Beli Baju Bayi, Anak-anak dengan Harga Murah & Borong di GM Klang

3.12.2015

Kalau beli bab baju anak-anak, tentu-tentulah kita orang perempuan yang lebih kan? Bukannya orang lelaki tak teruja bab membeli ne. Eh, inilah yang dikatakan tabiat hidup...nak mulakan entri pun tak bagi salam...behehe.. Asslamualaikum-warahmatulla-hiwabarakatuh!! salam sayang semua, harap aura positif dan berkasih sayang antara kita lahir dengan ucapan salam. 


Okes, back to topic nak membeli baju anak-anak ne, kita orang perempuan, mak-mak khasnya sanggup tak beli baju sendiri kes nak beli baju anak-anak kan? Lagi-lagilah nak beli baju baby untuk anak sulung, teruja dia tu, mak akihh, kalau shopping jatuh longkang pun takpe asal boleh memborong untuk anak-anak. GM Klang antara port kegemaran kami suami isteri borong baju anak-anak untuk pakaian harian atau untuk yang hari raya punya. Borong kat GM Klang ne lain macam dia punya spirit pasal terlalu banyak Pilihan, bold siap!! nak suruh berpinau bijik mata ne meneropong baju anak-anak, baby, bahaha.... Hingga saiz baju untuk bayi pramatang pun ada tau kat GM klang tu, jangan main-main, sebab tu kitaorang laki bini memang syok shopping kat situ. Memang berbaloi membeli, pandai cari, pandai tawar, memanglah ternyata puas hati....behehe.

cc pic:www.ikuzobaby.com

Sanggup tawaf semua kedai yang ada, sebab kita boleh buat pilihan. Tapi, banyak tapinya kalau nak datang sini memang kena datang awal, atau pergi hari weekdays, kalau tak memang pening ramai sangat orang. Biasa kalau kitaorang pergi sana wajib pepagi lagi dalam pukul 10 pagi, orang pun still tak crowded, nak memilih pun senang hati. Selain pakaian anak-anak, pakaian untuk mak-mak pun banyak, juling bijik mata nak beli..siap TOP yg ZARA pun boleh harga borong..tu yang best kat sini, memang wajib menabung dululah kalau berniat nak pergi situ, barulah puas hati membeli...kikiki, ok lah tu je nak cerita memandangkan ramai jugak yang dapat first baby tahun ne, membelilah dengan bijak. Orang yang tak pentingkan jenama should go this place for hunting your stuffs, ooh dan kebanyakannya kat sini semua stylo fashion baby stuff.. okei...daaa

4 comments

  1. haha..memang berpinau mata gi GM tu..kalau nk cari baju kurung wat gi kerja pun bykkan..hari2 sebulan dok tukar baju kalau dapat borong kat sana..

    ReplyDelete
  2. murah kt sana tapi jauh nak pg hehe :)

    ReplyDelete
  3. @rini.borhan..ha'ah mahu rabak poket kes duit kena sauk memborong kat sana..berhantu GM tu, bahahah..

    ReplyDelete
  4. @salwani.borhan..wani dok kat mana?selamat fulus u..hahah

    ReplyDelete