Wordless Wednesday#II~Effortless

10.12.2011

note: sang mentari

DIY Bunga Tisu,Fresh Carnation

10.10.2011

mmm, entahlah mood berangin nak men'DIY' bunga untuk hiasan barang-barang hantaran...tak sangka plak haku rajin melayan mende-mende gitu...tetiba jadik rajin dan berseni, sungguh dasyat penangan nak kawen...awww, haha=p. So far tak tahulah nak cakap berapa peratus yang completed. huhu-_-. Tinggal dalam 50 hari je...cepatlah plak masa berlalu...nak kata perasaan gembira, adalah jugak, tapi pening fikir bab kewangan, kalau tak kuat nak hadap dah terbaring dah...mmm, apapun most of B2B maybe hadapi situasi ne, so kena handle baik-baiklah. Bila dah keadaan macam ne baru tau tentang kebaikan saving masa memula dapat kerja. Walaupun mengikut hati dan kehendak, gaji awal-awal buat enjoy dulu, simpan bila dah puas enjoy...salah rupanya fikir macam tu-_-". So even masih takde pasangan atau tak pernah terfikir kearah membina keluarga, kewangan tetap harus diutamakan, biar ada target, at least kita buat saving untuk diri sendiri, dan betulkan minded buat saving bila dah ada niat nak kahwin. Tak sepatutnya macam tulah kan. Tapi gaji pertama masa dulu-dulu memang confirm buat belanja diri sendiri macam bagi hadiah kat sendiri, contoh macam saya ne, terus beli handset (tak sampai setahun rosak) tu pasal daku dah tak bazirkan duit beli mende-mende macam, tu dah serik, even ada keinginan...hehe, sabar jelah tunggu duit bersepah pasne haha, lagi pun ada mende lagi penting untuk difokuskan. 
eh, neh asal haku membebel tak tentu hala...eeerrr, just nak bagi point utama sebab rajin men'DIY'...pasal nak JIMAT...kahkah, tu je...lagipun tak naklah burn duit untuk mende-mende merapu untuk Bigday, fokus utama sekarang lepas kahwin tu.huhu....lagi banyak nak pakai duit, so rasa senak jugaklah sekarang...muahaha=p. Hasil dari kesetiaan dop jenguk B2B (dah kahwin pun) Intan Norazam, timbul perasaan nak buat sendiri apa yang boleh buat, she's really adorable, memang inspired betul daku ne kat Intan....semua Intan DIY, puas hati pulak tu, huhu...so akibat semua benda last minute saya DIY yang mana sempat jelah, rugi plak tak start awal-awal, takde idea...-_-". The best thing DIY carnation ne, cepat siap..he, langkahnya lipat-lipat cam kipas, ikat tengah-tengah, then buka kelopak...done!okei fenim eh baca langkah-langkah tu ea...pergi google sana 'bunga tisu'...-_-'

Kasut Idaman Kalbu Milikku Jua

10.09.2011

Disebabkan nombor bermasalah terpaksa en.azham off nak settle kat celcom centre, sekali tak settle jugak...entah apa masalah sebenarnya, mmm...tak kisahlah yang penting mission to complete barang-barang hantaran tak jugak settle at the same day...huhu, pasalnya en.azham tak jumpa yang berkenan. Lain pulak jadi nya dengan saya, niat nak cari tudung untuk bertandang dan kasut untuk nikah n bertandang, lain jadinya ...luckily jumpa one pairs yang sesuai untuk dua-dua majlis so save budget (errr, takde save sangat)...Tudung pun tak setel sebab tak jumpa....honestly tak cari pun...haha, sebab kepala hotak dah aim kasut idaman kalbu sejak 5 bulan yang lepas...dang!-_-"(konon saja masuk lot Adidas cuci mata sekali apa yang dicari 5 bulan lalu ada depan mata, aiihh)..melayang fulus.uhukk. Tak sangka plak boleh jumpa even dah macam hilang keinginan sebab masa mula-mula berkenan tu, duit plak takde...so tak boleh nak amik terus, buat saving dulu. Then bila pergi saat niat dah nak beli, sekali stok dah takde...design yang nak tu dah habis ke tak tahulah, banyak jugaklah shopping mall dijejak semata cari kasut tu...punya usaha, alamanda, eon jusco bukit tinggi, the curve...takde lastnya kat IOI jugak yang ada...tak suka pergi situ pasalnya terlampau besar (tak larat jalan kaki)...apa pun really satisfied dengan flat shoes baru tu. Sampai kena sindir-sindir kat en.azham, bila saya tertinggal baju yang bawak untuk match tudung tertinggal dalam kereta, mentang-mentang dapat barang baru terus yang lama ditinggal.. ehehe...yup dalam setahun dua neh dah biasa pakai flat shoes, so bila nak keluar duit beli sandal untuk BigDay sendiri terketar-ketar jugaklah hulur duit, for one reason dah confirm sandal tu pakai untuk event je, so rasa macam membazir...huhu-_-...

Note: mmm, nak pakai pun sayang...hehe.still in car boot...so takde pic, kalau ikut nak je tempek gambar kat entri ne, next time maybe...muahaha, kalau dah nama blogger sume mende nak reveal kan..kihkih. ok fine.off

Day 28 – In this past month, what have you learned

10.07.2011

Buat list okei...pasal banyak mende yang patut take note untuk pengajaran dimasa hadapan eeerrr dan jugak sekarang...-_-"


-Buat kerja cepat-cepat sikit, jangan lembap cam siput, jangan tangguh-tangguh

-Takde duit buat cara takde duit jangan ko buat meroyan shopping macam duit bersepah...muahaha, isshh pengurusan tu, manage well, kalau takat cakap cakap je bazir air liur ok..huhuu-_- (sadis ayat ne, mendalam betul kat diri sendiri) gaji takde untuk sebulan ne betul-betul menguji diri, keinginan, keperluan, adeiii...apa pun pentingkan yang penting. Nak setel tesis ne lagi banyak fulus mengalir bak air...hukhuk(nangis)
errr, asal point aku pasal duit je ne, that mean zaman sekarang takde duit tak boleh buat apa-apa, bukan mata duitan ye (mm, adalah sikit...heh=p)

-Berat badan, no komen!hahah=p, naik sekilo sama jugak en.azham...fail betul, asal naik penimbang dua-dua sama fail (butthurt)-_-".

-Berubah...change to be a good one really takes a time, tambah-tambah macam dah jadi perangai/amalan...huhu, takutnya, kadang-kadang nekad ye, sehari...2 hari...3 hari it still okei but then fourth day the recycle comes again....the bads attitude comes over, susah jugak...huhu(nangis). 

Tips: Melayari internet dengan membuat bacaan santapan rohani. Jika terus berzikir, duduk , membaca buku, mata cepat mengantuk. Tapi jika kita mengadap komputer dan melayari internet, sambil memasang bacaan quran, susah mata mahu mengatuk dan tidur semula.



Jika tidak puasa, buat air minuman, mencuci pakaian, atau berkemas rumah. JIka hilang mengantuk, ingin membaca al'mathurat, bolehlah diteruskan. Selain melakukan sedikit senaman ringan. Apabila telah jadi kebiasaan tidak tidur selepas solat subuh, maka bolehlah kita membaca Al-Quran dan berzikir.


see....now you know what my problems...semoga diberi kekuatan yang berterusan untuk berubah...aminT_T. There it goes, semua point kat atas i consider big mistake for me, so i've to struggle to fight that to get a better life.insyaallah^_^.

Note: change yourself first