Rasa macam tak percaya apa kami lalui, the hardest part yang sampai kami tak boleh hadam, rupanya hikmah terlalu besar untuk kami hari ini. La haula wala quwataillahbillah. Bila ramai share part-part yang perlu boikot dah terbuka pekung hampir 80% segala yang kita lalui, rasa, guna, semuanya terkait dengan depa. Kita dah terkepung kiri kanan, depan belakang, rasa macam mustahil kan nak lepas diri dari mereka. Tapi tak,yakinlah! Alhamdulillah kami tak perlu boikot pun sebab hampir kebanyakannya memang kami dah berlepas diri, tak mampu, memang tak terguna dan sebagainya.
Contoh Netflix ke apa, memang tivi kat rumah kami tahap nak tengok cerita best-best masukkan dalam USB je baru semua boleh tengok. Sejak awal kahwin lagi tak ajar diri untuk pasang astro ke apa sebab tak mampu satu hal, takde masa wehh nak tengok tivi. Memang takde kesempatan mana nak tengok tivi, tengok pun rancangan kartun je banyak nya, ku pun dah tua-tua macam ni, tom and Jerry, masih ku layan, cerita blues clues pun layan, cerita melayu, drama pukul 7 memang tak menyempat nak melayan even kat tivi biasa je pun. Tak sempat. Biasa berpeluang tengok Netflix bila pergi bercuti-cutilah kalau tempat menginap ada fasiliti tu, layan je lah. Tak boikot pun, memang takde dan memang takde keinginan nak tambah untuk tivi kat rumah. Episod anak-anak berebut remote dah satu hal buat pening, nak pulak tambah pening anak berebut tengok channel, memang taklerr ku tambah stress sendiri, hahhaha.
Kad Kredit, since follow banker arwah Norbaini Hassan dan juga puan Liza Ariffin ex lawyer hartanah, ku memang eye openinglah bab yang satu ni, tak nak sebut direct tapi yang tahu dan faham, faham lah ekk. Ni pun tak boikot sebab yang ni Allah kasi hardest part to learn terus. Bila telusuri kehidupan kami yang asyik berserabut dalam kepala memikirkan hutang tak habis-habis dulu, Allah kasi jalan keluar yang cut terus hawa nafsu kami, masyaallah kami memang bersyukur dengan apa yang di lalui, hikmahnya sekaranglah enam tahun dah hidup chill saja, tak chill pun banyak tapi senang hati. Dari suami takde kerja, buka bonet kereta, jual nasi lemak, nasi kerabu, itulah tempoh paling bahagia buat kami. Keluar kerja 2-3jam, balik tunaikan tanggungjawab kat Allah ikut waktu. Waktu solat terjaga, takde stress even masa tu duit takde, duit simpanan apatah lagi, even now, hahaha tapi kami chill, jiwa tenang, kepala tak serabut.
Biarlah orang kata bodohnya, sempitnya cara fikir, sembang karilah, teruknya takde ikhtiar, tak betul buat macam tu, memang cari pasallah kedepan-depan tu nanti. Do we care apa yang orang kata? Nope. Satu pun ku tak masukkan dalam peti hati, dan simpanan akal fikiran. Mereka yang belum lalui apa yang kami lalui memang mudah buat judgement masing-masing sebab kefahaman, persepsi, akan apa yang dah kita lalui berbeza dengan mereka. Tak payah rajin lah nak explain, begini begitu buat habis tenaga aje, kita doakan saja, one day Allah beri kefahaman apa yang kami lalui, amin. Yang penting kami bersyukur kami takde dah fikiran berserabut macam dulu yang ni paling obvious lah, kihkih, sebab tu sekarang fokus bangunkan diri, plan to travel every where je yang terlintas. Serabut kami dulu indescribable tak boleh nak cerita macam mana, sebab benda tak nampak tapi suami isteri boleh rasa keserabutan tu. Masyaallah nikmat yang satu ni tak tahulah nak habaq macam mana selepas kami decide putuskan terus hubungan dengan yang dinamakan "berperang dengan Allah dan Nabi", tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua. Fokus habiskan yang dah terperangkap je, then jalan terus. Insyaallah.
Brand jenama mewah, memang dah memang hakikat tak mampu nak beli, jadi memang terboikot effortlessly gitu, biasa kalau dapat berjenama barang yang ku guna, bukan ku beli sendiri, even suami, biasa dapat orang bagi hadiah, gitulah. Nak pakai handbag mahal, duit dalam dompet sendiri pun dua ringgit je, ahahaha. Part rezeki kena pegang kemaslah masing-masing, yang masih ada terselit rasa dengki, iri hati bila tengok orang beli makanan mewah, pergi bercuti cuti, pakaian best-best, didiklah hati bab rezeki. Sungguh ni! Tak worth pun, didiklah hati, banyak hikmah, banyak ganjaran, cuba lah buat. Didiklah hati bahagia bila tengok orang bahagia, didiklah hati berlapang dan gembira bila tengok orang bercuti-cuti dan makan sedap. Tak tunggu sebulan aihh, nampak kesannya. Worth to try.
Nak bersihkan titik-titik hitam kat hati ni, zikir je sesimple Allahuakbar, atau istighfar, Astagfirullah, simple sangat tapi power dan padu. Amalkan bila scroll medsos, moga Allah jaga hati kita, nampak orang happy, share itu ini, amalkan doa moga Allah tambahkan kebahagiaan dan kegembiraan mereka. Malaikat doakan kita dengan doa yang sama, masyaallah betapa Ar rahman, Ar rahim nya pencipta kita. Ilmu tanpa amal pun rugi banyak, apatah lagi kalau asyik dok sebut mati tapi Al-Mulk dan As-Sajadah belum lekat lagi sebagai persediaan sebelum tidur malam. Haahh, gituu sebagai penutupnya. Meh hug sikit tepuk belakang yang ada hati masih tercalar-calar dengan pandangan mata yang menipu bila melayari medsos. Ingat apa yang terpapar hanya satu persen saja dari kehidupan mereka, yang pedih, pahit, kelat, semua simpan rapi sebab kita semua nak senyuman ikhlas dari hati bila melihat kegembiraan dan kebahagiaan setiap orang. Kita memerlukan semangat, motivasi juga dari orang lain walaupun sedikit.
Ku suka tengok Marion Counter dan Chrystan_x, dalam pada perkongsian mereka pergi ke serata dunia, ku selalu sebut masyaallah mereka dapat merasai sehebat-hebat nikmat dunia, moga Allah pun kurniakan daku sehebat-hebat nikmat dunia akhirat, ku doakan mereka dikurnia hidayah. Sebab pengakhiran kita dan mereka tak tahu kan, mungkin lebih baik dari kita nanti, who knows? Hidayah itu milik Allah, once Allah kasi hijrah tak siapa boleh halang. Dan ku syukur mereka share apa yang mereka nikmati, baca pun dah seronok, apatah lagi lalui sendiri, moga nikmat yang sama kita dapat di alam sana nanti, amin. Nak tunggu sendiri sampai tempat tempat amazing seluruh dunia, macamkan mustahil, cukup baca perkongsian mereka pun dah rasa semangat sebab boleh tengok tempat orang.
So begitulah, banyak jugak part sekarang yang orang dok share dulunya ku dah share sebelum datangnya waves kurung orang, Allah Maha Mengetahui, yang dulunya dok kecam maki, mula share benda yang sama ku share dulu. Begitulah, serah kat Allah belaka, nak memahamkan manusia lain bukan tugas kita, nak bukakan mata hati, minda manusia pun bukan tugas kita. Yang dah terjebak, rasa pergantungan too much dah kat benda yang orang dok share suruh boikot ni, tak payah pressure diri, slowly and surely cari alternatif dan berdoalah Allah kasi kita jalan keluar yang terbaik. Moga kita semua dapat semangat yang sama hebat seperti anak-anak Gaza, amin.