Pages

Pages

11.14.2023

Luarbiasa

Tiga tahun kebelakangan ni banyak rezeki tak terduga. Banyak juga ujian tak tersangka, datang silih berganti. Bila datang ujian yang tak masuk dek akal, Allah ganti balik dengan rezeki luarbiasa. Dok fikir jugak, kalau ikut amalan diri sendiri pun sedih, apa pun tarak, aurat masih tak terjaga sempurna, ibadah pun takde buat lebih-lebih,pemalaslah kekdahnya, Allahu. Teruk nau nauu. Tapi satu je yang Ika perasan. Tiga tahun ni kami suami isteri banyak juga berkorban masa untuk balik kampung sekerap yang boleh. Bab duit tu tak payah habaq, memang lalu akaun je tiap bulan, dapat tengok dia maii lalu pun syukur dah, bab penatlah sebenarnya yang tak tahan, tapi setiap kali balik kampung entah kenapa penat dok dalam kereta hilang. 

Rasa-rasanya insyaallah tahun ni paling kerap, setiap bulan check in kampung. Semata-mata untuk tengok mak ayah, ma. Tengok muka mak ayah, ma dapat pahala. Nampak mudah kan?. Tapi sebenarnya payah. Susah untuk balik kampung kerap ni, memang menguji sebab banyak faktor. Kos semestinya. Juga banyak jugalah alasan lain yang kadang menerjah, yang buat in doubt nak balik kampung ke dak? 

Zaman sekarang pulak kos serba serbi mahal. Tol, minyak lagi. Tapi kalau didik diri benda tu bukanlah apa-apa berbanding syurga dunia yang kita miliki, kecikk je masalah tu semua. Mak ayah, ma kudratnya makin berkurang, masanya makin terhad, kita pun tak tahu sampai bila ada, tu jelah pengorbanan yang takde nilai pun banding dengan pengorbanan diorang untuk membolehkan kita lalui kehidupan hari ini.

Ika dan anak-anak pun seronok bila balik kampung. Rasa recharge, bersemangat. Tapi keinginan untuk merantau tu tetap tak padam. Sibuk kita tiada apa berbanding masa yang dihabiskan mak ayah kita untuk besarkan, didik kita selama puluhan tahun.

Singgah kubur abah baru ni, sebak rasa hati kerana memikirkan hidup didunia ni sungguhlah sementara cuma. Sementara masih ada doa yang mustajab dari mak ayah kita semua, baliklah jenguk selalu wajah tua yang mungkin akan kita rindui kelak. Kerana apa jua yang kita lalui hari ni tak mustahil datangnya dari keberkatan doa mak ayah kita jua. Rasa sempit, rasa bermasalah, refleks balik kat diri kita. Bakti kat ibu ayah ni jihad juga. 


Kalau rasa rezeki kita asyik bocor terutama suami, cek balik, terutama yang utama dulu, diri sendiri, isteri, anak-anak, ibu bapa. Turutan nafkah bila dah berpasangan macam tu lah. Amat memalukan ye bila manusia bergaduh bertumbuk, berdengki bab rezeki ni (ni kes berebut pelanggan), bermacam cerita lagilah kalau bab rezeki ni, sebab mereka-mereka yang ragu-ragu bab rezeki sememangnya tak faham betul-betul dari sudut agama, takde pendedahan, tak nak belajar dan ambil tahu. Orang Islam lagilah kena yakin bab rezeki ni dari Allah. 

Ku tak ingat dengar ceramah kat mana rezeki ni Allah dah tetapkan kat Loh Mahfuz lagi, sebelum kita terlahir lagi, bila mati tu, rezeki kita kat dunia takde dah, takde apa-apa dah nikmat, ujian dah Allah nak bagi kat kita, tu sebab ajallah menjemput. Selagi hidup, rezekilah tu, rezeki bernafas, jantung masih dup dap dup dap. 


Seringkali kita berharap rezeki Allah segera tiba. Kerana tidak sabar, tak sedikit yang menjemput rezeki Allah sampai menggunakan berbagai cara yang tak di redhai-Nya. Padahal setiap mahluk yang dicipta Allah Swt sudah dijamin rezekinya. 

Berikut rezeki Allah yang dijanjikan lewat lapan pintu sebagaimana tertulis dalam kitab suci Al Qur’an.

Rezeki yang Telah Dijamin
“Tidak ada satu mahluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya”(Q.S. 11: 6)

Rezeki Kerana Usaha
“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya” (Q.S. 53: 39)

Rezeki Kerana Bersyukur
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu” (Q.S. 14: 7)

Rezeki Kerana Bertakwa
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya” (QS. At Thalaq: 2)

Rezeki Kerana Istighfar
“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta” (QS. 71: 10-11)

Rezeki Kerana Menikah
“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kemapanan kepada mereka dengan karunia-Nya.”(QS. An-Nur: 32)

Rezeki Kerana Anak
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”(QS. Al-Isra: 31)

Rezeki Kerana Sedekah
“Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak” (QS. Al-Baqarah: 245)


Cerita kami yang paling ingat sampai laa  bila balik kampung bawak duit cash RM50 ja masa arwah abah tetiba jatuh sakit, tawakkal betul time tu, pinjam kereta Viva, duit dalam touch & go dan duit minyak cukup-cukup untuk pergi dan balik. Alhamdulillah sampai, dan balik elok je, siap berganda pulak dapat bekalan makanan, dan bermacam lagi tak boleh nak fikir lojik kita bab rezeki ni. Memang luarbiasa. Bila datang bermacam alasan, though yang bukan-bukan untuk kami tak balik kampung, masa tu lah kami balik. Jenis reversed physco jugak, ahahhaha. Apapun merasa cukup dengan apa yang ada pun rezeki besar dah rahmat, alhamdulillah. Rezeki masih beribu bapa hingga kini pun alhamdulillah. Nikmat luarbiasa. 


#refleksdiri
#moodbalikkampungdatang