Seminggu ni emosi memang tak stabil ye, banyak sedih, banyak rindu, rindu kat kekasih hati lain, rindu kat anak lagi lain ye. Tapi yelah, tengah fasa awal belajar melepaskan anak untuk berdikari. Memang sedih teruk ye, tiap-tiap pagi bangun dengan mata bengkak, tak mudah ye hati seorang mak ni, dalam masa hati tisu, kena juga kentalkan hati, vice versa, macam peperangan emosi kekdahnya. Rasa macam percaya tak percaya lagi hantar juga anak ke asrama akhirnya. Moody, unmotivated rasa melalui hari tanpa anak sulung kat rumah, tapi itulah tak boleh diturutkan perasaan dan hati, hari ni baru ada semangat nak catat apa yang dirasa.
Ikutkan hati kami laki bini tak nak anak duduk asrama, rasa tak puas lagi nak layan depa, sama juga anak, bila tanya dia pun tak nak duduk asrama, so kami pun memang tak nak paksa, jadi uruskan apa yang boleh dengan sekolah berdekatan, entah macam mana seminggu sebelum sekolah buka, anak kata dia okay untuk duduk kat asrama. Memang kelam kabut kami selesaikan urusan untuk sekolah berasrama. Tu yang jadi macam percaya tak percaya lagi anak duduk asrama dah, sobs. Dulu zaman daku melalui kepahitan untuk terima hakikat duduk asrama paksa rela tu memang menekadkan azam daku untuk tidak paksa anak tak duduk asrama, alih-alih plot twist diakhir minggu sebelum sekolah dibuka. Siapa sangka, sungguhlah yang membolak balikkan hati manusia ni Allah jua. Ku ada reason sendiri untuk dorong dan support anak duduk asrama bukan disebabkan kami hasil duduk asrama.
Melihatkan rutin anak seharian semasa bersekolah dan semasa cuti, better for him untuk duduk asrama. Sayang dengan rutin harian anak kat sekolah rendah, jadi kami decide supaya rutin harian mereka tak berubah. Alhamdulillah dengarkan suara anak hari ni more energetic, ku agak dia dah slowly to adapt surrounding kat asrama. Kadang kesenangan yang dilalui berisiko menjadi racun, sedikit kesusahan mengajar erti syukur kat anak, selalu bangun pagi mandi air panas kat rumah, sekarang kat asrama mandi air sejuk macam ais, tidur kat rumah berselimut tebal, tidur kat asrama berselimut ala-ala selimut hospital dan banyak lagi keselesaan lain yang terkorban di suasana berbeza. Ku doakan anak yang jauh dimata dekat dihati berlapang dada dan senang melalui kehidupan pembelajaran yang slow pace dikelilingi bukit bakau, ala-ala tempat camping. Belajar without stress tanpa mengejar apa yang tidak perlu, ikhlas menuntut ilmu untuk manfaat diri dan masyarakat. Amin.
Anak-anak lain alhamdulillah hari pertama persekolahan semua okay, dapat anak-anak tak menangis untuk sesi sekolah bermula pun satu rahmat besar dah, ku doakan yang diuji karenah anak-anak untuk masuk sekolah, moga terus kuat, sabar, insyaallah they need little time to adapt new place and surrounding, mak ayah sabar ye,banyak doa, insyaallah semua akan baik-baik. Bab anak sekolah buat perangai ni memang ingat kat adik bongsu lelaki dakulah, imagine camne mak ayah ku nak layan sebab depa berdua kerja, nasib baik masa tu daku dah habis spm, so dakulah yang tunggu hampir sebulan dari pagi hantar sekolah sampai habis waktu belajar, kena menunggu wehh, jenuhhh. Kalau dak ghiauu,haru biru kelas dia nak keluar ikut balik sama. Rupanya mak ayah daku dah train kesabaran lain macam kat daku masa muda-muda dulu, hahaha. Alhamdulillah anak sendiri tak payah tunggu, hantar terus balik. Masalah yang sekarang, anak bongsu yang baru 3 tahun dah berzikir nak sekolah juga, lain macam betul, sabar boleh tak? Tak puas nak peram kat rumah lagi, haisshh, saborr jelah.
Belajar melepaskan perlahan-lahan, tak mudah, tapi Allah tahu apa yang terbaik. Moga anak-anak jua, belajar sama. Belajar melepaskan untuk berhati baja, belajar melepaskan untuk langkah yang masih panjang, belajar melepaskan untuk menggapai harapan dan impian, belajar melepaskan untuk ruang dan peluang baru, fly high anak-anak ku, dan jua untuk anakanda lain yang menuntut ilmu.
Xoxo,
Mama terus kuat
Top Social