Jika hari ini kita terpedaya dengan suntikan beracun yang menjanjikan kekebalan imuniti (sebaliknya membinasakan), bagaimana agaknya bila Dajjal membawa segunung harta dan makanan untuk kita, anak dan isteri yang sedang kelaparan, yang berhari-hari tanpa makanan?Sungguh takut dan ngeri memikirkannya dengan iman senipis kulit bawang, entahkan ada, entahkan tiada. Kita sekarang berada di fasa ke 4 (berdasarkan hadis zaman-zaman pemerintahan), iaitu Mulkan Jabariyyah, fasa di mana penguasa-penguasa yang memaksakan. Dalam fasa 4 ini kita akan bertemu 4 tanda-tanda besar kiamat, Dukhan, Dajjal, Nabi Isa, Yakjuj Makjuj dan Imam Mahdi di celah-celahnya.
Fasa ke 5 nanti adalah fasa kekhalifahan mengikuti manhaj, kebangkitan khilafah Islam. Maklumat ini saya ambil dari ceramah Dr. Noorazman, ianya bukanlah teori konspirasi, tetapi berdasarkan sabdaan-sabdaan Nabi tentang hadis akhir zaman. Selebihnya bergantung pada iman kita sama ada untuk percaya, yakin atau menolaknya. Sama juga apabila bertemu Dajjal, bukan lagi akal yang akan mengawal diri kita untuk follow atau fight, tetapi iman kita yang akan menentukan, sama ada kita akan jadi tentera atau musuh Dajjal.
Walaupun akal kita kenal dengan jelas nyata bahawa itu adalah Dajjal, berdasarkan tanda-tanda yang diberitahu oleh Rasulullah saw, tapi kita tak mampu kawal diri melainkan kita sudah bina kukuh iman, akidah dan tauhid dalam diri kita, dan ini sebenarnya tidak mudah dicapai tanpa membuat pengorbanan untuk agama.
Apa yang saya nak sampaikan, termasuk untuk diri saya sendiri yang lemah dan hina, jika kita kalah dengan nafsu mazmumah sendiri hari ini, besar kebarangkalian kitalah pengikut Dajjal. Kata Dr. Noorazman, "orang yang tak mampu sabar hari ini, mereka akan follow Dajjal". Orang yang masih mengumpat cela hari ini, mereka akan follow Dajjal, orang yang sentiasa hidup mewah, orang yang masih dahagakan hiburan, yang masih mengejar keseronokan dunia, orang yang masih bersifat dengan sifat-sifat dan akhlak yang buruk, mereka akan follow Dajjal. (Seram, sebab saya masih ada ciri-ciri di atas).
Kerana dengan nafsu sendiri pun kita gagal untuk tundukkan ia, kita kalah dengan nafsu, kita follow nafsu panas baran, nafsu suka mengumpat dan mencela, memperkatakan hal orang, suka berbalah/ berdebat, suka sarcasm persendakan orang, apatah lagi jika diuji dengan fitnah Dajjal yang lebih dahsyat ini.
Sehingga anak-anak kita bahkan mungkin akan mati kelaparan, saat itu Dajjal akan hidangkan makanan-makanan mewah, Dajjal akan hidupkan kembali ibu-ayah kita dan menjanjikan syurga, saat itu akal tak mampu fikir dengan waras.
Saya akui diri yang jahil lagi bodoh, satu ketika dulu apabila saya dengar hadis-hadis akhir zaman berkenaan Dajjal, Yakjuj Makjuj, Nabi Isa dan Imam Mahdi, saya anggap ia seperti cerita-cerita dongeng yang hanya berlalu di halwa telinga.
Rasa macam... "Lambat lagi Dajjal ni, aku tak sempat kot..."Sungguh, tapi hari ini kita sendiri dapat lihat bagaimana Islam diserang dari pelbagai penjuru, rumah-rumah Allah diganggu-gugat, rupanya saya belum beriman kerana tidak yakin dengan kebenaran Hadis Nabi dan kalam Allah, sekadar Islam baka yang mengamalkan ritual ibadah (solat, puasa, baca Al-Quran tanpa faham makna) turun temurun dari nenek moyang.
Hari ini sedikit demi sedikit terungkai kebenaran hadis Baginda saw, agama difitnah, rumah-rumah Allah cuba dikosongkan sedaya upaya, sunnah besar Nabi cuba dibinasakan, kerana disitulah pusat kekuatan ummah, dan kita sedang dilemahkan rohani dan jasmani.
Saya menyeru agar kita semua berhenti menuding dan mencari salah siapa, cukuplah kita perbaiki akhlak, iman, tauhid kita berserta anak isteri, cukuplah selama ini kita hanya Islam pada IC dan ibadah ritual, kerana semua ini sudah tertulis, perjalanan dunia ini semua dah tertulis oleh Allah untuk menguji hamba-hambaNya.
Selagimana kita menuding dan mencari salah, selagi itu hati kita sakit, selagi itu kita tak dapat menyucikan jiwa, dikhuatiri pemilik-pemilik hati yang sakit ini juga akan menjadi tentera Dajjal satu hari nanti, kerana hati yang sakit mudah dimanipulasi. Wa 'iyyazubiLlah.
Sebab itulah kita lihat orang-orang soleh, mereka sentiasa tenang menghadapi dugaan ini, kita belum lagi diuji seperti sahabat sahabiah Nabi, yang dihempap batu besar tengah panas, yang dikelar isinya hidup-hidup, yang disula dari kemaluan, tapi kitalah yang terlebih amarah dan benci dari mereka yang diduga sedemikian rupa. Nafsu amarah dan benci itu api yang akan membinasakan diri kita dan memancing untuk menjadi pengikut bapa segala kejahatan, iaitu Dajjal, siapa yang tinggi nafsu amarahnya, akan lemah imannya, maka mudah untuk "dipancing".
Untuk jadi tentera Imam Mahdi kita perlu sucikan jiwa, hati, didiklah nafsu mazmumah untuk taat pada iman, bukan kita yang ikut nafsu, hadapilah fitnah akhir zaman ini dengan mencari solusi terbaik untuk keluarga kita, berhenti sibuk bicara tentang sifulan bin fulan, berhenti sebarkan kebencian, berhenti tuding-menuding.
Semua ini tak lain dan tak bukan, demi keberuntungan diri kita sendiri di akhirat nanti. Tapi teruslah sebarkan fakta kebenaran dengan telus, dengan ikhlas, tanpa menghina dan mengecam mana-mana pihak. Sebarkan kebenaran tanpa rasa benci, tapi sebagai peringatan kasih-sayang sesama insan.
Kalau refer hadis Nabi fasa ke 5 nanti adalah fasa kebangkitan khilafah Islam, ketahuilah semua ini sudah tertulis oleh Robb, Yang Maha Mengaturkan, bersabar, jaga iman, jaga akidah, jaga akhlak, jaga ibadah, jaga hatimu sahabat-sahabat, buang kebencian dan dendam.
Usaha dekatkan diri dengan Allah lagi dan lagi dan lagi, UEL kata, orang yang dekat dengan Allah, akhlaknya jadi benar, percakapannya jadi betul, peringatan untuk diri saya juga yang sentiasa lalai. Insya Allah tak rugi bagi yang mengambil peringatan, kita akan sentiasa berjaga-jaga dari terus leka dengan tipudaya dunia yang sementara. Amalkan Qunut Nazilah sentiasa ye kawan-kawan, I'm just reminding us, me myself. Yang mata hatinya nampak apa realiti yang berlaku hari ni, tersurat dan tersirat, just keep prepping our Aqidah, soon will be harder. Sesungguhnya daku sudah menyampaikan apa yang perlu, selebihnya tepuk dada tanya iman. Jom buat terbaik 10 malam akhir Ramadhan.
KuPendosa,
Wanita di Akhir zaman.
Top Social