Forearm

9.10.2024

Haiihh terjebak dari komen forearm jadi tertengok the latest kdrama, ku nih kurengg sikit nak tengok yang tengah on going, sejenis tidak sabar menyabar, ku sanggup tunggu semua episode habis tayang dulu, baru pulun tengok, sehari dua, kena habiskan 16 episod terus. Teringat peel baca novel beribu mukasurat delulu kala, dalam dua ke tiga hari wajib habis, yang penting bawa masuk botol air buat kasi cas tenaga membaca, tak makan tak ngape, gila betul, hahaha. Ni nasib akibat umur dah tak berapa muda, tenaga dah tak banyak macam dulu, pukul 10 malam pasti dah lunyai biji mata tak boleh nak buka dah. Apatah lagi nak pulun 16 episod. Sekarang punya pesen ada notes khas kdrama sekian-sekian tengok episode berapa, kalau dak lupa terus tengok bahagian mana dah. 


Haihh, orang dok kalut pulun taddabbur, khatam bab fardhu ain, kita pulun benda lagha, Allah astaghfirullah ingat nak tulis juga content taddabbur, tapi tengok video, audio lagi best dari baca kot. So tak rajin mana nak tulis details, sebab salah tulis, misinterpreted lagi naya. Not my expert, so ku taip apa nak yang ditaip aje. September dah, sekejap aje masa ni ye, means tahu depan dah angka empat dah, sekarang pun anak-anak orang panggil acik, seller panggil boss, adik cashier panggil akak, then ai is okay, because that's we call aged gracefully, alhamdulillah. Kalau panggil budak sekolah tu exaggerated lah pulak. Kena sedar diri and make it simple. 


So back to forearm veins issues most likely sexy thing for women, ku pun pernah terjebak dulu masa muda mudi, ohh lelaki yang lipat lengan baju kemeja with strong forearm memang look sexy, then sekarang tak ke? Ermm, biasa-biasa jelah. Nothing to trigger dah kalau tengok post girls and women share forearm that they're dreaming. Sebab...ermm sebab....it's okaylah I keep opinion for myself,hahahaha. Let you treasure yourself then. Lucky one maybe when you get them?Huh, urmmm...Sekarang most concern my own muscle aje, hehehe. Daaa.... 




Sunset Cove Danga Bay

9.05.2024

Danga Bay dulukala tempat paling popular kat Johor, tu kata lakikulah yang stay Johor hampir 3tahun lebih, tempat port lepak, makan angin, nak bersantai hujung minggu kat sanalah. So mestilah kena bawa dan tunjuk tempat dulukala yang pernah dia jejak, boleh tahan jugalah tempatnya, agak menarik. Yang ku tengok banyak jugalah tempat menarik area Danga Bay tu. Sayangnya daku hanya sempat bermalam aje kat situ, tak sempat ronda sekitar Danga Bay tu. 


Memang tak semeriah dulu dah katanya, banyak juga projek terbengkalai mungkin over sangat kot. Jadi walaupun area ni ada yang terbengkalai tetap juga nampak best. Sebab Danga Bay dekat sangat dah dengan pintu masuk ke Singapore. Dapat tengok dari kejauhan pun dah kira okaylah, kami ambil homestay sekitar sini, pun last minit Google mencari masa bertolak dari Tanjung Balau. Alhamdulillah memang puas hati stay sini sebab dapat tengok view malam yang sangat cantik. Dan yang penting harga sangat affordable kami dapat under RM300 masa book tu. 


Busy betul nahh bandaraya Johor ni, tak sempat nak explore. Even bandaraya sibuk, bising, padat tapi ku tetap suka, sekali sekala dapat pemandangan dan feeling stay kat bandaraya metropolitan cemni, lain sungguh rasanya. Untuk sekali sekala okay. Orang kata tukar angin, tukar udara. 



View kat sunset cove homestay kami ni betul-betul mengadap Singapore, jadi malam-malam lampu nampak meriah dari kejauhan, cantik neon malam, bangunan kat sini iras-iras macam Kuala Lumpur juga tapi berbeza dari apa ye, memang ada beza yang ketara tapi tak tahu nak describe macam mana. 


Sunset cove yang kami stay ni private homestay, lengkap semua facilities termasuk kitchen utilities untuk masak, jadi dah makan banyak kat kedai tekak nak juga yang masak sendiri, so breakfast pagi sebelum kami bertolak balik, ku masak aje simple breakfast buat makaroni Bolognese, dan anak-anak layan makan cereal aje dengan fresh milk. 


Pagi tu takdelah kami rush sangat sebab tempat nak menyinggah kat Laman Mahkota Istana Bukit Serene dan Legoland aje, so santai sebelum checkout. Tak sempat depa nak mandi kolam apa semua, next timelah pula, dah mandi kat Tiara Residence tu kira iye dah tu.

Buat apa datang Danga Bay? Tempat berekreasi orang ramai, ada pantai, ada taman, tempat makan. Jadi even tak menyempat ku nak go through semua tempat kat Danga Bay, sampai kat Danga Bay dan lihat bagaimana rupa kat sana pun satu rahmat besar dah, alhamdulillah, memang boleh repeat, ku suka view dan feeling kat sana. 


Tanjung Balau Desaru Johor

9.02.2024

Tanjung Balau merupakan sebuah bandar berpantai di daerah Kota Tinggi Johor, Malaysia. Pantai bandar terletak berdekatan Desaru dan Bandar Penawar. Muzium nelayan tanjung balau di bina di sini menghadap Laut China Selatan. Kedatangan kami ke Tanjung Balau ni pun berkebetulan dekat dengan tempat Penginapan Tiara residence Desaru, jadi memikirkan nak buat aktiviti apapun takdan ingatnya sempatlah singgah ke muzium nelayan kat sini. Dah alang-alang sampai gitu, nak pergi Taman Buaya jauh pula, dan bukan route kami lalu nanti. 



Memandangkan checkout pun dah lewat tengahari, serang elok kami sampai kat area ni, kaunter muzium dah tutup sebab staf berehat tengahari, nak masuk kena tunggu sampai pukul 2.30 petang. Jadi kami cari makan tengahari dulu, order makan, tunggu orang masak makan jam juga, nak lagi anak berceretek ni, sejam waktu makan kat kedai tu kira dah paling sekejaplah tu untuk bahagian makan saja. Roadtrip macam ni, memang tak boleh bazir masa, kalau tak sesia je tak dapat apa pergi berjalan, kihkih, so disebabkan kami malas nak tunggu sampai pukul 2.30 petang kami lepak kejap ambil angin laut kat jambatan Tanjung Balau tu. 




Sungguhlah pantai dan air laut kat sini cantik sangat, tapi sayanglah tak sesuai untuk mandi manda terutamanya kanak-kanak, macam kat pantai Desaru pun anak-anak main kat gigi pantai aje. Ombak dan angin kat sini agak kuat, yelah pantai mengadap directly Laut China Selatan. Memang tak berapa sesuai untuk mandi, berenang macam kat pantai Terengganu, cantik untuk dipandang dan dinikmati mata sahaja. Angin sepoi sepoi bahasa memang mengasyikkan dikala panas lit lit, namun pemandangan gred Premium kat Tanjung Balau ni memang buat rasa diri iols tak nak balik. 




Tanjung Balau ni antara tempat tumpuan juga, untuk yang berkhemah, dan berkelah. Memang sesuai sangat, kalau duduk lepak seharian kat sini berbaloi uiii, pantai, air laut biru jernih kat sini, tak tahu nak describe macam mana, capture cantik original tu melalui pandangan mata kasar lagi best berbanding dengan kamera. Puas hati cuci mata mengadap air laut petang tu. 



Yang dah sampai Desaru tu singgahlah Tanjung Balau, wajib tak menyesal, memang kagum tu tak habis dengan kecantikan pantai dan air laut kat sini. Actually banyak sangat aktivit boleh buat kat Tanjung Balau termasuk riding horse, lawat muzium, playground untuk budak-budak pun banyak, daku jelah tak menyempat luangkan masa yang limited berlama-lama kat Tanjung Balau. Next mungkin boleh lajak ke Pangeran sekali kalau datang lagi dan mungkin boleh consider menginap area Tanjung Balau ni sebab banyak juga homestay dan resort chalet, cuma kena tempah awallah sebelum datang kalau tak macam kami, stay kat mana yang boleh aje.