Isu yang tak pernah akan habis. Kalau bekerja, dikatanya macam-macam juga. Tak reti jaga anak sendiri lah, bersenang lenang kat tempat kerja, anak membesar dengan pengasuh/orang gaji la, apa-apa pun semua salah. Never ending isu jugak ni. Tapi ku suka join the waves, alah macam menunggang isu semasa, alang-alang atas dunia kita tungganglah #presidenworldrider. Sekali sekali hilangkan boring.
Surirumah pun satu pekerjaan, kenapa nak pandang kerja surirumah sebagai satu kerja yang tiada value? Siapa yang pandang sebegitu, atau surirumah sendiri yang meletakkan pandangan sendiri level surirumah adalah ditahap begitu begini? Ikutkan persepsi orang yang letak value dan gaji, surirumah takde gaji specific, lagi sadis memang tak bergaji malah takde cuti pun. Tapi perlukah surirumah perlu mengambilkira pandangan sebegitu? Untuk apa? Kerja surirumah, tetap juga satu pekerjaan, biarlah orang nak perlekehkan disebabkan kerja mereka bergaji, namun surirumah tentu lebih mengetahui gaji mereka lebih banyak dari orang lain tapi tak nampaklah. Kadang yang surirumah sendiri pun tak perasan mereka bergaji. Kita ni kalau orang tak hargai, kita lah yang kena menghargai value tu.
Sebagai surirumah, kutak perlukan pandangan orang mengenai kedudukanku, cukup lah daku yang letakkan diriku di tempat sepatutnya. Kata-kata orang lain tu hanya lalat tak berharga pun. Hidup dalam track sendiri, jadi jangan sesekali tiru rentak hidup dan cara hidup orang lain dan jangan sesekali membandingkan diri dengan orang lain. Pastinya kita semua ada pilihan, prinsip dan maruah sendiri untuk bergerak mengikut kemampuan diri sendiri selaras dengan tujuan dan matlamat kita yang semestinya berbeza dari orang lain.
Surirumah memang sentap dengan soalan "buat apa je dok rumah?", ni jugak soalan lakiku masa awal-awal kahwin. Memang bila dapat soalan ni ku zip mulut berhari-hari, tanggungjawab tetap laksana, sedia makan, sambut balik kerja, tapi perang tutup mulut ni memang buat lakiku tunggang terbalik hidupnya, tak keruan, serba tak kena bila isteri membisu, diam. Soalan hanya dibalas dengan pergerakan tangan je kalau suami tanya stokin mana? Tunjuk, kalau tak jumpa pergi ambil. Tapi tetap tak bercakap. Nak lagi extreme, memang lepas pada soalan tu, beberapa hari ku tak buat apa-apa terus, pinggan mangkuk periuk belanga penuh sink, kain mesin tak berbasuh, kain tak berlipat, rumah sepah, like a question! Awak tak buat apa-apa ke? Haa, khalas! Cukup 10x buat cemtu bila timbul soalan annoying hingga ke lubuk hati ni sepanjang hidup bersama, nak memahamkan suami, sampai sekarang serik dah soalan camtu keluar dari mulut, baru tau! Ya Allah ampuni ku. Hahaha, ni contoh isteri buruk perangailah, jangan di ikut. Walaupun hakikatnya, memang ada hari ku memang tak buat apa-apa pun. Tapi hari macam tulah, baring pun rasa penat, dah tidur rasa penat, tak buat apa-apa pun penat. Hahh! Perempuan selalu betulkan?Hahahaha.
Berterima kasihlah kat pasangan/suami yang membenarkan dan merealitikan kita jadi suri rumah, tak semua suami sanggup benarkan isteri jadi surirumah atas pelbagai reason lagi-lagi zaman sekarang, it's like macam situasi mak-mak kita dulu-dulu, orang pelik bila orang perempuan keluar bekerja, zaman sekarang pulak orang pelik bila kita jadi surirumah, situasi terbalik kata suami...hehhe apapun bersyukur I'm the one chosen, lillahitaala I love this job sebab boleh duduk kat rumah, walaupun bermacam perasaan, bermacam mulut, bermacam pandangan kena hadap, still love this job..alhamdulillah. Biarlah merentan sekali sekala bila orang pertikaikan kenapa surirumah ni asyik mengatakan macam dialah yang terpaling penat, padahal kerja kat rumah je pun. Sebab boleh dik! Sebab boleh! hahahaha.
Yang tak jadi surirumah pun bersyukur jadi wanita berkerjaya, kita sama-sama redha, sebab Allah tentunya dah meletakkan kedudukan kita semua bersesuaian dengan kemampuan kita, mungkin kita tak nampak hikmahnya lagi, okay. Insyaallah kita sama-sama satu gender supportlah each other, menaikkan sesama kita melainkan yang perangai huduh peel tu, kita kick awal-awal, macam contoh yang asyik playcvictim, terpaling makbul doa dan suka menderhakakan anak, tu contohhhhh. Eh! Okay bye.