur, ajeee yang tahap benak benorr dah tu, alangkan common sense nak ada ye kalau dah cemtu gaya! Contoh! Bagi trust untuk suami/anak buat keputusan sendiri, jangan esok-esok anak nak beli tilam tidur pun kena tanya mak dulu. Erghhhh!!!! 


So mohlerr kita asah akal budi diri, anak beranak kita, bermula dari kita aje. Kalau tak sikit-sikit nak salahkan orang aje, yang ajar kat sekolah, yang ajar kat tuiyen, yang ajar kat kursus, yang ajar kat rumah buat buta tuli, idoknya berbekas kalau hari-hari tak asah. Akal budi ni memang penting sehari-hari, tak kisah dalam situasi apa-apa pun, tambah lagi dalam hubungan kekeluargaan, rumahtangga. It's whole aspect in your life, takde yang ni boleh disamakan dengan ..................... Ingat!Manusia satu-satunya yang dikurniakan akal, guna baik-baik. 


Soalan kritikal untuk perlakuan anak-anak aku yang biasa aku suka soal bila depa gaduh mulut/kelaku. 

1. Suka ke kalau orang kata macam tu kat kita balik?

2.Suka ke kalau orang buat kat kita balik macam yang kita buat?

(Sebab commonsense ni banyak libatkan perbuatan/perlakuan dan kata-kata je biasanya). So keep repeat that question,make sure depa jawab, apa patut buat/reflect, suruh depa kasitahu impact kalau buat juga, suruh depa fikir nak buat solusi macam mana. Ni melibatkan banyak benda, critical thinking, problem solving, etc. Dalam bab akal budi ni memang akan ada berlaku kesilapan, sebab dari kesilapan, kesalahan, kegagalan, depa tahu ada yang betul dan tak betul, patut tak patut, yang tak betul kena tegur, yang tak patut buat jangan buat. Jangan buat tak nampak, tak tahu, lagi lagi sebagai mak bapak ni, jangan jadi enablers ye.


Selalulah doa nahh, moga Allah tuntun kita setiap saat, jangan dihilangkan rasa 'manusiawi dan kehambaan' dalam diri. Peganglah moto diri sampai mati, jangan pernah merasa diri lebih baik dari yang lain. Bila rasa baik sangat ni, orang tegur pun boleh menggelupur perginya. Ghisau akhir zaman ni banyak nauu ujian kiri kanan belakang depan, atas bawah, setiap penjuru datang attack nak suruh setan dalam diri keluar. Allah. Bab akal budi ni, kalau buat research paper pun boleh beribu page ni. K daa. Actually nak taip cerita Kuala Rompin, tapi susur galur cerita hilang di tengah jalan, next year punya azam, setiap road trip tulis on the spot. Aku nak buat recap sekali dengan list azam(even sama je every year, pedulik ahh) moga rajin, kihkih insyallah.


Xoxo, 
Mak baran + gentle ikut situasi

Normal ke?

12.12.2025

Terbaca di hari Jumaat yang mulia ni soalan, "Normal ke weh. Tiap kali lalu je gambar Makkah ni, video Makkah ni. Mesti airmata berjujuran jatuh. Padahal aku tak pernah jejak kaki pun lagi dekat Tanah Suci Allah ni."


Tak tahu nak kata normal ke tak? Tapi yang aku alami sejak 2018 sampai dijemput ke Baitullah, memang akan menangis kalau naik video FYP kat Instagram orang keliling Kaabah dengan lafaz Talbiah, air mata tu auto keluar, aku pun tak tahu kenapa, the best thing sepanjang kejadian macam ada je post lalu "anda akan jadi tetamu VIP umrah" macam tulah lebih kurang quotes nya. Kerap kali sangat. Memang tiap kali buka Instagram, itu yang lintas depan mata aku dulu.


Betullah, dan tepat sungguh aku jadi jemputan VIP kat sana, dari turun rumah, naik Vellfire dijemput dua 'bodyguard' sampai ke airport. Balik dari umrah, empat sekali 'bodyguard' datang jemput di airport, naik Vellfire version lain plak, hantar plak sampai depan rumah, dah pergi satu sen pun tak keluar duit, duit belanja apa semua dah tersedia, ibarat bawa body dan roh aje. Rasa macam tak lojik dek akal. Tu yang aku sekarang pun macam percaya tak percaya lagi lalui pengalaman macam tu. Naik Vellfire je pun!wei aku tak pernah seumur hidup naik kereta mewah,mungkin kecil kat orang lain, besar untuk aku. Dahlah pergi menikmati aje semuanya. 


Tak lagi cerita semua perjalanan dari awal sampai akhir sampai aku jejak kaki kat tanahair balik, pun semua smooth, sikit pun takde masalah. Allah. Tu yang sedih sangat kalau mengingatkan detik atas kapal terbang masa penerbangan balik dari umrah. Ingat lagi orang sebelah offer tisu sebab aku menangis teruk, yang pasti basah tudung depan aku buat lap air mata, kesnya tiap kali tengok skrin yang update jarak Baitullah yang makin menjauh. Sedih tak tahu nak cakap. Aku menangis teresak-esak, sambil doa moga Allah jemput aku lagi.


Tak lagi cerita semua yang terlintas kat hati aku, bisikan hati aku, semua Allah makbulkan. Aku ni dahlah banyak dosa, Allah ni Maha baik, Maha Penyayang sungguhlah kat HambaNYA, aku sedih, sebegitu je Allah nak bagi kalau aku minta dengan penuh harap, sebegitu aje Allah nak penuhi, dia macam "haa, mintalah, aku nak bagi je ni semuanya" cemtu ibaratnya. Semua apa yang aku terlintas kat fikiran sekalipun, Allah bagi kat Madinah, kat Makkah. Sobs. 


Kenapa 2018? Sebab masa tu suami aku dijemput kali pertama untuk menunaikan umrah. Imaginelah aku baru nak habis berpantang lahirkan anak kelima, time ni memang aku sedih sangat, yelah mak-mak pantang ni fragile sikit emosinya, even anak-anak aku yang lain dah besar sikit(7tahun kebawah) aku risau macam mana aku dengan anak-anak nanti, sedih pun ye sebab suami nak tinggalkan aku handle anak-anak sorang-sorang, alhamdulillah parents aku support system masa tu. 


Tapi tetap jugalah sedih datang dalam fikiran aku dan hati aku berbisik " Ya Allah, sedihnya, kau jemput suami aku je, aku pun nak pergi juga". Memang hati dan perasaan aku sedih sangatlah masa tu, rasa tak adil sebab suami dapat the best me time, buat ibadah takde siapa kacau. Aku ni dah lah anak berjujuk, tengah melasak lagi semua. Nak solat pun berlumba-lumba dengan peel anak-anak. Bisikan hati aku macam tulah masa tu, rasa cemburu, rasa tak adil, rasa macam entahlah. 


Tapi aku ingat betul moment dan feeling masa tu, dalam kesedihan dan kecemburuan aku, aku tenung anak dipangkuan aku "tapi kalau Kau jemput aku Ya Allah di waktu ni, tentu aku berat hati nak tinggalkan anak sekecil ni, sebab anak aku lebih perlukan aku untuk menyusu" terus merembes airmata antara sedih ditinggalkan dan meninggalkan sambil tenung anak kecik aku.


2022 datang lagi, lepas aku beranakkan si bongsu, aku habis pantang 60hari, sekali lagi suami aku dijemput menunaikan umrah, kali ni bisikan hati aku dah tak tertahan dengan rasa cemburu dan iri hati. Aku ni, selama dok tengok orang lain dijemput umrah sikit pun tak terusik perasaan aku, aku happy, untuk suami pun tentulah aku happy juga, tapi tak tahu, entah kenapa perasaan cemburu tu terselit mai sekali lagi dan aku boleh rasa, wehh takkan nak tipu diri sendiri pulak ye. 


Memang aku cemburu sampaikan dalam hati aku menjerit "Ya Allah dua kali kau jemput suami aku! Aku ni banyak dosa sangat ke Ya Allah sampai kau tak mahu jemput aku jadi tetamu Mu". Masa tu aku menangis sorang-sorang melayan kesedihan hati sampailah anak aku merengek, aku menangis lagi teruk sambil tenung si bongsu, dalam hati aku berbisik "Ya Allah jika kau jemput aku masa ni tentulah aku berat hati meninggalkan anak kecil ni, aku perlu susukan anak aku, aku redha ya Allah, takpelah kau terimalah umrah suami aku, tapi jemputlah aku jadi tetamu-Mu yang terpaling istimewa nanti" terus aku berhenti nangis sambung layan anak, susukan si kecik. Then gone macam tu kesedihan tu. 


Cuma itulah, jadi macam yang orang tanya tu, episod menangis tu, air mata tu laju sangat bila nampak video dan dengar orang bertalbiah depan Kaabah. Bersambung dari 2018 ke tahun 2022, sambung lagi ke tahun-tahun seterusnya, menangis lagi jawabnya. Hinggalah akhirnya dijemput betul-betul dok depan Kaabah. Allahuakbar, nikmat apa lagi didustakan.


Suami aku tak pernah tahu pun bisikan hati aku tu until balik umrah baru ni, aku ceritakan semua kat mak ayah, adik beradik. Semua orang kat meja makan, menjejes air mata sebab depa kata mudahnya aku dapat pergi umrah. Sedangkan tujuh tahun aku merindukan tanah yang tak pernah sekalipun aku jejak. Dan sungguh, Allah jemput aku jadi tetamu paling istimewa, suami aku pun cakap, dua kali pergi sebelum ni, tak pernah rasa seistimewa ni, aku senyum. Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaanMu. Rasa macam "Ya Allah, Engkau tahu apa yang aku bisikan dihati".


Tak mudah ye rindukan benda tak pernah rasa lagi, tapi bila dah rasa, lagilah rindu Ya Allah. Tapi sungguh tak terkata jemputan Allah ni kita tak sangka datangnya bagaimana kat kita ni. Pesan aku, tetaplah merindu sampai Allah menjadikan kamu tamuNYA". Aku doakan semua yang baca coretan ni, Allah jemput kamu semua dalam sebaik-baik keadaan dan menjadi tetamu istimewanya juga. Amin yra.


Xoxo.
Terus merindu.

Overconsumerism

12.04.2025

Nak kata kita makhluk yang penuh hawa nafsu,aku la tu antaranya. Bila buat declutter untuk tahun ni, menangis tengok barang-barang,padahal jenis beringat-ingat dah bab shopping ni. Aku follow jugok yang share minimalist tu, untuk yang takde anak memang praktikal untuk kita anak berjujuk ni, ada part aku terlebih beli benda takde keperluan. 



Aku dah lama block dan unfollow influencer yang merisikokan aku buat annoying buying, aku menyesal. Aku ni mudah terpengaruh sikit tengok orang promote, sekali dua lalu takpe lagi, dah banyak kali lalu, aku check out cart tanpa fikir panjang, huahuaa. Tu sebaiknya aku block, aku pun pelik jugak demey-demey yang suka penuhkan barang dalam rumah ni, tapi mungkin dah terbiasa mungkin no hal dan segala mala barang tu mudahkan urusan mereka. Korang kalau nak beli barang ni kena matchkan dengan practically barang tu untuk kita.



Macam aku ni memang tak suka benda yang rumit, menyusahkan, simple like batang penyapu vs cordless vacuum tu, aku pilih penyapu, antara cordless vacuum vs vacuum wired tu, aku pilih wired vacuum sebab part sedut lagi power even wayar berselirat tapi function sangat-sangat banding cordless vacuum tu. Flexible ye, tapi tak function sangat. Contoh. So nak beli barang-barang terutama electric ni kena fikir panjang, betul-betul dan kerap guna baru berbaloi.


Sama juga bab baju, aku since lahir anak kedua, aku dah fikir bab baju ni memang nak beli yang mahal sekali sekala takpe, tapi untuk baju basahan, better cari yang sedang-sedang. Sebab anak-anak kalau tengok macam takde perubahan pun, tapi sebenarnya dalam 4 bulan sekali depa dah berubah ketinggian dan saiz dah, jadi nak selamat dan jimat belilah yang berpatutan tapi selesa nak pakai. Murah sangat sampai tak selesa nak pakai pun tak okay juga ye. Macam aku guna rules box size, if baju dah lebih sampai penutup box tak tutup rapat then baju dah overconsume, wajib buat declutter.  Biasa aku bab baju jalan-jalan anak-anak setahun sekali renew bukan sebab baju tak elok, tapi saiz dah berubah, senteng, tak muat etc. Yang ni pernah ku cerita dalam entry.


So bulan Disember  setiap tahun aku buat overhaul semua barang dalam rumah ataupun aku rasa tak best, vibes serabut rasa macam tepu je memang aku pergi belek apa yang dalam rumah ni tak selesai, barang yang lebih dari tiga bulan aku tak guna, tak pakai, memang masuk port untuk dikeluarkan dari rumah. Tak kira perabot, pinggan mangkuk, Tupperware, stok makanan yang expired, barang elektrik, pakaian tu wajib, buku-buku, toiletries, barang-barang atas meja/rak solek semua aku cek clear, wehh kalaulah berat badan boleh clearkan sesenang macam tu kan? Sobs. Aku ni kalau sentuh part berat badan mulalah, nafas tak teratur, sebak, nak menangis. 


Tukar topik sebelum aku menangis. So memandangkan dah masuk awal bulan dua belas ni antara aktiviti yang memacu hormon bahagia aku, boleh clearkan barang  dalam rumah tanpa fikir panjang, wakakaa. Asal boleh clear, boleh start dengan rasa 'ringan' biji mata memandang isi dalam rumah, lapang, tak banyak barang. The best thing ever we did masa beli peti sejuk baru dulu, dari size besar gedabak peti, tukar size kecil, the best investment for us sebab sebanyak 60% pencent penjimatan barang dalam peti dibeli semuanya takde buang-buang dah, peti clean and clear setiap kali hujung minggu, dan kami topup ikut kegunaan yang optimum. Duit lebih tu lah banyak tukar ke option travel dan saving. Barang dapur dan keperluan mahal ye sekarang, jadi memang kena beringat-beringat. Yang konsisten berkebun, ku salute, banyak dah saved kat situ kan? Aku tahap berkebun tu tak sampai jadi satu cycle lagi, insyallah one day. 



Kat sini aku tak boleh nak bela ayam itik macam kat kampung, macam mak aku kutip telur itik ayam je buat makan hari-hari, ada someone yang ku kenal dah tahap suppliers ayam tu dari kejiranan aje, best komuniti sekepala, tak semua tapi ada, kadang depa tukar guna sistem barter, barang tukar ke barang, tak makan ayam bandar dah, pergghhh. Ikan tangkap depan rumah, sebab depan rumah tu sungai. Tahap Bamroy dan madam tapi yang ni lagi advanced sampai tak keluar pergi pasar dah, minyak pun guna minyak kelapa dari kebun. Sayur?Buah? Keliling rumah macam dalam pasar dah. Nampak susah sebab nak ambil from the scratchs tapi berbaloi nah dia punya tiap kali tuaian tu, ala-ala westerner punya version dah, salute sangatlah. Kalau tahap-tahap aku ni masih mindset, benda dah ada yang senang, kenapa nak menyusahkan diri, huahua..jauh lagilah nampak gaya, hahaha. Berangan nak merasa juga tak salah kan? Slowly but surely jelah ye... insyallah,Amin.



So kamu dah buat declutter tak tahun ni? Moh kita, 2026 kita fikir-fikir lagi dan tambah berfikir lagi kompleks kalau ada barang teringin nak beli, jangan lupa snap barang nak declutter supaya kau tak ulang beli barang yang kau dah buang okehh, kalau dak sia-sia dan buang masa aje buat declutter. Seriously lapang kepala otak, dada bila dah buat clearing, rasa lapang, luas je rumah sebab banyak space dah dikosongkan. Kurang-kurang kalau terjadi bencana all those barang tak teruk sangat dah nak kemas,huhuu. Moga semua baik-baik saja ye, prepare execution plan and bag also, musim ups and downs tak habis lagi. 


Xoxo,
Recap on the mood.