Tips Tidurkan Anak Ikut Jadual

3.03.2014

Awal-awal kahwin dulu, perasan sangat jiran sebelah kanan rumah asyik duduk bergelap bila malam tiba..jarang sekali tengok lampu rumah on. So mulalah otak ne sibuk nak fikir hal orang, eh apasal jiran haku duduk dalam gelap ne?nak jimat elektrik ke hape?anak2 tak apa ke duduk dalam gelap gitu?sibuk mak jemah (kenapa mak jemah?kesian nama mak jemah jugak disalahkan, huahua)ne nak pikir hal orang, hal sendiri tak terfikir..takdelah camtu, banyak sangat masa haku nak fikir hal orang ye, tak kuasa mak, baik buat hal sendiri...-.-". so after a years, i know why...with my experience!nak tahu kenapa?kenapa ye?

one of the big reason, nak tidurkan anak!yup!!nak tidurkan anak perlukan suasana cozy and minimum lights untuk mendorong anak-anak tidur..by the way first experience lahirkan ahmad harraz, my nights like a nightmare, tak boleh tidur, tak cukup tidur dan sewaktu dengannya disebabkan rutin tidur ahmad harraz caca merba, kadang-kadang malam tak tidur terus, siang hari tidur, kadang-kadang tidur malam tapi tengah pagi dia bangun, memang tunggang langgang rutin tidur anak sametelah dengan mamanya...tambahan selama dalam pantang ahmad harraz tidur dalam suasana lampu on, sebabnya takut semut, serangga kecil gigit baby kita tak nampaklah kalau tidur dalam gelap kan, bau baby sangat harum manis, tu sebab baby salah satu tarikan untuk serangga kecil turut sama suka mencium baby..selama 4 bulan rutin tidur ahmad harraz dalam suasana cerah gilang gemilang, bila dah balik rumah sendiri, kecoh kelam kabut semua bila anak tak nak tidur walaupun semua lampu dah on...so our alternative try tutup lampu pulak, malam pertama payah jugak anak nak lelap, tapi okei,malam kedua lebih awal ahmad harraz tidur and after a month, alhamdulillah, rutin tidur ahmad harraz dah teratur..8.30 malam-9malam dah tidur, pukul 7-8.30pagi bangun , dengan syarat lampu off, so he know that time to sleep... sangat rumit payah nak tetapkan rutin tidur anak setelah sekian lama rutin tidurnya tak tetap, tetapi dengan usaha dan tawakkal, alhamdulillah, now seem its really work.. ahmad harraz dah tahu rutin tidurnya dan menjadi habitnya sampai sekarang. siang juga tidur dua kali dalam sejam ke dua jam pun dah jadi habit, its a must, kalau tak memang dia buat perangai sebab tak cukup tidur...huu. alhamdulillah, ahmad harraz really happy toddler same goes with ahmad haddad, praises to Allah to ease my work..so after first experience, lahir ahmad haddad, terus tetapkan his bedtime routine like his big brother..

me and hubby sebolehnya berusaha untuk tidak mengganggu rutin tidur anak-anak pada waktu malam, thats why kitaorang jarang keluar malam melainkan ada perkara penting sahaja ...begitu juga walau berubah tempat, that routine must constant either pergi bercuti or balik kampung..for me, anak tidur pukul berapa not a big deal depends on parents how they want their kid's bedtime routine, the most important make sure they have enough sleep..tidur yang mencukupi buat anak-anak sangat penting, jangan pandang remeh...kalau tak kita juga yang susah bila anak meragam..kesimpulannya, i know why my neighbor stay in dark,heheee.....daaaaa 

Ikan Bakar Medan Selera Tasik Idaman Bangi

2.24.2014

tak pernah tersangka lah pulak berdekatan rumah haku neh ada restoren ikan bakar yang superbest...punyalah pergi jauh-jauh ngabiskan minyak kereta semata nak makan ikan bakar...rupa-rupanya selama-lama jalan yang kitaorang selalu lalu ada medan makan ikan bakar...tak tahu apo nak dikato!!baru perasan signbord besar bas tepi jalan, "Medan Selera Tasik Idaman" itulah namanya rezeki tuan kedai nak dapat customer tambahan iaitu kitaorang...hahah..cuba!!. mestilah cuba, kalau tak mana nak tahu sedap ke tidak...kalau berdasarkan review kekadang takleh pakai jugak, maklumlah selera kita lain-lain, sedap tak sedap atas lidah yang merasa...kihkih
suasana restoren..
so menyinggahlah kitaorang selepas si suami melayan kehendak isteri window shopping sedas dua...nak menggembirakan hati isteri senang saje, window shopping pun dah cukup even takleh nak shopping, mklumlah zaman ekonomi gawat, kalau tak beringat, kita jugak sengsara...so to make life better tanpa kempunan tak tentu hala, cuci mata udahlah..kahkah, for me tu pun dah puas hati..maklumlah sejak dah berumahtangga neh, sikap shopaholic terus berkurang sehingga 85%, siap ada peratusan tu...aku pun tak paham datang dari mana-.-"..so back to story, kitaorang sangatlah terkejut amat bilamana mengetahui adanya medan selera yang sangat....herm, wow!tak sangka pulak ada restoren tepi tasik macam ne kat jalan ne, memang tak sangka betul...dekat pulak tu dengan rumah kitaorang, camtulah my first impression!dengan berdeu-deru kereta masuk parking,mean medan selera neh dah lama bertapak dan punya penggemarnya...macam biasa gambar makanan non-hado sebab bila ada anak kecik, kita kena cepat makan, takut ada yang meraung buat lagu tak berlirik...heheh=p
nak makan ikan bakar, point first servis mesti cepat...memang cepat walaupun orang ramai datang makan, keduanya mestilah segar dari ladang..yang ne memang boleh angkat ibu jari, fresh!!ketiganya masakan best...owhhh yang neh pun boleh angkat ibu jari dan suasananya not bad tepi tasik...sedap masakannya... kesimpulannya...boleh datang lagi!!seringkas mungkin review ...kahkah..ok daaa

Big Bad Wolf 2014

2.17.2014

Dua kali Big Sale Big BadWolf berlangsung tahun-tahun yang lepas, baru tahun ne berkesempatan mengambil peluang membeli buku yang agak berkualiti dari segi pengisian dan zahirnya. Pendam hasrat tahun-tahun lepas disebabkan masih dalam tempoh pantang, tahun lepas satu lagi dalam tempoh pantang jugak-.-'. So BBW kali ne walaupun tak semeriah like the end year BBW, ajak jugak en.azham temankan nak cari buku anak punya pasal...kihkih atau dengan kata lain melepaskan hasrat yang terpendam...ecewahh, pang sebijik!! cakap jelah ko nak perabis duit kanT_T...truly indeed, kali ne memang berbaloi yang amat membeli buku atau habiskban duit..sebabnya memang menang bab pakai..sangat-sangat berpuashati, sebab tak over budget, tapi dapat beli buku berbaloi-baloi even tak semua books for kiddos ada kali ne...but for me dah cukup puas hati...err, tak puas lagi sebenarnya sebab tak menyempat grab untuk diri sendiri...huhuk...tapi cukuplah untuk tahun ne..
 siapa yang paling excited?tak lain tak bukan yang menulis entry ne lah..hee, tidur tak lena memikirkan plan ke BBW neh jadi ke tidak..disebabkan keinginan nak join BBW kali ne, banyak jugak rujuk geng blogger yang dah pergi untuk tips dan panduan ke BBW..punya excited kekdahnye, takde kerja belek blog orang yang dah pengalaman pergi BBW..hahah=p.
punyalah pepagi lagi dua anak comel tu dimandikan nasiblahkan, penangan excited mamanya. alhamdulillah masa kitaorang sampai tu ramai memang ramai tapi still ok tak bersesak dalam dewan. BBW kali ni memang takde version malay book agaknya, takpun haku tak perasan..maybe disebabkan cari buku laju-laju tak menyempat nak snap-snap, perhati orang, yang haku tahu misi nak penuhkan kotak dengan buku...wahaha...masuk dewan terus kitaorang ke section picture, junior read etc..in one hour cukup berpuas hati dengan buku-buku yang dipilih...even banyak buku yang takde maybe for this time BBW just nak habiskan buku-buku saki baki end of year BBW tahun lepas, kira berbaloi jugak la apa yang ada..
Maybe next hunting end of this year kot...insyaallah, ada rezeki lebih bolehlah jejak lagi ke BBW..sangat mengujakan bila ada sale buku yang semurah sebegini kan?...tak sangka malaysian sangat suka membaca, harap 3 book of mine sempatlah khatam baca ye, kalau tak memang haku salahguna term of mencari buku untuk dibaca dengan men'shopping bagai nak rak, sekali buku terdiam kat rak saja...huu, harapnye taklah ye, kalau tak nampak sangat haku melampiaskan nafsu shopping sebenarnya, hee...whatever total damage not over than $150 for 21 books with hardcover, yang kiddos book semuanya hardcover..worthhh ever...daaa

Ombong Itik Salai Hulu Langat Selangor

2.12.2014

what a long holiday without writing..huu, sibuk membelek lemak yang kian bertambah-tambah, kesan sampingan cucuk every two months sangatla mengecewakan disebabkan side effectnya ...so i think i need to stop it...tapi masih berfikir-fikir, takut tak pasal-pasal ahmad haddad tetiba nak jadi abang pulak..mihmih...so cuti cny kitaorang bertolak balik ke gading hill & salor new castle...maklumlah cuaca sejuk macam london, tetiba pulak nama kampung dah tertukar habis...poyo betul..hehe...sempatla merasa musim dingin kejap 18c-20c, tidur berbungkus selimut tebal..tak puas rasanya balik berkampung, bagi cuti sebulan pun tak puas rasanya...hee

so back from holiday, my other half take another one day take off takut jalan jam katanya..kitaorang bertolak awal pagi anak-anak masih sedap melenakan diri...perjalanan sangat okeii, memandangkan kereta agak banyak, but we not rush for nothing, so sampai je KL terus my hubby bagitahu, kita ikut jalan belakangla balik rumah, takde sangkut sangat memandangkan dah masuk lunch hour, so we expect to avoid stuck in anywhere..rupanya hubby dah ada agenda lain..patutla dah macam boleh agak bila lalu jalan yang suami bagitahu..singgah nak beli itik salai rupanya..my instinct truly right bila suami cakap..nasib baik ada!!..mula-mula tak perasan, bila perhati elok-elok...owhh, dah kat depan gerai ombong itik salai...sah!!maka diisytiharkan itik gerai ombong itik salai dah bertambah regular customer iaitu kami...wahaha, macam fist time singgah, en.azham pilih seekor itik untuk dibakar siap-siap...
mmm...yummy yummy
Pernah terfikir tak kenapa orang cina suka makan itik?terutama itik panggang, itik kukus...sebab utamanya daging itik sangat sedap bila kena dengan cara masakannya...surprising us, itik salai pak cik ne sangat wangi, dagingnya sedang-sedang kenyal empuk, terasa masin-masin secukup rasa dan yang penting tak berbau itik..dah nama itik macam mana tak bau itik kan? i mean tak hanyir dan hamis...mmm, yummehh masih terbayang-bayang kesedapan daging itik ni..masa first time nak try makan daging itik dulu, rasa geli dan loya tekak jugak pasalnya terbayang-bayang habit itik asyik menyudu aje kejenya tambah pulak ayahanda sendiri menternak itik...kihkih, tapi disebabkan keinginan tekak ne nak rasa daging itik, rasa worth it to try sebab dah jatuh cinta sangat dengan daging itik...no wonder chinese people really loves to eat it..but, tak bolehla makan selalu, sebabnya daging itik punya kolestrol yang tinggi...huhuh=;='. siapa yang tak pernah cuba makan daging itik, please try, tak rugi. Maybe for next time boleh menyinggah lagi nak try kukus macam orang cina makan tu..adeii terus rasa menjejes air liur ne mengingatkan daging itik yang maveless..ok, daa.