::akhir::

3.31.2010

beginilah(refer senario masyarakat zaman sekarang)...
hidup diakhir zaman
syariat yang tercalar dek akal
yang seakan kabur
dek nafsu yang maken buas
amat menakutkan
ya allah..kuatkanlah hamba-Mu ini
dalam mengharungi pancaroba hidup

p/s: Alhamdulillah, ade cetakan kedua tuk majalah solusi isu perdana ne, teramat syukur kerana saya dibukakan hati untuk memilih majalah ini tika ketandusan dan kedahagaan ilmu agama.. saya suggestkan sesiapa sahaja membaca majalah ne, teramat bagus kandungan isian ilmu nye. Amat padat, bertepatan, ringan bahasanya, dan amat mendalam kupasan serta mendalam juga efeknya kepada pembaca.

::tak baik tau::

saya tahu
dan dia tahu
saya rasa
dan die rasa
saya agak je
tapi die tau ape yang saya agak
saya banyak mende nak difikirkan

p/s: gaya nak sepak oram nga hepi sekali

dan die seakan boleh membaca apa yang saya pikirkan  
saya tau die buat derk jee dengan ape yang saya rasa skang
dan saya agak die pom tau saya seakan tau ape yang cube derk kan
takpe, take a time, no wonder ape yang dibuat seakan takde nilai
kerna saya tau, dan die tatau
hishh..mencii betul entri yang neh..benciiiii!!!

::masa::





saya xde masa
masa jeles nga saya
saya sangat sibuk
saya ase xcukup masa
tapi ade lagi masa saya uat entri ne..
huhu
nanti ade masa saya uat entri lak ye..
ohohoho..miss ma blog

::Star::

3.19.2010

tatau nak uat pe..huhu..
ngantok baca jurnal
stuck sel-sel minda nak interprate output
camne ne ye..
de sape2 leh bantu tak


2 minit later-gotta callin' from k'sal


k'sal: ika, do u want join us to discuss bout da output analyze
green: oohoho (^_^)..of course k'sal, wait for me aa,


p/s: alhamdulillah..dapat jugak bantuan..thank you..

::ibu Bapa derhaka??!!::

uu, my!!extreme jugak entri yang ini bersempena hari jumaat (saya shuka!)..hehe,sekadar berkongsi ilmu yang dapat..sangat bagus panduan untuk aku nanti dan sesiapa sahaja yang bakal atau sudah bergelar bergelar ibu bapa..

"anak-anak mungkin gagal mengikut cakap kita, tetapi mereka tidak mungkin gagal mengikut sikap kita. Justeru, cara terbaik mendidik anak ialah melalui sikap bukan cakap. ini kerana manusia lebih mempercayai mata berbanding telinganya."

Mendidik anak-anak boleh dilihat sebagai mudah kerana kita hanya perlu menjadikan diri baik kemudian kebaikan itu dilihat oleh anak lalu diteladaninya. Namun, mendidik juga boleh dilihat amanah yang amat berat kerana ia perlukan proses mujahadah. Ibu bapa mana yang tidak inginkan anak yang baik, soleh dan solehah namun disebabkan kegagalan kita mempamerkan teladan yang baik untuk anak-anak kerana mereka mendapat petunjuk yang bertentangan antara apa yang kita cakap dan apa yang kita buat.

Apa bezanya antara 'mengajar' dan 'mengajak'?Mengajar hanya melalui kata-kata.Kita suruh anak-anak solat tetapi kita sendiri leka dengan aktiviti lain. Kita arahkan mereka belajar tetapi kita sendiri asyik menonton TV!.


Kita tentu tidak mahu dianggap gagal dalam menjalankan peranan sebagai ibubapa kerana kejayaan dalam apa sahaja bidang tidak ada maknanya jika tanggunjawab asasi ini gagal disempurnakan dengan baik. Oleh itu, kemenangan peribadi dalam memimpin rumah tangga mesti dicapai terlebih dahulu sebelum mencapai kemenangan umum dalam memimpin masyarakat, organisasi mahupun negara. Secara logiknya, tentulah lebih mudah memimpin keluarga daripada memimpin sebuah pejabat, organisasi dan sebagainya(yang tentu bilangan anggota lebih ramai, kompleks dan banyak cabaran) tetapi hakikatnya ramai ibu bapa yang berjaya dalam karier dan skala kepimpinan yang lebih besar tetapi gagal dalam skala yang lebih kecil(tetapi sangat penting) yakni menjadi seorang bapa yang baik.

Sayangnya realitinya bukan begitu, kebanyakan orang menganggap sesiapa sahaja boleh menjadi ibu atau bapa. Ilmu kemahiran seorang jurutera yang berkait dengan mesin dan jentera misalnya tidak boleh dipraktikkan apabila berdepan dengan anak2 kerana mereka adalah 'mesin yang jauh lebih kompleks dan unik.

Dalam konteks ini , Imam-Ghazali mengingatkan, "anak-anak merupakan amanah bagi kedua orang tuanya. hatinya yang suci masih bersih tanpa ukiran dan gambar.Dia sedia diukir dan cenderung kepada apa sahaja yang mempengaruhinya.Jika dia dibiasakan dan diajar kepada kebaikan, maka tumbuhlah menjadi anak yang baik dan dengan itu berbahagialah ibu bapanya di dunia dan akhirat..Begitulah sebaliknya.Ibu bapa seharusnya menambah ilmu (ilmu agama dan kemahiran) untuk menangani cabaran proses mendidik anak2 yang semakin rencam dan mencabar. Bukankah tugas belajar adalah tugas sepanjang hayat, dari buaian ke liang lahad?

Kesimpulannya, anak derhaka itu hakikatnya adalah "produk" daripada ibu bapa yang derhaka. Peringatan yang pahit!(aku suggest kan baca majalah SOLUSi-panduan hidup bersyariat). Aku percaya setiap ibu bapa sentiasa mahukan terbaik buat anak2 mereka.  Terlalu banyak sangat info yang padat untuk panduan, kerana kita adalah manusia yang seringkali terlupa.Wallahua'lam..

p/s: Entri diatas hanya sebahagian sahaja dari artikel, tak larat nak type eden..heheh, nak tau lebey lanjut baca la SOLUSi(wahh, promote la plak,hehe)


extra p/s: Muhasabah diri- cancel nak tawen ilmu masih cetek(not ready yet-i guess)..huhu(~_~) Thanks to mak ayah kerana mendidik ku dengan sempurna, tidak ternilai jasa mak ayah kerana aku tahu mereka telah memberi segala-gala yang termampu untuk mendapat yang terbaik didunia dan akhirat (mm..mak masak ape ye ari jumaat ne, dapnye gulai lemak udang nga ulam2..huhu)..