Gopeng Glamping Park

3.19.2024

Kali kedua kami datang berbuka dekat sini, kali pertama masa sarat mengandungkan si Hana, April celebration special kebetulannya masa tu. Lakiku memang tiap tahun pasti ada berbuka kat sini, tak datang dengan kami, dengan group office pergi berbuka. So kali ni pergi lagi sebab nak support minggu permulaan buffet Ramadhan, antara port bercuti yang tampak best, kami tak pernah lagi bermalam kat sana, ada teringin tapi tunggu anak besar sikit lagi insyaallah, biar depa dah pandai naik ATV sendiri, kihkih, baru berbaloi nak pergi. Tapi tengokkan aktiviti kat Gopeng Glamping Park ni memang best sangatlah. Adventure dan nature surroundings tu best. So confirm best pasal tiap kali kami pergi, memang anak tak nak balik, hihuuu. 


So berbalik cerita Mini buffet Ramadhan kat Gopeng Glamping Park ni, even selection tak banyak macam kat hotel, tapi memang berbaloilah dengan harga tawaran berbuka, RM48/dewasa dan RM28/kanak-kanak 5-12 tahun. Berbuka puasa ni nak makan banyak mana je pun, kita menahan haus dahaga, berlapar berbelas jam pun, makan lima ke sepuluh minit pun dah rasa kenyang tak menahan dah, begitulah nikmat ni. Sepinggan makanan masuk pun dah menyandor dah, hahaha. 


Mini buffet Ramadhan kat sini memang complete juadah masakan kampung, western. Ku rasa setiap kali buffet kat sini, memang menu berubah-ubah tak sama. Rasanyalah. Yang penting BBQ ada, masakan kampung, kuih-muih semua ada. Ooh, masakan kat sini sedap ye, cukup rasa. Ku pernah makan kat hotel lima bintang, presentation memang wow menakjubkan, cantik, nampak melting, tapi bila suap masuk mulut, tak kena, tak sedap, tak cukup rasa. Jadi jangan tertipu sangat dengan jamuan mata selagi tak rasa. Best kalau makan kat hotel tu pun kalau orang belanja, hahaha. Yang tak sedap pun jadi sedap. Tapi betul kat Gopeng Glamping park ni memang buffet dia best, kalau tak takdelah tiap-tiap tahun pergi. Sangat okay, sedap dan berbaloi kat tekak kami. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi rasa sedap.




Sukalah berbuka kat sini sebab surrounding mesra dengan anak-anak, tak bosan depa menunggu waktu berbuka, boleh main dekat playground dulu sementara menunggu. Ruang pun lapang, tak complicated even penuh dengan tent, kemas bersih, best views gituu. Complete semua facilities, surau, tandas. Pengunjung yang berbuka puasa pun depa limited, so takde rasa crowded dan serabut. Pernah berbuka kat somewhere, ingatkan hotel gah kenmain, surau okaylah, nak menapak pergi surau pun kenmain jauh, hujung bangunan pulak tu, seram mak. Adoii, kita dahlah ibarat ular sawa kenyang dah, nak tunggu lif dengan crowded, nak menapak lagi, uii memang ku tak nak join dah, hahaha. So kat sini memang chill betul, anak-anak pun enjoy je, sambil tunggu selesai solat depa bored main dulu kat playground. Kalau tak berpuluh kali dah dok ajak balik lepas selesai makan, tak nak duduk lama-lama, sabor jelah. Tu yang daku dah malas dah nak pergi kat tempat bertingkat-tingkat ni. Kat sini depa tak nak balik kes tak puas melepak, ishhh ishh, nanti kita overnight kat sini one day soon, insyaallah. 



Syahdu betul berbuka kat area kampung ni, terus rasa nak balik kampung wehh, ni pun tradisi daku jugak dari bujang sampai kahwin, at least ada moment berbuka dan sahur dengan mak ayah, tahun ni tak tahulah ada kesempatan balik berbuka dak dengan orang tua, kekangan waktu nak balik, moga-moga ada rezekilah nak balik awal sikit sebelum masuk satu Syawal. Doa dan harapan, gitulah. Ramadhan Kareem. 








Masjid

3.14.2024

Daku nih kalau bab timbul isu solat kat masjid, senyum ja baca. Kesian pun ada. Apapun bila jadi mak-mak, eh tak nyempat jadi mak pun, jadi isteri memang ku lebih gemar dan suka solat kat rumah. Ada anak lagilah daku malas nak pergi solat masjid, solat kat masjid hanya ketika bermusafir aje. Tu pun dah puas hati boleh singgah sekali sekala. Dah masuk bulan Ramadhan satu kelegaan besar buat daku dapat bersolat kat rumah, dengan keletah dan peel anak-anak even dah masuk umur empat lima enam tahun, ku tetap malas nak bawa anak-anak pergi masjid. Cukuplah depa masuk masjid masa bermusafir. 


Sebab ku ingat pesanan ayah masa memula dapat anak "tak payah dok jealous, rasa sedih, kecewa, rugi lah tak dapat pergi masjid bila terawih, afdal solat kat rumah je kita orang perempuan tambah ada anak kecil, suami pergi masjid iyye dah tu, pahala sama juga dapat kat isteri, jangan rasa rugi". Begitulah pesanan ayahandaku. Jadi ku tak pernah ambil port pun isu-isu mak-mak yang teringin, rindu nak pergi masjid. Biarlah depa, daku cukuplah pengalaman, nostalgia masa bujang jadi kaki masjid, lagi terpaling kaki masjid bila masuk bulan Ramadhan, mana tak rajin, penuh budak-budak tahfiz datang menuhkan masjid, hahahaha, hareyy sungguh niat sekali sekala nak usya bakal-bakal imam dedulu, kononnyalah. Part teman nenek pergi solat, part berlumba siapa terawih penuh sesama adik beradik dan sepupu sepapat. Begitulah memori daku pergi masjid dari zaman kanak-kanak, remaja, sampailah jadi single bujang. Memangku ambil peluang pergi terawih kat masjid. 


Jadi bila dah beranak pinak, makin menua ni, takde penyesalan tak pergi masjid masa muda-muda dulu dan atkde penyesalan bila tak dapat pergi sekarang tambah dibulan mulia ni. Rasa cukuplah memori dulukala mengubat kerinduan berjemaah kat masjid, insyaallah sampai masa sesuai Allah kasi balik rasa bahagia berjemaah dan beriftikaf kat masjid jika berkehendak. Gitulah. Sekarang kalau tersinggah kat masjid sedang elok masuk waktu, kira rezekilah dapat berjemaah, anak-anak dah besar dan cerdik, tinggal si bongsu yang paling kecil, ada kakak mengasuh kira okaylah, kalau tak gilir-gilir solat. 

Antara masjid yang teringin nak singgah


Apapun bawa anak-anak pergi masjid tak salah, yang salah bila takde common sense tak fikir jemaah lain. Tapi kita ambil peringatan juga akhlak yang ditunjukkan kepada anak-anak kecil oleh Nabi kita sebagai panduan. Kalau kita dah tahu anak macam mana bila ditempat awam, fikir sepuluh kali dulu sebelum buat keputusan bawa anak, kalau hingga menyusahkan dan mengganggu orang lain, tu satu hal. Satu hal lain, membahayakan anak sendiri, kot kita dok ralit solat, anak kena sauk kat orang, anak pergi merata sampai keluar masjid, masjid pula dekat dengan jalan raya, possible ye, tambah pulak jumpa sekumpulan baya. Haaa, naya. Sebaiknya solatlah kat rumah, jangan fikir adil tak adil, yelah suami pula bersenang lenang, tiada gangguan solat kat masjid.  Setiap perkara pasti ada sebabnya, yang pasti kita orang perempuan afdhal solat kat rumah dan pahala tetap besar. Toksah kalut. Kalau ikut memang serabutlah hai, solat pun anak dok ganggu, panjat situ sini, tarik telekung, lompat sana sini. Tapi takdelah hati dok risau anak pergi tak tentu hala, selesa pun lebih selesa kat rumah. Lebih mudah, nak jaga aurat, nak perbaharui wudhuk, macam-macam lagilah. Sekejap aje masa depa kecil ni. 


Kalau rasa tak boleh go nak solat masa anak dok aktif, cari masa anak tidur. Kita buat dia. Herlok jugaklah dapat solat kat rumah, kurang-kurang dapat jaga hati jugak dari bengkek bila acik-acik tak nak berganjak dari sejadah sendiri, nak kata satu saf bukan, tak kata satu saf pun bukan, tapi berjemaah. Pening sungguh, bukan lani ja peel cemtu, berzaman dah peel orang tua cemtu bila berjemaah, orang perempuanlah. Zaman daku budak-budak lagi, bila kosong ruang tak nak pula diri sendiri penuhkan, dok suruh orang lain pi penuhkan. Baik solat kat rumah la kalau tak nak bergesel bahu, sayang sejadah sendiri. Ke camne? Yang muda suruh beralah, yang tua tak reti-reti mengalah, begitulah. Kadang yang tua ni payah jugak nak diajar, kang tegur dikata kurang ajar. Apapun ingatlah, pergi masjid tunjuk akhlak baik, tak kira muda ke tua. 


Daku pun anak-anak dah bersekolah ni baru rasa tenang, chill nak solat, masa anak kecik-kecik , ya ampun terkejar-kejar, hujung waktu, terbabas, dan segala macam ragam, kecewa, sedih, tak puas hati, macam-macam feeling dah merasa, tapi itulah, semua yang kita buat layan anak-anak, niat sebagai ibadah kita. Moga ada pahala dan ganjaran, dikala orang lain bersolat sunat berganda-ganda, kita dok berkecah dengan anak-anak tak sudah-sudah sambil buat ibadah solat. Yang pasti tak selamanya begitu, ye dak? 


Kesimpulannya, masa muda,masa tenaga masih banyak dan paling penting masa masih berpeluang berjemaah kat masjid pergilah, lagi-lagi yang lelaki tu, yang perempuan ambillah kesempatan masa single, masa tak disibukkan dengan 'handbag-handbag' pelbagai saiz kiri kanan, depan belakang. Percayalah semua tu akan dirindui kelak sebab situasi takkan sama dah pada masa mendatang. Ingat peluang tak datang berulang kali, masa, umur, peluang sekali ja lalui belaka. Takkan nak tunggu masa dah tak mampu dok meraban meratib nak pergi masjid, mampu tu masa sihatlah, mampu tu bila ada peluang. Manfaatkan. 


Makan

3.13.2024

"Mama, haniy tak nak pergi sekolah esok!"

"Kenapa pulak?"

"Tak nak pergi, sebab memang haniy tak nak pergi!"

Aaa sudah, zikir anakanda sebelum tidur. 

"Dak aih, makanan tak sedap ke kat sekolah? "

"Sedap! Sedap makan kat sekolah, haniy suka. Tak nak pergi sekolah esok!"

"Kalau cemtu, mama tak bawa bawak haniy pergi beli makanan lah, tak nak bawa haniy pergi jalan-jalan"

"Nak juga! "

"Abis tu, nak kena pergi sekolahlah".

" Oo, nak beli susu lepas balik sekolah lah"

"Okay, bagus"

Macam tu je kena gula-gulakan anak, ugut pujuk bersatu, hahaha. Drama setelah hari ke lapan bersekolah. Tetiba tak nak pergi sekolah, terkejut mak. Biasa dialah orang first bangun, mandi dan bersiap. Pujuk beli makanan, settle, tapi kena keluar duit lah, entah siapa yang gula-gulakan siapa, sabor jelah. 


Bila tiba bulan Ramadhan ni macam-macamlah timbul tambah bab makan, makanan mahal, makanan tak sedap, makanan terlebih mewah dan macam-macamlah lagi berkaitan bab makan, tak cukup makan takdak bunyi, atau yang tak cukup makan biasanya depa tak bising-bising, yang terlebih makan ni biasanya yang bising. Tahun ni mungkinlah tak menjejaskan ramai orang bab belanja makan, ada orang tahun ni makan lebih mewah, lebih cukup begitu jugak sebaliknya. Yang penting dalam apajua keadaan pun bersyukurlah, sekurangnya kita tak macam saudara kita kat tanah rebutan tu, habis zalim kejam dah tak tahu nak describe macam mana dah. 


Kita? Bab makan ni beringat-ingat takut bab makan ni takut senjata makan tuan. Yelah, penyakit tu puncanya dari perut, makan tak tentu hala, ikut nafsu mendapat juga akibatnya, terlalu memilih-milih, cerewet pun tak elok, maka kuncinya bersederhanalah dalam makan-makan. Sekarang bila dah tahu kebanyakan supplier kuih muih kat hotel kebanyakannya dan majoriti non muslim, terus tak selera nak makan buffet kat hotel ku rasa mual memikirnya, entah dah berapa banyak telan yang syubhah sebelum sebelum ni. Nak cari hotel, cari yang tawarkan sajian halal, memang hotel ada sijil halal, pandai-pandai sendirilah ambil tahu. Karang kenmainlah puasa seharian, akhirnya berbuka dengan sajian yang syubhah dan meragukan. Pilihan diri sendiri belaka. 

Ramadhan kali ni ku dah set dua jenis lauk ja nak masak untuk berbuka, nak jimat masa, dan jimat makanan. Anak-anakku sekarang jarang nak makan nasi jadi kena masak benda lain macam mee, kuetiau dan macam-macam menu lainlah. Yang penting by the time pukul 6 ku dah settle masak. Biasa bulan-bulan ramadhan sebelum ni rapat juga ke waktu berbuka ku masak, yelah konon nak makan yang panas-panas. Sudahnya letih, terkejar-kejar nak buat ibadah, so tahun ni start chillex sikit nak fokus bukan bab makanlah. 


Dalam kepala ni sibuk juga dok mikir mana nak beli kuih muih, jenis peminat tegar kuih muih ni payah juga ye nak buang habit makan kuih, aduii. Memang kalah jiwa raga tengok kuih muih tradisional, nak buat memang tak lah. Nak mencari kat bazar ramadan lagilah malas. Ku dok imagine tahun depan nak jual nasi bungkus dan kuih muih, tapi itulah. Hanya khayalan semata, rindu nak masak banyak, tapi baru ja nak hilang letih mengasuh anak-anak, takkan nak sambung letih memasak seharian pulakkan. Tapi itulah, .............. 





Start

3.09.2024

Punya penat layan minggu anak-anak masuk sekolah, alhamdulillah seminggu dah anak mula bersekolah, semuanya lancar dan dipermudahkan urusan terutamanya budak yang baru nak up kenal suasana persekolahan, si Haniy. Dia punya excited sekolah tu sampaikan marah kita ambil awal, punya seronok kat sekolah. Asal tak macam daku dulu eh, dia punya berat, malas nak pergi sekolah tu, sampai terfikir macam-macam idea nak memonteng. Lain macam punya zaman, hahaha. Apapun masa sekarang daku lebih free pasal sekarang ada sorang je lagi nak cukupkan umur masuk sekolah, lepas tu daku memang free and easy, aishh nak buat apalah. Nak masuk kerja? Ramai juga kawan-kawan yang masuk kerja balik bila dah free macam ni. Daku sejenis perumah tak tahu lagi apa dia nak dibuat soon. 


Yang pasti bab jalan-jalan tu wajib dan pasti dah. Ahh, sedap sungguh berangan ye, hahaha. Diam tak diam, sedar tak sedar, Ramadhan bakal dilalui dan didoakan berpeluang nikmati bulan mulia yang dinantikan setiap tahun. Tak semua orang berpeluang, sedih pulak mikirnya. Kebanyakan dah berhabis duit untuk sesi persekolahan anak, untuk sesi raya kita beringat-ingat nohh, kalau takat baju raya macam baju prngantin, confirm pakai sekali setahun, tak payahlah dok perabis duit, melainkan duit terlebih, nafsu nafsi ni memang, selagi tak diikut selagi tu dok triggered, rasa macam masuk mimpi kalau tak dapat yang berkenan, tapi bila dah beli, time memakainya tak menang, buat puas rasa gelojoh time nak memiliki aje, itu dakulah. Peringatan untuk diri sendiri sajalah, hahaha. 


Baju yang herlok, yang dah tak muat, tak terpakai kes terlalu banyak dah koleksi, herlok lah letak kat tempat baju-baju yang boleh orang tak mampu untuk dipakai, sekurang-kurangnya tak bermanfaat untuk diri, bermanfaat untuk orang lain. Ramadhan nak datang perasaan excited tu kena lebih dari nak sambut raya, kemas rumah, buang apa yang menyemak dalam rumah, clear, cuci, mop, apa yang patut. Telekung yang nak guna masa ramadhan kasi bersih atau upgrade yang lebih elok. Kasi up semangat nak buat ibadah, insyaallah. 


Daku bersyukur sangat anak-anak start awal persekolahan, memang tak kalut, anak semua dah mood on sekolah in progress, semua dah habis mood cuti, so lainlah vibes, bila dah sekolah dan nak sambut Ramadhan serentak ni. Apapun ku doakan semua yang struggles termasuk daku juga, Allah permudahkan segala urusan kita semua. Sentiasa syukur, dalam payah dan perit kita nak memyekolahkan anak-anak, ada lagi yang lebih perit dan menduga jiwa raga, segala pengorbanan pasti ada ganjarannya, amin. Actually ku down teruk sepanjang dua tiga bulan ni, tapi itulah, nak luah pun tak tahu, yang pasti hanya doa jelah Allah kasi semangat nak mula balik. Take orang lain boleh ubah nasib sendiri, kecuali diri sendiri.